Jihad Usman Dan Fodio dan Kerajaan Khalifah Sokoto
Dalam Episod 2 aku menceritakan bagaimana Sidi al-Mukhtar al-Kunti menyatupadukan penduduk-penduduk sekitar Timbuktu dan mempopularkan tariqat Qadiriyya. Pada masa yang sama, gerakan Wahhabiyya sedang giat mengkucar-kacirkan umat Islam di tanah Hejaz.
Ketika inilah lahirnya seorang lagi tokoh reformis Qadiriyya bernama Shaykh Usman Dan Fodio di wilayah Hausa, Nigeria pada tahun 1754. Beliau adalah seorang guru Sufi dan intelekual yang memimpin penduduk Hausa dalam jihad menentang penindasan pihak pemerintah dan mendirikan Khalifah Sokoto.
Shaykh Usman dan Fodio berasal dari suku nomad Torodbe, sebuah kumpulan yang terkenal sebagai golongan ‘ulama. Kumpulan ‘ulama ini sememangnya kurang senang dengan amalan masyarakat yang penuh unsur karut di samping penentangan terhadap pemerintahan dinasti Gobir yang mengutip cukai berlebihan.
Sesudahnya Shaykh Usman tamat mengaji dengan para ‘ulama Torodbe, beliau menuntut bersama seorang ilmuwan bernama Jibril bin ‘Umar al-Aqdasi. Guru ini memberi baiah kepada Shaykh Usman, adiknya Abdallahi dan anaknya Muhammad Bello untuk mengikuti tariqat Qadiriyya, Khalwatiyya dan Shadhiliyya.
Hubungan antara Shaykh Usman dan pihak pemerintah menjadi tegang apabila pemerintah melarang rakyat berdakwah mengislamkan golongan kafir dan berpakaian Islamik. Lantaran, beliau berhijrah ke luar wilayah taklukan Gobir. Tindakan ini dilihat oleh kerajaan Gobir sebagai suatu pemberontakan.
Permusuhan ini bertambah runcing apabila pengikut Shaykh Usman bertindak agresif menentang arahan pemerintah Gobir. Peristiwa ini mencetuskan jihad yang dipimpin oleh Shaykh Usman Dan Fodio pada 1804 selama 4 tahun. Keputusan untuk berperang ini didorong, antara lain, oleh arahan Shaykh Abdul Qadir al-Jilani dalam sebuah mimpi Shaykh Usman.
Diringkaskan, jihad beliau berjaya menumpaskan pemerintahan Gobir dan mendirikan Khalifah Sokoto. Diringkaskan lagi, Khalifah ini masih bertahan sehingga sekarang walaupun kawasan pemerintahannya dikecilkan oleh penjajah British dan diletakkan di bawah naungan kerajaan Nigeria pasca-kemerdekaan.
Sehingga kini, Sokoto kekal sebagai satu-satunya wilayah yang melaksanakan undang-undang Shari’ah di Nigeria. Namun, aku terbaca berita 3 minggu lepas akan kematian Sultan Muhammadu Maccido (gambar) dalam kemalangan kapal terbang. Penggantinya belum diputuskan.
Secara peribadi, aku berpendapat agenda reformis ini boleh dikatakan sebagai respons golongan Sufi terhadap fitnah di Hejaz yang mengatakan golongan sufi adalah sesat. Shaykh Usman telah membuktikan bahawa gerakan Sufi mampu mendirikan pemerintahan Islam sedangkan gerakan Wahhabi pula melemahkan Khalifah Uthmaniah.
Terdapat juga pihak reformis Mesir yang mengatakan golongan sufi sangat lemah kerana taklidnya kepada mazhab. Sekali lagi, respons Shaykh Usman Dan Fodio yang bermazhab Maliki ini membuktikan sebaliknya. Aku juga akan menceritakan perjuangan oleh golongan reformis Sufi di Senegal, Sudan, dan Tanzania untuk menegakkan keadilan juga tidak perlu kepada penolakan terhadap mazhab.
Bersambung…
Sumber rujukan:
1. Martin, Bradford (1976). Muslim Brotherhoods in Nineteenth-Century Africa.
2. Temu ramah Sidi Abu Muhammad
3. Sub Saharan Sufis

10 responses so far ↓
lina // Nov 22, 2006 at 10:58 am
tq dek
robin van persie // Nov 22, 2006 at 5:38 pm
kaki blog ni website sape dan utk ape sbnrnye??masih lg belum jelas arah tujunye…
robin van persie // Nov 22, 2006 at 5:39 pm
tolong la buat satu post lagi jelaskan psl website ni ye..
rontol // Nov 22, 2006 at 6:02 pm
Sila rujuk post ke-100 dalam archive sebelum ini (-;
syahid_zul // Nov 27, 2006 at 12:05 am
assalamualaikum..
Berkenaan syeikh muhammad abdul wahab,rasanya agak kurang elok jika digunakan istilah “mengkucar-kacirkan”.apabila saya baca tulisan maryam jameelah dlm “suka duka gerakan islam dunia arab”,beliau telah memuji apa yg telah dilakukan oleh syeikh muhammad abdul wahab dizamannya.jika pengikut beliau yg fanatik dan radikal dlm menyebarkan faham wahabi,usahlah dicemarkan ulama ini.
sama2 kita ungkit sejarah lampau utk memperbaiki gerakan dimasa depan.tidak akan sesat sesuatu kaum sehingga mereka terlalu lembut atau terlalu radkal.ini ungkapan ini lebih sesuai utk golongan wahabi..
kaki bangku // Nov 27, 2006 at 7:56 pm
Terima kasih, aku sudah ubah “muhammad bin abd wahhab” kepada “gerakan wahhabiya”.
Cuma, aku masih kurang setuju dengan pujian terhadap beliau. Sepertimana yang aku telah sentuh, sudahpun wujud gerakan pemurnian amalan Islam yang lebih toleran pada waktu itu seperti gerakan Khalwatiyya.
Kumpulan inilah sebenarnya yang memainkan peranan mengislahkan masyarakat menjauhi amalan syirik dan khurafat dalam erti kata sebenar sedangkan Wahhabiyya memberontak Khalifah Uthmaniah, kafir-mengkafir umat Islam, malah membunuh mereka hingga jadi lautan darah (blood-bath) di Tanah Hejaz!
Ramai ulama pada waktu itu membidas Muhammad bin Abd Wahhab sendiri, apatah lagi pengikut2 taksubnya.
tawel // Nov 28, 2006 at 8:42 am
Bangku, Sub Saharan Sufis tu projek kau ke? I like the header.
Apa pun, jika pun benar Muhammad bin Abdul Wahhab tidak ‘mengkucar-kacirkan’ dunia Arab di waktu zamannya, apa yang aku pasti, fahaman Wahhabi ini telah pun mengkucar-kacirkan dunia Islam hari ini.
kaki bangku // Nov 28, 2006 at 4:20 pm
Mmg projek aku. Tapi blom siap lagi tu. Gambar header tu aku modify dari satu lukisan di website Naqshabandi.
Kakiblog.com » Kembara Sufi Sub Sahara Episod 4 // Nov 29, 2006 at 2:11 am
[...] Berasal dari Mali dan berketurunan yang sama dengan Shaykh Usman Dan Fodio yang saya ceritakan dalam Episod 3, al-Hajj Umar mengepalai usaha penubuhan negara Islam di Senegambia dan Mali Barat. Malangnya, beliau syahid dalam peperangan pada 1864 dan negara Islamnya jatuh ke tangan Perancis setelah 21 tahun ditubuhkan. Seorang lagi tokoh besar Tijaniyya ialah Shaykh Ibrahim Niasse dari Senegal yang lahir pada 1900. Organisasinya, Jamaat al-Fayda, merupakan organisasi Muslim terbesar di Afrika Barat. Beliau pernah dianugerakan darjat Shaykh al-Islam oleh al-Azhar di Kaherah dan menjadi black African pertama untuk mengimamkan solat Jumaat di masjid al-Azhar. Ulama terbesar masa kini yang mewarisi legasi beliau ialah Shaykh Hassan Cisse. [...]
makhfud // Jul 22, 2007 at 2:11 am
Assalamualaikum,
apakah tuan murid dari Shaykh Hassan Cisse?
Apakah Shaykh Hassan Cisse adalah mursyid tuan?
Waalaikumsalam
Leave a Comment