© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Meritokrasi rosakkan bangsa melayu - Prof DiRaja Ungku Aziz

November 3rd, 2006 · 23 Comments

Bukankah pada suatu masa Universiti Malaya menjadi pilihan utama dan hanya pelajar terbaik diterima?

Benar, pada suatu masa! Bagaimanapun yang mengacau perkara ini, sekurang-kurang ada dua pengaruh besar. Pertama, orang yang dipengaruhi birokrasi. Saya menubuhkan Pusat Asasi Sains yang hingga sekarang mengeluarkan kira-kira 20,000 orang. Dari sini, mereka memasuki Fakulti Perubatan, Kejuruteraan dan Sains. Ketika ditubuhkan, kita sengaja mencari budak kampung yang tercicir dan tiada peluang memasuki universiti. Mereka menerima pelajaran istimewa, tetapi pada masa sama kalau tidak lulus untuk semester berikut, mereka balik kampung. Mereka bersaing dan dengan nisbah 1:20, pasti ada seseorang untuk membantu mereka. Mereka sentiasa dipujuk kerana budak Melayu ada macam-macam kerenah. Semangat mudah jatuh. Kita menjaga mereka dan hampir 98 peratus pelajar yang memasuki Pusat Asasi Sains hari ini adalah profesor dan pakar perubatan.Ketika mula menjadi Naib Canselor, saya perhatikan daripada 128 pelajar yang memasuki Fakulti Perubatan, nasib baik jika ada empat atau lima Melayu. Selepas tiga tahun, tinggal satu atau dua orang kerana ada yang terkandas. Kita buat keputusan dan saya sentiasa terhutang budi kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat keputusan hanya mengambil Bumiputera untuk Pusat Asasi Sains. Sejak lima atau enam tahun lalu, ada pihak sabotaj Pusat Asasi Sains. Sekarang daripada 60 calon, mungkin tinggal 20 hingga 30 orang apabila diambil oleh pihak lain kerana birokrat dan ahli politik.Pelajar Melayu mesti ada pembimbing. Kalau biar saja budak Melayu, dia tidak dapat masuk universiti dan kalau masuk, dia hampa dan pelbagai masalah lain. Dia sentiasa perlu dikipas kerana cepat sejuk. Orang yang lemah mesti diberi tambahan.

Ini bermakna meritokrasi untuk kemasukan pelajar ke universiti belum boleh dilaksanakan di negara ini?

Tidak boleh! Meritokrasi merosakkan harapan orang Melayu ketika ini.Barangkali dalam tempoh 50 tahun akan datang, itu cerita lain. Kalau orang kata ini perkauman, saya tengok di Amerika Syarikat mereka menggunakan pendekatan ini. Orang kulit hitam diberi bantuan khas kerana lemah seperti daripada susunan masyarakat.Begitu juga di negara lain apabila memerlukan sistem yang menolong orang lemah hingga persaingan itu lebih kurang setanding. Masalah sekarang ialah tidak setanding.Kita mesti menerima bahawa orang Melayu dalam bidang pelajaran, ekonomi dan sosial ada masalah.Orang memang syok bercakap mengenai meritokrasi. Kemunculan istilah ini masih baru, lebih kurang 15 tahun lalu. Malangnya kebanyakan yang melakukan sabotaj bukan orang Cina, tetapi pemimpin Melayu sendiri. Semua dasar ini dibuat oleh orang Melayu.Kenapa kita gila menyokong dan tidak berfikir panjang. Kita fikir anak kita saja yang sekolah menengah pun dihantar ke England. Apabila balik ke tanah air, dia anak Tan Sri, dia boleh survive, tetapi anak kampung?Ini yang menjadi dasar Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peluang dan menolong orang lemah. Bagaimana kita hendak memberi peluang supaya mereka dapat memasuki yang di atas (universiti terbaik) dan bukan di bawah. Ini yang memerlukan bantuan.

Jika bukan kerana malas, apakah pula faktor menyebabkan pembangunan minda orang Melayu perlahan?

Pertama adalah faktor pemakanan yang berkait rapat dengan kemiskinan. Dalam Mapen (Majlis Perundingan Ekonomi Negara) II yang saya sendiri turut menulis, antara kelemahan Bumiputera ialah aspek pemakanan. Kalau pergi Kelantan, susun budak lelaki dan yang kalau perempuan dikatakan comel, seperti orang Jepun sebelum zaman PDII, kecil dan rendah.Adakah Tuhan menentukan orang Kelantan tidak boleh tinggi hingga enam kaki. Apalah punca keadaan ini? Kalau kajian dibuat, tetapi kerajaan tidak suka bercakap mengenai perkara ini, ambil 1,000 anak lelaki di Johor dan Selangor, berbanding Kedah, Kelantan dan Terengganu, sampel rawak menunjukkan secara umum budak dari Pantai Barat lebih tinggi. Di Jepun selepas PDII, Amerika Syarikat mengarahkan Jepun menukar kaedah pemakanan dengan memberi makanan percuma di sekolah. Di negara kita juga ada skim makanan percuma di sekolah, tetapi tidak dihubungkan dengan pertumbuhan fizikal. Mereka hanya dapat makanan percuma ketika di sekolah rendah, sedangkan rahsia pertumbuhan fizikal ialah pada tujuh tahun pertama akan menentukan sama ada gen seseorang budak hendak menjadi tinggi atau tergencat. Kedua, kemudahan Budak Melayu pada zaman dulu sama ada ibu bapa membuatkan permainan atau mereka membuat permainan sendiri, mempunyai pelbagai permainan yang sesuai dengan masyarakat Melayu. Sekarang kalau hendak alat permainan mesti beli di kedai dan alat permainan ini mahal. Kalau ada sembilan anak, jadi anak-anak duduk diam saja. Wanita pula tiada masa hendak bermain permainan dan sentiasa bekerja di rumah. Emak menyuruh anak perempuan buat itu dan ini. Jadi sejak kecil wujud pengaruh minda terbuka hendak belajar dan lebih bersaing kerana didesak. Orang ingat anak lelaki saja akan maju. Itu budaya Arab.Hari ini, hampir semua universiti, lebih 50 peratus (seharusnya 30-40 peratus wanita) dan ada yang hingga 60 peratus pelajar Melayu yang mencapai keputusan baik dalam peperiksaan adalah wanita. Wanita Melayu sangat berjaya dan di mana saja, sudah ramai wanita menjadi Ketua Setiausaha (KSU) dan Timbalan KSU. Inilah trend dalam tempoh 20 tahun lalu. Ini mengambil masa lama dan kita mesti bagi kejutan kepada lelaki.Bagaimanapun, ini satu masalah di universiti kerana kalau dibiarkan, pelajar wanita boleh meningkat hingga 70-80 peratus. Ada masalah sosial yang akan timbul. Timbul masalah bagi lelaki apabila jati diri menjadi lemah. Ini masalah yang sangat istimewa untuk orang Melayu. Kaum Cina, ini bukan masalah kerana budaya Cina menganggap lelaki akan naik. Wanita Cina akan naik tetapi tidak terlalu pantas. Bagi kebanyakan masyarakat India berpendidikan, wanita mempunyai peluang lebih baik berbanding wanita lain dan bukan terhadap lelaki.

Saya (renegix_01) agak bersetuju dengan pendapat prof. Memang bangsa Melayu lemah serba serbi. Tetapi jika meritrokrasi tidak dilaksanakan, sampai bila bangsa melayu akan ‘terhantuk’ lalu cuba ‘bangkit’ dari kejatuhan? Saya berpendapat meritokrasi adalah suatu pelaburan jangka panjang. Memang ada risikonya tetapi kita perlu menghadapinya bukan lari darinya. Saya tetap tidak bersetuju untuk meletakkan bangsa melayu di dalam ‘zon selesa’. Ini kerana MELAYU MUDAH LUPA…. Tujuan saya meletakkan post ini adalah untuk mengajak para pembaca berfikir sejenak dan meneliti segala kelemahan yang dihuraikan oleh prof. Sila polemikkannya sebaik mungkin.

Tags: Melayu

23 responses so far ↓

  • mob1900 // Nov 3, 2006 at 8:14 pm

    Admiting our own weakness is the first step to Success. Pride and shame must be set aside if our pursuit of knowledge is the utmost priority. Kudos to KakiBlog for featuring this discussion.

    Intentions are noble in the begining but somewhere along the way, kite ‘tersesat’ and was blinded from our objectives in return for short-term gains. I still remember that I’ve only realised I was learning to ‘learn’ only when I was in college. Nothing could speed up the learning process unless it’s being kept in-check and evaluated from time to time.

    We tend to forget the real purpose of our education, that is to keep our country supplied with ample and knowledgable work force who could sustain and adapt themselves to the fast-paced changes of the world. Not a simple replacement of tool-operators or as a political mileage for certain parties.

  • kaki bangku // Nov 3, 2006 at 8:38 pm

    Aduh.. sorang lagi jaguh kampung..

    Melayu.. melayu.. melayu.. Takde benda lain ke nak cerita??

  • ummi // Nov 3, 2006 at 9:53 pm

    Dengan ini saya mencadangkan saudara Kaki bin Bangku untuk pergi meng-erase-kan perkataan melayu dari kad pengenalan dia.

    Oh jangan lupa erase nama juga. Kaki bin Bangku juga adalah perkataan2 bahasa Melayu.

  • kaki bangku // Nov 3, 2006 at 10:34 pm

    Perkataan “melayu” tak pernah tertera pada kad pengenalan saya. Yang tertera adalah “Islam”. Saya pula ingin mencadangkan Ummi memadamkan perkataan “Islam” itu dan digantikan dengan “melayu” pada kad pengenalan anda. Mahu??

  • mrq // Nov 4, 2006 at 12:22 am

    aduhai, cik ummi dan saudara bangku,

    korg berdue bergaduh mcm budak kecik, aku tak de hak mintak korg berdue berdamai tp bole tak jangan bawak perasaan emosional dan sentimental di komen2 korg.

    komenla dengan matang dan professional, baru sepadan dengan status sebagai penulis kakiblog. ingat, tema kita adalah “kaki kaki yaang cuba berpijak di atas bumi nyata”. harap korg berdua fikirkan.

  • nk's // Nov 4, 2006 at 3:33 am

    PASUM… memang semua melayu. tapi persekitaran mmg xmelayu langsung. melayu pada nama tapi bukan pada cara?? Boleh ke…

    Melayu itu beradab. Melayu itu bersopan. Melayu itu Islam. Islam ajarannya utk beradab dan bersopan. Pada pemakaian@pergaulan. Tapi di Pasum, ke’melayuan’ mmg lebih dititikberatkan daripada ‘keislaman’.. (ahh, teringat saat ade kat pasum… aduuhaiii sahabat2 semelayuku!). Mungkinkah Malaysia mampu berbangga mempunyai pusat penghasilan intelek Melayu spt itu? Entahlaa…

    Dalam kampus wajib berbaju kurung. tp bila keluar. mak aih…. xtau mana melayu mana bukan - bukan semua la. (lagi2 kebanyakan pelajar merupakan anak-anak bandar yang muka2 pun nmpk kacukan.. cakap pun semua berhabuk english! to my surprise, clubbing satu benda yg xasing bg diorg)

    Mungkin satu hari nanti, perkataan Melayu pd surat beranak hnya akan jadi satu license utk mereka mendapatkan priviledge Melayu (mcm ramai2 org nak declare jd American citizens lah. Nanti dpt byk keistimewaan). Jati diri sbg Melayu tu xtaulah ade lg ke tidak.

    Jadi.. mana satu lebih perlu diprioritikan? islam
    atau melayu?

    p/s: maaf, lari sikit drp topik…

  • ummi // Nov 4, 2006 at 4:23 am

    Terima kasih renegix_01 utk posting yg sgt menginsafkan dan mensayukan hati saya. Saya pohon rakan2 kaki semua ambil masa dan baca posting ini.

    Saya tidak mahu komen panjang pasal hal ini, tapi rasa terpanggil untuk kongsi pandangan Allahyarham Prof Muhamaad Al-Mahdi tentang isu ini. Berikut merupakan email Allahyarham kepada seorang saudara, dan diforwardkan kepada saya setahun lalu.

    —-

    From: Muhammad al’Mahdi
    Date: Nov 14, 2005 3:36 PM
    Subject: RE: privileges for Malays - REPLY
    To: ——-

    Assalam alaikum dear brother ——-,

    I haven’t been feeling very good for a few weeks but I expect to improve. I am working hard now to get the Khalifah Model School underway. It starts
    next January. It will be a 100% Khalifah school.

    I don’t know if you will be as happy with this answer as with others. I am very much in favour of the policy of preferential treatment for Malays, particularly because they are primarily Muslim. I don’t like to say too much on this issue because of the position on racial disharmony in Malaysia. Perhaps you read a position paper I wrote about how Malaysian society exists at the cultural and moral level of the Chinese rather than of the Muslims and that this has caused the nation great difficulties in many areas of
    social behaviour. Your father distributed this paper through email and received replies claiming it brought about racial disharmony (from people with non-Muslim sounding names), although every Muslim who I know who read it agreed with it.

    It is my belief the non-Muslims in Malaysia already have far too much influence on Malaysian culture (which is partly because of the wealth they
    control) and this goes against Islam which says that while non-Muslims are guaranteed the right to practice their religion and culture in a Muslim country - THEY MUST DO SO IN A WAY THAT DOES NOT ALLOW ANY HARMFUL INFLUENCE TO FALL UPON THE MUSLIMS OF THE COUNTRY. Of course that rule of Islam is not being followed in Malaysia and the non-Muslims in Malaysia practice both
    their religion and their culture in a very public way that has brought a great amount of harmful influence upon the Muslims of the country. If you were to read the Malaysian constitution carefully it does by implication allow for the protection of Muslims as I have just stated, but it is not popular to acknowledge that, and even less acceptable to require that be
    adhered to. Additionally, the Malaysian constitution was not purely written by and for Malaysian citizens, who were at that time virtually all Muslim.
    The constitution was written under influences concerned with the needs and the ideals of the British colonizers. Therefore I support the preferential treatment of Muslims, who just happen to be Malay, so that Islam does not lose even more influence in the country than it has already.

    Wasallam,

    muhd

    From: ——
    To:
    Assalamulaikum. I hope you are in good health and with a strong desire
    to continue your jihad. Thanks for the previous reply. I am always
    delighted to here from you.
    I am curious of your view on the country’s policy of giving privileges to Malays. Does it really solve the problem of distributing equal wealth among the races, and avoid racial conflicts? Or does it further
    promote racial rivalry, not to mention the corruption and cronyism that have resulted from this? Does it really do justice to all citizens of
    Malaysia and consistent with Islam? I think PAS also supports it, with greater passion in fact. But I just feel that there is something wrong with this system when I observe many of my non-malay friends being
    denied equal opportunity to get government education scholarships.
    Salam.

    —-

    Nota kaki:
    Nama brother ini terpaksa di-erase- kerana beliau mempunyai Biological characteristic teori Jaguh Kampung.

    Fikirkanlah…

  • renegix_01 // Nov 4, 2006 at 4:51 am

    saudara bangku…persoalan sekarang bukan jaguh kampung atau tidak..persoalan sekarang adalah maruah bangsa..peduli ape jika digelar jaguh kampung..persetankan semua itu..saya tidak terlibat dengan polemik kamu semua yang mempertikai atau mempertahankannya..saya tetap dengan pendirian saya dan takkan berganjak untuk terus menerus menmberi realiti yang memedihkan dan ’segan’ ttg bangsa saya..kerna saya sayang bangsa saya..dan saya x sanggup melihat bangsa melayu terus dipijak dan diberonyok..

  • kaki bangku // Nov 4, 2006 at 5:41 am

    Wahai kawan-kawan,

    Aku tahu itu semua sheikh. Aku paham benor perasaan kau. Setuju. Barangkali semua orang melayu mumaiyiz juga sudah sedia maklum. (Rujuk komen terakhir aku dalam entry Teori Jaguh Kampung)

    Tapi aku perhatikan, korang semua langsung tak ambil endah entry-entry yang dikirim oleh ahli seperti Kaki Polemik , Fat Elephnat dan Cyzrael. Aku kira, mereka bertiga ini sudah jelas tentang dilemma melayu dan wacana-katak-bawah-tempurung. Cuba korang perhatikan isu-isu yang mereka perbincangkan - jelas sekali kerangka pemikiran mereka sudah lolos dari dinding etnik kaum dan lebih berminat membincangkan isu-isu spesifik yang lebih relevan.

    Usia blog ini sudah mencecah 4 bulan - tapi kandungannya tidak bertambah maju. Kualiti analisis perlu dipertingkatkan jika kita mahu bersaing dalam “pasaran idea bebas”. Harap semua maklum dan sahut cabaran ini dengan positif.

  • adibahabdullah // Nov 4, 2006 at 8:14 am

    assalamualaikum,

    saya belajar Medic kan. senior ade pesan.. kalau kita blaja banyak sgt bende2 yg ‘higher level’, bukak buku advanced2, kite mudah lupe bnda2 asas. lepas tu bile exam kantoi.

    belajar PBL - problem-based-learning, kita bebas untuk memilih cara belajar. apa yang nak dipelajari. dapat kes sebijik, nah design la learning objective sendiri. tapi kena hati2 sperti pesan tutor, kena menguasai asas sblm bergerak dalam-dalam-dalam. dan perlu ada fokus kepada aspek yang paling relevan dengan kes yang dipelajari. ye la nk blaja medic kan. mane la tau ade yang berangan nk jadi doktor yang tahu sume bende sebelum tamat first semester. memang la bagus kalau bleh pulun sume buku teks yang berat empat lime kilo sebijik tu, tapi mampu ke kite beri fokus yang sama intensif kepada setiap inci topik? lepas tu kalau kite perlu memilih, mcm mane nk pilih? tgk la kes yg tgh belaja. tgk silibus. ape yang paling relevan, paling ‘dekat’ ngan kite. matlamatnye nk cemerlang medic gak. nk jadi doktor gak.

    ni cerita pasal budak2 Medic. sori la yek lari topik. maaf byk2 kpd kaki2 lain yang berfikiran matang lagi bijaksana, yang tahu isu mana yang membangunkan umat, isu mane yg tidak. saya bukan intelektual yang fasih berckp soal politik, ekonomi, sosial yg global mcm orang lain.

    meow~

  • kaki bangku // Nov 4, 2006 at 1:01 pm

    Sila jelaskan apa yang dimaksudkan dengan “benda2 asas”.

  • adibahabdullah // Nov 4, 2006 at 5:02 pm

    salam.

    ler, bende2 asas.. mcm intermembrane cellular transport, DNA structure, production and processing, basic anatomy, dan hormonal secretion. ni cerita syok sendiri budak Medic, maaf sebab menyemak dan tak menyumbang kepada perbincangan.

    sekarang daya keintelektualan saya menurun, kena ‘demam kucing london’ sebab terkejut tengok rupa setengah-setengah (tak semua) diskusi di kakiblog. minta maaf ye.

    ilal liqa’

    meow~

  • kuceng jahat // Nov 5, 2006 at 2:27 am

    boleh ambil semula bangku yg pernah dibincangkan dulu?
    letakkan semula di hdpn anda. utk bercakap ttg perkara2 asas itu, terlalu besar. ttp saya tringin utk bercakap ttg ciri2 perkara asa..
    nah, skrg lihat dan selidiki ciri2 perkara2 asas dgn melihat perkara2 asas dalam sebuah bangku.

    pertama, perkara2 asas itu banyak dan pelbagai. bagi sebuah bangku, perkara2 asasnya adalah pelantar tmpt meletakkan punggung, kaki2 bangku, skru2 atau engsel buat melekatkan kaki2 bangku dgn pelantar bangku; mungkin pelapik getah di hujung kaki bangku buat melapik kaki bangku dr merosakkan lantai dan karpet, atau membuat bising bila bangku ditarik. oh ya, antara kaki2 bangku juga perlu ada penyambung. mungkin besi keras atau mungkin kayu tulin juga. dan mereka perlu disambungkn dgn skru2 atau engsel2 lagi. [banyak] seterusnya, perkara2 asas ini pelbagai. bentuknya tidak sama, ciri2nya tidak sama. pelantar tempat melabuhkan punggung cthnya, boleh saja berbentuk bulat, tiga segi, bujur, dsb. bergantung pd keselesaan punggung. yg penting, pelantar ini tidak akan sama dengan kaki2 bangku itu. kakai bangku tidak boleh bulat atau bujur. kalau ada bangku sebegitu, tidak layak dinamakan bangku mungkin.

    seterusnya, setiap perkara asas itu biasanya perlu lebih dr satu. sbg conth, bangku tidak boleh berdiri dgn hanya satu kaki bangku. lainlah kalau kaki bangku itu benar2 kuat dan utuh [tapi nanti tidak layak dinamakn bangku pula. ehh, tapi bangku berkaki satu mungkin?] sebuah bangku plg kurang perlukan tiga, atau dua kaki bangku yg benar2 kuat. perlukan skru2 utk menyambungkan perkara2 asas dlm bangku itu. perlukan penyambung2 buat menyambungkan kaki2 bangku itu. oh yaa, pelantarnya mungkin hanya satu. kerana itu tujuan asasnya. matlamat untuk membenarkan manusia melabuhkan punggung. tp kalau byk punggung2nya, lebih byk pelantar diperlukan..

    lagi, perkara2 asas ini mmg lebih kecil di mata dr perkara2 besar. ambil sebatang kaki bangku, letakkan di sebelah bangku. mana mungkin kaki bangku lebih besar dan panjang dr bangku itu. kalau bangku itu tingginya sekadar pinggang, mungkin kaki bangku tingginya hanya sekadar separuh pinggang. kalaulah ada kaki bangku yg lebih tinggi dr bangku, pasti kaki bangku itu bukan utk bangku itu. hntr shj ke bangku lain, atau mungkin dilemparkn saja kerana ia bukan kaki bangku yg sebenar. skru2 dan penyambung2 yg kecil itu juga, kadangkala x nmpk di mata. tp kehadirannya membuatkn bangku itu mampu berdiri, dan membuatkn manusia mampu melabuhkan punggung di atas bangku. kuatnya bangku kerana mampu menanggung berat manusia yg berkali2 lebih berat dari dirinya kerana adanya bnda2 kecil di dalam bangku. cuba buang kaki2 bangku anda skrg, mampukah bangku itu berdiri? ahh, itulah pentingnya kaki bangku. atau lebih senang lg, buang saja skru2 yg menyambungkan perkara2 asas dalam bangku itu. pasti kaki2 bangku itu juga x mampu menahan punggung2 manusia..

    ohh yaa. satu ciri perkara2 asas yg penting. perkara2 asas perlu kuat. bagaimana utk kuat mungkin spt yg telah digariskan di atas. kalau perkara2 asas tidak kuat, bangku tidak akan mampu menanggung beban manusia. contohnya, tidak patut mengambil kaki bangku yg berkarat atau berlubang dgn anai2 utk membina bangku. baik lemparkan saja atau jika masih punya harapan, dan kalau ada yg sudi, baiki dahulu kaki bangku itu. mengambil perkara2 asas yg belum kuat buat membina sebuah bangku tidak sia2, cuma takut jangka hayatnya hanya separuh jalan..

    [bakal bersambung jika diizinkanNya. tiba2 bangku tmpt melabuhkan punggung ini terasa panas. bergoyang ke kiri ke kanan spt ada bnda2 asas dlm bangku ini yg kurang utuh]

  • fat_elephant // Nov 5, 2006 at 4:06 am

    sahabat-sahabat,

    being cynical is a very lousy attitude…

    change…

  • bangku // Nov 5, 2006 at 5:45 am

    Jadi, copy-paste interview Ungku Aziz dan mencipta teori-teori pseudo ini dinamakan “benda2 asas”?

    Takde KBKK langsung. Takyah gi Australia la gitu.

    Memangla perkara asas tu perlu dikuasai dulu. Aku ni bukannya bodoh sangat sampai nak kena bagi analogi sepanjang 6 perenggan dan 552 patah perkataan semata-mata nak menyatakan kepentingan perkara asas. Buang masa hang je.

  • renegix_01 // Nov 5, 2006 at 5:49 am

    bangku..ayat baik2 lar sedikit…setiap orang ada caranya…mmg tidak semua orang mampu memuaskan kita..sila respect hasil kerja orang lain…kalau nak menegur pon..biarlah ‘kasar’ dalam lembut…

  • kaki bangku // Nov 5, 2006 at 6:13 am

    Renegix, terima kasih atas nasihat yang ikhlas itu. Aku akan cuba perbaiki gaya penulisan.

  • adibahabdullah // Nov 5, 2006 at 7:23 am

    ???
    assalamualaikum
    kuceng jahat bukan saya.
    harap maklum.
    :-)

  • aku insan biasa // Nov 7, 2006 at 8:51 pm

    huhuhuhuh

  • aswadi // Jun 7, 2007 at 1:15 pm

    kutuk, kutuk, kutuk, kutuk lagilah
    kutuk apa hal, suka sangat kutuk tapi tak tau buat kerja. orang melayu takan hilang didunia. macam mana pun kita akan hidup, hidup orang melayu

  • tukulbesi // Feb 8, 2008 at 7:10 pm

    yg boleh kukuhkan bangsa melayu ialah bahasa melayu

  • Pelajar `60an // Feb 13, 2008 at 4:01 pm

    Saya pelajar tahun 60`an sangat bersyukur diatas keperhatinan pembentuk dasar dasar pada awal 70`an yg telah merubah nasib kami anak melayu yg. tidak mempunyai keputusan cemerlang LCE kerana latar belakan keluarga yg. serba kekurangan . Kami diberi peluang ke ALIRAN SAINS -dan peluang ini telah berjaya melahirkan rakan-rakan saya yg. berjaya sebagai doktor,jurutera,arkitek ,pensyarah ….. yang pasti tidak termimpi oleh ibubapa kami jika dasar pend. wkt. itu tidak membantu.
    Jgn. sekali 2 melabel anak melayu malas & tidak ada cita2 utk. diri & keluarga.
    Pembentuk dasar kini harus terus mempertahankan hak & keistimewaan bumiputra , jgn. kerana kepentingan politik & diri rela menggadai tanggungjwb. membela anak bangsa .

  • Coward Malaysians’ Attitude « KidPieces // Jun 9, 2008 at 11:01 am

    [...] My real intention is to make the Malays realized what is wrong with them. Why the majority Malays are not as good and excellent as other race in Malaysia. I am racist if you want to think that way, but this is Malaysia of multiculutural country. It’s sad to see my own race is left too far behind economically (kais pagi makan pagi etc), intellectually (the objection to meritocarcy, budaya kurang membaca, lack in critical and creative thinking etc), politically (UMNO loss etc), socially (rempit, rape, budaya lepak, pervert Malay teenage-boys, lack of positive ethical sense, favouritism) and even in their own religion (eg. still believe in superstitions with all the crap dramas made by Malaysians etc). [...]

Leave a Comment