© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Ada apa dengan SPM….

March 13th, 2007 · 31 Comments

13melisa.jpg

“Hebat belajar” 

Sudah tersebar serata Malaysia,pelajar terbaik SPM ialah seorang pelajar berempuan berketurunan cina yang mendapat 17 1A,

Sebelum itu kita digembar-gemburkan dengan berita seorang pelajar Melayu di Johor mendapat 19 1A,malangnya realiti sebenar tak seindah seperti itu,beliau hanya mendapat 14 1A.

Walaubagaimanapun itu bukan isunya,sekarang ni,relevankah kita untuk mendapat sebanyak A yang mungkin?

20 1A?19 1A? untuk apa agaknya?

Menguji kekuatan minda?Ataupun bersaing merebut biasiswa terbaik Malaysia?

Ataupun sistem pendidikan negara kita harus digubal?

Kearah mana sebenarnya pelajar2 kita?

Kepada yang suka membuat perbandingan dengan negara maju lain,

adakah sistem pendidikan menengah mereka mencenderungkan pelajar untuk mengumpulkan sebanyak A yang mungkin?

Tags: Umum

31 responses so far ↓

  • ayoi // Mar 13, 2007 at 6:29 am

    Hopefully jangan jadi ” jack of all trades but master of none” :D

  • encik fakap // Mar 13, 2007 at 6:43 am

    Setuju dengan masta ayoi.

    Buat apa la nak amik subjek-subjek tambahan yang tak berkaitan dengan bidang nak diceburi macam “Kesusasteraan Melayu”, “Tassawur Islam” dengan “Ekonomi Asas” kalau tak kerana nak berlagak

    Belajar tak berkat kalau ada niat nak gunakan ilmu dipelajari tu sebab nak berlagak.

    Sepatutnya nak jadi Ahli farmasi (mcm diberitahu dalam berita) study science stream je dah cukup :p

    itula bebudak ni silap - “jack of all trades master of none”

    last-last sekali bukan takat tak dapat 19A1, 19A pun tak dapat :p

    rugi je ADUN Batu Pahat tu pi cap banner :p patut dia mau tulis “pengajaran” ni dalam 2 buku yg dia nak terbitkan tu : “jangan terburu-buru nak buat sesuatui, kalau takda surat hitam putih”

  • Tawel // Mar 13, 2007 at 8:14 am

    Supaya dapat masuk Malaysia Book of Record :D Sistem kita sudah rosak. Sistem kaki hafal. Sistem kita ajar budak2 menghafal, tapi tak ajar berfikir.

  • zewt // Mar 13, 2007 at 10:00 am

    excellent point! couldnt agree more.

    budak budak sekarang, bukan main… banyak A. lagi baca, lagi saya rasa saya ni bodoh, tak cukup A. Tapi… banyak yang menganggur pulak. Bila kerja… kerja sumua macam tahi.

  • loch ness // Mar 13, 2007 at 11:50 am

    mungkin yg amik subjek byk2 ni saje nak test power kot…tape laa…kasik laa peluang nak amik byk2…huhu…

  • cidos // Mar 13, 2007 at 4:12 pm

    Tak salah nak belajar sebanyak mungkin. Hafal pun tak salah sebab nak jadi hafiz Quran lagilah kena kuat menghafal. Tu belum masuk nak hafal hadis dan periwayatannya.

    Yang jadi salah kalau menghafal tapi tak berfikir dan beramal.

    Dalam kes kumpul bilangan A for SPM ni, sy nampak lebih kepada manipulasi media. Belum keputusan rasmi keluar, media dah pandai nak sensasikan. Memang amalan media Malaysia tuntuk tidak mengutamakan kesahihan berita.

  • kurosagi // Mar 13, 2007 at 6:58 pm

    ala bukannya penting sangat berapa A yg dapat. Kalau nak further study kat oversea, mungkin la. Tapi kalu nak masuk sistem matrikulasi di Malaysia, ataupun masuk formsix, result tu belum menjamin arah tuju apa yg berlaku akan datang.Kadang2 yg masuk matriks dgn result power pun belum tentu dapat result yg bagus.saje nak uji diri, boleh la..

  • faqir // Mar 13, 2007 at 10:43 pm

    Komentar dari Kak Nisah kita - http://annyss.blogspot.com/2007/03/seketul-batu-pada-dinding.html

    Aku pun penah ambik subjek yg tak ditawarkan kat sekolah tapi takdelaa sampai 7-10 subjek. Byk benda lagi aku kena buat dari duk dalam bilik pulun buku memanjang. Last2 jadi robot. Orang tanya soalan, sebijik2 dalam buku teks yg keluar.

    Itulah hakikat pelajar yg dididik oleh sistem pendidikan negara kita.

    Bila ye dapat tukar sistem ni? huhu..

    P/S: Aku pun dapat banyak A masa SPM tapi aku bukan tergolong dalam kelas pelajar menghafal cam robot. hehe..

  • pauhfc // Mar 14, 2007 at 3:01 pm

    http://pauhfc.wordpress.com/2007/03/14/berilah-mereka-sedikit-pengiktirafan/

  • nai // Mar 15, 2007 at 6:53 am

    yup. couldn’t agree more the point that have been stressed out up there about ‘thinking’

    Satu: kalau ingin mengejar keputusan utk cemerlang sesuai dengan hadith Nabiyyuna s.a.w sarankan agar apa yang kita buat yg terbaik. takpe. Kalau kita buat kerana ingin Allah suka.

    Dua: pelajar-pelajar sekarang secara realitinya mengejar scholarship. Bukan senang nak dpt. Jadi depa pulan sampai habis nak kejar yg paling banyak. Dan terbaik. Ini realistik.

    Tiga: sistem dah salah dan begitulah seadanya. Sistem di Malaysia memang mcm ni. Exam-oreinted. Melahirkan pelajar-pelajar yg malas dan tidak tahu berfikir. belajar kerana exam. Bak kata Imam al-Ghazali, mengaji kerana exam, mcm kita luahkan atau muntahkan sesuatu, takkan nak ambil balik kan. Lepas exam, lupa. Manfaat dan amal, ntah pi mana. Sistem tidak berfikir tetapi exam-oreinted ini yg bahaya. Exam tidak salah namun bila menjadikan exam sebagai matlamat dan sistem malas berfikir atau tak tahu berfikir itu yg mundur.

    Seorang lecture UPSi ada menceritakan perihal salah sebuah sekolah di scotland yg tidak membuat exam di primary school. natijahnya pelajar benar2 berfikir dan ujian dilakukan sesuai dengan perkembangan minda anak-anak dan melahirkan benar2 mereka yg hadam ilmu. Setiap pelajar dinilai secara peribadi dan individual. Mereka akan dipantau dr masa ke semasa utk membuat exam secara rahsia. Mereka tak tahu pun akan ada exam. Cuma guru dan ibubapa dimaklumkan sebagai contoh; hari ini pelajar A akan diberi test. beliau akan diberi kertas, tetapi beliau takkan taupun itu adalah test. Keputusan berdasarkan test itu akan dimaklumkan kepada ibubapa sebagai perkembangan kemajuan anaknya.

    Di sekolah yg ana mengajar, ana Malay Medium dan English Medium. Kedua2nya kami tidak tekankan exam-oreinted. Sebaliknya kejayaan akhirah sebagai matlamat. Namun matlamat jelas, kita suruh depa berfikir dan bila nak kejayaan akhirah cemerlang dunia adalah perlu juga. Jangan nanti kita tidak faham erti jiddiyah.

    SPM bukan segalanya. Namun, sistem menjadikan ia sebagai teramart penting. Bagi yg faham ianya sekadar wasilah. Tidak lebih tidak kurang.

    Allahua’lam

  • nai // Mar 16, 2007 at 5:58 am

    Jiddiyah: Bersungguh-sungguh.

  • d49 // Mar 16, 2007 at 6:55 am

    aku tak kesah sgt bape byk A yg bdk2 nie dapat.yg penting biar diorg nie jadi manusia.tau beza mane halal mana haram.ilmu dan semangat yg diorg ade tu guna utk majukan ummah.buat sesuatu yg unik yg mampu merubah masyarakat sekeliling.

    kalau dpt byk A,tapi jadi doktor sama mcm bdk 9A jadi doktor,tak guna la 17 subjek yg korg amik tu.dia yg best bila ko dpt 17A dah besar,ko ade hospital sendiri.tolong org2 susah pastu bagi scholar plak kat bdk2 lain.tu baru bagus.nie kalau setakat spm A byk,tapi hasil kelak sama je ngan bdk 9A baik tak payah.

    their succes come along with a great responsibility to change our society.i hope this brilliant students could fulfill my dream.

  • pencari_nur // Mar 24, 2007 at 5:47 am

    salam..
    nak bagi bidasan sket kat kata2 encik fakap neh..

    Buat apa la nak amik subjek-subjek tambahan yang tak berkaitan dengan bidang nak diceburi macam “Kesusasteraan Melayu”, “Tassawur Islam” dengan “Ekonomi Asas” kalau tak kerana nak berlagak

    diri amek tasawwur islam tyme spm dlu..n wallah bukan kerane nak berlagak..sekadar nk mendalami lagi ilmu2 sampingan ni utk kegunaan hidup akan datang xkan xbleh kot..

    n bukan tasawwur islam je, ape2 subjek lah pon.xsmua calon yg nak amek bnyak subjek tu nak menunjuk. demi kecintaan kpd ilmu rasanya xsalah kan?

  • Justin // Mar 26, 2007 at 10:25 pm

    salam sejahtera kepada semua di sini…

    saya berharap boleh mengunakan bahasa inggeris.. malangnya, bila dibaca, penggunaan bahasa seperti singkatan sudahlah memburukkan bahasa kaum sendiri, malah pencampuran bahasa inggeris juga…
    saya tidak faham apa pasal kamu semua ini mengutuk orang yang mengambil lebih daripada 10 subject… adakah ini dosa paling besar? ataupun majority di sini tidak mampu skor begitu banyak subjek itu sebab mengarut di sini? jikalau salah satu daripada kamu mengata bahawa pengambilan lebih matapelajaran selepas peperiksaan akan habis dilupakan, adakah ini 100%? jikalau ada yang berkata demikian, sekarang majority institusi pengajian tinggi menggunakan bahasa inggeris, selepas peperiksaan, semua bahasa melayu menjadi rojak seperti sekarang yang saya lihat?
    saya merupakan pelajar yang mengambil 13 subjek dalam spm yang lepas, tetapi adakah salah seseorang dari sini ada ambil sebanyak itu untuk berkomitmen? saya rasa banyak yang bercakap kosong sahaja tanpa menggunakan otak… bukan semua pelajar mahu bertunjuk tunjuk dengan berapa subjek yang telah skor… saya mengambil tambahan subjek ekonomi , perdagangan dan akaun, walaupun saya aliran sains tulen. mengapa? sebab dunia ini adalah lebih kepada perniagaan… jika hanyalah belajar apa yang diminati, bukankah jahil? wahyu pertama nabi muhammad ada menyatakan bahawa belajarlah umat umat islam… tetapi mengapa apa yang saya lihat ialah cina dan india di kelas pertama belajar,majority melayu di kelas pertama berlepak sahaja? selepas keputusan keluar, yang berlepak dapat masuk ipta yang mengambil hanya 10 subject tidak dapat masuk ipta walaupun result dapat 8 A, yang berlepak hanya 4A…? ini bukan isu perkauman.. ini isu kerajinan pelajar di mana pelajar rajin belajar patut digalakkan bukannya disindir. kita haruslah mengejar ilmu, bukannya sindir menyindir di blog dengan nama falsafah- falsafah sahaja.
    Tasawwur islam tiada gunanya, terdapat segelintir orang mengatakannya. jikalau tiada gunanya mengapa kerajaan mencadangan matapelajaran ini? ini bermakna terdapat segelintir yang mempersoalkan tindakan kementerian pendidikan mengenai mata pelajaran ini tiada gunanya. setiap matapelajaran mempunyai nilai estikanya tetapi bukan semua tahu menikmati keseluruhannya. saya bukannya pandai, tetapi saya mengejar ilmu, mengambil pengajaran daripada buku serta pelajaran yang dipelajari. saya masih kurang pandai tetapi saya berasa semacam majority orang yang berkomitmen ini terlalu pandai sehingga mempersoalkan orang lain yang mengambil lebih banyak subjek?

    baiklah kita membincangkan ilmu daripada mengkritikkan orang lain. masa itu emas oleh itu gunakan minda memikirkan apa ilmu berguna kepada masa depan kita, daripada cemburukan keputusan orang lain dan menyindir sahaja.

    insya-Allah

  • kaki masam // Apr 7, 2007 at 5:38 am

    Dear Justin,

    I’m personally want to apologize if my writings have
    personally “injured” your feelings.

    I totally agree with you that there is no wrong to take 20 subjects or more in SPM.
    I personally have a deep respect for you for taking 13 subjects in SPM.

    Problem is , our media tend to make a brouhaha
    when one student scored 16 or 17 As.
    Indirectly we have changed our mentality to be As centralized.

    In my humble opinion, abalanced student should be good mentally and physically.

  • Azuan a/l achon // Jul 13, 2007 at 6:50 pm

    salam sejahtera saya ingin tahu bagai mana kita dapat spm dengan lebih baik sebbnya tahun depan saya akan megalami spm so jadi saya nak kongsi cerita sabahat semua sekian…….
    terima kasih………………………

  • kharisp // Sep 1, 2007 at 5:10 pm

    Minta maaf jika saya agak lambat memberi respon tentang isu ini…
    Jika kita lihat pada sistem pendidikan yang ada di negara ini terlalu bersifat ‘exam oriented’. Sistem ini jika dikaji secara mendalam hanya mementingkan keputusan yang cemerlang bukannya kefahaman. Saya percaya jika seseorang itu penghafal yang kuat sudah pasti ia mampu mencapai keputusan yang baik. Tapi apakah mereka benar-benar faham perkara yang mereka pelajari. Saya teringat pernah terbaca dalam sebuah akhbar tentang kejayaan seorang pelajar kita yang menjadi pelajar terbaik ketika itu kerana mencapai 17 A1. Ketika itu ia ditemuramah oleh wartawan akhbar berkenaan. mungkin untuk menunjukkan bagaimana rajinnya dia dengan merujuk sebagaimana rajinnya Albert Einstein ketika mencipta mentol lampu!!!. Ketika inilah saya tergelak membacanya. Pencipta mentol lampu adalah Thomas Alva Eddison bukan Albert Einstein. Albert Einstein adalah pengkaji bidang fizik moden berkaitan nuklear.
    Ternyata dia dah terlupa kerana terlalu banyak yang subjek perlu dipelajari tetapi kurang memahami tetapi kuat menghafal. jika dia faham saya pasti dia takkan terlupa benda simple seperti ini.

  • syahiro // Sep 3, 2007 at 7:13 am

    Sistem pendidikan kita macam sampah. kalau kita rajin dan pandai mengapa kita tak lompat kelas dari darjah satu terus ke darjah dua. Kena tunggu setahun baru dinaikan ke darjah 2. Dari tingkatan 1 ke tingkatan 2 bagi percepat pembelajaran. Macam orang ambil diploma, degree kena tunggu 3 4 tahun baru habis belajar. sedangkan kita boleh habiskan dalam masa 1 tahun. Sebab kita terlalu banyak aktiviti jadi masa dipanjangkan. sedangkan silibes tu pendek je…. sebab tu ramai orang nak kerja usia sudah lanjut. lepas tu siapa yang keputusan ok baru dapat kerja elok sikit. kalau keputusan CGPA depa elok baru orang nak ambil kerja kalau tak elok jawabnya kerja sendiri la. Sebab dasar kita buat double standart pada sistem pendidikan. Maka dengan ini budak-budak great ni akan ada dua lavel la. Satu yang ok dan satu yang kurang ok. Jadi majikan boleh pilih yang nak bagi gaji kurang atau banyak. Sebab tu syarikat boleh untung banyak-banyak lepas tu majikan suka yang ada pengalaman baru senang kerja mereka. Sebab kita telah terlatih. Saya rasa system CGPA tu dimansuhkanlah, cuma digunakan untuk pengukur tahap kefahaman dan kepandaiaan seseorang dalam Universiti cukup la. Sebab bila student ni masuk di alam kerja convesional banyak benda depa kena fikir. Sekarang student kita dari darjah 1 hingga masuk U, banyak buang masa melalui kaedah pendidikan yang berteraskan british jadi. Orang kita matang lambat. Memang la belajar tu hingga dikandung badan. Tapi nak cipta sesuatu pun ambil masa bertahun-tahun. Sembang PHD, Master, Degree. Hampas pun tiada. Mengapa sistem kereta guna air (AMG) tidak dikomiselkan ke kereta proton dan kereta-kereta lain. Sebab takut Minyak tak laku ke, maka petronas tak boleh cari makan.
    Cuba anda fikirkan sekarang generasi kereta banyak ke Hybrix Car, macam ford Focus dan lain-lain mengapa proton belum lagi buat hybrix car yang lebih jimat minyaknya. contoh kereta biasa 40KM minyak RM10.00 dengan hybrix engine 40KM minyak baru RM3.00. mengapa tidak dikomiselkan teknologi ini. fikirkan?? Dari segi teknologi kita sudah ketinggalan. Maka ini membebankan pengguna. Sekarang kereta yang berada di malaysia sudah ketinggalan. Harap ke body je cantik untuk memikat pembeli. Sekali kemalangan body dah jadi scrap macam tin sardin. Jual mahal pulak tu dalam negara. Kereta luar pun sebab kena cukai dan AP. Kalau tidak jauh lebih murah dari kereta tempatan. fikirkan….. anda di mana selepas ini..??????

  • w.a.s // Sep 3, 2007 at 8:44 am

    salam wrge kaki blog..
    pelikla dgn korang pnye komen psl ilmu nie..
    mcm xcaye je ble bce bnda nie smua..
    sy rse xslh klu org 2 nk amek sbjk bnyk mne pn..hak die kan..klu die ley bwk byk sbjct,n bley score mcm amalina 2 okla..
    amekla 20 pn..xde hal..ilmu,kite kena dalami sedalm2nye..ilmu 2 satu ibadah..klu die nk ilmu byk,niat btl,xpela..biarla dorang mmg nk berlagak ke pe ke.dorang brlagak pd bnda yg dorang bley capai..bkn mcm sstengah org nie..dhla xdpt capai..yg sbjct wajib pn xdpt bgs,nk komen org lain yg gempak..nk wtpe??peliknye..kelakar..klu dorang yg hebat bce komen korang,hem..sblh mte je pndg..sptnye kite kenala rspect pe yg org lain wat..n jdkn sbgi satu motivasi pd dri kite spy ley brjaye mcm dorang..

    biarla dorang nk berlagak or pape pn..jnji kte buat bnda yg btl..kutuk org xde gnenyr..kutuk org yg bkn calang2 plak 2..klu kite sme gempak,xde hal..huhu..

  • Relex dan santai // Sep 15, 2007 at 12:24 am

    kalau siapa-siapa yang ambil banyak subjek exam tu, lantak la. selagi mampu.tak dapat A pun tak pa sebab sekurang-kurangnya ada pengetahuan. dari melepak dan buat maksiat siap masuk internet tu apa faedahnya.bagi saya apa masalahnya sekarang ialah ramai remaja yang tak ada cita-cita, tak sanggup cabaran, hanya suka enjoy duniawi tak terfikir nak jadi lebih dari orang lain. Bila gagal dalam hidup salah kan orang lain. pada hal peluang terbentang luas nak atau tidak sahaja. nak terutama bumiputera, tak dapat beza mana satu keutamaan dalam hidup. buat apa sibuk2 pasal orang ambil banyak subjek, sendiri mau fikir lah geng, positif sikit. soal belajar ni bukan pasa nak tunjuk-tunjuk tapi ini satu jaminan masa hadapan. sekurang-kurangnya berbekalkan kelebihan tu, peluang lebih baik dari orang lain. positif lah sikit. nak lawan sistem adalah bodoh. sebab semua itu adalah diluar batas kita. so, bet the system. winner take all

  • syahril // Dec 2, 2007 at 12:29 pm

    saya sebenarnya menyokong sistem pendidikan negara kita yang membenarkan pelajar mengambil subjek mengikut kemahuan mereka selagi tidak berlaku pertindihan…….tidak ada beza diantara pelajar yang mendapat 17 A1 dengan pelajar yang mendapat 10 A1…..kedua-duanya memperoleh A1 dalam semua subjek aliran mereka dan kedua-dua mereka mendapat 1.00 bagi PNGK mereka……cuma si 17 A1 ni amik 7 subjek tambahan….misalan lah katakan….dia dapat 16 A1 dan 1 A2….A2 dia ialah subjek alirannya….dah x setaraf dengan pelajar aliran asalnya yang mendapat 10 A1……tapi kalu A2 dia bukan subjek alirannya, maksudnya subjek luar pakej….masih setaraf…..kerana kedua-dua mereka mendapat 1A dalam kesemua subjek ASAL ALIRAN mereka!!!…see!!??

  • kesian // Feb 15, 2008 at 3:03 pm

    aku,xnak banyak cakap. tapi satu yang aku nampak, disebabkan sistem pendidikan kita yg exam-oriented ni, ada students rasa guru jadi pilih kasih.students yg score bnyk A, jadi feveret. yg kurang sikit, nasib sebaliknya.

  • nuha // Feb 15, 2008 at 3:10 pm

    ada baiknya dorang ambik subjek banyak, lebih2 kalau dorang rasa mampu. dorang akan duduk rumah study, malu kalu ambik banyak tapi kantoi. daripada terjebak dengan barah remaja skarang, melepak semua tu.

  • lonsaa // Feb 15, 2008 at 11:01 pm

    kesian…aku dulu tak skor A pon..jarang2…C6 byk lah..lol..tapi cikgu ok jeh..nasib baik SPM btul ok

  • syah // Feb 17, 2008 at 12:24 pm

    kenapa pelajar sains x dibenarkan ambil subjek sains? kerana mereka dah ada kimia, fizik, biologi? kuat kah alasan tu? kenapa nur amalina pelajar sains dapat ambil sains? knapa pelajar cemerlang yang dalam gambar kat atas skali tu, plajar sains juga dapat ambil sains? tapi kenapa saya x boleh pulak ambil sains……wargggjhhh!!!

  • Nur // Feb 25, 2008 at 1:42 pm

    respon to syah,
    i guess science is just tiny from pysic, chemistry and biology..

    mungkin science tu lg senang kalau dah amik subjek aliran sains..so nape nak blaja benda yg sama..

    ntahla camtu kot rsnye..

  • YUSUF // Feb 28, 2008 at 8:03 am

    saya rasa takut pulak!

  • YUSUF // Feb 28, 2008 at 8:05 am

    alalah mcam mana ni satu pun takingat tolong saya nati telefon say di n0mbor 999

  • YUSUF // Feb 28, 2008 at 8:07 am

    tak payah lah !

  • zarrol // Mar 21, 2008 at 5:46 am

    askum sume……haha aku gmbira btul ngan result aku…..
    \
    \

  • an bdak kg bru... // Nov 19, 2008 at 4:46 am

    ni blog tuk orang asli ke..

Leave a Comment