© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Banjir, Rapat Umum Dan Pilihan Raya Kecil…..

January 14th, 2007 · 10 Comments

Tidak mengapalah jika diri ini belum merasai pengalaman berjalan sambil dihujani sajli. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga salji yang turun tidak seindah bayangan di minda ini. Semua dah sedia maklum dengan keganjilan cuaca dunia sekarang. Banjir terutamanya melanda beberapa negara dunia(sekadar pengetahuan penulis), United Kingdom, Sri Lanka dan tidak terkecuali negara tercinta Malaysia.

Bagi penulis yang hanya dapat mengikuti perkembangan melalui internet, rasa terkedu yang amat bila mendapati akhbar Utusan Online memuatkan hampir keseluruhan bahagian muka hadapan hari ini dengan berita banjir di Johor.Rupanya, tanggapan penulis yang banjir di Johor akan reda dalam dua tiga hari ni meleset sama sekali.Dalam pada itu, penulis sedari, tiada satu sumbangan dari segi fizikal dan kewangan yang mampu penulis sumbangkan. Mungkin hanya doa yang mampu diberi(kata-kata sebegini selalu kita dengar.Tapi memang betul, tiada apa yang mampu disumbang).

Oh ya..Asyik berceloteh, lupa pula dengan tajuk diatas.Apa kaitannya antara ketiga-tiga subjek tersebut? Bagi mereka yang belajar Critical Thinking pasti dapat menekanya. Terus kepada point utama penulis. Tulisan kali ini sebenarnya adalah untuk menyatakan rasa sedih penulis atas sikap masyarakat kita yang selalu hilang fokus.Penulis sekadar memerhati dan mengutarakan pandangan.

Lihat saja dalam rapat umum. Berapa kali kita mahu buat tunjuk perasaan, perhimpunan awam atau apa-apa saja nama yang mahu diberi? Kalau tak silap penulis, tunjuk perasaan yang diadakan di tol Plaza Gombak semalam adalah yang ketiga selepas yang dua sebelumnya(1 Jan dan 7 Jan). Penulis tak mengatakan yang isu tol dan kebajikan rakyat perlu dilupakan begitu sahaja.Tapi, fikir-fikirkan lah. Kan elok jika wang perbelanjaan untuk mengadakan rapat itu, wang untuk menghadiri rapat itu disalurkan kepada orang yang lebih memerlukan disaat mereka memang memerlukan. Kan elok jika beratus-ratus anggota polis FRU yang turut sama di Plaza Tol Gombak yang sememangnya tiada banyak kerja dikerah ke Johor untuk membantu mangsa-mangsa.

Satu lagi perkara yang ingin penulis bangkitkan walaupun ianya tiada kaitan dengan banjir dan nasib rakyat Johor. Ingin penulis bertanya kepada insan-insan yang menghadiri rapat-rapat umum tersebut. Setakat mana rapat umum yang dilakukan memberi kesan? Perlu ke ia dianjurkan berkali-kali sedang dalam masa yang sama tiada perubahan yang berlaku?Penulis bukan la orang yang mudah berputus asa. Bak kata Dr M, masa depan tidak menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah berputus asa. Tapi, apabila langkah yang kita ambil tidak berapa kena, penulis takkan sesekali bersetuju. Mungkin ada cara lain untuk kita selesaikan masalah rakyat ini.

Kembali kita kepada topik asal.Terus kita ke subjek pilihan raya kecil(PRK) N.06 DUN Batu Talam. Secara peribadi, penulis bersetuju dengan keputusan BA untuk tidak bertanding di DUN tersebut. Bukan sahaja kerana masalah dalam SPR, tapi penarikan diri oleh BA akan memungkinkan tiada pertandingan di Batu Talam. Itulah yang sebaiknya pada pandangan penulis. Bukan kita tak tahu, apa yang berlaku pada sesuatu kawasan bila ada PRK. Penulis pernah merasainya kira-kira 2 tahun lepas di tengah-tengah PRK DUN Kuala Berang. Belum pun tiba hari penamaan calon, suasananya mengalahkan hari pengundian PRU. Tak kira kerajaan, tak kira pembangkang, semua pemimpin dari atas hingga bawah akan turun padang.Dengan tiadanya pertandingan di Batu Talam, harapnya tidaklah semua jentera parti politik akan dikerah ke Batu Talam hanya semata-mata untuk mempertahankan maruah politik mereka.

Bagi penulis, lebih baik jika jentara parti politik, tak kira pembangkang, tak kira kerajaan dikerah ke Johor bersama-sama dengan jutaan wang peruntukan untuk PRK itu.Memang betul, parti-parti politik ada mengerahkan jentera mereka kesana.Tapi, mungkin jumlah mereka tak signifikan hinggakan Dato’ Shahrizat terpaksa membuat kenyataan menyarankan bekas-bekas pelatih PLKN datang ke Johor untuk membantu mangsa banjir. Penulis tak mengatakan kenyataan itu salah, tapi mungkin tak kena tempat.Kenyataan itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan imej negara jika tersebar diluar negara. Bagi penulis, ianya membolehkan orang luar mempertikaikan kemampuan Polis, Tentera dan unit-unit keselamatan/bencana alam lain. Tapi, dalam keadaan yang semakin meruncing, apalah sangat ada pada imej. Nasib mangsa banjir lebih penting.
Banyak yang dapat kita pelajari dan teladani dari banjir di Johor ini.Mungkin kita perlu lebih belajar perkara apa yang perlu diutamakan dan perkara apa yang perlu dikebelakangkan.Bagi muslim, boleh la membaca buku Fiqh Keutamaan karangan Syeikh Yusof Qardawi untuk mengetahui peri pentingnya kita mengutamakan apa yang perlu diutamakan tak kira dalam perkara yang berkaitan dengan dunia atau yang berkaitan dengan agama.

Sekain Wasallam.

Tags: Nasional · Politik

10 responses so far ↓

  • kaki bangku // Jan 15, 2007 at 2:44 am

    Bagi penulis, lebih baik jika jentara parti politik, tak kira pembangkang, tak kira kerajaan dikerah ke Johor bersama-sama dengan jutaan wang peruntukan untuk PRK itu.

    Satu pandangan yang baik. Lega untuk melihat bahawa kebanyakan kita masih waras dan tidak gilakan kuasa politik semata-mata.

  • faqir // Jan 15, 2007 at 4:12 am

    Hurm, aku sokong.

  • pauhfc // Jan 15, 2007 at 7:39 pm

    artikel aku ni takde orang nak kritik ke?
    2 je komen kat atas ni.yg tolong komen pun adlh 2 nama regular.Bangku dan Faqir.kata DR MAZA, kalo takde bantahan, takde nak berlakunya perubahan.

    ke tahap kesunyian kat kaki ni semakin kritikal?

    Takpe la, insyAllah nanti aku tulis artikel yg ada pro n cont.
    boleh ‘gado2′ sikit.

  • kaki bangku // Jan 15, 2007 at 8:38 pm

    Takpe la, insyAllah nanti aku tulis artikel yg ada pro n cont. boleh ‘gado2′ sikit.

    Aha, itu la yang kita mahukan!

  • cidos // Jan 15, 2007 at 11:51 pm

    Komen di atas komen:

    kalau dilihat, artikel oleh pauhfc ini sebenarnya adalah bersifat ulasan terhadap perkembangan terkini tanah air.
    izinkan sy ulas dan menambah ulasan yg diberikan.

    Betul, kita perlu fokus kepada banjir di Johor tetapi rapat umum oleh mereka yg terkesan dengan kenaikan harga tol perlu diteruskan. Mereka juga sedang terseksa. demonstrasi x dapat apa2? Ya, keputusan autokratik tersebut mungkin tidak diubah tetapi ia memberi MESEJ kepada yg lain bahawasanya tindakan tersebut adalah zalim dan kerajaan yg mendokong keputusan menaikkan tol itu juga perlu di robah…itulah MESEJ yg ingin disampaikan.

    begitu juga dengan pemboikotan pilihan raya kecil Batu Talam. Pembangkang mempunyai modal moral yg kuat utk melakukan pemboikotan setelah pengerusi SPR meragui kebolehan diri sendiri (SPR) utk mengendalikan pilihan raya yg adil lagi bebas. Pada mulanya kenyataan SPR itu adalah satu strategi untuk menyedapkan telinga pembangkang dan juga sebagai alasan yg paling kuat untuk menyelamatkan diri jika dikritik hebat oleh pembangkang selepas pilihan raya itu berakhir nanti yg pastinya akan memihak kpd BN. Hal ini berlaku dalam pilihan raya umum yg lepas di mana SPR menjamin ketelusan sebelum pilihanraya tetapi selepas berakhirnya pengundian yg menyaksikan seribu ketempangan dalam SPR, barulah pengerusi dan SU SPR ‘lepas tangan’ dengan mengatakan bahawa SPR tidak bebas sepenuhnya.
    Maka kali ini kenyataan pengerusi SPR telah menjerat diri sendiri. pastinya ramai pimpinan BN yg mengamuk dengan kesilapan strategi pengerusi SPR kali ini. Jika tidak dengan kenyataannya sudah pasti pemboikotan oleh pembangkang akan dilihat sepi dan hanyalah manifestasi kekecewaan org yg tidak yakin untuk menang tanpa disertai oleh alasan yg kuat.

    ada apa dengan pemboikotan? bukankah satu kerugian untuk tidak memanipulasikan kemarahan rakyat yg sedang tercetus lewat pemerintahan tidak berdaya Abdullah? inilah saatnya untuk menghukum BN setelah pilihanraya kecil Kuala Berang yg lalu masih lagi dalam mood rakyat yg sukakan style warak Abdullah. itulah perkiraan mudah yg boleh kita fikirkan..inilah masanya!! (meminjam idea kadir jasin)

    tetapi sekali lagi pimpinan PAS dan Anwar mengambil pendekatan yg lebih luas kerangka pemikirannya.
    Kali ini pembangkang mahu dan telah berjaya menghantar satu MESEJ yg kuat bahawa sistem demokrasi di Malaysia adalah tempang, tidak telus dan dipengaruhi politik wang serta salah guna jentera kerajaan. MESEJ kali ini pastinya menggoncang amalan sistem demokrasi itu sendiri berbanding hanya menang sorak di kampung Batu Talam.

  • PAUHFC // Jan 16, 2007 at 12:36 am

    thanks Cidos for commenting.

    rasanya kena buka topic baru kalau nak ckp psl pemboikotan ni.

    Apa-apa pun, jom boikot! Demi demokrasi & demi kemaslahatan rakyat Johor yg sedang ditimpa bencana!

  • faqir // Jan 16, 2007 at 8:00 am

    Aku sokong pendapat cidos. By the way, untuk election Batu Talam, BN still tak menang lagi. Kena lawan calon BEBAS. Sapalah agaknya propose calon BEBAS ni yek.. Adakah benar2 calon BEBAS ni “bebas”?

  • PAUHFC // Jan 16, 2007 at 11:19 am

    maksud anda apa faqir??calon tu ditaja ke??
    Tp, manusia mmg tak reti2.
    Orang ajak boikot dia tak nak boikot.

  • faqir // Jan 16, 2007 at 12:17 pm

    Begitulah lebih kurang. Haha, memang kita ajak boikot tapi nak buat camane, banyak sangat kepala kat batu talam tu.. :)

    by the way, calon bebas tu umur 21, budak cina. Memang mengejutkan. Huhu.. Sebaya dgn aku dah pikir nak jadi wakil rakyat? Aku pun tak terfikir lagi. He has foresight. Aku takde kot. :p

    Mungkin ditaja? Takkan PAS dan Keadilan nak taja kot? BN sendiri camane? Mainan politik BN lagi ke ni?

  • PAUHFC // Jan 16, 2007 at 12:42 pm

    blm mengundi sekali pun nak btanding gak.ketawa sendiri aku dibuatnya.mcm2 Msia skrg.
    anyway, good luck utk dia.
    tp rasanya, semua dah dpt ramal nasib dia lps ni.

Leave a Comment