© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Asobiyyah - Satu Perspektif

December 31st, 2006 · 10 Comments

assalamu’alaykum. 

Brother Wasseem, seorang penceramah, tidak salah saya dari Muslim Association of Britain (MAB) yang membentangkan tajuk ‘One Appreciation’ dalam daurah PMS (Perhimpunan Musim Sejuk)  anjuran Majlis Syura Muslimun (MSM) UK-Eire yang saya hadiri baru-baru ini telah menyatakan bahawa kita sepatutnya memperkuatkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum dapat benar-benar berbakti kepada ummah. Ini menarik perhatian saya untuk bertanya tentang ‘asobiyyah’, konsep sebenarnya dan aplikasi dalam realiti. Turut saya selitkan tentang situasi di mana wujud kelompok-kelompok yang tidak senang hati dengan penglibatan aspek ‘Melayu’ dalam ‘perjuangan’. Saya rasa tidak perlu saya meleret-leret tentang hujah-hujah tersebut kerana kita semua saya kira sudah cukup biasa dengan apa yang dinyatakan.

Respons Brother Wasseem (yang comel sangat-sangat itu) ingin saya kongsikan di sini.

(sambil mendengar rakaman audio)

Di sini saya cuba terjemahkan apa yang disampaikan oleh Brother Wasseem.

Asobiyyah adalah melebihkan bangsa sendiri daripada bangsa lain, secara kasarnya. Tetapi ia perlu didefinisikan dengan lebih jelas. Ia boleh jadi negatif atau positif.

Di Palestin contohnya,  ada dua kelompok Muslim. Yasser Arafat memperjuangkan ’sekeping tanah’, dan sudah tentulah dia tidak berjaya. Tetapi kumpulan Islam yang lain pula berjuang kerana Allah S.W.T.  Mereka berjuang bukan kerana ‘tanah’ Palestin atau ‘nama’ Palestin, mereka berjuang kerana Palestin adalah tanah suci orang-orang Islam. Mereka berjuang kerana Allah. Untuk seluruh umat. Ini berbeza.

Tindakan kedua-dua pihak adalah sama, tetapi niat masing-masing berlainan, dan itulah yang membezakan antara kedua-duanya. Membezakan kejayaan dan hasil yang diperoleh, serta akhlak yang ditonjolkan oleh setiap pihak.

Ummah adalah satu jasad. Bayangkan Pakistan sebagai tangan kiri dan Malaysia sebagai tangan kanan. Kita hanya boleh menguatkan tangan sendiri, bukan kaki, kalau kita bukan kaki, kalau kita sebahagian daripada tangan. Sebenarnya kita sedang memperkuatkan seluruh badan dengan berbuat demikian.

Bayangkan kita semua adalah benteng-benteng untuk agama dan ummah. Berdiri berkeliling dalam satu bulatan. Syaitan sedang menyerang daripada segenap sudut. Tidak perlu difikirkan sangat sama ada syaitan menerobos masuk dari sebelah kanan atau kiri kita, yang paling penting adalah syaitan tidak menerobos masuk dari sudut kita. Kita bertanggungjawab pada bahagian kita, dan adalah tanggungjawab kita untuk memperkuatkan bahagian itu sungguh-sungguh. Sehingga walaupun seluruh bulatan itu runtuh, syaitan menceroboh dan menikam kita dari belakang, tapi ia tidak pernah berjaya menembus daripada kelemahan bahagian kita.

Mula-mula kita sebagai individu perlu kuat. Kemudian keluarga perlu diperkuat.

Kita perlu faham, tidak perlu masuk hutan ke Borneo untuk berda’wah. Di depan mata sudah ada ruang dan peluang. Kita perkuatkan diri sendiri, keluarga, bandar, negara. Tapi dalam masa yang sama, jangan angkuh tentang itu. Saya berbangsa Inggeris, dan saya tidak dapat berbuat apa-apa tentang itu. Ia tidak menjadikan saya lebih baik daripada orang lain. Ia adalah takdir Tuhan.

Kita adalah satu ummah. Kita tidak akan melupakan kebenaran itu. Kita perlu mengambil berat tentang ummah. Tetapi sumbangan terbaik yang boleh kita berikan kepada ummah adalah dengan menjadikan bahagian kita dalam ummah - bahagian Melayu, bahagian Malaysia (ya, Brother Wasseem menyebut ‘Malay’ dan ‘Malaysia’), bahagian Asia - daripada ummah, sebagai bahagian yang terbaik. Yang terkuat. Itu tanggungjawab kamu, saya tidak dapat melakukannya untuk kamu. Orang-orang Mesir tidak dapat melakukannya untuk kamu. Orang-orang Mesir berperanan menjadikan Mesir bahagian yang terbaik, daripada sudut mereka. Kemudian kalian bekerjasama, saling menyokong dan memperkuat sesama sendiri, dan kalian menjadi satu struktur yang kuat.

Tapi jika bahagian kamu adalah lemah, walaupun ummah adalah kuat, musuh akan menceroboh dan membuat onar daripada bahagian itu. 

salam perjuangan, dari kuceng Manchester yang semput hendak exam~

meow~

Tags: Islam · Kehidupan · Melayu · Politik · Umum

10 responses so far ↓

  • kaki bangku // Dec 31, 2006 at 3:41 am

    Terima kasih atas posting ini. Dari sudut yang berbeza, kenyataan beliau menunjukkan relevannya organisasi Islam Malaysia di negara luar seperti MISG, MSM dan sebagainya.

  • wenkt // Dec 31, 2006 at 9:26 am

    cam ner nak join bloglah.org erk?

  • Rontol // Dec 31, 2006 at 2:04 pm

    wenkt:kene masuk forum bloglah tu rasanya

  • cidos // Dec 31, 2006 at 5:40 pm

    kenyataan saudara Wassem di atas tiada kena mengena dengan ideology asobiyyah. Ia tetap haram.
    Isu yg sebenarnya ingin di sampaikan o

  • cidos // Dec 31, 2006 at 5:42 pm

    oleh broher tu ialah memantapkan diri sendiri. usrah dan tarbiyyah adalah tempat terbaik kerana matlamatnya ialah melahirkan individu2 yang faham tentang Islam

  • mrq // Dec 31, 2006 at 6:16 pm

    huhu cidos, mmg x brape nampak sikit hujah konklusi bro waseem brkenaan pendirian beliau trhadap asobiyyah. perenggan g brmula dgn ‘kita adalah satu umahh itu dapat terangkan pendapatnye berkenaan asobiyah’.

    rasanya semuanya kembali pada niat. kalau kita memantapkan umat melayu tidak bermakna kita pro kaum SELAGI niat kita jjujur untuk menegakkan dan memantapkan agamaaa Islam. ape yg kita perlu perbaiki dan naikkan adalah mereka yg dekat dengan kita dulu. orang melayu yg trpesong jika disoal di akhhirat akan menyalahkan orang melayu disekelilingnye kerana tidqak menegurnye.

    tp saya tidak menidakkan kepentingan untuk membantu saudara islam di negara jauh. buatlah sekadar yg trmampu untuk mereka…

  • adibahabdullah // Dec 31, 2006 at 8:26 pm

    salam,

    Sebenarnya hujah brother itu betul2 saya cuba copy-paste daripada audio yang saya dengar, dan lumrahlah orang yang bercakap ini hujahnya kurang berstruktur berbanding orang yang menulis.

    Saya setuju dengan Mr Q, saya rasa itulah yang dimaksudkan oleh brother Wasseem. Saya juga faham dengan apa yang dimaksudkan oleh encik cidos.

    Sekaligus, menyatakan bahawa membantu bangsa sendiri bukanlah asobiyyah selagi ia tidak mendahului Islam dan ummah.. kan?

    meow~

  • kaki bangku // Dec 31, 2006 at 11:05 pm

    Niat itu sangat penting, kerana ia juga ada hubung kait dengan visi dan pendekatan sesebuah organisasi.

    Seorang Islamis hanya memandang negaranya sebagai jalan untuk menuju ke arah visi Khilafah sedangkan seorang nasionalis menganggap negara-bangsa (nation-state) itulah matlamat hakiki.

    Pada masa sama, seorang Islamis juga sentiasa bersikap terbuka untuk membantu melalui jalan2 lain ke arah visi Khilafah sedangkan seorang nasionalis mematahkan usaha islamis itu jika didapati menggugat cita-cita nasionalisme.

    Dari segi pendekatan pula, seorang Islamis berpandukan wahyu dan menganggap rasionalisme manusia sebagai subset kepada tuntutan wahyu. Berbeza dengan seorang nasionalis yang memanipulasikan wahyu dan menganggap ianya subset kepada rasional akalnya.

  • irzan // Jan 2, 2007 at 10:41 pm

    does this article means that the malaysian government are supposed to empower the malays first, in order to strengthen islam?

  • acommoner // Jan 11, 2007 at 10:19 pm

    may peace be upon ye,

    i think da danger of upholding assabiyyah (even in positive way) is it leads to one’s belief on its society. hence da person cud only see the gud things of his and deny da gud at ors.dis bad-but-acceptable sympton has been da idealism in most (if not many) jemaah ppl within da malay clans.i guess i made it clear dat its not da jemaah shud be at fault, but the components in it which make da whole thing dirty and corrupted.

    we tend to look high on our sides and degrade those who come from outside. again, we refers to most of them not everyone in da jemaah.

    bro waseem shud have been more cautious in permitting one’s strength in order to be a daie. reason being-if its been misinterpreted by them who believe ‘i’m more islamic than thou’, it leads to social segregration in da muslim population which i believe da major prob in da ummah these days (especially da malays)

    we tend to be classified as sunni and syiite, hanafians,syafiians,hambalians n malikians rather than MUSLIMS.

    i submit therefore, dere’s a slight danger in bro wasseem’s explaination if its not be understood fully

    in Him we serve,
    xxx

Leave a Comment