Di lorong itu pernah antara kamu berdiri dengan mata yang merah
Jerih tangan memohon simpati
Hinakah perkataan simpati itu kerana kini kamu tuli akan nilainya?
Mungkin harga satu dinar di tepian jalanan ketika itu
Amat benar pasti kamu tahu maknanya
Kerana itulah yang mengeyangkan yang membolehkan kamu berdiri
Tidak lagi terketar-ketar memegang tongkat di khalayak pasar
Dan kini apabila kamu cuba bersemayam di kerajaan yang kamu rampas daripada mereka pemilik pasar itu
Sisaan gandum walau sebutir kamu sorokkan seboleh-bolehnya
Dalam poket kamu yang penuh dan membuncit
Kamu lupa mungkin pernah antara kamu yang menelan roti gandum
Yang telah dia kunyah-kunyahkan
Yang telah dia hancur-hancurkan
Dengan amilase nya yang suci umpama air zamzam mungkin jua lebih suci
Juga seperti air jernih yang keluar di antara jari-jarinya
Hanya Dia punya tafsiran dan taksiran yang sadiq
Pada saat itu kerana mungkin zahiriahnya nyata kamu itu buta
Kerana benci meluap-luap
Kebencian yang tiada pasti
Tiada dapat dilihat oleh kamu
Cintanya dia pada kamu
Kabilahnya jua dalam urutan nenek moyang
Tapi apakan dayanya..
Benci kamu buat kamu buta luar dan dalam
Lalu terus sahaja kamu dengan mulut lancang
Entah apa warnanya mungkin
Merah atau hitam atam merah pekat darah ikan??
Em.. Sehanyir bangkai setiap patah bicara dan nesta
Kamu taburkan sebutir-sebutir atas tanah dan angin
Tepi birai bangunan bata merah kuning coklat
Di pinggir suuq kota munawwarah
qifa
9/09/06
0042

8 responses so far ↓
ihsan_huhu // Sep 8, 2006 at 1:58 pm
huh…cite psl ape nih? pjg sgt malas aku nk bace….hahaha
Laila // Sep 8, 2006 at 2:23 pm
This post has been removed by the author.
Laila // Sep 8, 2006 at 2:29 pm
“Allahummainna na’uzibikaminal hammi wal hazan wana’uzubikaminal ‘ajziwalkasal…”
Ya Allah,kami berlindung dengan-Mu dari rasa sedih dan gulana, dan kami berindung dengan-Mu dari sifat lemah dan malas…amin
ranged // Sep 9, 2006 at 4:34 pm
ssungguhnya aku kurg faham, “Cerita Si Hidung Mancung Bermata Hitam Pekat Bulat Berdahi Luas yang Buta..[bahagian 2]“,
huhu~
kaki bangku // Sep 9, 2006 at 8:51 pm
Gaya penulisan mistik ala Jalaludin Rumi ni memang susah nak faham. Lagi2 Bangku ni yang tidak melihat dengan mata-hati.
Laila // Sep 10, 2006 at 12:09 am
sedutan ceramah HAMKA:
“apabila aku melihat ka’abah,aku tidak melihat ka’abah, tetapi aku melihat Allah…”
salah satu prinsip dalam design yang saya pernah belajar:
we see what we see, but we think beyond what we see…
p/s:Kalau ada sesiapa yang kurang faham pasal latest entry,sila email saya. So that maybe saya bole tlg explainkan..thanx…InsyaAllah. Tapi, masing-masing ada hak nak menilai mengikut pemerhatian dan pemahaman masing-masing
adadia // Sep 11, 2006 at 11:43 pm
amin…
nai // Dec 14, 2006 at 6:49 am
Ahsanti
Leave a Comment