Em..
Berpura-purakah aku??
Atau hanya berselindung di balik malam?
Cuba memahami erti malam
Cuba menghayati kesucian malam
Doakan aku..
Terus berharap
Kerana aku masih waras
Dan walaupun orang yang kurang akal
Mungkin lebih tau erti pengharapan..
Tahukah kita apa di balik malam ?
Sedang kelam dan kabut dan kabus
Acapkali menemani malam
Bintang tidak selalunya ada
Bulan juga tak pasti setia
Tahukah kita bintang dan bulan itu sekadar penyeri malam melekakan?
Sedang malam itu diri sebenar..
Jadi pada siapakah perlu malam berharap?
Semua bertanya apa yang ada pada bulan?
Hingga sang pungguk melupai malam leka dengan penantian serta lemas rindunya pada bulan?
Sekali lagi pada siapakah malam perlu percayakan?
Kerlip-kerlip bintang dipuja-puja
Sinaran bulan menjadi ungkapan indah dalam setiap bait kata syair dan puisi
Siapakah yang tau hikmahnya malam?
Suara katak, cengkerik di kala malam
Membuaikan setiap mata yang buta
Melodi yang dialunkan
Lebih mengasyikkan dari kedamaian malam
Siapakah yang lebih mengerti malam yang damai dan tenteram?
Siang mungkin lebih bertuah dan sempurna dari malam
Malam selalunya sunyi
Siang itu pikuk
Hiruk serta bingar
Telinga malam jarang sekali ada yang ingin berbisik padanya
Tidak seperti siang
Tanpa perlu didekatkan telinga siang pada yang berbicara
Jarak berbatu mampu didengari
Tapi malam..
Kekal sendiri
Siapakah yang lebih memahami malam?
Jangan dihalang malam terus berahsia
Malunya usah dicarik-carik
Segannya jangan dirabakkan
Kekalkan malam terus penuh dengan rahsia
Kenali malam dengan hati yang melihat
Bukannya hanya melihat tanpa mata yang diterangi cahaya
Biar malap carilah sinar terang
Kenal malam dengan membuangkan ego
Tangisan akan malam tadahi dengan langitnya yang luas
Yang buta itu akan tertipu dengan ilusi gelap
Malam itu indah
Malam itu dekat
Malam itu pendengar yang setia
Malam itu damai
Malam itu penuh pengharapan
Malam itu memelihara
Malam itu hanya yang jujur akan fahami
Malam itu hanya yang turut berharap akan mengerti
Malam itu hanya yang berbisik akan dapat mebisikkan
Malam itu hanya yang tenang akan sedar akan kedamaiannya
Malam itu hanya menangis bersama yang turut menangis
Malam itu hanya yang membongkar rahsia malam akan tahu rahsianya..
Dan malam tetap malam walaupun hari menjelma siang..
4/8/06
1207
One night the Prophet got up and said, “Subhan Allah! How many afflictions Allah has revealed tonight and how many treasures have been sent down (disclosed) . go and wake the sleeping lady occupants of these dwellings up (for prayers), perhaps a well-dressed in this world may be naked in the Hereafter.”
(Sahih Bukhari; 021:226; narrated By Um Salama)
The Prophet used to stand (in the prayer) or pray till both his feet or legs swelled. He was asked why (he offered such an unbearable prayer) and he said, “Should I not be a thankful slave.”
(sahih Bukhari; 021:230; Narrated By Al-Mughira)
Some men amongst the companions of the Prophet were shown in their dreams that the night of Qadr was in the last seven nights of Ramadhan. Allah’s Apostle said, “It seemsthat all your dreams agree that (the Night of Qadr) is in the last seven nights, and whoever wants to search for it (i.e. the Night of Qadr) should search in the last seven (nights of Ramadhan)
(Sahih Bukhari; 032:232; Narrated By Ibn ‘Umar)
Allah’s Apostle (p.b.u.h) said, “Our Lord, the Blessed, The Superior, comes every night down on the nearest Heaven to us when the last third of the night remains, saying: “Is there anyone to invoke Me, so that I may respond to invocation? is there anyone to ask Me, so that I may grant his request? Is there anyone seeking for My forgiveness, so that I may forgive him?”
(Sahih Bukhari; 021:246; Narrated By Abu Huraira’)
At the time of the Fajr prayer the Prophet asked Bilal, “Tell me of the best deed you did after embracing Islam, for I heard your footsteps in front of me in Paradise.” Bilal replied, “I did not do anything worth mentioning except that whenever I performed ablution during the day or night, I prayed after that ablution as much as was written for me.”
(sahih Bukhari; 021:250; Narrated By Abu Huraira’)
p/s:Inilah antara mereka yang kenal dengan malam, rapat dengan malam.. Rahsia malam kekal bersama mereka… Mari bersama kita singkap rahsia malam.

6 responses so far ↓
Rontol // Aug 5, 2006 at 6:25 am
Hurm…semakin kreatif nampak? ehe
iEn // Aug 5, 2006 at 7:35 am
holla…! buat sendiri kaah ?? wah waah.. cantik puisi tu
kaki bangku // Aug 5, 2006 at 12:26 pm
testing..123…
rasputin_red // Aug 5, 2006 at 12:57 pm
musti lame nk dpt idea nih..huhuh
Laila // Aug 10, 2006 at 3:13 am
hm..Rabi’atul Adawiyah penah quote mende ni.. Betapa cintanya dia pada malam..
” TUHANKU, BINTANG - BINTANG MASIH MEMANCARKAN CAHAYA, SELURUH MATA SEDANG TIDUR LENA, RAJA - RAJA SUDAH MENUTUP PINTU ISTANANYA DAN PARA SUAMI SUDAH PUN BERASMARA DENGAN ISTERINYA. SEDANGKAN AKU SEKARANG BERDIRI TEGAK DI HADAPAN - MU…”
p/s:agaknya Laila leh tak CINTA pada LAILA?Doakan Laila mampu…
Debby Alvarez // Nov 13, 2008 at 2:27 am
0wpwrcdwp48sthp3
Leave a Comment