© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Sunnah, Syiah, Iran dan Amerika.

January 5th, 2007 · 16 Comments

Beberapa hari yang lepas, aku dan beberapa lagi rakan lain sempat beramah-mesra dengan seorang pemandu teksi.Yang menariknya, perbualan kami kali ini agak berbeza dari perbualan bersama pemandu-pemandu teksi yang pernah kami jumpa dalam perjalanan kami. Perbualan antara kami menjadi lebih terbuka setelah dia mengetahui kami dari Malaysia dan bersaudara dengannya.

Berasal dari bumi Palestin, brother itu telah berhijrah ke Amerika selama 16 tahun dan meninggalkan keluarganya disana untuk mencari rezeki disini. Menurutnya, sudah menjadi lumrah bagi orang-orang Palestin tersebar di merata dunia setalah dinafikan hak di negara sendiri.

Perjalanan yang memakan masa hampir setengah jam memberi kesempatan kepada kami untuk bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai isu ummah. Brother itu sempat menyentuh mengenai kerajaan Hamas, situasi tanah airnya sekarang, tentang PM kita Pak Lah, keganasan yang dikaitkan dengan Islam dan kehidupan di bumi Amerika.

Brother itu juga ada bertanyakan tentang Sunnah dan Syiah di Malaysia. Kawan saya mencelah dengan mengatakan yang Sunnah adalah fahaman utama Muslim di Malaysia manakala Syiah secara umumnya tidak diterima. Walaubagaimanapun, kehadiran mereka tetap ada dalam bilangan yang amat sedikit. Brother itu terus mengucapkan alhamdulillah.Dia terus menambah yang orang Syiah ini lebih teruk dari orang Kafir dan mereka ini adalah syaitan. Mendengar luahannya, aku mula meneka yang dia ni mungkin pengikut kuat puak Sunnah.

Baru saja aku mahu mencelah bertanyakan pandangannya mengenai kelantangan Iran menentang Amerika dan Israel, brother itu menyambung perbualan dengan mengatakan syaitan-syaitan itu patut terlebih dulu diperangi. Jika Amerika mahu menyerang Iran, dia rela memohon untuk menyertai US Army dari bersekongkol dengan negara Syaitan itu. Aku berkata dalam hati, “Ish..ekstrem sungguh pandangan brother ni.Takkan la sampai macam tu sekali” Tapi, entah macam mana aku boleh terlupa bertanyakan pandangannya tentang Hizbullah yang memerangi Israel. Takpe lah, aku menghormati pandangannya.Dia lebih berpengalaman.Dia merasai sendiri keperitan hidup di negara Palestin. Menurutnya, minggu depan dia akan pulang ke Palestin mencari kerja disana dan tinggal bersama keluarga.Aku doakan brother tu selamat dalam perjalanan dan dapat bertemu keluarganya.

Yang mahu diketengahkan disini ialah, apakah status sebenar Syiah dimata ahli Sunnah? Patut ke kita benci mereka lebih dari kita benci orang kafir? Sejauh mana kelantangan orang Sunnah menentang Amerika, Israel dan sekutu-sekutunya berbanding pemimpin Syiah seperti Mahmoud Ahmadinejad dan Hassan Nasrullah?Tak dinafikan pemimpin Hamas ada berbuat demikian, tapi pemimpin di negara-negara lain tetap membisu walaupun Allah beri mulut untuk mereka bersuara.

Tags: Umum

16 responses so far ↓

  • kaki bangku // Jan 5, 2007 at 11:37 pm

    aduss.. aku baru je nak post entry Kembara Sufi, tengok ko dah tulis dulu. Takpelah, aku simpan dulu artikel aku dan beri laluan kepada pengunjung bincang dulu isu sunni-shiah ni.

    Pertama, kau patutnya menghadiri Muktamar di St. Louis, bukannya melancong ke NYC dan DC. Tapi takpe, lain kali boleh datang.

    Berkenaan isu sunni-shiah, pakcik pemandu teksi tersebut tak pula memberi alasan mengapa shiah perlu diperangi dahulu sebelum Amerika.

    Adapun, Ahmadinejad kelihatan seperti menyokong puppet amerika di Iraq, iaitu Perdana Menteri Nouri al-Maliki. Dan kedua-dua mereka adalah shiah.

    Di sini, kelihatan Ahmadinejad mempunyai agenda shiah dalam menindas sunni Iraq. Mungkin aku tersilap fakta?

  • ajeman // Jan 6, 2007 at 12:17 am

    kenapa ugama islam sunni dan islam syiah selalu gaduh dah tumpah darah, kan lebih baik buang aje ugama, peluk budaya MTV, tak payah nak gaduh gaduh

  • adibahabdullah // Jan 6, 2007 at 12:37 am

    err salam, x smpat nk beri komen intelektual, cume nk respon kpd encik ajeman

    manusie ni asek berperang je, bunuh sana bunuh sini, knp tak bersara aja dr jd manusie, jadi kambing ke lembu lagi senang, xyah gaduh2..

    /:-]

  • loch ness // Jan 6, 2007 at 1:23 am

    buang agame? gile ke? nak masuk nerake? ape punye ideologi tu? yg sampai perang tu bukannye sebab agame. sebab mereka ni tak open-minded. telur sangat sampaikan bende yg dah sahih lagi betul pun ditolak. tercetus perang bile terlalu keras kepale dan terlalu ego. taksub dengan fahaman sendiri sampaikan bende yg betul pun tak mau terime, nak selidik jauh sekali.

  • cidos // Jan 6, 2007 at 6:55 am

    pauhfc ni kang aku bocorkan kat al-ahkam.net yg die g NYC masa muktamar nye time…abis la imej pak syeikh salafi kite ni…takut tak?..nguahaha

    yg aku tau mmg ade ulama ahlul sunnah yg manhaj die tegas skit ie salafy-wahaby yg awal awal lagi kate Iran komplot dgn Amerika..aku tak kata anggapan ni tepat 100%. tapi tu menunjukkan memang ade org yg dapat hint adenye konpirasi peringkat tertinggi dlm menjatuhkan sunni muslim.

    hint2 yg lain maybe bangku ade.

  • pauhfc // Jan 6, 2007 at 12:32 pm

    maaf la ya.out of topic sikit.saya terpaksa jawab gak.

    apa nak dibimbangkan.saya bukan tok syeikh salafi pun kat al ahkam.saya mcm remaja biasa la.dahagakan kebenaran.saya jadi tukang tanya je kat sana.saya join al ahkam sbb nak cari ilmu.orang jahil la katakan..kalau saya bg soalan, insyallah diorang jawab pakai dalil.

    lagipun, pergi nyc dan tak pegi muktamar bukannya satu dosa.kat sana pun saya belajar banyak benda.active learning lagi.bukan melancong semata2.

    ok.tutup buku pasal muktamar.jom sambung kita punya discussion kat kakiblog.

  • kaki bangku // Jan 6, 2007 at 4:56 pm

    Dari segi visi sosio-ekonomi, Sunni dan Shiah tidak punyai perbezaan. Sunni dan Shiah juga seharusnya berganding bahu menentang musuh yang sama - sekularisme pan-Arab dan hegemoni Ode Dunia Baru.

    Pihak Shiah tidak harus khuatir akan visi Khilafah Sunni. Pihak Sunni yang waras pasti memahami realiti ini, begitu juga dengan golongan Shiah.

    Malang sekali, ummat Islam Sunni dan Shiah begitu mudah sekali terpedaya dengan dakyah hegemoni Ode Dunia Baru yang cuba mencetuskan perang saudara di Iraq dan negara-negara lain di timur tengah.

    Aku masih ingat kontroversi laporan beserta gambar tentera British yang menyamar sebagai Shiah menembak pasuka vigilante Sunni sekitar tahun lepas. Aktiviti2 seperti ini merupakan contoh jelas akan peranan pihak luar memprovokasi konflik Sunni-Shiah.

    Ternyata dari kiriman pauhfc bahawa umat Islam palestin juga sudah terkeliru akan musuh sebenar mereka. Pemandu teksi tersebut kini melihatkan Shiah sebagai musuh utamanya hingga sanggup bekerjasama dgn AS untuk mematikan Shiah.

    Hairan bagaimana pemandu teksi tersebut menganggap Hezbollah sebagai musuh yang harus diperangi terlebih dahulu. Gara-gara fatwa nasionalis saudi-wahhabi barangkali.

    Jika itu alasannya, aku tak setuju. Aku rasa keputusan untuk mengharamkan sokongan Hezbollah mungkin dipengaruhi sentimen-sentimen dari perang saudara shiah-sunni di tempat lain.

  • faqir // Jan 6, 2007 at 8:04 pm

    Komplot Barat-Syiah dalam memerangi dan menghapuskan golongan Sunni harus bersandarkan hujjah semasa, bukan semata-mata andaian kerana ia berkait rapat dgn persaudaraan Islam sendiri. bagaimana boleh kita kata syiah perlu diperangi dulu sambil membiarkan Palestin terus berdarah dgn kekejaman Israel?
    nonsense! Hezbollah berperang dgn Israel tu cuma lakonan ke? Iran tak mau tunduk pada Amerika sandiwara ke? bagi aku, it’s a serious thing..

  • cidos // Jan 7, 2007 at 1:11 am

    pauhfc ni menjawab jugak ye..bgs2

    kembali kpd pokok isu,
    fatwa dari Dr.Yusof qaradawi kata wajib untuk membantu Hizbullah masa perang aritu. (ana nak masuk laman qaradawi.net dah tak leh) dalam masa yang sama beliau mengingatkan akan kekejaman syiah yang menyembelih sunni saban hari di Iraq.

    Di Palestin, Hamas menjalinkan hubungan dengan Hizbullah. Jadi, hizbullah ni bg ana kes yg agak kompleks untuk diteliti. Ada pulak org argue hizbullah ni syiah arab, bukan syiah parsi, so semangat kearaban die tu mengatasi kesyiahan…sedikit berbeza dgn syiah di Iran.

    Ana pun payah nak explain kt sorang mamat di USA ni yg kata hizbullah ni hizbul syaitan (nauzubillah)..barangkali jahil agaknya,,Bila panggil sorang Palestinian bg penjelasan baru ok skit.

    Malas nak cerita panjang,
    kiranya ada perbezaan antara situasi di palestin, Lubnan, Iraq, Iran..hatta Malaysia! setiap kes perlu diteliti berasingan sebelum kesimpulan umum boleh dibuat (itupun kalau boleh disimpulkan)

    *kalau syiah parsi yg bahaya, mungkin syiah melayu ok kot..asalkan kemelayuannya mengatasi semangat agama syiahnya..berguna jugak semngat nasionalisme ni bile bab2 syiah ni ye..hehe (jgn marah)

  • adibahabdullah // Jan 7, 2007 at 1:52 am

    cidos menikam dengan pedang bermata dua nampaknye.. hehehe..
    (kucing nk exam takleh nk beri komen panjang2 sgt..)

  • PAUHFC // Jan 7, 2007 at 3:27 am

    http://www.al-wahidah.com/artikel/hizbullah.html

  • huhu // Jan 8, 2007 at 9:14 am

    shiah nih ade byk jenis gk…
    satu ceramah from ustat yg sunni kate syiah nih murtad, rosak agama etc… so mmg patut diperangi
    aku sembang ngn satu mamat syiah from iraq…n found out mcm ustat sunni tuh mcm xbtol pon…
    so… mmg shiah ade byk jenis.. yg lebey kurg sunni dan ade yg dh murtad tros…
    sekian

  • budak gemok // Jan 10, 2007 at 10:51 pm

    salamualaikum…dulu saya ada tulis artikel pasal syiah ni..tak tahu la sedap ke tak..sila ke http://ben-hassan.blogspot.com/2006/11/dunia-yang-semakin-bingung.html
    trima kasih

  • Pakdin Koboi // Nov 13, 2007 at 9:35 pm

    Assalamualaikum….
    kepada Sahabat² sekalian Berdoalah kepada Allah semoga Kita tidak akan Sesat dan sentiasa Mendapat Rahmat dan Hidayah olehnya.

    Artikel Tentang Syiah dan Sunnah: “Aspek Persamaan dan Perbezaan”.
    Penerangan tentang bahaya Syiah terhadap aqidah, syariat, akhlak, ummah dan negara.
    http://www.geocities.com/ahasan12/buku.html

    http://yapis.blogspot.com/2006/08/mengupas-syiah.html

    http://yapis.blogspot.com/2006/08/kita-sokong-hizbullah-bukan-syiah.html

    Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, supaya sejarah tidak akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan AI-Quran dan Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap-jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka. Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman- fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh Islam!!

    Wahai Sahabat² ku jangan lah leka dengan dunia kebendaan. Islam bukan pada nama, Islam merangkumi Aqidah,Akhlak,Syariah,ummah,ilmu & sebagainya.
    Islam Begitu Indah Sekali.

  • Pakloko // Dec 21, 2007 at 4:18 am

    Salam…
    Bagusla korang nie bergaduh mana satu yg betul.. org sunni kat syiah salah murtadla…org syiah pulak ckp sunni salah kafirla….tp dua2 puak nie dibenarkan mengerjakan haji kat mekah.. gaduhla lagi…
    yg menang sapa? orang2 kafir gak yg menang…
    Cubala korang stop berdebat yg tak guna nie… cubala korang convertkan org2 kafir tu… bukan ker itu sunnah Rasulullah SAW yg pertama sekali… kalau boleh biar seluruh dunia nie org islam… barula Islam akan menang… buang masa jer gaduh mana satu betul…hanya Allah yg tahu.. Allahkan Maha Mengetahui… yg penting kita sembah dia yg satu dan tak mensyirikkan dia..

  • tuladia // Dec 24, 2007 at 11:19 am

    Assalamualaikum..
    Betullah Pakloko. Bila baca artikel pasal sunnah dgn syiah ni meremang bulu roma. main bunuh-bunuh walaupun kita tahu membunuh tanpa alasan yang kukuh tu satu dosa besar. bunuh orang Islam pulak tu. saudara sendiri.

    Perkara macam ni membantutkan perkembangan Islam terutama buat saudara baru. Baru nak belajar fardhu ain tetiba pening kepala nak pikir nak kena pilih sunnah ke syiah. Lepas tu kena tuduh macam-macam.

    Asalkan kita tak menyekutukan Allah dan membelakangkan sunnah Rasullulah, biarlah Allah sendiri yang menentukan perbuatan kita kat dunia ni melayakkan kita masuk Syurga atau Neraka. Wallaualam.

Leave a Comment