![]()
Pandangan depan Terrafugia
Pernahkah anda menonton filem Back to the Future?
Ingatkah anda kepada sebuah kereta yang dicipta oleh Dr Emmett “Doc†Brown,sebuah kereta yang mampu terbang dan bergerak di atas jalan raya.
Mungkin juga anda pernah melihat banyak lagi filem hollywood yang memaparkan sofistikasi dan betapa kompleksnya teknologi yang mereka cipta.
Mungkin juga anda merasakan idea dan konsep kereta itu mengarut, ridiculous, dan absurd.
Sebelum itu, saya mengajak anda berhenti berfikir sejenak, dan teruskan membaca artikel ini.
Di Cambridge,Massachussets, sekumpulan graduan daripada Jabatan Aeronautik dan Astronautik, Institut Teknologi Massachussets, atau lebih dikenali sebagai MIT,telah menggabungkan senibina kapal terbang dan kereta untuk menghasilkan sebuah produk yang dinamakan Terrafugia.
Terra yang bermaksud bumi, dalam bahasa latin,dan fugia yang bermaksud “lari daripada†telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat.
Satu trend biasa bagi universiti-universiti kejuruteraan seperti Stanford(US),Caltech (US) mahupun Cambridge (GB) bagi mengaplikasikan segala ciptaan mereka kedalam industri.
![]()
Mustahilkah???
Bagi mereka yang mengikuti, anda mungkin sudah lama mengimpikan “kereta terbangâ€,
semenjak Felix Longobardi mendaftarkan satu hak cipta kenderaan yang boleh terbang dan juga bergerak di atas jalan raya pada tahun 1918.
Malangnya teknologi yang kompleks dan menelan belanja berbilion dolar ini, membantutkan lagi impian ini.
Namun,sekumpulan anak muda yang diransang oleh Pusat Keusahawanan MIT yang sokong oleh sahabat-sahabat seperti Bill Gates,Jack Welch dan ramai lagi
berjaya merentasi segala rintangan dan kini dalam fasa akhir untuk memasarkan kereta terbang ini.
Walaubagaimanapun,masih banyak rahsia yang belum saya bongkar mengenai kereta terbang yang memuatkan 2 penumpang ini.
Diharapkan,universiti-universiti kita yang banyak menerima pingat di Geneva setiap tahun, dapat juga melakukan satu inovasi yang mampu mengubah dunia ini.



4 responses so far ↓
kaki bangku // Feb 19, 2007 at 1:52 pm
kaki masam, aku tertanya samada menjadi suatu prioriti utk kita jadi negara peneraju inovasi? atau lebih baik jadi macam china dan india, tak pun macam taiwan dan korea.
lagi satu, aku tengok kau sgt berminat dan mengikuti scientific research di univ2 US seperti MIT, Caltech dan Stanford. Aku pulak dok perhati perkembangan kajian sejarah Islam di Afrika yang byk dijalankan univ2 Perancis. Terbalik pulak dah…
kaki masam // Feb 19, 2007 at 4:39 pm
hahaha,
takderla minat sangat bangku,aku dapat info ni pon dari radio kat perancis.Tapi, aku memang sukerla innovation.
islam di afrika tu, aku nak tulis gak sumething, tapi berdasarkan interview ngan orang senegal,togo, algeria yang ramai kat sini la.
nak gi univ ni, banyak birokerasi plak.hehe
pauhfc // Feb 19, 2007 at 8:47 pm
bagus jugak ada kereta mcm ni..boleh skip tol atas highway.
loch ness // Feb 20, 2007 at 3:47 pm
ehehe…btul tu…no more tolls
Leave a Comment