© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Epik Penampar Nyamuk, Bantal-bantal nan Empuk, dan Embun serta Daun

August 13th, 2006 · 9 Comments

Teringat pula tatkala malam ini jelang
Apabila ramai di antara kamu
Mungkin sedang lena dalam dakapan bantal-bantal empuk
Pelbagai warna
Pelbagai rupa
Kejauhan mungkin juga ada yang dalam igauan
Sedikit saspen pada kehampiran klimaksnya
Aku yang memerhatikan memikirkan
Biarpun bukan dalam ruang lingkup mayamu
Tetap merasai..
Lalu..
Apabila keadaan kembali tenang
Fitrah malam yang tenang
Aku kembali berkisar di atas bangku
Kenanganku pada dia..

Seboleh-bolehnya tak ingin walau sekali perkataan jikalau
Mahupun seandainya datang menerjah menerkam
Bukankah itu tandanya hilang syukur
Datangnya kufur?
Tapi terus hati ini meronta-ronta kepingin mendengarkan gurindamnya
Sebagaimana manusia teragung pernah merintih pada Rabbnya
“Seandainya dia yang pernah aku bernaung suatu ketika dulu dalam ruang sempit sucinya
Tempat paling lembut dan tenteram
Dejavu yang pelbagai ku rasai di dalamnya
Lembah telah aku bersumpah taat dan cinta pada-Mu
Nescaya cintaku padanya akan membuatkan ku
Berlari dari ruku’ dan sujudku
Sungguhpun dalam tahiyat yang terakhir dudukku
Ke arahnya apabila sekali namaku diseru”

Jauh benar perjalanan malam jari ini
Mungkin tidak sejarak jutaan cahaya Isra’ Mi’raj atas tunggangan bura’ biar dalam semalaman
Tapi bagi insan biasa yang tiada punya mukjizat
Tiada terkias kalam terindah seperti yang seindah Kalam-Nya
Perjalananya memerlukan aku
Menapak bukannya dengan langkahan kecil
Puluhan pondok memohonku untuk bersinggah
Biarpun destinasinya hanyalah hati

Malam ini ingin benar aku dia di sisi
Menghalaukan nyamuk-nyamuk yang mengganggu tidurku
Biarpun masih baru rasanya
Imigran-imigran bertopeng pada mukanya, dengan kaca mata hitam, dan tidak lupa sarung tangan bulunya
Dengan harapan sedikit rezeki untuk dibawa pulang juga untuk menyeyapkan kumpulan keroncong perutnya
Memicit picu senapang berserombong besar
Keluarlah asap putih dan kelabu
Bertebaran di bawa angin senja berarak ke atas
Menghapus habitat si belang putih dan hitam itu

Bantal-bantal ini tidak seempuk pehanya
Warna pada sarung bantal-bantal ini tidak secantik cahaya dalam matanya
Bau bantal ini pastinya takkan pernah sama dengan harum miliknya
Bahkan takkan jua kenanga, melur, dan sebagainya
Sudah takdir yang Maha Bijaksana menciptakan tiada yang serupa akannya
Begitu jua rindu ini yang turut Dia ciptakan
Dari aku paling istimewa untuknya
Hanya untuknya
Hanya untuknya
Hanya untuknya
Kerana tak akan pernah sama yang datang selepasnya
Dengan dia yang terawal dan pastinya terakhir

Embun yang bertakung pada hujung daun
Menanti untuk rebah ke atas tunjangan pohon di belakang ceruk itu
Aku tak ingin menjadi mentari
Saat munculnya aku
Embun sudah tidak ada lagi
Apabila cahaya ku yang pertama mencecah warna coklat bumi
Aku di penghujung titisannya embun tadi
Lalu ingin segera malam menggantikan aku
Untuk ku biarkan embun terus bertakung di hujung daun
“Tuhan, aku ingin menjadi daun itu..
Aku mahu menadah embun itu..
Biar seberat mana biar sebesar mana gumpalan air di dalamnya
Biar banyak benar debu-debu malam yang berkumpul padanya angkara pencemar-pencemar yang tidak pernah tau cintanya embun pada mereka
Sehingga kan setiap zarah debu yang mereka tiupkan embun ingin palitkan pada dirinya
Agar terus pencemar-pencemar itu di siang harinya dipandang bersih
Biar semakin berat, semakin di hujung daun ia berada
Yang pastinya di akhir titisannya
Ada kristal cahaya terpantul
Bias luhur hati dan pengorbanannya..
Aku ingin menjadi daun, Tuhan
Untuk terus menemani perjalanan embun
Sungguhpun tempohnya tidak lama
Tapi cukup..
Untuk ku pendam rindu-rindu di tepi birai batu putih
Sehingga ku pasti akan kami bertemu lagi
Dalam rupanya yang engkau ciptakan paling sempurna..”

Hatiku di rumah
Hatiku itu cinta dan rinduku
Hatiku itu dia
Hatiku dia turut mengerti
Hatiku hadiah untuknya
Hatiku merah
Hatiku putih
Hatiku menjunjung tapak-tapaknya
Hatiku menyisipkannya dalam setiap salur
Hatiku ini mengharap redha teragung dalam cintanya yang bening..

My mother came to me,hoping (for my favor) during the lifetime of the Prophet asked the Prophet, “May I treat her kindly?” He replied, “Yes.” Ibn ‘Uyaina said, “Then Allah revealed: ‘Allah forbids you not with regards to those who fought not against you because of religion, and drove you not out from your homes, that you should show them kindness and deal justly with them.”
(Sahih Bukhari;073:009;Narrated By Asma’ bint Abu Bakr)

“A man said to the Prophet, “Shall I participate in Jihad?” The Prophet said, “Are your parents living?” The man said, “Yes.” The Prophet said, “Do Jihad for heir benefit.”
(Sahih Bukhari;073:003;Narrated By ‘Abdullah bin Amr)

p/s:
Ke’homesick’an yang melanda.. Rindu pada ibu sendiri. Berbakti pada ibu orang lain, mahupun ibu pertiwi manakan pernah sama rasa redupnya lembayung kasih ibu sendiri. Lagi sanggup rasanya memegang seumur hidup jari kasar miliknya yang tanpa jemu berjuang dan berjuang dalam perjuangannya daripada memeluk seketika jari halus milik sultan yang darahnya biar sama merah tapi pengalirannya jauh berbeza.

13/9/06
0559

Tags: Sajak

9 responses so far ↓

  • miq_nna // Aug 13, 2006 at 2:01 am

    ohohoh…sungguhku pening bace ayat sastera ni.dah lame tak bace ayat camni.hhehe.anyway,the point is pretty good.quite awakening.keep on your good work.cheerzz~

  • fat_elephant // Aug 13, 2006 at 2:16 am

    it’s annoying to read someone’s comments that doesnt relate to the posting. haih…

    somepeople never learn and never want to learn, i guess…

  • Laila // Aug 13, 2006 at 2:22 am

    hu~

    mujur ade yang memahami..
    thanx fat_elephant

    em..cuak plak ngn org yang mengaku berani, tapi masih menyorok..hu~

  • Mazudi // Aug 13, 2006 at 3:35 am

    LOST!

  • rasputin_red // Aug 13, 2006 at 4:35 am

    This post has been removed by the author.

  • rasputin_red // Aug 13, 2006 at 4:36 am

    Laila,nice entry today. =)

    Yang komen2 tu takyah layan pun takpe,haha..

  • cyzrael // Aug 13, 2006 at 8:15 am

    should delete the comments with excessive words. They can comment if they want, but mind their words.

  • Rontol // Aug 13, 2006 at 10:32 am

    Aku akan disable anonymous comment buat masa ini.

    Hehe aku tertarik dengan ayat bawah sekali tu

    “Ke’homesick’an yang melanda.. Rindu pada ibu sendiri. Berbakti pada ibu orang lain, mahupun ibu pertiwi manakan pernah sama rasa redupnya lembayung kasih ibu sendiri. Lagi sanggup rasanya memegang seumur hidup jari kasar miliknya yang tanpa jemu berjuang dan berjuang dalam perjuangannya daripada memeluk seketika jari halus milik sultan yang darahnya biar sama merah tapi pengalirannya jauh berbeza”

  • BuHSaNz // Aug 14, 2006 at 1:14 am

    Missing someone is hurting..

Leave a Comment