© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Saya bingung…..

January 27th, 2007 · 10 Comments

Baru-baru ini ketika menghadiri kelas komunikasi dan ekspressi,saya menjadi ralat dan bingung dengan kenyataan beberapa rakan saya yang seakan-akan memandang remeh betapa pentingnya aktiviti yang dilakukan kami itu.

Kami merupakan pelajar kejuruteraan,dalam erti kata lain mempelajari ilmu sains dan teknologi.

Kami diberi 2 helai kertas yang mengandungi iklan daripada beberapa majalah.Apa yang kami harus lakukan ialah mengkaji motif,maksud tersirat dan membentangkan pendapat kami bagaimana iklan ini dapat menarik pelanggan.

Antara kami,banyak yang mengeluh kerana menganggap aktiviti ini bosan,tidak ada kaitan dengan kejuruteraan,mahupun matematik.

Ada yang mempersoalkan adakah aktiviti ini relevan atau tidak untuk kami mempelajari tugasan yang biasanya dilakukan oleh pegawai pemasaran ataupun publisiti dalam sesebuah syarikat?

Mentaliti melayu yang sukar dikikis….

Dasar pelajaran negara mungkin akan terpanggil untuk memberi sebab dan natijah mengapa graduan melayu tidak mampu bersaing dengan graduan bangsa lain?

Bagi kerajaan, meraka mungkin akan menuding jari kepada dasar pemerintah sebelum ini,mahupun menyalahkan graduan itu sendiri kerana gagal untuk mempunyai mentaliti yang lebih global.

Dunia hari ini memerlukan graduan yang mempunyai kapasiti untuk bercakap,berkomunikasi,mampu untuk memberi idea dan dan juag mempunyai pemikiran yang kreatis dan kreatif.

Dalam konteks tersebut graduan tidak seharusnya terikat kepada apa yang mereka pelajari sahaja di universiti.Tidak dinafikan semakin banyak graduan hari ini yang berjaya untuk lari daripada mentaliti makan gaji.

Mereka berani menyahut cabaran,tidak takut kepada kegagalan dan kesusahan dan sanggup untuk berkorban jiwa dan tenaga untuk berajaya.

Tidak hairan jika kebanyakan usahawan-usahawan internet yang sudah mampu untuk mendapat pendapatan jutaan ringgit,terdiri daripada anak muda yang mempunyai visi dan misi untuk berjaya.

Kendatipun mereka ini sudah jauh lebih berjaya daripada seorang graduan Melayu lulusan Oxford,namun,mereka masih belum mampu untuk berfikir secara global dan hanya mahu melakukan copy and paste daripada usahawan-usahawan internet di Amerika Syarikat.

Sikap-sikap rakan saya semasa dalam kelas komunikasi itu jelas menunjukkan mereka masih belum mampu untuk berfikir secara global dan kehadapan.

Adakah mereka sedar bahawa tugas seorang jurutera tidak semestinya hanya mengkaji masalah yang berlaku kepada sistem elektromagnetik loji nuklear berpandukan kepada theorem of bifurcation?

Adakah tugas seorang jurutera hanya dengan memberi arahan kepada juruteknik untuk melakukan kerja-kerja pembuatan di kilang?

Tidak,mereka harus memimpin,mempunyai kapasiti untuk menerangkan apa yang berlaku kepada pihak atasan,mereka harus bertanggungjawab dalam apa yang mereka lakukan dan utarakan.

Bukan itu sahaja malahan jurutera harus memikirkan sesuatu yang mereka lakukan berdasarkan 4 prinsip utama.Kos yang rendah,Kualiti,Cepat dan Keselamatan.

Bagaimana mereka mampu untuk memikirkan tentang kos yang rendah jika mereka mengganggap proses pengiklanan dan publisiti tidak ada kaitan dengan mereka?

Profession-profession lain juga tidak terkecuali,jika anda menjadi seorang doktor,anda harus sentiasa berkorban dan memikirkan untuk berjaga malam lantaran daripada on-call mahupun panggilan kecemasan.Anda harus mempunyai kredibiliti dalam melakukan sesuatu,tak kiralah,analisa terhadap pesakit,komplikasi mahupun preskripsi.

Graduan juga harus mempunyai keupayaan untuk bekerja dalam kumpulan dan mampu untuk bekerjasama dan mendengar arahan daripada superior mereka.

Sebenarnya segala kualiti dan karakteristik ini harus dipupuk sejak awal lagi.

Saya berpendapat,mentaliti graduan hanya dapat diubah jika mentaliti pihak yang memerintah dapat diubah.

Keupayaan dan kebolehan harus diutamakan berbanding seniority, tidak seperti yang berlaku dalam sistem pegawai-pegawai kerajaan sekarang ini.

Apapun,masalah ini harus diatasi secara muafakat,kerajaan,universiti dan graduan harus diberikan kesedaran.

Saya mengalu-alukan komen dan kritikan anda.

Tags: Melayu

10 responses so far ↓

  • faqir // Jan 27, 2007 at 10:04 am

    Aku macam terkena pula bila baca artikel ni.

    Aku teringat lecturer aku pernah bagitau course engineering kat universiti aku (dan mungkin juga kebanyakan universiti) lebih menekankan aspek teknikal (90%) berbanding management (10%). Jadi mahasiswa yang terhasil, biasanya fail dalam bab urus-mengurus program/projek ni.

    Dalam pada tu, universiti aku banyak anjurkan seminar dan juga degree++ utk mempertingkatkan kemahiran mahasiswa, tapi terlalu sikit mahasiswa yang minat utk involve. That’s too sad.

    Memang inilah rupa mahasiswa kita. Dambakan sesuatu yg cukup makan je.

  • PAUHFC // Jan 27, 2007 at 11:34 am

    aku pernah wat aktiviti mcm ko ni masa dlm persediaan dulu. kami buat secara group.tp, bukan utk setakat satu kelas je.satu bulan buat keje ni. mmg analisa betul-betul la.tp, aku tak ada dengar pulak rungutan dr kawan-kawan aku tentang project mcm ni. melayu ke, cina ke, semua happy je buat.aku rasa x semua Melayu mcm tu..Malayu program aku kalo ada aktiviti yg luar dr pd pembelajaran mcm ni mmg diorang suka.aku sendiri akui yg aku x bese wat keje2 mcm ni. Dulu di MRSM keje mengadap buku je. Mmg sukar nak adapt. Takpe kaki masam, bagi masa utk kawan-kawan ko tu adapt dulu. lps ni mereka terima la realiti yg kerja nanti bukan stkt teori je.

    to faqir.Cakap pasal management, aku ada ambik satu kelas management utk minor dlm bidang ni. Memang tak x suka kelas ni.Boring gila kelasnya. Lebih-lebih lagi bila masuk teori-teori team coordination apa kebenda entah.Mamang aku masuk kelas tu, ada badan je. Otak tak aa dalam kelas.Tapi takpe ah, benda2 macam tu boleh baca.Tp, bila masuk praktikal(kitaorang kena buat group volunteer project), byk benda yg boleh belajar dari orang putih ni cara pengurusan mereka. memang bersistematik, berkoordinasi, dan sangat mantap.

  • kaki bangku // Jan 27, 2007 at 2:02 pm

    hurmm… benar, aku lah slacker dalam group design project kat sini. tiada inisiatif sendiri dan sentiasa perlu diarah buat kerja. Tapi aku rasa ni berkait dengan minat. Kalau dalam projek rekacipta kat sekolah dulu, akulah ketua yang (cekap?) mengurus pasukan.

  • kaki masam // Jan 27, 2007 at 5:54 pm

    Setuju ngan PauhFC,bahawa tak sumer melayu camtuh.
    Tapi syer suker cakap secara keseluruhan,ditambahkan plak dengan fakta2 dan analisis kadar pengangguran dikalangan graduan melayu.
    Aper yg ingin syer utarakan sebenarnya bukanlah kes kawan2 syer ini.Tetapi,lebih kepada analisis kepada global dan permasalahan graduan melayu khususnya.
    Mereka yang didedahkan kepada ilmu ini ketika belajar diluar negara,harus bersyukur dan manfaatkannya.
    Namun tidak mustahil jika realiti hari ini membuktikan ader graduan kelas pertama kejuruteraan daripada Imperial College,UK yang bertutur dalam english seperti “Keng I go to der…”
    Berapa ramai anak2 kita di USA cntohnya yang membaca NewsWeek,Times,USA Today,The Herald of Tribune ?
    selain daripada menjengok Friendster dan Utusan Online?
    Sekali lagi syer bercakap dalam konteks global,bukan bermaksud tidak ada…

  • jubek // Jan 28, 2007 at 1:02 am

    “Namun tidak mustahil jika realiti hari ini membuktikan ader graduan kelas pertama kejuruteraan daripada Imperial College,UK yang bertutur dalam english seperti “Keng I go to der…””…

    yup2..xmustahil, n memang wujud..kalau 24 jam di dpan pc, maen game….xkluar2 rumah…

    anyways..
    tertarik dgn point ‘jurutera’…dgr talk drpd mike eskew tahun lepas, “ape yg perlu dlm diri seorg jurutera”.. saya cuba utk google pemenang2 IEM essay competition 2005..tp xjumpa..tajuknya..lebih kurang..’jurutera n kepimpinan’..ade 2 atau 3 essay yg btul2 menarik..

    anyways, in malaysia, ‘most of the time’..engineers are slaves to the managers…xbyk jurutera yg jadi pemimpin…kcuali di fakulti2 pendidikan n manufacturing plants-(biasanya naik pangkat jadi manager and plant manager)… tp di luar malaysia, lain ceritanya…
    intel…Paul S. Otellini is its first non-engineer CEO …they appointed him for some sales problem of course..but still…
    then UPS, Microsoft India…i’m naming these companies because i had a chance to meet Mike Eskew from UPS and Microsoft India’s President whom are engineers…
    dalam cabinet malaysia… if i’m not mistaken, xde a single engineer pon…even Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, yg bunyi jawatannya lebih relevan disandang oleh seorang jurutera, merupakan seorg doktor..

    ermmm…
    saja berkongsi pendapat…

    cheers~

  • kaki bangku // Jan 28, 2007 at 3:05 pm

    Jamaludin Jarjis tu bukankah engineer?

  • jubek // Jan 28, 2007 at 4:49 pm

    ohh..
    Minister of Science, Technology and Innovation…
    grad EE UMIST…
    ok…
    tenkiu..

  • mamat // Jan 29, 2007 at 3:42 am

    “…anyways, in malaysia, ‘most of the time’..engineers are slaves to the managers…”

    This thing happens because engineers in malaysia are not trained to deal with people, just machines. Just like pauhfc said, sometimes (perhaps because we think we are going to be ‘engineers’) we just don’t see the benefit of studying people.

    Einstein once said that politics is more difficult than physics. He said this not because he aced in physics (of course, physics is ‘kacang’ if you’re Einstein), but because in human history, engineers create hidrogen bombs all the time and they do it so perfectly that it won’t detonate even if you put it in a volcano. But, the same bomb have detonated before, and the reason is not physics, but politics. In short, if you want to be a good phycisist, learn more about people.

  • PAUHFC // Jan 29, 2007 at 4:22 am

    Lps ni aku nak tulis kat blog aku psl the way of thinking by Malaysian future engineers kat uni aku. huhu..

  • kaki bangku // Jan 29, 2007 at 1:34 pm

    tulis la kat sini la weh

Leave a Comment