© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Talking about Kelantanese.

April 11th, 2007 · 34 Comments

Walaupun mempunyai kemahiran dan fasih untuk bercakap dalam bahasa Melayu dialek Kelantan, saya bukanlah seorang rakyat negeri Kelantan. Tidak pernah pula saya tinggal di Kelantan lebih daripada seminggu. Namun, pada hemat saya, rakyat Kelantan merupakan antara rakyat yang pandai di Malaysia.Mengapa agaknya saya berpendapat sedemikian? Jikalau rakyat Malaysia kini mahukan perubahan dan penambahbaikan dalam sistem kerajaan, rakyat Kelantan sudah lama menyedari ada suatu yang tidak kena dengan kerajaan ini dan memilih untuk tidak menyokong mereka pada tahun 1990.

Jikalau anda berkunjung ke kebanyakan sekolah berasrama penuh, premier terutamanya, seperti MCKK, SDAR mahupun Alam Shah, anda akan menyedari ramai rakyat Kelantan yang berada di situ.Itu tidak dikira lagi dengan kebanyakan warga Kuala Lumpur yang berasal dari Kelantan.

Jika anda melihat kepada tokoh-tokoh kewangan, politik, anda akan menyedari ramainya rakyat Kelantan yang wujud dalam kelompok ini.

Rakyat Kelantan sebenarnya bijak dan tidak mudah ditipu dengan kemewahan dan nikmat pembangunan yang dijanjikan oleh actual government, mengapa pula saya kata “ditipu”??

Hal ini mudah untuk dibuktikan dengan tertulisnya papan-papan tanda projek JKR seperti “Projek oleh Kerajaan Barisan Nasional”.

Sekaligus sudah cukup untuk kita mempersoalkan keikhlasan kerajaan ini.

Rakyat yang bijak tidak mudah ditipu oleh nikmat pembangunan yang sudah tentu amat mudah diramal impaknya.

Rakyat Kelantan bukan bodoh, mereka sudah lihat bagaimana, tender-tender projek ini tidak diagih sama rata dan berlakunya kes-kes penyelewengan.

Hasilnya,sub atau kontraktor yang tidak berpengalaman ini, menghasilkan bangunan2 indah yang akan retak tidak sampai dalam masa setahun.

Rakyat negeri Terengganu pula hebat juga, kerana mereka mampu untuk berubah pada tahun 1999, dan mungkin mereka menyedari perubahan itu tidak bagus untuk mereka dan berubah sekali lagi pada tahun 2004. Mungkin mereka sudah perit dengan kerajaan 1999 itu.

Ataupun, mereka sudah tidak tahan dan yakin dengan kata2 salah seorang penceramah UMNO yang saya sempat hadiri pada tahun tersebut. Saya masih ingat kata2 beliau

“Jika anda tidak sokong kami pada kali ini, kami tidak akan menolong anda lagi,”

Dalam erti kata lain,tiada lagi wang ihsan.

Ingin saya tegaskan disini, saya tidak menyokong mana2 parti,baik PAS, PKR,UMNO mahupun DAP.

Saya ingin benar rakyat Malaysia membuka pandangan dengan lebih luas dan tidak tertakluk kepada satu2 idealogi dengan masa yang lampau.

Bukan seperti kumpulan yang ingin mengimpikan kearah pembangkang sifar, lantas menyebabkan saya berfikir adakah kita harus mengiakan setiap tindak-tanduk pemerintah.

Dunia globalisasi sekarang ini amat memeningkan kita.

Dikala China dan India sudah melahirkan ramai jurutera-jurutera dan saintis hebat, kita masih lagi pening memikirkan guru yang tidak mampu mengajar fizik tingkatan 4,guru yang menjadi guru kerana terpaksa, tidak mahu menganggur agaknya.

Dikala Universiti Nasional Singapura sudah menjalin hubungan dengan MIT, kita masih bingung samada sistem matrikulasi ataupun STPM yang harus diguna pakai.

Siapa kata kita tidak hebat?

Tidak dinafikan kita mempunyai tenaga manusia yang mampu digarap dan digilap kearah lebih cemerlang lagi.

Malangnya, selain daripada melabur untuk membina pusat penyelidikan, katakan di Geneva, kita lebih cenderung untuk membina pusat sukan di London, dengan alasan untuk membiasakan atlit kita kepada cuaca sejuk, sedangkan umum mengetahui Sukan Olimpik diadakan pada musim panas, ataupun mungkin kita ingin bertanding dalam sukan Olimpik Musim Sejuk, walaupun umum mengetahui, rakyat UK sendiri akan ke Perancis atau Switzerland untuk bermain salji.

Kerajaan sebenarnya, mampu, walaupun kita tidak bertukar kepada barisan alternatif pada masa hadapan, malangnya, jika politik perkauman masih di jadikan kiblat, seratus tahun lagipun, Malaysia takkan berubah.

Tags: Kehidupan · Melayu · Nasional · Politik · Umum

34 responses so far ↓

  • PAUHFC // Apr 11, 2007 at 12:55 pm

    hehe..kecik2 dah pi dgr ceramah UMNO kaki masam ni..

    btw, org kelantan mmg bagus.pengalaman hidup ngan mereka selama 5 thn mmg manis bg saya.

    tp, sikap mereka yg terlaku berpuak-puak rasanya tidak perlulah kita contohi sgt..mungkin sebab itu lah kehadiran mereka dimana-mana tempat boleh dirasai..

    nak berkawan sesama dgn org sesama negeri x salah..cuma jgn keterlaluan. kalau tak ambik kisah org negeri sendiri pun x boleh jgk.

  • bangku // Apr 11, 2007 at 4:05 pm

    Ya, Kaki Masam berkata benar..

  • MFR STUDIO // Apr 13, 2007 at 11:35 am

    betul ke MCKK,SDAR,Alam Shah sekolah premier..?

    sekolah aku dah tinggalkan kolek dan jd first kat perak.. update sket..

    kat nogori pun.. sdar bukan the best.. ops..skang sdar sudah pindah..

    alam shah the best ke kat KL? atau putrajaya…

  • pauhfc // Apr 13, 2007 at 3:00 pm

    bro MFR, kita sdg memperkatakan tentang org kelantan..bkn tentang sekolah premier.itu selingan sahaja oleh saudara kaki masam.

  • kaki masam // Apr 13, 2007 at 4:18 pm

    Salam saudara MFR,

    betul ke MCKK,SDAR,Alam Shah sekolah premier..?

    itu saudara boleh rujuk kat Kementerian Pendidikan (bahagian SBP)

    sekolah anda dah tinggalkan koleq dan jadi first kat Perak?
    Tahniah saya ucapkan.

    SDAR bukan the best? saya tak tahu, saudara boleh rujuk KPM sekali lagi.

    Alam Shah the best ? saya tidak pasti dan tidak tahu.

    Untuk pengetahuan saudara, saya tak pernah bersekolah di mana2 sekolah di atas.

    Salam

  • MFR STUDIO // Apr 14, 2007 at 1:52 am

    pauhfc tulis:
    bro MFR, kita sdg memperkatakan tentang org kelantan..bkn tentang sekolah premier.itu selingan sahaja oleh saudara kaki masam.

    begini saya jelaskan:
    maaf, jika saya salah membaca. tapi yg saya petik itu bukan selingan kosong atau main-main.

    mari baca sekali lagi tulisan kaki masam kita.

    “Jikalau anda berkunjung ke kebanyakan sekolah berasrama penuh, premier terutamanya, seperti MCKK, SDAR mahupun Alam Shah, anda akan menyedari ramai rakyat Kelantan yang berada di situ.Itu tidak dikira lagi dengan kebanyakan warga Kuala Lumpur yang berasal dari Kelantan.”

    mari baca beberapa frasa penting pula supaya lebih memahami:
    anda berkunjung- sekolah berasrama penuh, premier terutamanya-anda akan menyedari-ramai rakyat Kelantan

    apa yang ingin saya sanggah adalah cubaan kaki masam untuk mempergunakan orang kelantan sebagai hujah bagi memperjelaskan ideanya. namun hujah menggunakan orang kelantan sebagai subjek itu nyata amat berbahaya pada idea kaki masam kerana bakal menjerat ketulenan kajiannya.

    apa tidaknya, apabila mengganggap orang kelantan ramai di sekolah premier atau sekolah asrama penuh adalah lemah sama sekali.

    apatah lagi apabila beliau merujuk kepada fakta “Itu tidak dikira lagi dengan kebanyakan warga Kuala Lumpur yang berasal dari Kelantan”. dan kemudian beliau susuli dengan ayat “Rakyat Kelantan sebenarnya bijak dan tidak mudah ditipu dengan kemewahan dan nikmat pembangunan yang dijanjikan oleh actual government”.

    dan satu lagi.. walaupun tajuk tulisan ini “Talking about Kelantanese.”

    tetapi bukan orang kelantan yang ingin diperkatakan,tetapi idea kaki masam supaya rakyat menjadi berani berubah bagi menukar kerajaan yang sedia ada,dan betapa kerajaan sekarang ini adalah kerajaan yang sudah tidak mampu atau berupaya lagi untuk memerintah dengan profesional dan hanya menakut-nakutkan rakyat untuk terus mengundi mereka.

    itu yang saya faham dan dapat menapis isi tersirat di balik tulisan kaki masam ini.

    lihat beberapa analisis saya dalam setiap perenggan kaki masam:

    perenggan 1-rakyat kelantan berani tukar kerajaan walaupun kerajaan yg memerintah sebelumnya memberikan pembangunan.( untuk menunjukkan rakyat kelantan bijak untuk bertindak menukar kerajaan bagi penambahbaikan sistem).

    perenggan 2-fakta-fakta betapa rakyat kelantan bijak dan boleh memajukan diri.

    perenggan 3-betapa rakyat kelantan celik politik dan bersifat kepemimpinan.

    perenggan 4-pengulangan mesej secara tersurat.

    perenggan 5-contoh kes tindak tanduk BN dalam aspek pembangunan.

    perenggan 6-menggunakan contoh kes untuk menimbulkan keraguan tentang aspek ‘keikhlasan’ kerajaan.

    perenggan 7-cuba menyeru secara psikologi dengan menggunakan frasa ‘rakyat yang bijak’ dipasangkan dengan frasa ‘tidak mudah ditipu’. jelas, mesejnya adalah supaya rakyat menjadi bijak dengan berani menukar kerajaan walaupun kerajaan yg ada memberikan pembangunan.

    perenggan 8-cuba membuktikan rakyat kelantan tidak bodoh kerana berani menaikkan PAS sebagai kerajaan di kelantan. kita tahu kelantan satu-satunya negeri yang tidak jatuh ke tgn BN.
    frasa ‘Rakyat Kelantan bukan bodoh’ seakan-akan frasa menjawab persoalan ‘tidakkah bodoh’. dan kalimah ’sudah’ pada ayat ‘mereka sudah lihat ‘ membuktikan ada kaitan dengan tindakan yg telah berlaku iaitu rakyat kelantan memilih PAS.

    perenggan 9-cuba mengingatkan kepada kita akan kecacatan kes-kes sektor pembinaan dan masalah projek-projek kerajaan dengan penggunaan perkataan ‘retak’.

    perenggan 10- mengimbau tindakan rakyat terengganu menukar kerajaan yg berbeza dalam tempoh yg dekat.

    perenggan 11,12,13-cuba menimbulkan spekulasi bahawa tindakan rakyat terengganu menukar kerajaan dari pas kepada bn atas sebab mahukan pertolongan kerajaan.

    perenggan 14-ayat untuk memperlihatkan diri penulis sebagai seorang yang bebas dan telus dalam berfikir.

    perenggan 15-mesej sebenar yang terpendam dalam hati penulis.jika dihubungkan dgn ayat sebelumnya, betapa seorang yg bebas dan non partisan pun berharap agar rakyat berani menukar kerajaan yg ada walaupun dilimpahi dgn pembangunan.

    perenggan 16-merujuk kepada kerajaan selangor, dan betapa penulis menganggap hasrat kerajaan selangor itu adalah supaya rakyat menjadi setia kerajaan tanpa membangkang (baca:menjadi pembangkang.) di sini saya lihat kesilapan penulis kerana mahu meletakkan kata lawan bagi ‘pembangkang’ adalah ’setia kerajaan’. penulis tertinggal golongan ‘pencadang’ di kalangan ulama, cendikiawan, pemikir,pemerhati dan penganalisis,juga rakyat matang.

    perenggan 17-ayat untuk mengubah ke topik lain.

    perenggan 18-memperlekeh situasi negara sekarang dan memandang tinggi situasi negara china dan india.

    perenggan 19-memperlihatkan negara sudah jauh ketinggalan dalam dunia pendidikan hatta dengan jiran sendiri singapura pun tak dapat menyaingi.

    perenggan 20-penggunaan perkataan ‘hebat’ kembali mengajak kepada agenda sebenar tulisan ini.

    perenggan 21-mengingatkan betapa kita ada rakyat yang punya kehebatan yang boleh digilap/ bertukar hebat.(kembali merenung iktibar rakyat kelantan di awal cerita).

    perenggan 22-cuba membuktikan fokus dan pertimbangan kerajaan yg ada terlalu pincang dari matlamat. (jika dihubung dgn ayat2 sebelumnya bererti kerajaan yg ada gagal mentadbir negara dan menggilap rakyat untuk menukar jd hebat).

    perenggan 23-cuba bermain intonasi mesej positif +negatif=negatif.

    kerajaan mampu=positif

    politik perkauman=UMNO+MCA+MIC=negatif

    malaysia tidak berubah=negatif.

    kesimpulannya, tulisan ini menyeru agar rakyat berani mengundi PKR yang bukan saja menyokong pas malah tidak mementingkan perkauman hingga anwar meminta hak sama rata pada semua kaum.(hak keistimewaan bumiputera dan segala mcm kuota harus ditiadakan) untuk menukar rakyat menjadi hebat sehebat rakyat kelantan.(?)

    wallahua’lam.

  • kaki masam // Apr 14, 2007 at 5:44 am

    Saudara MFR,

    Terima Kasih di atas analisis saudara, daripada bercakap mengenai Betul ker MCKK the best, SDAR the best, kini saudara beralih pula kepada kesimpulan dan analisis saudara bahawa saya sedang menyeru rakyat mengundi PKR, PAS etc.

    Secara jujur, saya tidak perlu menyeru mereka menyokong Pas,Umno,Bn,Pkr,dsbnya.
    Banyak lagi blog2 politik yang terdapat di alam maya lagi yang boleh saudara komen dan buat analisis saudara.

    Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ulasan dan analisis saudara,cuma saya boleh memetik kepada beberapa analisis saudara itu:

    perenggan 14-ayat untuk memperlihatkan diri penulis sebagai seorang yang bebas dan telus dalam berfikir.

    “Memperlihatkan? saya tidak mempunyai ilmu agama setinggi saudara MFR, tetapi saya rasa saudara tahu mengenai sifat2 orang munafik bkan? tidak perlu saya jelaskan lebih lanjut.

    perenggan 18-memperlekeh situasi negara sekarang dan memandang tinggi situasi negara china dan india.

    Jika semua rakyat tidak boleh mengkritik dan mempersoalkan tindakan kerajaan,rasanya baik kita tukar negara ni jadi negara komunis.
    Tetapi, saya rasa tentu saudara mahu menamatkan pengajian saudara di Jepun, menjadi komunis, tentulah akan menyusahkan saudara nanti.
    Memandang tinggi? pendapat kecil seperti saya ini langsung tidak mempunyai kesan samada dunia akan memandang China dan India ataupun tidak , namun seluruh dunia sudah mengakui China dan India sebagai kuasa ekonomi baru dunia.

    perenggan 19-memperlihatkan negara sudah jauh ketinggalan dalam dunia pendidikan hatta dengan jiran sendiri singapura pun tak dapat menyaingi.

    memperlihatkan? saudara seperti membuka pekung di dada. Bolehkah secara jujur saudara menjawab mengapa saudara memilih untuk belajar di Jepun? murah daripada UM? bahasa Jepun senang daripada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu?

    Saudara bercakap seperti Malaysia sebuah negara yang pernah menjadi kuasa besar penjajah,sebuah negara yang mempunyai KDNK dan GDP tertinggi di dunia, negara yang mencipta Airbus 380, negara yang perlu kita bangga kerana mencipta Shinkasen,BMW dsnya.

    Kesimpulan yang boleh saya berikan, saudara berhak untuk memberi apa-apa komen dan pendapat saudara.

  • pauhfc // Apr 14, 2007 at 12:50 pm

    tulisan ini dr apa yg ambe nampak hanyalah untuk memperkatakan keunikan orang kelantan. bukan bermakna semua orang Kelantan itu menyokong PAS.ramai je orang Kelantan menyokong kerajaan pusat.
    menyokong pembangkang bukanlah bermakna seeorang itu berfikiran terbuka dan berpandangan jauh.malah, ada je org yg menyokong pembangkang yg tidak mampu berfikiran jauh dan terbuka.

  • Taufik // Apr 14, 2007 at 2:03 pm

    Saya setuju dengan pauh. Setiap kaum tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pasal kelebihan dan kekurangan kelantanese ni kite semue pon sudah maklum. Mungkin boleh cakap pasal kebijaksanaan kaum cina pulak pada lain kali.

  • Taufik // Apr 14, 2007 at 2:05 pm

    Lagi satu, pasal MIT tu, biase la singapore memang anak buah Amerika Syarikat. Sorry la US nak layan Malaysia macam Singapore. Tetapi tak dinafikan la uni singapore memang banyak lagi maju.

  • pemerhati // Apr 14, 2007 at 3:32 pm

    oghe kelate mmg bijak.
    diorg memilih siapa yg layak dan bagus utk dipilih menjadi pemimpin.
    bukan, menyokong sesuatu ‘kerajaan’ membute tuli..
    4 hari berada di bumi kelantan cukup menyenangkan hati, walau tiada byk perubahan dlm masa 10 tahun.
    namun, tiada tempat di bumi Malaysia yg masih ‘macam’ Malaysia melainkan Kelantan.

    mana nak cari Malaysia yg masih mengagungkan tulisan jawi. Promosi, kempen dan bermacam2 cara lagi nak memelihara dan memulihara tulisan jawi, nah, sekarang apa jadi?

    sokong kata2 pauhfc;
    org kelantan ‘agak’ berpuak sket. namun yg saya kagum, sifat ‘perkauman’ menunjukkan kekuatan dan bersatu hatinya orang Melayu.
    cuma, yg tak selesanya, klu da berada satu tmpt orang mereka, naik rimas pula rasanya..huhu..

    p/s: orang kelantan jgn berkecil hati ye..hanya pandangan je.

  • MFR STUDIO // Apr 14, 2007 at 4:04 pm

    kaki masam tulis:
    Terima Kasih di atas analisis saudara, daripada bercakap mengenai Betul ker MCKK the best, SDAR the best, kini saudara beralih pula kepada kesimpulan dan analisis saudara bahawa saya sedang menyeru rakyat mengundi PKR, PAS etc.

    saya kena jelaskan begini:
    nampaknya encik kaki masam belum perasan apa yg saya ingin katakan bila saya timbulkan persoalan adakah betul mckk,sdar dan sas adalah sekolah premier itu..

    baiklah saya terangkan jugak.

    saya telah sebut dalam komen kedua untuk menjelaskannya seperti berikut:
    “apa tidaknya, apabila mengganggap orang kelantan ramai di sekolah premier atau sekolah asrama penuh adalah lemah sama sekali.”

    mari kita lihat, jika betul mckk,sdar dan sas yang dikatakan RAMAI orang kelantan itu dijadikan bukti bahawa ORANG KELANTAN adalah bijak, maka apabila mckk,sdar atau sas sudah dikalahkan oleh sekolah yang tidak punya RAMAI rakyat kelantan malah mungkin tak ada langsung seperti seratas di perak yang telah mengalahkan mckk dalam beberapa tahun, maka adakah saya boleh simpulkan rakyat kelantan bukan bijak, tetapi rakyat kedah lebih bijak kerana di seratas orang kedah dan perak lebih ramai?

    atau apabila dianalisis pelajar-pelajar cemerlang di sekolah premier lebih ramai dari kalangan orang selangor? bagaimana pula? adakah membuktikan rakyat selangor bijak?

    di situlah saya mempersoalkan hujah menggunakan nama sekolah premier dan mendakwa pelajar kelantan ramai di situ sebagai bukti rakyat kelantan bijak adalah amat bahaya pada penghujahan encik kaki masam. kerana situasi yang berlawanan pada fakta sebenar akan membuatkan dakwaan kaki masam akan membuahkan mesej bertentangan iaitu, “org kelantan tidaklah begitu bijak”.

    jika perdana menteri malaysia lebih ramai dari kedah,tokoh korporat dan jutawan melayu dari kedah, dan sebagainya, apakah boleh saya mengatakan orang kedah adalah bijak?

    atau baru-baru ini, kawan saya beritahu di dalam website pdrm,orang melayu yang dikehendaki polis adalah ramai dari kelantan dan terengganu, maka apakah boleh saya simpulkan rakyat kelantan ramai penjenayah?

    mengambil kira negeri sebagai simbol budaya fikir sesuatu puak adalah lemah sama sekali,dan saya tak begitu setuju, apatah lagi apabila pak lah datang dari penang dan anwar ibrahim juga dari penang.

    p/s- tenkiu sbb menerima komen dari saya, dan sebarang spekulasi atas diri saya oleh kaki masam itu, tak perlu saya jawab.

  • MFR STUDIO // Apr 14, 2007 at 4:32 pm

    haa.. terlupa satu hal..

    apabila saya menulis perkataan seperti “memperlihatkan” ,”memperlekehkan” dan sebagainya.. itu adalah merujuk kepada ayat di dalam artikel saudara, dan bukan diri saudara.

    hatta pada perenggan 14-ayat untuk memperlihatkan diri penulis sebagai seorang yang bebas dan telus dalam berfikir…itu adalah merujuk kepada ayat saudara dalam artikel iaitu:
    “Ingin saya tegaskan disini, saya tidak menyokong mana2 parti,baik PAS, PKR,UMNO mahupun DAP.” bukankah ayat itu saudara karangkan supaya pembaca melihat saudara seorang yang bebas dan telus? waduh.. ape pulak masuk bab munafiknya wahai saudara kaki masam?

    dan jika saudara bertanya mengapa saya ke jepun,memang saya boleh jawab dengan jujur, dan memilih universiti jepun pada awalnya memang dipengaruhi sedikit tentang imej jepun dari pandangan rakyat malaysia selama ini. namun setelah menuntut ilmu di jepun ini, saya rasakan pengalaman berbeza saja yang dikira suatu yang istimewa tetapi bukannya sistem pengajaran,pendidikan,malah bahasa jepun juga tidaklah hebat sangat berbanding pengajaran,pendidikan hatta bahasa melayu.

    saya masih rasakan sistem pendidikan dunia yang mengambil orientasi peperiksaan sebagai dasar dan piawai adalah amat tidak bertamadun. sistem pendidikan pondok (yg betul-betul tradisional) di malaysia lebih baik dan praktikal.

    wallahua’lam.

  • kaki masam // Apr 14, 2007 at 5:38 pm

    Salam,

    Kepada saudara MFR,

    Saya tidak sedikitpun berkecil hati @ apa2 atas komen saudara.
    saya menerima komen saudara, saudara boleh mempunyai tanggapan saudara sendiri mengenai tulisan saya ini.

    Saya hanya mampu menulis berdasarkan pandangan saya, saudara mungkin boleh mengatakan saya sedang menipu dan menghasut rakyat.
    Tetapi, realiti tetap realiti.
    Saudara mempunyai impian yang bagus untuk mewujudkan sekolah pondok2, dsbnya.

    Tetapi saudara sendiri mengakui realiti ini dengan memilih untuk melanjutkan pelajaran di Jepun dalam bidang kejuruteraan.

    Mengenai SERATAS lagi hebat pada MCKK ker,
    daripada SAS ker, itu saya tidak tahu.
    Cuma saya tahu MCKK dan Alam Shah,dsbnya dan melahirkan banyak pemimpin negara.
    Jika saya dapat info ada bekas pelajar SERATAS yang menjadi pemimpin negara @ mereka yang mengharumkan nama negara, saudari MFR jangan bimbang,saya akan masukkan SERATAS dalam tulisan saya akan datang.
    Apabila saya bercakap mengenai orang Kelantan, saya bercakap mengenai apa yang saya lihat.

    Jika saudara MFR mahu, saya boleh ceritakan mengenai saudara MFR dalam entri saya akan datang.

  • faqir // Apr 14, 2007 at 5:55 pm

    Aduhai, nama topik pun “talking about Kelantanese”, tak peliklah kalau hujah utk menaikkan rakyat kelantan. Sapa yg nak naikkan bebudak negeri lain, silalah. Takde rasanya orang nak condemn, negeri kamu orangnya bodoh! Nampak sgt asobiyah yg buruk.

    Mengikut pengalaman ambolaa, duk matriks negeri sembilan, kat sana lebih 1/3 dari Kelantan. Ikutlah kalau nak kata org kelantan bijak atau tak. Tapi berdasarkan mentaliti masyarakat, masuk matriks ni gah jugak. glamour gak laa. Jadi pikir sendirilaa kalau kat nogori pun diorang conquer. Tak namanya cerdik tu?

    Kat universiti ambo ni, setiap kali pihak universiti sediakan bas utk hantar pelajar pantai timur balik, diorang sediakan 15 bas utk org Kelantan saja! Itu tak termasuk pelajar kelantan yg balik dgn bas luar. Course ambo (kejuruteraan kimia : boleh dikatakan course elite ler) sendiri 30 orang dari 100 orang adalah pelajar dari Kelantan. Ini statistikal. Best student course ambo pun berasal dari kelantan, kampung panji. empat sem dapat anugerah dekan dan baru2 ni dapat anugerah emas NC. Pensyarah ambo pun ramai yg berasal dari Kelantan, dgn taraf Prof. Yg dapat anugerah2 di luar pun ramai pensyarah kelantan.

    Ambo penah pi ke UKM, ada satu kolej (rasanya Kamsis A kot, tak ingat sangat), kat situ penuh dgn budak2 Kelantan. Walaupun budak2 kelantan ni bukan majoriti tapi ambo rasa takjub sebab diorang menjadi golongan minoriti yg besar di tempat ambo ngaji.

    Jadi, ikutlah nak judge camane pun, ambo tau orang kelantan ni lagu mano.. satu lagi, Duk di Kelantan memang amat menenangkan berbanding duk di negeri sendiri. Pemerintahan Islam, sape tak suka? Menteri Besar sendiri bagi kuliah tiap2 minggu. nak tengok menteri besar negeri lain bagi kuliah agama? Kucing bertanduk dululaa agaknya.

    Mengenai entri kaki masam ni, tak ada pulak dia condemn bebudak negeri lain, kan? Cuma dinyatakan orang Kelantan lebih bijak daripada orang2 negeri lain kerana berani tukar kerajaan. Memang bijaklah tu, tukar yg buruk kpd yg baik. :p

  • Taufik // Apr 14, 2007 at 6:57 pm

    Macam2 idea. Satu lagi, topik kelantanese ni mmg selalu la dibincangkan. Jadi mesti la ada sebab kan? Jarang sekali la orang nak bincang pasal johorian ke, negerian ke, perlisian ke, pinangian ke, pahangian ke, melakaese ke, tranungese ke, etc. hehe.. Ttp kelantanese mmg selalu.

    Aku pernah pegi satu kedai makan dekat Subang Jaya. Ada bendera kelantan besar dekat depan restauran tu. Aku pon heran, aku tengah dekat selangor ke kelantan ni? hehe.. Aku ade jugak nampak kereta dekat KL ni ada lambang negeri kelantan dekat pintu2 dan tingkap belakang kereta. No. plate start dgn ‘W’ pulak. Pelik. Hampir tak pernah pulak aku nampak bendera negeri lain terpampang dekat mana2 restauran atau kereta dekat KL tu. Wpun bendera KL dan selangor sendiri.

    Kesimpulannye mmg la kelantan ni ade something sepesiel siket. Ttp sangatlah obvious artikel ni ada kaitan dgn politik. Bile cakap pasal kelantanese ni mane boleh lari dari topik semangat perkauman yg tebal mereka disamping kehebatan mereka yg dah disebut di artikel ni. Agak kurang neutral di situ.

  • kaki bangku // Apr 14, 2007 at 9:13 pm

    Barangkali Kelantan hebat berkat warisan para ulama dan habaib yang berhijrah ke pattani dahulu kala….

    p/s: MFR garang!

  • MFR STUDIO // Apr 15, 2007 at 12:10 am

    waduh… saya sungguh tidak faham.. ape ke hei nye (loghat parit,perak) yg berlaku ni..

    sudah saya baca komen saya beberapa kali.. tp tak pula jumpa sebarang bentuk menghina encik masam hingga menuduh menipu atau menghasut pun..

    baca kaki masam kata:
    Saya hanya mampu menulis berdasarkan pandangan saya, saudara mungkin boleh mengatakan saya sedang menipu dan menghasut rakyat.
    Tetapi, realiti tetap realiti.

    baca komen saya yg kedua:
    kesimpulannya, tulisan ini menyeru agar rakyat berani mengundi PKR yang bukan saja menyokong pas malah tidak mementingkan perkauman hingga anwar meminta hak sama rata pada semua kaum.(hak keistimewaan bumiputera dan segala mcm kuota harus ditiadakan) untuk menukar rakyat menjadi hebat sehebat rakyat kelantan.(?)

    baca komen saya yg ketiga:
    mengambil kira negeri sebagai simbol budaya fikir sesuatu puak adalah lemah sama sekali,dan saya tak begitu setuju

    ok, saya setuju org kelantan bijak. tapi saya tak setuju kaki masam guna hujah org kelantan ramai di mckk itu untuk buktikan org kelantan bijak,kerana RAKYAT NEGERI MANAKAH YANG PALING RAMAI DI MCKK? DI SDAR? DAN ALAM SHAH?

    saya sudah ingatkan akan bahaya memberikan contoh ini,kerana jika terbukti rakyat negeri lain lebih ramai menghuni mckk,sdar atau alam shah,atau sekolah-sekolah premier lain(yg kononnya premier),maka akan terbuktilah rakyat kelantan tidak bijak! maka sudah tentu kita semua tidak bersetuju jika kes itu berlaku nanti kerana saya dan anda semua YAKIN rakyat kelantan bijak.

    dan dengan kaedah melihat contoh RAMAINYA rakyat kelantan yg ada di sekolah premier (contoh yg amat bahaya bagi maruah rakyat kelantan selepas ini jika rakyat negeri lain lebih ramai),dan RAMAINYA rakyat kelantan di bandar-bandar seperti KL (tentunya bukan bandaraya islami) merupakan antara contoh-contoh yg amat bahaya untuk rakyat kelantan.Dan tentu sekali amat lemah untuk menerangkan akan KEHEBATAN rakyat kelantan yg menjadi agenda artikel ini (namun agenda akhirnya beralih pada hasrat hati kaki masam).

    ya, kita boleh kata rakyat kelantan bijak. tetapi apabila anda selalu ingat dan yakin perkara itu adalah begitu bahaya sekali dengan memberikan contoh-contoh yg telah saya tegurkan sejak awal lagi. sebabnya? fikir dan timbang jika anda sayang rakyat kelantan.

    ok, sebab ada seorang pengomen kata ,mana ada org bincang tentang rakyat negeri lain,maka biar saya buka kepompong anda sedikit.

    di perak misalnya sultan kami sultan azlan shah diiktiraf sebagai sultan yang bijak. mufti kami, ustaz harussani diakui sebagai alim.tokoh politik yang licik bermain politik dalam umno bernama nazri aziz tu asal perak jugak (nak dibanggakan juga ke?),samy vellu yg tak turun takhta mic juga org perak (oh..org india samy vellu ini), atau rafidah aziz (menteri industri sejak zaman mahathir..dah dilanda kontroversi AP masih boleh bertahan hingga kini)-licik sungguh politikusarap perak.. ustaz hasrizal yg mengelola saifulislam.com itu juga org perak. ahhh saya tahu.. kami org perak org yg hina.. kalian lah mulia.. tapi walopun kami hina.. sepakat kami rakyat perak memotivasi pada diri kami.. KEJOR YOB KEJOR! PERAK NO 1!!!

    saya sempat duduk di selangor agak lama. di sini melayu jawa atau bugis bukan calang-calang diperbincangkan sifat-sifat bijak mereka,samada dalam akademik mahupun dunia perniagaan.

    habaib-habaib di johor juga tak asing bagi kita.

    atau ulama-ulama sufi di negeri sembilan.

    oh.. mungkin faisal tehrani org melaka.

    jadi, saya ulang kembali kebimbangan saya:
    mengambil kira negeri sebagai simbol budaya fikir sesuatu puak adalah lemah sama sekali,dan saya tak begitu setuju.(merujuk kepada usaha kaki masam menggunakan faktor rakyat kelantan untuk hasilkan mesej nilai ‘bijak dan berani’ nya itu.

    wallahua’lam.

    kawan baik saya,org pasir mas kata kat saya.. “org perak suka cakap kuat-kuat..” –patutlah saya ‘macam’ garang.

    maaf.

    wslm.

  • MFR STUDIO // Apr 15, 2007 at 12:27 am

    ohh,saya terlupa lagi satu hal.. saya ke jepun belajar engineering bukan kerana engineering malaysia tidak bagus yer.. malah rata-rata kawan2 saya yg balik malaysia mendapati member belajar di malaysia lebih memahami malah menguasai kos kejuruteraan dari kami di jepun ini.

    niat saya ke jepun, tak payahlah diselidiki sgt,sbb setiap org ke oversea pasti punya plan tersendiri. selain pengalaman, program ke jepun adalah under dasar pandang ke timur.

    dan anda tak perlu beriya-iya nak buktikan saya pilih belajar kos kejuruteraan ke jepun atas sebab sistem yg lebih baik dan sbg nya.. tiada sistem pendidikan yg lebih baik melainkan yg awalnya mengenal Allah, di akhirnya mengharap redha Allah. dan saya punya pendapat tersendiri ttg hal pendidikan ini. (lari tajuk).

    ok, kaki masam, teruskan menulis, setakat ini siri tulisan anda telah saya teliti dan telusuri.. saya nantikan tulisan anda akan datang…

    ok, nice .. keep it up.. up sket..

  • faqir // Apr 15, 2007 at 5:09 am

    Mungkin kerana pemakanan mereka, baka keturunan, semangat assabiyah, suasana kehidupan mereka yg menyebabkan mereka berfikir lebih bijak dari orang, siapa tau? Lagipun rakyat dibentuk oleh pemerintahnya. Kalau pemerintah penuh korup, nak harapkan rakyat semua jadi baik? Sorilaa, takkan ada punya.

    Ini semua juga berkait rapat dgn kenegerian. Tuduhan hujah lemah tak berasas pun. Yg nak letak negeri lain bijak, lantak pilaa. Nyatakanlah hujjah sendiri. Buatlah bicara di tempat lain. Sudah obvious di sini “talking about Kelantanese”.

  • ashabi // Apr 15, 2007 at 9:09 am

    Bercakap berkaitan orang kelantan nii… memang sesuatu yang perlu di ambil perhatian… bijak atau tidak bijak orang Kelantan boleh diukur melalui kejayaan mereka memilih pemimpin yang lebih amanah, pemimpin pula terlalu banyak melakukan perkara-perkara yang memajukan rakyat dari semua segi.. terutamanya aspek rohani.. tanpa melupakan pembangunan meterial.. mengurus tadbir negeri dengan baik sekali, sehingga kerajaan pusat dan negeri yang lain jealous dengan apa yang berlaku di kelantan. Banyak perkara yang Kelantan buat telah ditiru satu persatu… siapa lebih bijak sekarang?

    Saya anak Kelantan yang ada diperantauan ni.. nak sebut satu perkara, semasa saya diposting ke Malaysia Timur baru2 ni, dalam kumpulan tersebut ada lebih kurang 130 guru yang baru dihantar.. 112 daripadanya dari Kelantan… 96 guru agama.. dan bila diservey di seluruh sekolah di sini hampir kesemuanya ada guru dari Kelantan terutama guru agama… terlintas juga di fikiran, kalau tiada orang Kelantan yang menjadi guru agama, siapa agaknya yang akan mengajar anak-anak di sini tentang Islam… yang rata-ratanya amat mendukacitakan dari segi pengamalan Islam…
    Saya ambil contoh negeri Sarawak, seluas-luas negeri ini hanya ada lebih kurang 10 buah sahaja sekolah agama (SMKA), di Kuching hanya 2 buah. jika nak dibandingkan negeri Kelantan hampir 100 sekolah agama tadbiran kerajaan negeri, tak termasuk lagi pusat pengajian agama swasta, pondok-pondok, dan SMKA di bawah KPM.
    Inilah istimewanya rakyat Kelantan yang bijak dalam agama, sudah tentunya akan menilai sesuatu berlandaskan agama termasuklah merubah kerajaan…

  • pauhfc // Apr 17, 2007 at 4:23 pm

    malangnya, jika politik perkauman masih di jadikan kiblat, seratus tahun lagipun, Malaysia takkan berubah.

    Ijok adalah contoh terbaik betapa tebalnya politik perkauman dalam malaysia.tak kira sama ada dalam BN atau pembangkang sekalipun.DSAI yang dikatakan pandai bercakap dgn pelbagai pihak pun gagal menyelesaikan isu perkauman diantara PKR-DAP dan PKR-PAS.Mcm mana la dia nak perintah Malaysia yg sememangnya terdiri dr pelabagai kaum ni.
    mungkin orang bertanya, PAS mampu ke?
    Jawab saya, lihat saja contoh dikelantan.Cina, Melayu n India boleh duduk makan, berniaga sekali.Malah dlm PAS sendiri ada kelab penyokong dr kaum lain.bg saya, kaum lain pun x ada perasaan ragu-ragu pada melayu jika melayu ni perintah ngan adil.

  • anok kelate // May 4, 2007 at 11:04 pm

    hahaha.gapo dio la sek mung duduk bobe ni..
    ngarut belako tuh..
    hahahaha…
    ikut dio la nok jadi gapo ko malaysia.
    aku tokcaro..
    hahaha…
    tok remajo ah sek mung nih..
    haha

  • azam // May 16, 2007 at 4:18 am

    salams,
    IMHO, semua negeri ada org bijak2..termasuk dari kelantan tetapi tidak hanya kelantan.

    betul ke MCKK,SDAR,Alam Shah sekolah premier..? - ya.. ada 8 sbp premier…mckk, sdar, sas, star, tkc, ssp, stf & smsah. ini mmg betul. semua sbp sama taraf sebenarnya..cuma 8 ni adalah perintis..rujuk lah kpm unit sbp. mmg ramai kelantanese di sekolah2 tersebut. tapi dari negeri2 lain juga ramai. cuma tak nampak sangat. from my experience, bila cuti penggal, bas ke kelantan 3 buah.. bas terengganu pon 3.. bas ke kedah pon 3.. bas johor pon 3…. sama banyak sebenarnya….kelantanese in my school tak berpuak seperti diluar…tiada masalah langsung.

    tentang politik I hv no comment… nilailah yg terbaik.

    org2 kelantan baik2 cuma jgnlah terlalu berpuak2… bergaul bersama lebih baik…

  • mira // May 24, 2007 at 12:34 pm

    yes.betul.mckk,sdar,ssas,stf,star,tkc,ssp&smsah sekolah berasrama penuh penuh primier.best student saja dapat masuk ke sana.dah banyak lahirkan tokoh2 yang asal dari semua negeri di malaysia.

  • siti // Jul 17, 2007 at 12:59 pm

    sy bkn la dibesarkan di kelantan tp dilahirkn di kelantan dan setiap tahun pasti akan balik kelantan w/pn sekali..
    bg sy kelantan x de la sebaik mcm yg diperkatakan.. bkn nk condemn.. cuba klu kite pegi bandar kt kota bharu kite dpt tgk mcm2 jenis remaja yg ada kt ctu..dengan pakaian yg x kene tempat..x nmpk pn mcm ape yg kebaikan kelantan yg ditulis… siap ada yg nk tunjuk dia lg bandar dr org bandar…. sumtimes pelik tgk diorg.. n masalah sosial diorg sebenarnya lbh kurang je mcm kt kl ke selangor ke or tempat2 lain.. honestly sy kurang selesa bile balik kelantan.. mmg la x dinafikan tentang kelebihan org kelantan ni.. tp ada jgk keburukan.. kesimpulannye bg sy org kelantan same je ngan ngan org2 negeri lain.. dn org kelantan susah nk terima selain drpd org kelantan..

  • nicky // Aug 18, 2007 at 8:07 am

    di sini saya ingin memperbetulkan salah faham di kalangan rakyat malaysia sekarang ini mengenai kerajaan. berdasarkan perlembagaan malaysia, malaysia terbahagi kepada 3 kerajaan iaitu kerajaan pusat, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. kerajaan2 in sebenarnya xde kaitan langsung dengan BN,PAS,PKR dll.semua kerajaan ini xkira lah ditadbir oleh BN@PAS adalah kompenan kerajaan Malaysia. jika anda berkatakan saya menyokong kerajaan pusat, ia tidak bermakna bahawa anda sedang menyokong kerajaan BN.
    Masalah sekarang yang timbul apabila kerajaan pusat sendiri juga silap penggunaan kerajaan ini.(samaada diorang sendiri mengetahinya dngan niat nak mengaburi mata rakyat atau dirang xbelajar sejarah penubuhan Malaysia). jika kita lihat kebanyakkan projek2 kerajaan pusat semuanya dilabelkan dengan “Projek Kerajaan Barisan Nasional”.Kenapa?adakah projek itu sebenarnya dibiayai oleh Kelab Pnyokong BN ke?tidak mungkin sama sekali.semua projek tu dibiayai penuh oleh duit kerajaan pusat yang sebahagian besarnya datangnya daripada cukai seluruh rakyat malaysia(BN+PAS+PKR+DAP+dll).
    jika kita melihat projek pembangunan di kelantan.contohnya pembinaan Universiti Malaysia Kelantan(UMK).Dato’ Seri Annuar Musa agak berbangga dengan menyatakan UMNO merupakan dalang utama penubuhan universiti ini bukannya PAS yang sekian lama memerintah kelantan masih belum mampu untuk membina sebuah universiti(di sini pun saya ingin hi-light kesilapan dato seri annuar:duit utk bina UMK tu duit kelab umno ke duit kerajaan pusat?).jika kita mengimbau kembali sejarah penubuhan Malaysia, telah termaktub bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyediakan segala kemudahan infrastruktur pendidikan kepada rakyat malaysia.jadi, adalah seharusnya kerajaan pusat yang membina UMK bukannya setelah diorang bina, diorang nak salah kan kerajaan negeri kelantan sebab xmampu bina universiti.ada ke kerajaan negeri johor menanggung semua perbelanjaan untuk membina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)?xpernah pulak saya dengar.lihat label tepi jalan pun “projek Kerajaan Barisan Nasional”(sebenarnya kerajaan persekutuan”. jadi perlukah disalahkan kerajaan negeri johor kerana tidak mampu untuk membina UTHM dan kerajaan pusat terpaksa menyalurkan duit tu.jika kerajaan negeri johor tidak dipersalahkan, mengapa pula kerajaan negeri kelantan terpaksa dipersalahkan?atau kerana kerajaan negeri kelantan ni ditadbir oleh orang PAS?jadi, pada hakikatnya Dato’ Seri Annuar Musa tidak perlu berbangga dgn penubuhan UMK tu kerana memang menjadi tanggungjawab kerajaan pusat(bukan UMNO yer Dato’) untuk membina UMK bukan kerajaan negeri kelantan.kalo orang PAS yang tadbir Kerajaan Pusat dan orng UMNO tadbir kerajaan negeri kelantan pun, maka semua kerja2 bina UMK memang jadi tnggungjawab kerajaan pusat jugak.ianya tetap sama.mengenai pembinaan 2nd bridge of Sultan Yahya Petra dengan 2nd bridge of penang,mengapa pula perlu dipersalahkan kerajaan negeri kelantan kerana xmampu nak bina jambatan tu.kalo jambatan penang kerajaan pusat tanggung, xadil la kalo jambatan kelantan kerajaan pusat tak tanggung.maka xperlu timbul la “kerajaan Barisan Nasional(sebenarnya kerajaan pusat) amat dukacita kerana kerajaan negeri kelantan tidak dapat menyediakan infrastruktur yang baik seperti jambatan sultan yahya petra kepada rakyatnya”.dah memang tanggungjawab korang ler..

  • Zaim Al-Amin // Sep 25, 2007 at 9:04 am

    `SERATAS’ TU SEKOLAH APA? KAT MANA?

  • halia // Nov 1, 2007 at 9:14 am

    Hi oghe kelate,
    Jangan lah nak bangga2kan sangat… Itu yang you all tengok dari yang baik saje. If you want to talk about kebaikan, maka kebaikan laa yang kamu nampak..

    Sebenarnya banyak keburukan yang tersembunyi di sebalik kebaikan. Yes no doubt orang kelantan ‘kononnya’ ramai berjaya sebab make budu lah katakan… tapi yang banyak masalah social pun orang kelantan jugak.. And it looks very obvious since negeri diaorang terkenal dengan kebijaksanaan, ketimuran, kebaikan.. tapi ramai GRO, penyanyi, penyamun pun orang kelantan gak..hehhe genuine comments lah.
    Banyak lagi nak comment..sabar aa..

  • negeriku....aman bahagia // Mar 10, 2008 at 6:09 pm

    huk aloh siti ngan halia ni macam jeless jerlah ..tu…..eloklah klate mementingkan kenegeriaan…pasal apa….org klate benci benar ngan org berlagak….duk lama kat luar…balik jer speaking KL ngan inggeris…kalo xmgekalkan kenegerian…pcayalah akan leburlah bahasa melayu yg kini semakin tenat…org klate ni terkenal ngan sikap berdikari…bayangkanlah pas tu xmempunyai kekayaan harta xseperti umno…tp kaya ngan agama itu yg dicari oleh klate….yg jadinya GRO tu bukan salah pemerintah tp salah asuhan mak bapak yg xbekalkan agama…kerana agama islam yg mendidik manusia agar mjadi org baik…xpayahlah nak jeless ngan org klate…kalo xder melayu klate akan jadilah macam melayu pulau pinang ngan perak dimana melayu jadi minoriti….disini org cina, india ngan siam salute ngan org melayu pasaii jaga agama…dan hubungan maka tak mustahil mereka sendiri lebih myukai pas…atas dasar pas..mgamalkan islam…kita kalo nak bg org bukan islam hormat kpd kita perbaiki diri dlu….dan jadikan contoh yg baik…kalo datang ke klate kita akan lihat org cina sendiri lebih pekat loghat klatenya dr melayu…..kepada che siti tu cubalah…cintakan negeri sendiri @pon lbh baik anda jgn mgaku lahir di klate..memalukan….kalo anda xbalik pon xper ramai lg rakyat luar dr ngeri klate yg suka dtg ke klate….

  • mat // Sep 17, 2008 at 3:06 pm

    alar..halia mu dok kecoh gpo??aku tau mu 2 dengki ngn org kelate sbb ore kelate rmai bijok2..

  • Apex08 // Sep 21, 2008 at 5:49 pm

    Orang Melayu nie berpecah sebab amalan macam-macam korang nielah. baik dan buruk menjadi isu. Asabiah dan kekelantanan juga menjadi pertikaian. Tinggalkanlah amalan dan fikiran kolot nie.. Fikirlah kearah yang positif dan beri pandangan yang membina orang Melayu.

  • yatie // Sep 24, 2008 at 3:56 am

    semua orang harus berfikiran positif,klu ada yang degil keras hati dan kapala suashlah
    bukan negara aje susah tapi sume rakyatnye.

  • islamelayu // Oct 19, 2008 at 9:03 pm

    hahahahaha……..banyak cekadak…punye lah belambak2 sek0lah premier kat malaysia…manyak tuh je SBP senaraikan? kawan2…0rang kelantan bijak? kerana “kepuakan” dan “kel0mpokan” itu lah yang mengundang tajuk ini…haha..sbb l0ghat kelantan itu telah mengasing kan g0longan ini dari 0rg lain..dan l0ghat ini pula yg hanya mudah d fahami 0leh puak ini yang telah menyebabkan sudut pandangan dan deria pendengaran tertumpu kearah itu. yang pandai nye 2-3 0rang sahaja..tetapi sepuak yang d angkat..angkat bakul..haha..kalau bt0l kelantan negeri indah permai,menyenangkan…mengapa remajanya lari merantau? 0h..alasannya krn 0rang kelantan memang suka merantau…sikap “eg0″ krn agenda serba kekurangan d negeri sendiri d sembunyikan may b krn ke malu an yang menebal..jangan menipu.. d kelantan hanya tinggal g0longan tua sahaja…kan? kan? kebijakan 0rang kelantan yg d semb0yankan merata2 akhirnya memakan diri..d kelantan x dibenarkan aktiviti s0sial spt d negeri lain…oleh itu remaja kelantan member0ntak dan lepas geram bile dah blaj0 keluar…jangan nafikan….dapat lihat “cultured sh0ck” puak2 ini d merata IPT….budaya itu memerangkap diri remaja kelantan sendiri…BIJAK NYE ORANG KELANTAN.

    p/s= pak guard UKM banyak “tangkap basah” budak Fakulti Pengajian Islam..cube teka mereka banyak dari negeri mana? haha..

Leave a Comment