© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

KERUSI vs BANGKU

December 4th, 2006 · 7 Comments

Sebentar lagi kaki langit akan menjadi merah jingga
Kuasa matahari makin melemah dan Laila tersenyum sinis bersemayam atas takhta
Di hati Laila seringkali terdetik dan memikirkan tentang keangkuhan milik mereka yang membawa kepada kejahilan yang nyata
“Tidakkah yang di bawah ku ini melihat maha agungnya kuasa yang menurunkan siang dari takhta dan menaikkan aku bersinggahsana?”

Siang akur menapak turun
“Esok kau akan turun dan aku akan menggatikan mu kembali..”
Senyum yakin dengan harapan
“Kuasa kita bawah taklukan-Nya dan apa yang ingin dibanggakan sedang Dia Pemilik yang Maha Memiliki..?”

“Katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan (Kerajaan) alam buana. Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang Engkau mahu. Di tangan-Mu (Wahai Allah) segala Kebaikan dan Kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menadbirkan siang dengan malam. Dan malam pula Engkau berkuasa menadbirkannya dengan siang. Engkau menerbitkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku atau mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku atau mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada siapa sahaja yang Engkau mahu.”
(3:26)

Tags: Islam · Sajak

7 responses so far ↓

  • ruqi-san // Dec 4, 2006 at 7:52 am

    “Di hati Laila seringkali terdetik dan memikirkan tentang keangkuhan milik mereka yang membawa kepada kejahilan yang nyata”

    ni maksud umumi ka laila? :)
    kenapa tajuk kerusi vs bangku?

  • Laila // Dec 4, 2006 at 8:15 am

    ruqi-san:
    walaupun malam x berakal, tapi masih ada mata menyaksikan setiap perilaku manusia

    kenapa tajuk kerusi vs bangku?
    sebab manusia selalu berebutkan ‘kerusi’ dan ‘bangku’
    sedang mereka tahu Kursi (kekuasaan) Allah meliputi segala apa yg di langit dan bumi dan apa jua di antaranya. Allah sahaja Penguasa alam yg tidak layak sifat-Nya tidur mentadbir, kerna nescaya akan hancur segala yang baharu dan mumkin.. (2:255)

    p/s:ruqi-san,sebenarnya tengah promote mathurat ni..(”,)

  • ruqi-san // Dec 4, 2006 at 8:37 am

    mashallah mashallah..best best..leh promo entri laila plak lepas ni :P Boleh ke?

    tiap bait mempunyai makna2 yg tersendiri,halus lagi dalam untuk kita memahami,tenung dalam-dalam,mengingati perilaku sndiri..kadang2 tak sedar yang kita ni hanyalah makhluk,tanpa qudratNya,tak mampu kita nak hidup lagi sampai hari ni..manusia manusia..
    hmm..muhasabah diri sket..

    wah..rajin eh baca mathurat laila ni..?baguslah.. :)

    anyway..good job! ;)

  • kaer // Dec 5, 2006 at 4:58 am

    hebat jgk ko bermadah….

  • antu perut // Dec 5, 2006 at 6:51 am

    uik….mantap…ni sume ayat sindri ke?
    neway….keppt a good job!!!

  • Dex // Dec 5, 2006 at 8:45 pm

    no doubt…great job. bagus juga ada orang yg boleh berpuisi dlm kakiblog ni. ada la variasi sikit..

    -tertipu dgn Laila. Igt orangnya,tp rupa2nya malam. Kena study KOMSAS blk ni~

  • mrq // Dec 7, 2006 at 1:45 am

    laaa baru org sedar ke laila ni terer? entry2 sbelum ni sikit je org sedar. agaknya kene gune tajuk2 panas la laila

Leave a Comment