Saya amat jarang menonton perlumbaan F1,apatah lagi untuk mengetahui tentang teknologi sukan termahal dan tercanggih di dunia ini.
Kadang-kadang saya hairan dan pelik melihat mereka yang begitu ghairah dengan F1,saya mempunyai ramai kawan yang bercita-cita untuk menjadi jurutera F1.Saya menyoal benak hati saya ini “Ada apa dengan F1?”
Mungkin anda pernah melihat di kaca tv beberapa tahun dahulu beberapa anak muda Malaysia yang menjadi jurutera Petronas Sauber F1 Team (kini BMW Sauber).Mereka membuktikan bahawa anak Malaysia mampu untuk memberi sumbangan dalam sukan yang amat sofistikated dan kompleks ini.
Namun,seringkali juga saya terfikir adakah Proton mahupun Perodua mampu untuk menubuhkan pasukan F1.Sampai bilakah kita harus bergantung kepada Petronas yang tidak terbabit dalam industri automotif negara dalam konteks pengeluar.
Tidak dinafikan Petronas mempunyai kepakaran,hasil usaha sama mereka dengan Sauber Engineering untuk menghasilkan enjin.
Namun,jurutera-jurutera tempatan dari Proton mahupun Produa harus membuktikan mereka mampu duduk sama tinggi dengan jurutera daripada Williams,Ferrari,Mclaren Mercedes mahupun Renault yang mendominasi sukan ini semenjak tahun 2005.
Apakah teknologi F1 begitu kompleks dan mahal sehingga jurutera-jurutera tempatan tidak mampu menyahut cabaran untuk memajukannya?.
Untuk mengbongkar serba sedikit rahsia ini,saya mengambil inisiatif untuk menulis e-mel kepada John Howett,Presiden Toyota Motorsport,GmbH untuk melawat IbuPejabat mereka di Koln,Jerman.
Saya menerima maklumbalas yang positif dan mengambil keputusan untuk pergi ke Koln baru-baru ini.
Saya bukanlah seorang yang arif dalam bidang mekanikal,elektrikal mahupun sistem telekomunikasi,namun saya cuba menyediakan soalan yang akan ditanya dan cuba untuk mendapat impak yang berkesan daripada lawatan ini.
Secara ringkasnya,Panasonic Toyota Racing ini dutubuhkan pada tahun 2001 dan mendapat penajaan utama daripada Panasonic dan Denso.
Ia merupakan salah satu daripada pasukan “termuda” dalam F1.
Menjejakkan kaki ke Ibu Pejabat yang menjadi “rumah†kepada 600 kakitangan daripada 32 negara ini merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Filosofi Kaizen yang memacu Toyota menjadi pengeluar automatif terbesar didunia,juga menjadi motivasi bagi Pasukan Toyota.
Diketuai oleh Tsutomi Tomita,prinsipal ataupun Ketua Pasukan ,seperti jawatan yang dipegang oleh Jean Paul Todt daripada Ferrari.
Daripada “design table†kepada trek perlumbaan…
Proses mereka cipta bermula daripada perbincangan daripada jurutera-jurutera dalam bahagian Chassis,Engin,Elektrik dan Elektronik,Aerodinamik,Kontrol Dinamik,Keteguhan Bahan(Material Strength),IT dan jurutera dalam bahagian CFD(Computational Fluid Dynamics).
Setelah berbincang mengenai bentuk chassis(badan ) yang menepati aspek, spesifikasi dan kehendak(aerodinamik,ringan,daya tahan,penggunaan tayar dan koefisien geseran,sistem suspension,design monocoque etc) dan piawaian FIA(badan penguasa F1)
Mereka akan melakukan proses lakaran dan seterusnya menghasilkan model 3D dan melakukan kajian mechanical construction,iaitu mengkaji samada chassis akan berfungsi berdasarkan kehendak mereka.
Toyota F1 menggunakan CATIA V5 untuk penghasilan model 3D mereka.![]()
Penghasilan model 3D menggunakan CATIA V5.
“Apabila anda memenangi perlumbaan,sebenarnya anda memenanginya daripada sudut designâ€
Mike Gascoyne,Pengarah Teknikal Chassis,Toyota F1.
Setelah jurutera-jurutera dalam mechanical construction memberi persetujuan terhadap model chassis setelah melakukan kajian dari segi keteguhan bahan (material strength) seperti stress,compressive stress,shear stress,torsion,deflection,deformation ,penggunaan bahan seperti fiber carbon mahupun honeycomb.
Mereka juga perlu menentukan security coeffiecient supaya chassis yang dihasilkan nanti selamat untuk perlumbaan.
![]()
Contoh kajian bahagian mechanical construction
Kajian yang mereka lakukan ini amat komplikated dan memerlukan penguasaan dalam bidang matematik dan continuum mechanics.
Kejayaaan dalam perlumbaan memerlukan homegeiniti antara engin dan chassis.Kombinasi engin dan chassis yang baik,dan hasil pemanduan yang baik merupakan antara faktor utama pasukan seperti Renault dan Ferrari memonopoli sukan ini.
Jurutera hanya melakukan kiraan dan kajian berdasarkan teori dan eksperimen,oleh itu mereka memerlukan proses simulasi untuk meramal dan mengembangkan idea dan teori.
Toyota F1 menggunakan Digital Mock-Up(DMU) daripada ENOVIA ,mereka memajukan sistem virtual F1 yang boleh diaksess oleh semua staf disana.
Juruteknik juga menggunakan kelebihan ini untuk melihat dalam 3 dimensi produk yang akan dihasilkan.
Bahagian seterusnya..Aerodinamik sebagai kunci kemenangan



12 responses so far ↓
persie // Jan 10, 2007 at 10:36 pm
waah!dalam kaki pun blh tulis psl F1 ek.
aku mmg minat gile dgn F1.Tp, tak terpikir plk nak tulis psl ni.
Aku pernah bercita-cita nak jd engineer F1.tp, terpaksa dilupakan kerana ianya amatlah tidak realistik. Bg aku, F1 adalah satu sukan yg paling tinggi teknologinya dan bukan calang2 orang boleh menceburinya terutama utk menjadi engineer sesebuah team.Bayangkanlah, hanya perbezaan dalam teknologi yg digunakan sesebuah pasukan blh membawa kepada beberapa point saat sahaja ketika ujian masa. Jgn bandingkan ketika perlumbaan kerana bg aku ia sedikit dipengaruhi oleh skill pemanduan.
apa lagi yg menarik tentang F1?walaupun kelihatan seperti perlumbaan antara pemandu, F1 bg aku adalah antara sukan yg paling memerlukan kerjasama dan komitmen yg sgt tinggi dlm pasukan. Bila Nick Heidfield berjaya menaiki podium(BMW Sauber x pernah menang), ia bukanlah kejayaan utk diri dia sorang je. Semua team member dr pengepam minyak, makanik, engineer, paddock staff, team principle & driver memainkan peranan masing-masing.
pasal Proton n Produa join F1. kaki masam, berpijak la pd bumi yang nyata mcm slogan kat atas tu.Aku bukan la nak kutuk sgt pengeluar kete nasional kita. Tp, kalau dah nak buat kete yg berkualiti pun tak blh harap, jgn la mimpi nak buat kete F1. Cukup la dgn Petronas je. Lgpun, financial Petronas stabil sbb nak involve dalam F1 bukan main sejuta dua. Berpuluh billion boleh habis dibuatnya. Kalo Proton n Produa ada dua tiga billion tu, baik la guna buat kilang or buat research utk hasilkan model kete baru ganti Iswara, Wira, Kancil, Kembara semua tu. Tok sah la duk bazir duit masuk F1. Kalo rasa gatal gak nak nama dalam F1, sponsor la mana2 team cikai(Midland ke, Redbull ke, SuperAguri ke) barang sejuta dua n then claim malaysia berjaya dlm F1. Lebih kurang apa yg dikatakan dlm previous article kaki masam tu.ok.setakat ni je la.wasallam.
ps:info terkini.Raikonnen dah join Ferrari ari ni.Ada chance la dia nak jd world champion.
kaki bangku // Jan 11, 2007 at 12:16 am
Satu permulaan yang baik untuk Kaki Masam. Aku galakkan karya-karya asli macam ni berbanding kopi pasta (bak kata faqir).
Inisiatif yang bagus. Tak sangka e-mel peribadi pun dilayan. Lepas ni boleh cuba hantar e-mail kepada CERN pulak.
Uiks.. persie, camne bleh ubah minat dari engineer F1 kepada Econs?
Berkenaan penglibatan F1, seperti sukan2 profesional lain, aku tak rasa ianya suatu yg relevan kepada nation-building, apatah lagi jika perlukan pelaburan berjuta-juta.
persie to bangku // Jan 11, 2007 at 12:21 am
aku tak amik course economics la bangku.
kaki bangku // Jan 11, 2007 at 3:56 am
eh?
cyzrael // Jan 11, 2007 at 9:17 am
waaa.. hebatnye!
mesti seronok dapat pg hq diorg..
by the way.. sekarang mmg busy.
sori sgt..
exam habis by 24jan. (hopefully)
kaki bangku // Jan 12, 2007 at 3:27 am
F1 di s’pore?
hadi // Jan 13, 2007 at 8:36 am
Tambahan sikit,catia juga digunakan oleh syarikat² lain seperti bmw, peugeot, citroen, dan kebanyakan company² automotif yang terkenal.dan juga oleh airbus untuk design kapal terbang mereka.
Proton pun sudah bermula menggunakan catia utk model² yg baru mereka(tp aku tak sure exactly sejak bila).
CATIA biasanya dianggap CAD yg paling hebat dan juga antara yg termahal.Selain itu,software² CAD lain yg biasa digunakan adalah seperti proengineer, solidworks,Unigraphics,dll. Unigraphics juga antara yang termahal dan digunakan di fakulti mekanikal UTM.
Apa yang menarik tentang catia,unigraphics ialah, ia bukan shj mengandungi CAD, iaitu utk design ttp juga CAM, yg mengandungi fungsi² dalam bhg production.
kaki bangku // Jan 13, 2007 at 2:05 pm
Thanks, Hadi.
Download CATIA guna torrent boleh tak?
hadi // Jan 15, 2007 at 6:42 am
hehe, boleh jugak, utk student ok ah.Tapi untuk company² ,kena guna yg original kot.
Nik // Apr 23, 2007 at 10:49 am
Thank,
Saya dah biasa guna CATIA V5…
memang flexible dan senang di guna…
sesiapa nak bljar ler la contect me…
nik_ridz83@yahoo.com
Kaki F1 // May 16, 2007 at 4:21 am
The *real first* Malaysian F1 Driver (yang boleh dibanggakan) :
http://f1.gpupdate.net/en/news/2007/05/15/fauzy_at_the_wheel_for_spyker/
sham // Jun 9, 2007 at 2:37 am
ok gak ar blog nih…
Leave a Comment