Marcapada hari ini memperlihatkan
Fenomena yang buta itu punyai penawar
Teorika dan logika nya KUDRAT itu jangan dipertikaikan
Tetap dan kekal milik-Nya
Hingga ke lohong hitam dan infiniti
Faktanya tetap tak akan sekali berubah
Suatu kisah ingin sekali diperlihatkan pada kalian
Tetap pada tujuan yang sama motif yang serupa
Bersama-sama menyingkap tabir CINTA
Agar konsekuensinya untuk cakerawala
Bukan hanya nebula mawar merah
Nyalaan siraj minyak tanah
Memecahkan pemerhatian MALAM
Kerana tasyahud dan tasydid di hujungnya
Kuasa cahaya atas cahaya
Biar hanya setitik kecil di rimba sejuk dan kelam
Tapi pasti tidak lagi beku..
Dahi yang luas bukannya indah atau suatu tanda kesempurnaan
Selagi hati tegar menentang keesaan
Tiada menyentuh tanah tatkala sujud patuh kuasa-Nya
Lebih mengagumi kuasa suatu pohon di hujung kehidupan
Tumpang berteduh tatkala penantian MESSIAH
Di hujung zaman menyelamatkan jiwa yang kufur dan ingkar
Seludang bentuk hidung itu mungkin
Pada mata yang memandang suatu tanda keangkuhan
Milik jiwa yang pejam berpaling daripada kebenaran
Biarpun seringkali kebenaran itu menyakitkan
Ketahuilah sesungguhnya memang kamu
Telah DIA tetapkan tidak punya tapak kekal
Bukan kerana kemuliaan kamu diperlecehkan
Tapi maruah kamu diangkat
Apabila susur galur keturunan kamu yang mulia dan suci
Berdiri bersama-sama-NYa
Jangan kamu ingkari
Batasan tercipta buat kamu
Tapak itu bukan pemilikanmu
Tapi WASIAT dan WAQAFAN suci
Untuk semua renungi dan peliharai
Usah berselindung di balik alasan pengukuhan siyasah
Mencemarkan jalan yang sedia berduri dan berlumpur
Rungkaikan semua kesumat biarlah jadi debu yang terbang
Dibawa angin sahara mungkin tujunya ke kutub mana
qifa
7/9/06
0328

2 responses so far ↓
fat_elephant // Sep 6, 2006 at 10:35 pm
yang lupa diingatkan,
yang sedar tolong memimpin,
alangkah indah manusia itu tanpa kecantikan fizikal…
ranged // Sep 9, 2006 at 4:39 pm
“innallaha jamilun, wayuhibbu l-jamal”, - Muhammad bin Abdullah
ssungguhnya Allah itu maha cantik{indah}, dan suka akan yg cantik2,
aku pun suka juga yg cantik2 n cute2, [^^,], cuma kalu lbih2 n m’sombong diri, itu sudah lbih,
Leave a Comment