Shaykh Uways dan Aliran Sufi Pop
Jika Episod 5 mengisahkan pengaruh ulama dari Hadramaut sebagai golongan elit dalam sektor perniagaan, pentadbiran dan pendidikan di timur Afrika, kali ini saya ingin menyentuh pula gerakan sufi di kalangan orang awam, khususnya kepada kehidupan Shaykh Uways bin Muhammad al-Baraawe (1847 - 1909).
Terletak di Biolay (Biyooley), Somalia, maqam Shaykh Uways dilewati saban tahun oleh pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh pelusuk Afrika Timur, terutamanya Somalia, Tanzania, timur Congo dan Zanzibar. Demikianlah luasnya pengaruh Shaykh Uways dalam menghidupkan kembali roh Islam di kalangan khalayak awam.
Dilahirkan seorang yang berbangsa Black Tunni (kulit gelap) semestinya menjadi suatu kelebihan buat Shaykh Uways membawa penganut-penganut animisme di Afrika kepada Islam. Shaykh Uways juga mengarang pelbagai sajak sebagai medium dakwah. Dikatakan, keindahan sajak dan sessi dhikr beliau mengalahkan keseronokan tarian dan lagu-lagu animist hingga para penari ini memeluk Islam.
Pendekatan ini sedikit berbeza dengan para ulama Hadramaut di timur Afrika yang lebih berperanan di kalangan orang elit. Juga, para Sharif Hadramaut secara umumnya bersikap eksklusif dengan mengutamakan keturunan merekadalam interaksi sosial, pendidikan dan ekonomi.
Aliran tasawwuf Shaykh Uways ialah tariqat Qadiriyya. Pada waktu itu, wujud juga Shadhiliyya dan Salihiyya yang saling merebut pengaruh. Shaykh Uways mendapat tentangan hebat dari jemaah Salihiyya pimpinan Sayyid Muhammad Abdullah Hassan, iaitu salah satu cabang dari ajaran tasawwuf neo-sufi Shaykh Ahmad ibn Idris al-Fasi (Ahmadiyya/Idrissiyya) yang pernah popular di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.
Salihiyya ini bersifat radikal mirip kepada idea-idea Wahhabiyya di Hejaz kerana menyerang amalan-amalan sufi Qadiriyya. Mereka juga membangkitkan semangat nasionalisme Somalia sebagaimana gerakan Wahhabiyya meniup semangat pan-Arab. Persamaan Salihiyya dengan Wahhabiyya bertambah jelas apabila pengikut Salihiyya bertindak agresif; kemuncaknya Shaykh Uways sendiri dibunuh dengan begitu tragis oleh ahli-ahli kumpulan Salihiyya pada 1909.
Salihiyya dari utara Somalia ini terkenal sebagai hero nasionalisme Somalia kerana mengusir penjajahan British. Sementara itu, pengikut-pengikut Shaykh Uways pula beralih fokus kepada Tanganyika dan menggantikan peranan Pemberontakan Maji Maji menentang penjajahan German. Usaha ini dikatakan bersabit dengan semangat pan-Islam dari kerajaan Turki Uthmaniah.
Namun, kemerdekaan negara Islam Somalia kini diancam oleh Ethiopia dan sokongan Barat. Amat malang bagi Mogadishu menjadi medan pertempuran kuasa antara UIC dan Ethiopia. Semoga umat Islam Somalia bersatu menentang kerakusan kuasa pihak kuffar di samping memperbetulkan idea-idea yang radikal kepada tradisi mainstream Sunni.
Sumber rujukan:
1. Ahmed, Choi, 1993. God, Anti-Colonialism and Dance: Sheekh Uways and the Uwaysiyya
2. Martin, Bradford G., 1993. Shaykh Uways bin Muhammad al-Barawi, a Traditional Somali Sufi
3. Reese, Scott S., 1999. Urban Woes and Pious Remedies: Sufism in Nineteenth-Century Benaadir (Somalia)
4. Samatar, Said S., 1992. Sheikh Uways Muhammad of Baraawe, 1847-1909. Mystic and Reformer in East Africa
5. Diskusi bersama Dr. Awadh Binhazim, 5 Januari 2007.



10 responses so far ↓
ruqi // Jan 6, 2007 at 2:43 pm
tak sangka betul bleh saling bunuh membunuhi antara satu sama lain..
hmm..
kaki bangku // Jan 6, 2007 at 4:36 pm
begitulah sikap golongan nasionalis…
faqir // Jan 6, 2007 at 7:34 pm
Bangku, hang dapat mana buku-buku rujukan semua tu? Aku macam berminatlah nak baca kalau involve bab bunuh-membunuh ni..
Sufism is truly GREAT!
kaki bangku // Jan 6, 2007 at 8:48 pm
Buku2 tu semua aku baca dari library university aku
faqir // Jan 7, 2007 at 9:40 am
That’s what I like about America. Library aku ni entah pape. aku cari kimia assa’adah pun takde. huhu. Lagilaa buku-buku pasal sufi tuh. Adoii..
kaki bangku // Jan 7, 2007 at 1:05 pm
hmm.. bercakap pasal library UTM membuat aku rasa nostalgik plak. Teringat masa kecik dulu curi2 masuk library utk pakai internet. Pastu pinjam buku programming. Eh silap, bukan pinjam, tapi curi!!
Waktu tu sistem sekuriti kat library UTM tak ketat. Nak masuk takyah guna kad. Tapi ada skali tu aku terkantoi lak. Dan sejak tu barulah mereka mula pertingkatkan tahap sekuriti library UTM. ex: kena pakai nametag utk masuk library.
Apapun, UTM adalah univ “teknologi” - memanglah kurang buku2 sejarah. Tapi sebenarnya ada gak beberapa rak buku berkenaan sufism kat situ.
Azma // Jan 8, 2007 at 1:19 pm
Tariqah Ahmadiyyah Idrisiyyah kat Negeri Sembilan sampai sekarang masih popular kalau tak salah saya.
Sedih juga bila saling berbunuhan. Sidi Ahmad Idris tak pun membawa Tariqahnya dengan kekerasan.
Nationalisme memang racun berbisa, niat yang khalis mencari redha Allah juga sekelip mata boleh bercampur aduk dgn macam2 anasir… Wallahhua’lam
kaki bangku // Jan 8, 2007 at 6:27 pm
Ustazah Azma, boleh tak explain lanjut berkenaan amalan Idrisiyyah di NS? Dan ada tak tariqat2 sub-branchnya yang menyeleweng? (ex: Salihiyyah?)
bingregory // Jan 13, 2007 at 5:00 am
Thanks for providing that background to the dreadful new
developments we’ve been hearing about in the last week or two. Simply because a movement has Islam in its name doesn’t mean it represents the range of religious opinions on the ground. Unfortunately, the UIC like the Taliban before them seem to think that having uniform doctrinal homogeniety is the prerequisite to any kind of meaningful improvement in their subjects’ lives.
Also: I can relate to Faqir’s complaint. On the plus side, the libraries here are wide, spacious and airy. The negative side is this is due to the lack of books inside :p
lutfy // Jul 3, 2008 at 1:11 pm
sila kunjungi laman http://www.al-idrisiyyah.com
Leave a Comment