Kadang-kadang sesuatu yang jelas dan tampak
Pada bibir yang terkatup rapat
Pada telinga yang mendengar
Pada mata yang menyaksikan
Tiada pasti akan kebenarannya
Kelemahannya ialah kadang-kadang.. Bukan?
Seringkali yang diam tanpa kata, yang tiada mengambil endah
Nun terus ditelunjuki dan dikatakan sebagai bisu dan tuli
Acapkali yang seringkali jatuh apabila melanggari tunggul batu di hadapan jalan mereka
Lantas digelarkan buta?
Kelemahannya ialah seringkali dan acapkali..Juga bukan?
Bukan kerana ‘bisu’, ‘tuli’, dan ‘buta’
Kami diam
Kami tidak ambil endah
Kami jatuh
Lantas kerana keberanian yang ada dalam diri kami putuskan
Untuk diam apabila suasana bising riuh bersuara bertelagah
Untuk tidak mengambil endah apabila ramai yang berpura-pura mengambil kisah
Untuk mengambil risiko dan jatuh di jalanan yang sempit berbatu apabila ramai yang lain memilih untuk berjalan megah atas jalan yang lebar dan selesa
Nampak siapa yang lebih berani.. Jelas bukan??
Ashabul-Ukhdud
Kisah lampau buat teladan bersama
Fata yang berjaya di sisi Tuhannya
Biar bersama gurunya
Dalam diam mencari kebenaran
Dalam diam membelakangkan sihir-sihir yang cuba dibuktikan
Saat Si Raja menggeledah setiap isi bumi
Cuba menenggelamkan kebenaran menegakkan kebatilan
Yang dilihat oleh Raja itu mungkinkah kebenaran?
Hanya keberanian yang selalu sahaja membawa sang ‘bisu’, ‘tuli’, dan ‘buta’ menyingkap erti kebenaran
Keberanian itu tidak pernah disembunyikan
Tapi menyala marak dalam diri membakar ‘bisu-bisu’, ‘tuli-tuli’, dan ‘buta-buta’ semua yang mengaburi bicara, melodi, dan fatamorgana
Akhirnya bila ketakutan menghantui segala yang jelas dan nampak
Ashabul-ukhdud dan gurunya yang ‘penakut’ dan ‘bacul’ itu
Dihapuskan dan dinyahkan terus
Dari tanah yang telah berbau atar keberanian si ‘bisu’, ‘tuli’, dan ‘buta’..
Berteleku Si Raja atas takhtanya masih riuh, mengambil peduli, dan melihat
Sekalian rakyat berpaling daripadanya..
Tuhan tersenyum bersama
Korban Fata dan mereka yang ‘penakut’
Diangkat malaikat ke tempat paling benar..
Ashabul-Kahfi
Tiada nama yang ‘jelas’ dinyatakan
Cuma doa dengan izinnya tanpa hijab
Dalam Kalam-Nya dikisahkan pada semua
“7 PEMUDA YANG BERIMANâ€
“MELARIKAN DIRI KE DALAM GUAâ€
“DEMI MENYELAMATKAN IMANâ€
“DAN DITAMBAHKAN PETUNJUK KEPADA MEREKAâ€
Bukan kerana ‘takut’ bersembunyinya mereka di dalam lubang batu yang gelap itu
Tapi kerana ‘keberanian’ yang seringkali diakui oleh bibir yang ‘bisu’, telinga yang ‘tuli’, dan mata yang ‘buta’
Membawa langkah mereka berserta tapak kecil ‘Ar-Raqim’ yang ‘hina’?
Dan beraraklah bersama mereka debu-debu yang ‘menyucikan’
Mengaburkan lagikah ke’bisu’an, ke’tuli’an, dan ke’buta’an mereka?
Selama yang diperkata di sekitarnya mutiara-mutiara palsu yang ‘indah’
Selama yang didengari mereka pembohongan yang ‘benar’
Selama yang diperhatikan mereka tanah-tanah ‘reput’ yang segar ketika itu
Antara jarak masa se’singkat’ 309 tahun Qamariah itu
Siapakah yang seemangnya benar bisu, tuli, dan buta??
“DAN KAMI TEGUHKAN HATI MEREKA KETIKA MEREKA BERDIRI LALU MEREKA BERKATA, ‘TUHAN KAMI ADALAH TUHAN LANGIT DAN BUMI; KAMI TIDAK MENYERU TUHAN SELAIN DIA.SUNGGUH, KALAU KAMI BERBUAT DEMIKIAN, TENTU KAMI TELAH MENGUCAPKAN PERKATAAN YANG SANGAT JAUH DARI KEBENARAN.’â€
(18:14)
Hingga kini kelemahannya yang tiada terzahir kebisuan mereka
Yang tidak mengakui ketulian mereka
Dan yang masih menzalimi diri dengan kebutaan yang tersembunyi
“SANGAT JAUH DARI KEBENARAN…â€
“SANGAT JAUH DARI KEBENARAN..â€
“SANGAT JAUH DARI KEBENARAN..â€
Yang ‘bisu’, ‘tuli’, dan ‘buta’ itu
‘Bisu’nya membelakangkan pembohongan
‘Tuli’nya memekakkan keraguan
Dan ‘buta’nya tiada ingin melihat pemesongan arus
“ Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhan-Nya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaanya sudah melewati batas.â€
(18:28)
- Isu 1:
Tidak semua yang kita lihat bersembunyi itu layak kita ujarkan sebagai bacul atau pengecut, dan tidak semua yang menayangkan kebenaran itu selayaknya juga kita angkat sebagai perwira. Adakalanya yang bersembunyi itu punya misi tersendiri. Adakah wajar digelarkan ABU BAKAR AS-SIDDIQ R.A itu bacul, sedang dia seawal manusia yang membenarkan ‘kebisu’an, ke’tuli’an, dan ke’buta’an. Mana mungkin AL- FARUQ UMAR AL-KHATTAB R.A itu hilang keberaniannya yang digeruni puak bertentangan kita jatuhkan hukum sebagai pengecut? ABU HURAIRAH itulah si anak yatim yang lembut jiwanya tetapi paling cekal fizikal mental dan ruhinya merawikan paling banyak hadith Rasulullah S.A.W. Bersembunyikah dia di sebalik kebenaran, sedang dia yang ‘bisu’, ‘tuli’, dan ‘buta’ yang menyampaikan kebenaran..? Kecutkah jiwa si kecil yang membalingkan ketul batu untuk menebus maruah tanah dan ‘hidup’nya lalu menyembunyikan tangannya? Perwirakah yang mengangkat senapang berat dengan kereta kebal gahnya melanyak pemilik tangan yang bersembunyi tadi dan untuk kita angkat lantas untuk dibanggakan? Yang diperlukan mereka pinjaman senjata kita untuk semalaman, bukannya hanya ‘TANGISA’ bermalam-malaman. Cuma ikhlasnya hati hanya milik-Nya untuk ditafsir dan ditaksir. Misinya di tangan-Nya untuk dijayakan. Aspirasinya pasti sama dengan yang berterangan dan yang bersembunyi. Adakalanya yang cuba membetulkan kesilapan perlu memperbetul secara bersembunyi, bukanlah suatu tanda khauf, tetapi kerana sesetengah perkara yang telah Tuhan anugerahkan dapat kita peliharakan. Bukan semua yang tinggi itu tinggi, dan tidak semua yang rendah itu rendah. Adakalanya yang kecil itu besar dan yang besar itu kecil lagaknya.
- Isu 2:
Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, seorang ‘rakyat’nya telah menegurnya secara kasar. Lalu Saidina Umar berkata, “ Sedangkan dengan FIRAUN pun Nabi Musa masih boleh berlembut..†Dan ada suatu ketika, Nabi Sulaiman yang memiliki sebuah kerajaan yang besar, sendiri turun dari kenderaannya semata-mata untuk memberikan laluannya kepada semut yang kecil.Sekali lagi ingin ditekankan, cuma ikhlasnya hati hanya milik-Nya untuk ditafsir dan ditaksir. Misinya di tangan-Nya untuk dijayakan. Aspirasinya pasti sama dengan yang berterangan dan yang bersembunyi. Adakalanya yang cuba membetulkan kesilapan perlu memperbetul secara bersembunyi, bukanlah suatu tanda khauf, tetapi kerana sesetengah perkara yang telah Tuhan anugerahkan dapat kita peliharakan. Bukan semua yang tinggi itu tinggi, dan tidak semua yang rendah itu rendah. Adakalanya yang kecil itu besar dan yang besar itu lebih kecil lagaknya.
2/11/06
21:02
ABU BAKAR AS-SIDDIQ :
Nama sebelum Islam : Abdul Kaabah
Nama sebenar : Abdullah ibni Abi Quhaafah
Panggilan : Abu Bakar
· (daripada perkataan Arab Bakar yang bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta.
: As-Siddiq (yang membenarkan).
ABU HURAIRAH
Nama sebelum Islam : Abdu Syam
Nama sebenar : Abd Ar-Rahman Ibn Shakhr (diberi oleh Rasulullah S.A.W)
Panggilan : Abu Hurairah (Bapanya Kucing)
· Menemukan seekor kucing lalu disimpan di dalam bajunya

3 responses so far ↓
lonsaa // Nov 5, 2006 at 5:07 pm
wow…supercool…jelas lagi terang…btul laa ape yg dikatekan cik laila…
kaki bangku // Nov 5, 2006 at 11:11 pm
Mampukah si apo nama… menjawab?
pakteh // Dec 13, 2006 at 2:04 pm
Ini la yg dapat saya baca. BI tak pandai…
Leave a Comment