Tambahan dari Kaki Bangku: Sajak ni ditulis oleh Laila sempena wajah baru Kakiblog. Gunakan ruangan komen di bawah untuk mengutarakan apa-apa perubahan yang positif mahupun negatif mengenai blog ni - dari segi penampilan, isu yang dibawa dan kaedah penyampaian.
Usah dikenangkan masa itu
Sungguh aku mahabodoh menipu ditipu dan tertipu
Pergilah semua usah tersipu di situ
Di sini aku yang baru
Mengapa harus hadir memburu
Semua telah aku biarkan angin ribut menyapu
Kini kehidupanku dihinggapi bayu
Aku memilih jalan yang baru
Lemah sekian sendi termanggu
Jatuh lalu aku berteleku
Di sini terimalah taubatku
Aku yang baru menyembahkan sujudku
Bersama titis-titis kecil mengiringi doaku
Moga api yang marak di belakangku
Padam dan lalu seperti ais menjadi beku
Kau terimalah aku yang baru
Gentar langkah ke lembah unggu
Moga putih yang mulus membirati jalanku
Terlalu banyak benar warna yang kelabu
Mencariku di hadapanku warna-warna yang benar dan baru
Ingin sekali Dia memakbulkan mu
Mukjizat atau karamah buat aku
Jauh sekali hinanya aku
Menjadi diri aku yang baru wasilahnya mungkin kamu..
30/11/2006
0259
‘Katakanlah(wahai Muhammad):”Wahai hamba2 Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(di atas ma’siat dan kefasadan yang telah dilakukan),janganlah berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa(kecuali syirik);sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
-Az-zumar,53-

9 responses so far ↓
PAUHFC // Feb 5, 2007 at 11:10 pm
rasanya, mskkan je semua yg dlm pool tu (politik, tech,student life, int news ) dalam kaki.
kaki bangku // Feb 5, 2007 at 11:47 pm
sapa pandai webdesigning? boleh tak tolong hiaskan template blog ni. aku buat takde seni daa…
Rontol // Feb 6, 2007 at 10:56 am
heh…seperti biasa Laila dengan karya kreatifnya…
ermm xde kaki seni yang berminat utk bekarya kt Kaki ke?
Laila // Feb 6, 2007 at 12:49 pm
.. cadangan seorang kawan, kakiblog x nak bukak forum sendiri ke?
besh gak cadangan tuh..
kaki bangku // Feb 6, 2007 at 1:54 pm
dah berlambak forum kat internet ni
PAUHFC // Feb 6, 2007 at 11:48 pm
best ke?
awak sorang je best kot…
lgpun, wordpress rasenye takde forum..kene pki PHP punya website ah kalo nak ade forum.
discuss kat komen pun dah cukup..
tp forum advance sikit..nak ltk gambar mudah..nak qoute mudah..
kat comment blh ke semua tu???
kaki bangku // Feb 7, 2007 at 3:10 am
Pauh, wordpress ni PHP gak daa… mungkin kau maksudkan phpNuke?
Wordpress boleh gak buat avatars, quote etc di mana pengomen2 kena daftar dgn kakiblog dan letak avatar sendiri, komen etc. Nak buat comments form yg mudah utk quote pun boleh - letak RTF editor.
Tapi tak perlulah nak buat forum. Aku prefer kekalkan sifat blog yang journalistik berbanding perbincangan.
jat // May 7, 2007 at 4:40 am
hmm….aku nk tulis sajak jagk kt blog ni…
jat // May 7, 2007 at 4:51 am
malam semakin suram,
bulan bintang jua tiada bercahaya
mawar semakin layu
di hembus angin
jatuh ke bumi
lautan manakah tiada bergelora
akan samakah gelora di jiwa
kernamu kasih,
kesedihanku tiada terbendung lagi
ku bawa ke mati
merah menyala hatiku
dendam membaraku para musuhmu
merah..suci darahmu
mengalir membasah
bumi pemelukmu
insan manakah mampu menahani
lautan airmata dari membasahi
hakim manakah mampu mengadili
selain ilahi
penunai janji…
mazlom ya hussein..
mazlom ya hussein..ya hussein…n
Leave a Comment