© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Teratak Rindu

September 22nd, 2006 · 2 Comments

Sudah lama rasanya rindu ini tidak berlabuh

Di pelabuhan yang sama pada musim yang malar
Cuma mungkin kematangan menyedarkan
Jua mengetuk-ngetuk pintu
Biarpun tidak berloceng
Tapi petandanya hadir bersama-sama cinta-Nya

Apabila dikenang akan waktu aku leka
Alangkah ruginya setiap saat itu yang terlepas
Bukan terlepas hanya dari genggaman
Tapi turut terlepas dari kiasan mata yang dulu legap
Di sebalik dinding tebal
Dinding kaviti mungkin strukturnya
Kerana suara yang memanggil
Indah dan sempurna
Terperangkap dalam ruang vakum
Tetap berkisar dan berpusing sekitar ruang kosong
Yang disempadani dinding kaviti
Biarpun penginterpretasiannya dan praktikalitinya
Di nusantara yang tahu dan belajar akan pasti tersenyum sinis dan ketawa
Melihat kebodohan penghuni ruangnya

Kini nekad
Dengan rekonstruksinya yang masih samar kekukuhannya
Tapi tanah ini biarpun tiada jaminan penuyuciannya
Namun harga tinggi yang ditetapkan oleh-Nya
Pasti akan diusahakan
Untuk memilik sebuah residen yang konservatif
Wasatiah dengan keperluan
Ingin menjauhkan hedonisme
Biarlah pertentangan ekstremis
Dalam perancangan Bandar hedonis itu
Sebuah teratak kecil
Yang dulunya sebuah istana gah dengan menara melangit puncaknya
Kini dinding kavitinya dulu
Telah dirobohkan

Jiranku jemputlah datang menjengah
Ke teratak ku yang lebih bahagia
Bersama kita raikan sepurnama
Sebuah hadiah dah hikmah
Tiada ku memaksa kamu
Sedrastiknya mengambil pemecah batu
Memecahkan dinding kaviti baytmu
Tapi mungkin dalam ziarahmu
Ke teratakku yang kosong
Akan mengisikan hatimu yang rompong

1000 kali takkan sama
Berkali ganda cinta-Nya digulung bersama
Enggan mahu aku kerugian
Sepurnama berjalan tanpa sebarang maghfirah
Umpama berjalan atas angin
Nampak keindahan merasa kekondusifannya
Tapi dek kerana saraf deria pada hujung kulit
Hujung telunjuk
Seringkali berlari kerana entah mana datang angin berpusar
Sensitivitinya kian berkurangan

Rindu ini datang sebegitu pantas
Dan pasti semakin cepat bertemu kita
Bibit indah yang membirai halaqah kita
Seolah sekilas mata memandang sedetik bunyi terdengar
Dan sehela nafas yg memberi kehidupan
Begitulah lekasnya jua perpisahan kita

Awalmu senyum
Pertengahan mu pelbagai
Hujungya kunci penghapus luka membakar
Yang pasti di teratak ini
Aku tarikan jemariku
Ingin aku tertawa bersamamu
Dan di hujungnya aku ingin mata ini melimpah
Tanda bukti rindu yang berlabuh
Moga berpanjangan..

qifa
22/09/06
0059

The Prophet said, “There is a gate in paradise called Ar-Raiyan, and those who observe fasts will enter through it on the Day of Resurrection and none except them will enter through it. It will be said, ‘Where are those who used to observe fasts?’ They will get up, and none except them will enter through it. After their entry the gate will be closed and nobody will enter through it.”
Narrated by Sahl, Sahih Bukhari(031:120)

Allah’s Apostle said, “When the month of Ramadahan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained.”
Narrated by Abu huraira, Sahih Bukhari(031:123)

*SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK*

Tags: Sajak

2 responses so far ↓

Leave a Comment