Syhh..
Diam adik kamu sedang tidur
Tidurnya lena dan bahagia
Di dadanya ada peluru timah..
Syhhh…
Abang-abang kamu sedang naik angin dan berang
Ada jiran yang tidak tahu malu
Membakar dan menceroboh laman kita
Syhh..
Senyap sahaja
Nanti kau akan dengar
Bunyi yang menggegarkan
Syhhh…
Jangan menangis sayang jika ini pesan ibu yang terakhir
Ramai di luar sana yang masih senyap akan menjagamu
Mungkin bila ibu-ibu mereka juga mula menyuruh mereka senyap dan diam
(47:7)

6 responses so far ↓
Bat // Dec 16, 2006 at 7:30 am
Tersentuhnya..semoga isreal laknat tu hancur di muka bumi bila tiba masanya..
syahid_zul // Dec 16, 2006 at 7:14 pm
Sentuhan yang tersentuh..
ruqi // Dec 17, 2006 at 1:36 am
…
Laila // Dec 17, 2006 at 1:07 pm
Ingin berkongsi sebuah hadith,
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah
kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan
menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
“At-Taqwaa hahunaa.. At-Taqwaa hahunaa.. At-taqwaa hahunaa..”
Hadith yg benar-benar menyentuh hati..
Bat & Syahid Zul:
Tersentuh hahunaaa..
Tersentuh hahunaaa..
Tersentuh hahunaaa..
(”,)
Ruqi-san:
Er, nape terdiam? Syhh.. Huhu~
bangku // Dec 17, 2006 at 7:30 pm
kreatif…
Dex // Dec 21, 2006 at 8:59 am
so, laila=official poet of kakiblog?? coolness..
Leave a Comment