Assalamualaikum.
Akhbar Utusan Online melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi menanti kunjugan rombongan dari pihak Volkswagen bagi membincangkan kerjasama strategik dengan Proton. Kenyataan sebegini bukanlah pertama kali diperdengarkan pada rakyat. Jika tidak silap saya, minggu lepas kenyataan hampir serupa juga dibuat. Persoalannya disini bukanlah mengenai berapa kali kenyataan tersebut diutarakan.
Tetapi, persoalannya mengapakah perlu Datuk Seri Abdullah bertemu dengan pihak Volkswagen? Tidak dinafikan, beliau mempunyai kuasa dan kedudukan sebagai seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab keatas kepentingan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan(GLC). Tetapi, bukankah di dalam Proton sendiri terdapat orang-orang yang bertanggungjawab untuk mengendalikannya? Proton ada lembaga pengarah, Proton juga ada Ketua pegawai Eksekutif, malah Proton juga ada penasihatnya sendiri. Tetapi, mengapa peranan mereka seakan-akan diketepikan dan seolah-olah Perdana Menteri sahaja yang berhak menentukan nasib Proton. Bukankah mereka yang berada dalam Proton itu lebih arif dalam dunia perniagaan automotif?
Jika benarlah Perdana Menteri mahu menjaga kepentingan GLC, mengapa tidak perjumpaan yang sama dilakukan ketika pembelian saham dalam Pantai Holdings Bhd dilakukan oleh Parkway Holdings Ltd dari Singapura?

Sebelum ini, pernah terdenagr khabar angin bahawa beberapa syarikat asing turut berminat menjalinkan kerjasama strategik dengan Proton setelah Volkswagen menarik diri pada awalnya. Antara syarikat asing yang dikatakan berminat adalah Peugeot dan General Motors. Malah bekas rakan kongsi Proton, Mitsubishi juga dikatakan berminat. Ini belum lagi termasuk syarikat tempatan seperti Kumpulan Naza dan DRB-Hicom yang turut menyuarakan minat mereka Proton.
Jika benarlah kesemua syarikat tadi berminat, tidakkah ini akan menimbulkan keraguan dan ketidakadilan di pihak mereka mengenai perjumpaan yang Datuk Seri Abdullah bersama wakil Volkswagen? Jika masih ada syarikat tempatan dan syarikat asing yang berminat untuk berkerjasama dengan Proton, mereka juga turut mempunyai hak untuk mendapat layanan sama rata atau sekurang-kurangnya mengetahui apa yang diperbincangkan oleh kedua-dua pihak. Diamanakah keadilan dalam hal ini?
Apabila membicarakan tentang nasib Proton, isunya seakan-akan tidak akan selesai. Tarik tali antara Proton dan calon-calon rakan kongsinya masih belum tamat. Disaat pengeluar kereta lain terus maju dalam dunia permotoran dengan pelbagai inovasi dan model baru, Proton masih lagi terkapai-kapai dipasaran tempatan dan bergelut untuk menyelesaikan masalah pengedar-pengedarnya dari gulung tikar. Dimanakah silapnya?
Sekian Wasallam.



3 responses so far ↓
kaki bangku // Apr 10, 2007 at 1:07 am
Secara umumnya aku rasa masalah utama semua GLC ialah tiada keterterbukaan (transparency) dalam transaksi bisnes dan peralihan kuasa kepimpinan mereka. Ini punca mereka tak kompetitif.
pauhfc // Apr 13, 2007 at 3:03 pm
mereka terus bertarik tali..
petikan utusan, April 13
Taufik // Apr 14, 2007 at 2:19 pm
Setuju dengan bangku. Tetapi aku rasa antara GM, Volkswagen, Mitsubishi, dan Peugeot, kalau pilih VW kire ok la jugak. GM in trouble skrg n its future tu agak uncertain. Mitsubishi betul ke berminat lagi? VW lagi besar la dari peugeot. Ttp mmg tak patot la bagi layanan istimewa mcm ni.
Leave a Comment