© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Ish..Naik Lagi

December 18th, 2006 · 15 Comments

Pengumuman kenaikan harga tol menjelang 2007 baru-baru ini memaksa rakyat untuk mendengar sekali lagi alasan-alasan lapuk.Bagiku, alasan-alasan ini telah dikitar semula beberapa kali tahun ini bermula dengan kenaikan harga minyak, elektrik, air, ayam dan yang terkini, tol. Sebenarnya, alasan yg diberi bukanlah terlalu sukar untuk dinilai oleh akal manusia yang waras dan boleh menerima kebenaran.

 

Tidak ada logika lansung untuk kenaikan sehingga 60% itu. Adakah batu-batu, tar, besi-besi yang telah siap dibina menjadi lebuh raya hampir sedekad yang lalu  tiba-tiba mengalami inflasi. Ingin juga aku mendengar mana-mana peterangan pakar-pakar ekonomi mengenai fenomena ekonomi yang aneh sebegini.

 

Jika kerajaan mengatakan yang kos penyelenggaraan meningkat, aku masih boleh menerimanya dengan akal yang waras. Tapi, adakah waras peningkatan kos yang beberapa peratus sahaja ditampung dengan kenaikan kenaikan 60%.

 

Sedar atau tidak, apabila ada sesuatu kenaikan banrang, kenyataan yang biasa kita dengar adalah kerajaan terpaksa mengambil tindakan sedemikian untuk mengurangkan tekanan kewangan yang dihadapi kerajaan.Tapi, adakah mengalihkan tekanan ini kepada rakyat adalah satu tindakan yg bijak? Rakyat memilih kerajaan utk membela nasib mereka, bukan untuk menyusahkan mereka. Inikah sahaja jalan terbaik yang  dilihat kerajaan untuk menyelesaikan masalah mereka? Orang yang panjang akalnya akan nampak banyak jalan dan tidak akan mengunakan jalan yang sama untuk beberapa kali untuk menyelesaikan masalah yang sama. Apatah lagi apabila diketahui jalan yang pernah dilalui itu tidak  berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi tadi.

 

Telinga-telinga kita juga sering dihidangkan dengan alasan yang harga tol atau minyak Malaysia masih lagi paling rendah berbanding negara-negara lain. Berpijak la di bumi yang nyata wahai kerajaan. Bukan semua barang atau perkhidmatan boleh dipedagangkan dengan kadar yang sama dan diperbandingkan sebegitu rupa walaupun ada teori yang mengatakan sedemikian.Akan tetapi, bagi ahli ekonomi, teori sebegitu hanya dipraktikkan ketika menjawab soalan-soalan makroekonomi di dewan peperiksaan. Tak masuk akal sama sekali untuk dipraktikkan dalam dunia perdagangan. Negara yang mengimport minyak tentulah  menjualnya di pasaran tempatan dengan harga yang lebih rendah.

 

Selain itu, KDNK yang mengukur taraf kualiti hidup rakyat disesebuah negara tidaklah sama antara satu sama lain. Maka, adilkah kerajaan membandingkan harga minyak dan tol pada masa yang sama tidak  membandingkan KDNK kita. Tujuan dan lokasi pembinaan tol juga perlu diambil kira. Ada negara yang mengenakan tol di bandar-bandar untuk menyelesaikan mengalihkan trafik keluar dari bandar. Tapi, di negara kita yang tercinta, tol dikenakan dari utara ke selatan, timur ke barat.Wahai kerajaan, banyak statistik dan perkara yang perlu didedahkan dan diperbandingkan jika mahu membuat perbandingan antara negara.Membuat perbandingan anatara pada satu aspek sahaja adalah amat tidak adil.

 

Dalam pada itu, alasan wajib yang akan dikemukakan kerajaan untuk menaikan harga tol adalah  perjanjian yang sedia ada dengan pihak konsesi. Wahai Dato’ Samy, dimanakah perjanjian itu?Dimulut je ke? Pernah ke kerajaan mendedahkan secara terperinci butir-butir perjanjian itu kepada rakyat?Jawapannya adalah tidak dan tidak akan didedahkan sama sekali kerana ia adalah dibawah akta rahsia rasmi kerajaan. Rakyat ada hak untuk mengetahui butir-butir perjanjian itu kerana mereka yang akan membayar atas kenaikan yang begitu tinggi itu..Tetapi, rakyat dinafikan hak mereka dengan begitu mudah sekali oleh sebab sikap ketidakpekaan dan pak turut kita sendiri. Jika kerajaan betul-betul terpaksa menaikkan harga tol, mengapa begitu takut untuk mendedahkan dokumen-dokumen perjanjian itu. Wahai kerajaan, berani kerana benar, takut kerana salah.

 

Seperkara lagi, jika kita perasan, ada ciri-ciri berat sebelah dalam perjanjian yang didakwa oleh kerajaan itu. Apabila tiba masa yang dijanjikan, pihak konsesi tidak segan silu untuk meminta kenaikan tanpa mengira kedudukan kewangan kerajaan dan rakyat.Tapi, apabila pihak konsesi mengalami kerugian, mereka dengan tidak segan silu meminta bantuan kerajaan dan kerajaan dengan tidak segan silu sekali lagi menggunakan duit rakyat untuk ‘bail out’ mereka. Bagimana perjanjian yang berat sebelah ini boleh dipersetujui oleh kerajaan yang selama ini medakwa merekalah pembela rakyat.Intelekkah golongan sebegini?

 

Oh ya..mengapa pula kenaikan itu berbeza, dari datu plaza tol ke plaza tol yang lain. Ada yang naik 20%, ada yang 47%, dan ada yang 60%.Mengapa tidak kadar kenaikannya sama sahaja disemua tempat tadi.Ini ke yang dinamakan adil pada rakyat? Apakah rasional perjanjian-perjanjian itu menaikkan harganya berbeza-beza.Ataupun kerajaan yang tak reti nak buat perjanjian dengan pemegang-pemegang konsesi? Jawablah wahai kerajaan….

 

Kerajaan juga selalu menasihati rakyat supaya berdikari dan membuang mentaliti subsidi setiap kali mengumumkan kenaikan harga barang. Rakyat bukannya tidak mahu membuang mentaliti itu dan rakyat terutamanya orang Melayu sedar mentalaliti sebegitu tidak membawa kemajuan pada bangsa.Tapi, apabila kerajaan melakukan ‘bail out’ kepada GLC sebanyak 11 billon ringgit tahun ini, kerajaan seolah-olah bersikap tidak adil.Sepatunya GLC la yang perlu membuang mentaliti itu terlebih dahulu dan diikuti oleh rakyat. Ini tidak, apabila bedepan masalah GLC diberi jalan mudah oleh kerajaan. Inikah ciri-ciri syarikat yang kerajaan war-warkan dipimpin oleh melayu perkasa yang akan memacu kemajuan Negara? Ish..sungguh memualkan.

 

Tindakan kerajaan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kapasiti mereka sebagai pembela rakyat amatlah menyedihkan.Sebagai seorang yang hidup menggunakan duit rakyat sepenuhnya, aku tetap akan menyatakan yang hak untuk rakyat. Tiada gunanya menegakkan benang yang basah dalam isu ini.Sekian.

 

Tags: Umum

15 responses so far ↓

  • mrq // Dec 19, 2006 at 12:25 pm

    i’m expecting a lot of harsh words here, but surprisingly nobody speak up

    i guess you’re a bit late on bringing up this issue(or should i say, we)

    probably everybody’s tired of the evercoming price increases

  • Laila // Dec 19, 2006 at 1:55 pm

    Em.. Ye kot. Semua orang malas nak ambil kisah dah. Rasanya pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pun kena perbetulkan makna ‘DEMOKRASI’.. (^_~)

  • kaki bangku // Dec 19, 2006 at 5:21 pm

    pauhfc:
    selamat datang!

    mrq:
    there’s no harsh words from the “other” side coz there’s really no reason to oppose pauhfc’s stand on this issue. nobody likes inflation.

    kita cuma boleh harap penjimatan dari pengurangan subsidi minyak dan pulangan dari tol yang mahal itu dapat dimanfaatkan oleh GLC/kerajaan sebaik-baiknya utk pembangunan negara.

    hmm… sapa suruh undi BN. padan muka korang.

  • kaki gaduh // Dec 19, 2006 at 7:19 pm

    satu persoalan yg aku terfikir dari awal lagi ialah apa significantnya kenaikna tol ni dengan tarikh pilihan raya umum? kata nak dekat dah, tp apsal naik tol ..patut sekarang ni Samy dah start dah sibuk2 nak lebarkan jalan, buat jambatan, balai raya etc.
    Cam 2004 dulu, naik hangin aku bile jalan asyik tutup, berabuk sume sbb Samy sibuk nak besarkan jalan utk rasuah pilihan raya.

    tapi kan Melayu Mudah Lupa..sekarang korang mengeluh, esok undi BN (Barang Naik) lagi..ni lah die typical malay..

    amacam, pejuang teori jaguh kampung taknak setuju dengan ambo?

  • mrq // Dec 19, 2006 at 10:18 pm

    i mean harsh words regarding the toll rise, like kaki gaduh said. huhu, nothing wrong with persie’s opinion

    i wonder why they increase the price of almost everything, like kaki gaduh said, surely not a wise strategy for election. for me subsidizing should be seen as a responsibility, not a burden. guess BN counts the number of angry people based on the one they see protesting on the streets.

    well, let’s see what happens in the next GE

  • pauhfc // Dec 19, 2006 at 10:24 pm

    PRU 11-Mac 2004
    x smp 3 thn lg..x logik sikit abuh PRU 12 is just around the corner.PM sure nak abiskan penggal dia.
    ape2 pun, klu PRU 12 ada pun, kerajaan sama gok menang sbb diorang sgt kebal dr setiap sudut.
    Pembangkang boleh mimpi je la ya selagi x ubah sikap n pendekatan.haha.
    yg aku rasa realistik skrg ni adlh menyingkirkan org2 atas yg jual negara n tambahkan suara pembangkang yg mcm x kedengaran dlm parlimen.

  • kuburan // Dec 19, 2006 at 11:03 pm

    sampai bila pun kerajaan yang sama akan memerintah, selagi rakyat ada mentaliti “kalau undi pembangkang, takut anak bini tak cukup makan”. jadi, usah risau. kerajaan yang sama akan terus memerintah dalam masa terdekat.

    cumanya, tekanan terhadap mereka kenalah bertambah ari masa ke masa. tapi, nak tekan pun mestilah kena dgn cara. jangan main taram je semua.

  • kaki gaduh // Dec 20, 2006 at 5:58 am

    aah kan..kalau pembangkang menang pon tambah banyakkan kerja kita je..baik duduk goyang kaki, kritik tepi jalan je..

  • pauhfc // Dec 20, 2006 at 11:59 am

    aku rela keje lebih dr tgk rakyat susah :p

  • nessy // Dec 20, 2006 at 3:17 pm

    ala…nak jage periuk nasi mereka aa…kalu tak misti tade naik harge tol n lain2…susah woo kalu dah jadik menteri peringkat tinggi nie…lagi2 kalu tempat yg diambilalih dah ternoda dengan macam2 masalah rasuah dan lain2 nyer…sume nak hentam…last2 rakyat jadik mangse…aku simpati ngan rakyat mesia sebab di belenggu, dimanipulate dan diperkotak katikkan tanpa mereka sedar yg mereka diperlakukan sedemikian…yg kaye makin kaye…yg miskin makin miskin…dunia oh dunia~

  • Najib Arrazzi // Dec 23, 2006 at 5:25 pm

    entahlah..sama ada rakyat malaysia yang bodoh atau rakyat malaysia dibodoh bodohkan oleh pemimpin mereka. Marah mereka hanya dalam diam..seperti teori Dr M, lama lama lupa lah tu…

    Sudahnya jadilah kita seperti Indonesia di mana rasuah (korupsi) adalah hak pegawai pegawai pemerintah… (hik hik sedeynya lihat apa dah jadi kat sana..harga diri terlalu murah). Kita bakal menyusul ke situ nanti…

  • nai // Dec 29, 2006 at 11:17 am

    Yah…
    totally agreed. Everything is increasing..Allahuakbar. Pathetic to think to those family man/woman.

    This is how the things is Malaysia work. But then, we have th voice. Speak up people.

  • pakteh // Dec 30, 2006 at 7:10 am

    Betul… buat hapa nak naik tol. Dah la minyak naik. Saya bantah.

  • waluchai // Jun 4, 2008 at 2:16 pm

    harga minyak naik, kesan pun macam2, akan jadi macam citer bollywood yang kaya akan terjamin kekayaan angkara kes-kes bail out yang miskin pandai2 la berdoa untuk mati

  • kalijogo // Jun 5, 2008 at 4:18 am

    memang haramjadah punya pemimpin kerajaan barisan nasional……

Leave a Comment