© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Ekslusif: Kertas Kerja Konsep dan Objektif Pendidikan Seks Menurut Perspektif al-Quran

December 21st, 2006 · 22 Comments

Dalam ruangan Ekslusif, saya telah upload kertas kerja oleh Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat (UIAM) dan Rahimi Md. Saad (UM) yang dibentangkan pada Seminar Seksual Kebangsaan 2005 [klik sini untuk download]. Berikut adalah beberapa petikan dari kertas kerja tersebut:

Untuk menangani gejala yang berkait aspek seksual, maklumat dan pengetahuan yang tepat berkaitan dengan seksualiti dan reproduksi perlulah didedahkan kepada golongan remaja agar mereka memperolehi maklumat yang mampu menjadi benteng pertahanan diri dari perkara yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka.

Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal cosnsiousness/spiritual/ morality) dan juga jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah dan juga orang awam tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut.

Apabila membicarakan tentang seksualiti, isu-isu berkaitan yang perlu diberi perhatian tidak sepatutnya terhad kepada perbezaan, perkembangan dan perubahan fizikal jantina sahaja tetapi ia mestilah turut sama memberi perhatian kepada isu interaksi di antara lelaki dan perempuan serta peranan institusi keluarga kerana pemahaman yang betul terhadap perkara tersebut akan dapat mewujudkan kehidupan seksual yang harmoni di kalangan manusia.

Kandungan pengisian program pendidikan seksual mestilah mampu menjurus orang yang dididik ke arah memahami diri sendiri yang seterusnya membawa mereka kepada mengenali dan patuh kepada Allah sebagai tuhan mereka.

Penjagaan maruah bukan perkara kecil kerana ia merupakan salah satu daripada tujuan atau matlamat umum (maqasid) kepada penurunan syariat Allah ke atas manusia.

Islam menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Pada peringkat usia 10 tahun lagi, ibu-bapa diarahkan untuk mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Arahan ini secara tidak langsung (indirect) adalah satu bentuk didikan agar anak-anak ini dapat memahami bahawa perbezaan jantina yang wujud antara mereka tidak membolehkan mereka untuk berhubungan terlalu rapat walaupun mereka mempunyai pertalian darah. Apabila meningkat dewasa, kefahaman itu akan menjadi lebih jelas apabila mereka diwajibkan menutup aurat serta membatasi pergaulan dengan jantina yang berbeza.

Hal yang sama juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh syariat Islam untuk menerapkan garis kehidupan seksual umatnya. Penekanan diberikan kepada langkah pencegahan awal seperti mewajibkan penutupan aurat, melarang pergaulan bebas antara jantina berbeza serta menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan di dalam Islam. Nabi s.a.w sendiri telah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin itu telah menyempurnakan separuh daripada kesempurnaan agamanya bahkan mereka yang mengelakkan daripada berkahwin dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian dianggap tidak termasuk dalam kelompok umatnya.

Kesimpulan:

  1. Dilihat secara menyeluruh (holistic) kerana pelaksanaannya adalah bermatlamatkan kepada sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan sejahtera
  2. Mengelakkan daripada salahfaham yang boleh membawa kepada gangguan dan kekacauan akibat daripada salahguna maklumat yang diperolehi
  3. Menjadikan keselamatan dan kesejahteraan umat sebagai agenda utama dalam pelaksanaan pendidikan seks
  4. Berpandukan kepada rangka matlamat syariat (maqasid syariah) – menjaga agama, maruah, keturunan dll. - agar pelaksanaannya dapat mencapai objektif yang diharapkan

Tags: Islam

22 responses so far ↓

  • pauhfc // Dec 21, 2006 at 3:26 am

    kena lebih tekankan agama dlm pendidikan seks ni.tu yg paling utama sekali.
    x cukup dgn diorang tau apa bahaya seks rambang, seks sejenis, penyakit2 kelamin, cara2 nak cegah kehamilan n cara2 nak cegah rebakan HIV melalui seks.

    nanti diorang akan aplikasi ilmu2 ni semua untk zina dgn lebih slmt.lagi bahaya!zina makin berluluasa.
    sama mcm kes bg kondonm free. niat nmpk bagus nak banteras HIV, tp org guna utk berzina secara lbh selamat.secara x lansung lbh suburkan zina.

    bg yang sekolah rendah, bg penekanan agama lebih mcm tutup aurat, batas pergaulan laki pempuan, memilih rancangan tv yg sesuai dll.bg yg dah besar mcm bdk uni, nak bg pendidikan agama pyh sikit kot.beralih la pd pendekatan menyeru kpd perkahwinan mcm Ustaz Maszlee selalu tulis.

  • kaki bangku // Dec 21, 2006 at 3:48 am

    apa yang dimaksudkan dgn “tekankan agama” tu? agak samar tu, pauhfc.

    Apapun, kertas kerja di atas cuma membahaskan “konsep” dan “objektif” dan tak khusus kepada “pelaksaan”.

  • Makcik // Dec 21, 2006 at 5:32 am

    Saya seriously rasa kurang sesuai ianya dipanggil Pendidikan Seks. Namanya kurang menarik…

    Kenapa tidak dipanggil Pendidikan Hubungan Antara Lelaki dan Perempuan ker, Pendidikan Bahaya Zina ker…. Bukan aper, budak-budak zaman sekarang ni cepat ter-over excited pada perkataan2 yg kurang ’sopan’.

    Apa pendapat kaki-kaki sekelian?

  • Makcik // Dec 21, 2006 at 6:04 am

    testing2….

    makcik rasa makcik tinggal komen tadi, tapi tak lekat la pulak kat sini…

    testing2…

  • Laila // Dec 22, 2006 at 6:47 am

    Comel ar makcik neh.. hehe!

    Em.. Mungkin ade benarnye budak-budak zaman sekarang agak ter’over excited’ bila dengar atau baca perkataan-perkataan yang tak sopan ni. Tapi seks takleh gak nak kate sebagai mende tak sopan, tu adalah lumrah sebenarnye, cume masalah kite seks x diajar secara jelas. Disebabkan mende nih x jelas la, ramai yg ter’over excited’. Cuma yang agak mengecewakan, usul pendidikan seks di peringkat sekolah dah lama diwarwarkan, tp x de sebarang tindakan pon.. Macam biaselah, cakap je lebey, buat x.. Graf kes rogol, zina makin menaik, melopong je tengok..Hm..

  • lonsaa // Dec 30, 2006 at 4:26 am

    pada aku…islam ade jeh ajo pasal pendidikan seks nie…mentaliti melayu kite jeh yg membuatkan kite rase perbincangan berkenaan dengan hubungan lelaki pompuan nie tampak jelek…kalu tak buat subjek khusus pendidikan seks pon aku rase still boley lagi…just terapkan je laa dlm subjek pendidikan islam…n mungkin subjek pendidikan islam tue bleh dinaiktarafkan same cam subjek duniawi yg lain cam math n sains…sayang subjek fardhu ain tak dititik beratkan cm subjek2 fardhu kifayah yg lain…

  • pakteh // Dec 30, 2006 at 7:06 am

    Kalau nak suruh ustaz mengajar pendidikan seks pun boleh. Ustaz yang open minded sikit la. Sebabnya, ada ustaz (terutamanya ustazah) yang malu-malu nak sentuh pasal seks ini dengan lebih terperinci.

    Jangan kata nak ajar Pendidikan Seks, nak ajar cara mandi wajib pun dah malu nak sebut. Sesetengah ustazah la, bukan semua.

    Kertas kerja itu boleh dijadikan modul.

  • pemikirsezaman // Dec 30, 2006 at 6:20 pm

    Askum semua…

    Ini adalah bukanp pendapat saya seorang, tetapi pendapat yagn dikuarkan dengan pelbagai rujukan..

    Yang paling menghairankan saya, mengapa pendidikan seks ini tidak dijalankan kajian terlebih dahulu. maknanya, buat kajian ke atas beberapa buah sekolah sahaja selama 5 tahun ataupun 10tahun. dan cuba lihat, hasil kepada pelajar yang mengambil pendidikan seks tersebut. Dan ini adalah penyelesaian yang sebenarnya, kerana jika ada sesuatu yang terjadi ke atas pendidikan yang hanya dirumuskan secara objektif di atas kertas tetapi masih lagi tidak tahu akan kesanya ke atas pelajar, maka hanya sebilangan kecil sahaja, tetapi apa akan jadi jika, semua pelajar di seluruh malaysia telah mengambil satu pendidikan yang tidak seharusnya mereka ambil? Nauzubillah.. tidak dapat saya bayangkan, dimana bakal-bakal pemimpin dan juga bakal-bakal tiang negara hancur begitu sahaja. Nauzubillah.
    Ingin juga saya menyentuh berkenaan dengan matapelajaran yang ditukar ke bahasa inggeris, telah menyebabkan sbilangan besar pelajar melayu tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajian dalam bahasa inggeris, dan saya tidak menyangkal pada pelajar yang dapat membawanya, tetapi mengapa pelajar-pelajar yang tidak berjaya ini tidak di war-war kan?

    jadi, yang menjadi kebimbangan saya ialah apabila anak-anak kita tanpa segan silu bertanyakan tentang seks. Mungkin ini yang di inginkan..

    Apabila perkara sudah menjadi biasa, mungkin selepas ini perkahwinan sebelum nikah akan diluluskan kerana keinginan seks yang terlampau. manusia memang cepat berubah.Nauzubillah..

    Dan saya bersetuju dengan makcik supaya pendidikan seks di ubah menjadi “PENDIDIKAN ISLAM TAMBAHAN” bagi pelajar islam dan bagi pelajar bukan islam boleh diberikan nama sebagai “PENDIDIKAN MORAL TAMBAHAN”.. tak tak leh kot, sedangkan matematik pun ada “MATEMATIK TAMBAHAN”.. kan sedap sikit nama tu..

    jadi, apabila mereka menyebut tentang tajuk tersebut, tidak lah boleh membuatkan mereka terangsang..Ini dengar nama pun dah terangsang… apa nak jadi!!!!

    rakyat malaysia yang perihatin akan nasib bangsa,
    pemikirsezaman

  • kaki bangku // Dec 30, 2006 at 6:27 pm

    wah, macam2 input bermanfaat dari para pelawat. cuma, aku rasa takde sorangpun di kalangan commenters yang telah membaca isi kandungan kertas kerja itu terlebih dahulu. harap2 semua baca dan bahaskan kertas kerja itu dan bukan tulis pendapat umum berkenaan pendidikan seks.

  • pemikirsezaman // Dec 30, 2006 at 6:32 pm

    Dan tadi tersent..heheh..

    Dan akhir sekali, bagi pendapat saya.. saya lebih percayakan ustaz untuk mengajar pendidikan seks ini, kerana mereka tahu untuk membuatkan pendidikan ini lebih berunsurkan Islam. Dan bagi yang bukan islam, boleh diberikan kepada yang mengajar moral.

    Jadi, kajian demi kajian perlu dilaksanakan.. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur..

    Saya merayu sangat pada pihak yang berwajib, kalau boleh buatlah kajian semula sebelum melaksanakannya..

    Wassalam…
    Semoga Allah selamatkan saya, pembaca, dan umat Islam seluruhnya..Amin…

  • kaki kai // Dec 30, 2006 at 6:52 pm

    Antara objektif pendidikan seks..

    1)Untuk mempastikan pelajar dapat menghayati kesyumulan ajaran Islam dalam menangani segala permasalahan manusia.
    2)Untuk menambahkan lagi keyakinan dan keimanan pelajar terhadap kebesaran dan keagungan Tuhan. Seterusnya melahirkan manusia yang taat kepada perintah Allah s.w.t (beribadat kepada Allah) tanpa berbelah bahagi.
    3)Untuk memberi maklumat yang betul dan jelas mengenai perkara yang berkaitan dengan seksualiti kepada remaja. Ini dengan menyediakan kurikulum pendidikan seksualiti yang standard berkaitan dengan kebaikan dan keburukan serta halal dan haram bertepatan dengan ajaran Islam.
    4)Untuk membentuk akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia di kalangan pelajar berhubung dengan seksualiti dan reproduktif.
    5)Untuk membuka minda pelajar berkaitan dengan kesihatan dan etika seksualiti serta kepentingan institusi keluarga.

    legend:
    Kesyumulan bermaksud Islam tidak meninggalkan sesuatu isu kecuali untuk diperbincangkan sebagai panduan kepada umatnya dan keseluruhan manusia amnya.

    Walau apa sekalipun, marilah kita melihat apa akan terjadi.. Dan saya bersependapat dengan pemikirsezaman dan makcik, nama pendidikan seks tidak berapa sesuai.

  • ainn // Mar 12, 2007 at 4:30 am

    ape kepentingan pendidikan seks secara keseluruhannyer???can someone terangkan co nk wat assgmnt ah…

  • ummu_fatimah // May 31, 2007 at 7:48 am

    Kalau tak salah dalam paper dua tiga bulan lepas ada isu pendidikan seks di Britain - statistik pelajar perempuan bawah umur yang hamil meningkat. Mereka mahu kaji semula pendidikan seks mereka. Ada sesiapa yang perasan berita ini? Di Utusan Malaysia, Bahagian Luar Negara, muka depan, lengkap dengan gambar pelajar p’puan berperut besar. Ini rasanya boleh jadi argumen juga. Tetapi kalau pendidikan seks nak diterapkan dari sudut maruah, moral, agama, saya sangat sokong. Tetapi bukan tentang teknik-teknik seks bebas pula (spt kondom dll).

  • maniacsicko // Jul 18, 2007 at 9:31 am

    Hmmm…. berdasarkan sedutan kertas keje tu, sumer nyer bagusss…..

    “Apabila membicarakan tentang seksualiti, isu-isu berkaitan yang perlu diberi perhatian tidak sepatutnya terhad kepada perbezaan, perkembangan dan perubahan fizikal jantina sahaja tetapi ia mestilah turut sama memberi perhatian kepada isu interaksi di antara lelaki dan perempuan serta peranan institusi keluarga kerana pemahaman yang betul terhadap perkara tersebut akan dapat mewujudkan kehidupan seksual yang harmoni di kalangan manusia.”

    setuju… memang betul… saya belom tengok deail modul apa yg nak diajar/diterap melalui PS (pendidikan seks) ni, tapi harapnyer memang menuju kepada kenyataan di atas la…

    “Kandungan pengisian program pendidikan seksual mestilah mampu menjurus orang yang dididik ke arah memahami diri sendiri yang seterusnya membawa mereka kepada mengenali dan patuh kepada Allah sebagai tuhan mereka.”

    ini memang setuju… kerajaan memang patut menekankan bende nih, starting dengan keseriusan dalam menangani pihak media….

    “Penjagaan maruah bukan perkara kecil kerana ia merupakan salah satu daripada tujuan atau matlamat umum (maqasid) kepada penurunan syariat Allah ke atas manusia.”

    Betul jugak… sangat setuju kalau kerajaan menunjukkan keseriusan dalam hal ini… dan pihak media pun perlu lakukan tugas diorang…

    “Islam menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka. Pada peringkat usia 10 tahun lagi, ibu-bapa diarahkan untuk mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Arahan ini secara tidak langsung (indirect) adalah satu bentuk didikan agar anak-anak ini dapat memahami bahawa perbezaan jantina yang wujud antara mereka tidak membolehkan mereka untuk berhubungan terlalu rapat walaupun mereka mempunyai pertalian darah. Apabila meningkat dewasa, kefahaman itu akan menjadi lebih jelas apabila mereka diwajibkan menutup aurat serta membatasi pergaulan dengan jantina yang berbeza.”

    Haaa…. ni memang setuju punya lah…. pihak kerajaan perlu sangat menunjukkan keseriusan dalam hal ni… figure2 penting should lead by example, menunjukkan isteri dan anak2 yg beres dalam hal2 asas camni… media pun sama… pembikin filem kena stop producing semua penyumbang saham2 kemaksiatan, dan pihak media should stop penyebaran all those garbage… tenaga pengajar MESTI dipastikan dari golongan yg beres 100% bab2 asas yg dinyatakan kat atas, bab aurat, bab pergaulan etc… kalu dak, sekadar atas kertas je la….

    “Hal yang sama juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh syariat Islam untuk menerapkan garis kehidupan seksual umatnya. Penekanan diberikan kepada langkah pencegahan awal seperti mewajibkan penutupan aurat, melarang pergaulan bebas antara jantina berbeza serta menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan di dalam Islam. Nabi s.a.w sendiri telah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin itu telah menyempurnakan separuh daripada kesempurnaan agamanya bahkan mereka yang mengelakkan daripada berkahwin dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian dianggap tidak termasuk dalam kelompok umatnya.”

    Setuju jugak… sama macam the previous paragraph… galakkan perkahwinan, berikan gambaran yg jelas that coupling = maksiat = haram…. kerajaan dan media should join forces to implement this…

    I’m optimist that semua usaha nih atas keikhlasan pihak2 berkenaan dalam menangani masalah2 masyarakat skang… they have lead by example… tengok la sume pimpinan kita, macam mana begitu terdidik isteri dan keluarga mereka darisegi ahlak, aurat, pergaulan dan kefahaman islam mereka… so we should really help them in their effort to improve the ummah….

    *** Read between the lines 8-) ******

    to ensure the success of a certain plan, it needs a good plan, and a good implementation, and of course God willing.

    atas kertas matlamat yg tertulis memang cantek.
    now we have to go to the pendetailan pulak, how the outline objective is gonna be achieved. apa nyer yg nak diajar kat bebudak ni.
    then, the perlaksanaan.
    kalu tugas membaiki labu2 yg punah itu diberikan kepada sekumpulan tikus, hmmm…..

    now, keluar topik sket, all the hadith or Islamic fundamental ttg pndidikan awal anak2 yg tersebut dalam sebutan tu sumer should be the obligations of the parents…..

    so, what the heck gone wrong?
    mak bapak yg ada skang ni buat apa ek ngan anak2 diorang?
    sampai terpaksa nak gubal something to cover for keje2 mak pak yg terbengkalai….

    so, apa kejadah nyer ni?

    persolan ini akan berbalik kepada isu perkahwinan… kawen kerana cinta?? berrrcinta baru kawen?
    the starting point pun dah tak berkat, anak2 jadi la cam skang nih….
    it is a pity ramai muslim cannot see this kind of connections…

    sedey sedey

  • floribunda // Aug 19, 2007 at 11:14 am

    nk tanye pendapat anda sume la.. apekah langkah2 terbaik nk menangani masalah gangguan seksual di sekolah?

  • kaki bangku // Aug 19, 2007 at 3:56 pm

    tingkatkan kualiti sistem pendidikan, nescaya pelajar tidak tercari-cari kerja lain seperti jenayah, seks dan sebagainya.

    satu lagi perkara yang kita perlu terapkan ialah penggunaan konsep behavioral psychology dalam suasana persekolahan.

    apapun, ini soalan besar yang tak mungkin terangkum dalam ruangan komen yang terhad ini.

  • w.a.s // Sep 3, 2007 at 9:37 am

    em,sbnrnye de je pnddikn psl bnde nie..
    cme krg meluasla..
    xpn kite yg xamek tau sgt..pakai hentam je..

  • Aisyaiziela // Sep 12, 2007 at 1:25 am

    Assalamalaikum semua…
    Saya ni salah seorang daripada warga pendidik di salah sebuah sekolah luar bandar. Masa baru sampai sini, memang terkejut beruk melihatkan budaya pergaulan pelajar di sini mengalahkan budak2 bandar.

    bayangkan budak-budak yang baru form 1, 2, 3, dah mula pandai, bah kan lebih serba tau dari kita tentang bab-bab melakukan hubungan seks.
    Bahkan bole dikatakan ramai yang telah terlanjur, mengandung n cam2 lagi

    sebenarnya saya cukup takut melihatkan siuasi anak-anak kita hari ini… maksiat di kalangan pelajar berlaku di mana-mana. memang tak hairan la kalu Tuhan turunkan bala pada kita suatu hari nanti…

    Bayangkan saya pernah melihat aksi pelajar saya yang dirakam dengan menggunakan handphone yang disebarkan….

    Pada pandangan saya budak-budak zaman sekarang terutamnya budak perempuan, sudah tidak lagi mengambil berat tentang kesucian diri n tentang betapa pentingnya meletakkan maruah diri pada tahap yang paling tinggi.

    situasi yang berlaku sekrg, kebanyakkan budak perempuan, maruah dan harga dirinya diletakkan pada tahap yang sangat rendah. mereka tak sedar mengapa pentingnya nilai harga diri dan maruah dan perlu dipelihara.

    Justeru tak hairanlah kalau kita tengok hari ni budak-budak pempuan sekarang ni, lebih tergedik-gedik n tak tau malu. n mereka jugalah merupakan salah satu punca mengapa berlakunya maksiat di kalangan remaja masa ni.

  • wansukran // Jan 25, 2008 at 7:32 pm

    x yah la ssh nk pkenalkan pndidikan seks buang mse je la…
    baik perkemaskan kn lgi sistem pndidikan isalm sekarang,,, insyaallah, iman mantap msalah xde…

  • nurra // Feb 12, 2008 at 7:24 pm

    perkemaskan pendidikan islam yang ade skrg..islam dah lengkap dari segala aspek..

  • Zasss // May 24, 2008 at 5:28 pm

    Islam memanglah lengkap, tetapi manusia adalah makhluk Tuhan yang menggunakan pemikiran untuk membuat keputusan pada dirinya.

    Pendidikan Seks perlu sebab kalau tidak, remaja mendapatkan nasihat yang salah dan menyeleweng…

    Tetapi saya nak cerita ni sikit - kalau anda seorang remaja di negara Barat, kalau pergi sekolah, di mana-mana anda dapat melihat pasangan2 remaja tengah bercengkerama dan anda pun ingin tahu kan… lepas tu anda pun dating awal2 (umur 13 ke dsb). Kita bandingkan dengan remaja Muslim di Malaysia. Ada juga macam di negara Barat tetapi tidak berleluasa…dan kebanyakkan remaja concentrate dengan pelajaran dsb. Ada kekurangan sebab menjangkau umur 20an yang remaja itu menjadi orang muda yang ingin seks tetapi tidak tahu macam mana nak dating dan tidak tahu menahu apakah itu dan ini…susah nanti sebab dalam keadaan “blur” macam2 boleh terjadi… so pendidikan seks perlu di sini…walaupun caranya perlu lebih “up to date” dan berkesan…

  • atan // Jul 29, 2008 at 1:17 pm

    sy nak bg pendapatlh..pendidikan tu mmg bgus..
    bukan ape..sekurang kurangnyer..diorang th keburukan,yang akan berlaku,,jika melakukan pekara tersebut..lg satu msa dlm belajar tu bialah ajar yg.berguna,jgnlh ajar benda yg mendorong mereka dalam melakukan pekara tersebut…itu je..hehehe

Leave a Comment