© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Kembara Sufi Sub Sahara [V]

December 13th, 2006 · 17 Comments

Pengaruh Ulama Hadramaut di Afrika Timur

Episod 2-4 menceritakan tentang gerakan tajdid sufi Tijaniyya dan Qadiriyya di sebelah barat sub Sahara. Masih banyak kembara sufi yang boleh diceritakan di kawasan ini, tapi sebelum kita mendalaminya eloklah saya beralih sebentar ke kawasan timur Afrika, terutamanya di negara Somalia, Tanzania, Kenya, Zanzibar dan Kepulauan Comoros.

Aliran pemikiran fiqh dan tasawwuf Islam kawasan tersebut banyak dipengaruhi oleh saudagar dan sayyid Sunni Shafii Ba Alawi dari Hadramaut. Golongan ini amat terkenal sebagai pembawa risalah Islam di kota-kota pesisiran Lautan Hindi, termasuk Kepulauan Melayu sendiri. Saya berpendapat bahawa penguasaan mereka dalam bidang agama mahupun pelayaran dan perniagaan wajar diteladani pemuda-pemuda yang menyimpan hasrat menjadi “Protaz” atau “Uspro”.

Rami dari kalangan keturunan dari Hadramaut yang memang terlatih dalam ilmu Islam ini dilantik menjadi qadi. Malah, merekalah yang mengepalai pelaksanaan undang-undang Shariah di bawah Kesultanan Zanzibar. Antara yang tersohor di pulau Zanzibar dan tanah semenanjung Afrika ialah Shaykh Ahmad ibn Sumayt (qadi Zanzibar) dan Shaykh Abdullah BaKathir (pengasas Madrasat BaKathir). Madrasah-madrasah pimpinan ulama Hadramaut ini menyediakan alternatif terbaik kepada sistem pendidikan sekular penjajah British pada zaman tersebut.

Aliran tasawwuf yang disampaikan oleh ulama-ulama ini dikenali sebagai Alawiyya. Ibn Sumayt menggariskan aliran pemikiran ini dalam kitabnya Tuhfat al-Labib. Beliau menukilkan isnadnya melalui, yang pertama, al-Faqih al-Muqaddam Muhammad b. Ali (d. 1255). Isnad kedua pula melalui Shu’ayb Abu Madyan yang juga mempengaruhi aliran Shadhiliyya. Barangkali atas sebab inilah aliran Shadhiliyya dan Alawiyya memiliki banyak persamaan.

Dari segi nasab pula, dua kumpulan terawal di Afrika Timur ialah nasab al-Jamalullail dan Al Shaykh Abi Bakr bin Salim yang berhijrah ke Lamu (Kenya), Mombasa dan Malindi antara kurun ke-16 hingga ke-18. Malangnya, saya tidak temui mana-mana huraian mengenai amalan tariqat golongan-golongan awal ini. Yang tercatat hanyalah generasi baru yang berhijrah setelah kemunculan Kesultanan Oman dan Zanzibar seperti Shaykh Ahmad ibn Sumayt sendiri.

Mereka sungguh berpengaruh walaupun bukan penduduk asal Afrika Timur. Antara faktor penguasaan mereka terhadap institusi-institusi pendidikan dan undang-undang di Afrika Timur ialah penekanan mereka terhadap pendidikan agama dan amalan-amalan bersanad dari Rasulullah s.a.w. yang diwarisi secara turun-temurun dalam ruang lingkup tradisi Sunni Shafii.

Selain itu, mereka menguasai ekonomi melalui jaringan perniagaan yang dipermudahkan dengan adanya ikatan kekeluargaan yang ketat dengan saudara-mara mereka di serata dunia. Hal ini dijayakan melalui usaha mencatat genealogi yang teliti dan dijaga rapi, sama ada nasab keluarga mahupun sanad ilmu.

Dalam mengadapi fitah Wahhabiyya di tanah Arab, ulama Hadramaut di Afrika Timur mengambil pendirian Shaykh Ahmad Zayni Dahlan dan Shaykh Muhammad b. Said Babsayl (guru kepada Ibn Sumayt). Mereka menolak amalan tradisi Waungwana yang mempunyai unsur-unsur khurafat namun sahutan reformis mereka masih kekal dalam ruang lingkup tradisi sufi Alawiyya.

Pendirian ini tidak berbeza dengan gerakan-gerakan tajdid sufi lain yang sudah lama berusaha menjauhkan masyarakat daripada fahaman khurafat sebelum kemunculan Wahhabiyya lagi. Bila mana gerakan Wahhabiyya ini cuba menjatuhkan empayar Uthmaniah, Ibn Sumayt dalam khutbah jumaatnya di Zanzibar pula mendoakan kesejahteraan Sultan Uthmaniah.

Tuntasnya, amalan Islam di Afrika Timur dipimpin oleh ulama sufi Alawiyya dari Hadramaut seperti juga yang terjadi di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Situasi di Afrika Timur sedikit berbeza dengan sebelah barat kerana Islam sudah lama bertapak di sini. Kehadiran ulama Alawiyya memperkukuhkan lagi pegangan Sunni Shafii dan aplikasinya dalam undang-undang negara dan sistem pendidikan madrasah.

Sumber rujukan:

1. Nimtz, August H (1980). Islam and Politics in East Africa. The Sufi Order in Tanzania
2. Bang, Anne K (2003). Sufis and Scholars of the Sea. Family Networks in East Africa, 1860-1925.
3. Ho, Engseng (2006). The Graves of Tarim.

Tags: Kembara Sufi · Umum

17 responses so far ↓

  • Azma // Dec 14, 2006 at 4:35 am

    Assalamu’alaykum

    Jazakumullah atas posting Kembara Sufi sub Sahara ni. Nampaknya dah yang ke-5, kat mana untuk saya baca siri 1 sampai 4 yang lepas. Terer sgt lah blog ni, sampai saya tak tahu nak cari dan scroll kat mana.

  • ummi // Dec 14, 2006 at 5:22 am

    Waalaikummussalam Azma,

    Saya rasa cara terbaik Azma nak cari episod2 Sufi yang lepas adalah dengan tekan Bangku kat bahagian AHLI (atas bancian). Bila tekan nama Bangku, akan keluar semua entries dari encik bangku. dan kat situ ler terletaknya episod2 sufi yg lepas2.

    Sekian, terima kasih.

  • Laila // Dec 14, 2006 at 5:28 am

    Bangku, ada forum tentang “Benarkah Golongan Sufi Paling Berjaya Dalam Dakwah?” di TranungKite. Tak ramai yg hit lagi topik tu, tapi jejak2 Kembara Sufi Sub Sahara anda mungkin boleh membuktikan kot? Hu~

    Teringin nak ikut jejak langkah anda, menjejaki tapak-tapak Ahli sufi di nusantara pula, pernah diusulkan anda suatu ketika dulu, tapi masih kekurangan rujukan. InsyaAllah kalau tiada aral, akan mengusahakannya..

    p/s:Teruskan misi ‘edisi siasat’ ni.. (”,)

  • nai // Dec 14, 2006 at 6:46 am

    Bagus tulisan ni..teruskan menjejaki para ilmuan Islam yang mana ilmu mereka segenap aspek.Mereka inilah yang mengenali Ma’rifatullah. I have wandered here before hopefully i can read a lot more about this topic.

  • faqir // Dec 14, 2006 at 10:33 am

    Bagus bangku! Teruskan dengan episod-episod berikutnya. Aku dah mula paham tentang sufi ni.

  • persie to faqir // Dec 14, 2006 at 5:43 pm

    apa yg ko faham? cuba terangkan sikit..
    banyak lagi yang aku tak paham tentang sufi ni.
    bukan tak nak faham, tp tak blh nak faham..

  • kaki bangku // Dec 14, 2006 at 8:01 pm

    terima kasih kepada ustazah azma, ustazah nai dan saudara faqir atas kunjungan antum. ya, kalau nak baca episod2 lepas, pergi alamat ni - http://kakiblog.com/author/kaki-bangku

    Laila, saya tak jumpa lak thread tu di Tranungkite. Satu sumber baik utk ulama nusantara - http://geocities.com/traditionalislam

    Persie, tak faham pun takpelah. bukannya semua orang perlu jadi ahli sufi ni.. aku pun tak mampu gak nak paham semuanya. kena ngaji cukup2. stakat sejarahnya bolehla aku kaji.

  • persie to bangku // Dec 14, 2006 at 11:09 pm

    ni linknya..cuba la kot2 msh lg boleh pki

    http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=79

    to ahli kaki blog yg lain, jemput2 la ke http://www.tranungkite.net/ n jd member kat sana.

  • aman // Dec 15, 2006 at 10:49 am

    awat lak aku kena band kat shoutbox tue…sedih lol… :( ada salah silap ke… huaaaaaaaa…

  • Tawel // Dec 17, 2006 at 10:11 pm

    Bangku, aku dah promote tulisan kau ni kat TKO.

  • Truth Has A Way : Dunya Dhilun Zailun :: Selsema :: December :: 2006 // Dec 21, 2006 at 2:09 pm

    [...] We are sneezing now…so we have to take a break for a while. Mybe  with a cup of lemon tea? Sekarang musim selsema..Media selsema, orang ramai selsema, kolumnis selsema, mufti selsema aduhai kesian..Mungkin perlu rehat dan berfikir seketika. Maklum-maklum akan hati kita sendiri. Maklum sahaja waktu selsema sangat meletihkan.. ___ Wandering around… 1) History of Tarim. A very nice indeed by Sidi Yahya 2) Antara kokka dan awjad 3) Hadith dhoif? 4) Kembara Sub Sufi Sahara 5) A journey of Hajj of AbuZhulixin 1425 Hijra [...]

  • salahuddin // Mar 27, 2007 at 5:31 am

    saudara
    hati-hati sikit ngan sufism ni
    byk yg sesat

  • salahuddin // Mar 27, 2007 at 5:32 am

    Shadhiliyya
    ni tarekat kureng baik
    depa kutuk sheikh islam ibn taimiyyah

  • bangku // Mar 27, 2007 at 1:45 pm

    salahuddin,

    Boleh dikatakan semua cabang ilmu ada yg sesatnya, bukan sufism sahaja. Dalam kebanyakan penulisan Kembara Sufi ni, saya cuba menceritakan bagaimana pengaruh ulama tasawwuf membangunkan masyarakat sekitar kurun 18, 19, 20 - iaitu zaman di mana gerakan wahhabi giat mengkucar-kacirkan masyarakat Islam dan menyebarkan ideologi exclusivist “us-against-them”.

    Berkenaan shadhiliyya, saya tidak jumpa mana2 bukti yang menyokong kenyataan saudara. Antara sheikh Shadhiliyya terbesar sekarang ialah Sheikh Nuh Keller yang pernah menulis artikel berkenaan akidah dan beliau membenarkan aqidah yang benar2 salafiyyah, iaitu yang tiada unsur2 anthropomorhism.

    Bukankah ibn taimiyyah menyesatkan akidah asya’irah terlebih dahulu?

  • kaki bangku // Mar 27, 2007 at 7:16 pm

    Dipetik dari In The Tavern of Ruin:

    “the term Sufism has meaning only in the context of Islam. That is to say, outside of Islam, Sufism does not exist - for it is the fruit of the tree of Islam. Although one might find traces of Sufism in other religions and philosophical schools, these cannot be taken to be Sufism as a whole. The name ’sufi’ is synonymous with a follower of
    Ali, himself the disciple of the Prophet of Islam, Mohammad.

    Since a sufi must be a muslim, whoever claims to be a sufi without being a muslim, makes a false claim. To be a sufi without fulfilling the duties and obligations of Islam is an impossibility. With this in mind, one can distinguish those self-centered and ambitious individuals who detach Sufism from Islam and set themselves up as ’sufi masters’.

    One should realize that removing Sufism from Islam will result only in a pseudo-Sufism, devoid of Sufisms real essence. Such a graft onto the
    tree of other philosophical schools or religions can only result in a dead branch. The living tree of Sufism, however, only grows on the
    tree of Islam, and only a true muslim can receive the fragrance of its blossoms.

    Thus, whatever is not of Islam is not Sufism; and whoever is not a muslim is not a Sufi.”

  • Truth Has A Way : Ad-Dunya Dhilun Zailun :: Selsema :: May :: 2007 // May 15, 2007 at 5:19 am

    [...] We are sneezing now…so we have to take a break for a while aren’t we? Mybe  with a cup of lemon tea? Sekarang musim selsema..Media selsema, orang ramai selsema, kolumnis selsema, mufti selsema aduhai kesian..Mungkin perlu rehat dan berfikir seketika. Maklum-maklum akan hati kita sendiri. Maklum sahaja waktu selsema sangat meletihkan.. ___ Wandering around and have a nice cup of tea 1) History of Tarim. A very nice indeed by Sidi Yahya 2) Antara ‘Ajwah dan Kokka 3) Hadith dhoif? 4) Kembara Sub Sufi Sahara 5) A journey of Hajj of AbuZhulixin 1425 Hijra 6) A Journey to Syria. A very barakah land. [...]

  • BANTAI WAHABI // Jul 11, 2007 at 8:32 am

    Wahabi sebenarnya liberal…bc blog ni http://www.aizam07.2pt.net

Leave a Comment