© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Tidurlah……

February 21st, 2007 · 11 Comments

s.jpg“kebesaran Allah”

Sekumpulan penyelidik daripada unit 29 INSERM (Institut National de la Santé et de la Recherche Médicale) yang berpangkalan di Institut Neorobiologi Mediterranean,Marseille, Perancis, yang diketuai oleh Yehezkel Ben-Ari telah berjaya membuktikan bahawa ibu yang sedang mengandung bersiap-sedia dan memberitahu fetus supaya tidur melalui sejenis hormone yang dinamakan ocytocine.

Yehezkel yang telah memenangi Milken Foundation Award daripada American Epilepsi Society, telah membawa penemuan baru dalam Sains Neurologi.

Jangan terkejut kerana hormon ini sebenarnya berfungsi seakan-seakan ubat bius (anesthetic) dengan bertindak membius neuron fetus tersebut.

Dengan itu fetus ini bersedia daripada sebarang perkara yang tidak diingini seperti traumatisme dan kekurangan oksigen ketika kelahiran.

Komplikasi yang berlaku ketika fetus sedang tidur sebenarnya, membawa banyak impak yang besar terhadap sistem neurologi bayi itu sendiri, malah ia merupakan sebab utama berlakunya penderitaan yang disebabkan oleh kegagalan sistem neurologi berfungsi seperti epilepsi,kerencatan mental, motor neuron rosak (tiada deria ) dan banyak lagi.

Para penyelidik ini berhujah bahawa kejutan traumatik (traumatisme) dan kekurangan oksigen ketika bayi dilahirkan yang memberikan kesan yang sangat besar untuk otak bayi berkembang, merupakan antara penyebab utama komplikasi ini.

images2.jpg

Tahukah anda bahawa sebenarnya beberapa jam sebelum fetus bersiap sedia untuk tidur,

beberapa tindak balas kimia berlaku dan kadar hormon progestron pada si ibu menurun lantas menyebabkan hipotalamus merembeskan sejenis hormon yang dinamakan ocytocine dan mengalir kedalam darah si ibu.

Kemudian hormon ini bertindak melalui uterus dan bagi menyediakan sebuah sistem “pengtiduran” dan akan melalui payudara si ibu melalui sistem yang juga bertanggungjawab terhadap penyusuan dan juga memberikan perasaan keibuan kepada ibu.

Agak sukar bagi saya, yang lansung tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam biologi, untuk memahami proses-proses kompleks ini.

Namun melihat bahawa berapa teratur dan sempurnanya kejadian Allah ini, memberikan saya sejenak renungan terhadap kebesaran Allah S.W.T.

Namun,dalam masa yang sama juga hati saya sedikit terkedu melihat bayi yang dibuang.

Namun juga dalam masa yang sama saya juga kagum dengan pengorbanan kaum hawa,termasuklah ibu saya sendiri.

Untuk maklumat lebih lanjut :

“Maternal ocytocin triggers a transient inhibitory switch in GABA signalling in the fetal brain during delivery ”

Roman Tyzio,Rosa Cassart,Ilgam Khalilov,Marat Minlebaev,Christina A. Hubner,Alfonso Represa,Yehezkel Ben-Ari & Rustem Khazipov.

Tags: Teknologi · Umum

11 responses so far ↓

Leave a Comment