Bila lama tak berbicara
Berdiskusi sesama kita
Bertanyakan khabar berita
Semuanya jadi lupa dan terkesima
Entah apa yang ingin dikeutara
Sedang hati akal lidah semuanya kelu kebas tak bersuara
Kerongkong tak tersekat mata tak pula terpaksa diseka
Cuma tak punya kudrat, tak punya kuasa
Selalunya jejari lancar bercerita
Kali ini, hari ini terpaku statik.. Terkaku ia
Bagai ada suatu yang menghalang tapi tak tercari akan puncanya
Jangan ditanya mengapa kerna jawapannya kini tiada
Aku tak mahu mengeluh apa yang tiada memuja
Cukup sudah setiap apa yang di belakang cerita
Tak ingin merenung x ingin menduga
Biar apa yang tertakdir berjalan atas susurnya
Ku pohon agar ini bukan lagi langkah yang tersasar kembara
Jika tiada yang memandu biarkan KAU lah yang jadi cahaya
Usah dibiarkan gelita aku pasti kan derita
Biarkan irama alunan setapak demi setapak membekaskan bahagia
‘Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kebodohan , yang kemudian mereka bertaubat dengan segera.’
(4:17)
‘.. Sesungguhnya jiwa itu selalu menyeru kepada kejahatan, kecuali jiwa yang diberi rahmat oleh Tuhan. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Maha Penyayang.’
(12:53)
p/s:Ada suatu ketika kita lupa dan leka, kita jadi buntu dan merapu. Yang pastinya, Dia seringkali di sisi.. Kini sudah ke fasa ramadhan yg kedua, dan pintu fasa yang ketiga bakal menjelma. Lailatulqadar menantikan kita semua agar rahsianya kita tebarkan dan singkap tirai musyrabiyanya. Termampukah mungkin kita merebut kunci segala EMAS itu? Terpilihkah kita atau tersasar kah kita? Ingatkan seandainya saya kembali lupa.. Agar di hujungnya CINTA yang tersemat membiratkan rindu yang amat mendalam menantikan detik pertemuan sekali lagi andai diizinkan..

6 responses so far ↓
ihsan_huhu // Oct 13, 2006 at 1:39 pm
insap 2.4 saat…
fat_elephant // Oct 13, 2006 at 9:20 pm
keindahan itu hanya terlihat pada yang ingat melihat dan keburukan itu terpaling bila taubat menjadi niat…
BuHSaNz // Oct 13, 2006 at 9:38 pm
puasa yang ’segala’nya berpuasa..tetapi telah terbatal jua akhirnya..kantoilah saye..
Laila // Oct 14, 2006 at 9:36 am
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar
Ila hilas tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa ‘alannaril jahim
Fahabblitaubatan waghfir zunubii
Fainnaka ghafirul zanbii azim
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
nailofar // Oct 15, 2006 at 8:00 pm
org Mu’min bersedih dengan pemergian Ramadhan..Ramadahan bulan cinta
http://alqasam.blogsome.com
mr. q // Oct 16, 2006 at 9:26 am
nice piece, apesal blog kaki dah jarang update?
Leave a Comment