Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Biarpun perkara yang saya tulis ini mungkin dilihat dan dipandang sebagai topik bermusim, tapi yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil tanpa mengira bila ia dibicarakan. Jika anda tidak mampu mencegahnya dengan tangan, cegahlahnya dengan mulut. Jika tidak mampu juga dengan mulut, bencilah maksiat itu sebenci-bencinya di dalam hati. Lakukanlah sekadar yang termampu untuk menghindarkan maksiat yang berlaku terang-terangan di hadapan anda.
Semenjak akhir-akhir ini terdapat nama seorang peserta Akademi Fantasia yang saya lihat agak besar popularitinya dikalangan peminat-peminat, pencinta-pencinta dan pemuja-pemuja Akademi Fantasia. Mungkin ramai yang dah mengenalinya terutamanya bagi orang-orang yang mengikuti perkembangan Akademi Fantasia sejak konsert yang pertama hingga konsert yang terbaru. Dengan kemudahan internet yang ada bersama saya sekarang ini berbanding zaman kemunculan Mawi ketika dahulu, saya terus mencari serba sedikit maklumat mengenai peserta ini untuk mengetahui apa yang unik tentang dirinya. Saya tidak mahu lagi ketinggalan seperti mana ketika Mawi muncul dulu dimana hanya mengetahui mengenai sejarah hidup dan asal-usul sebenarnya hanya setelah dia bergelar juara Akademi Fantasia 3.
Terkejut saya bila mendapati terdapat seorang lagi peserta Akademi Fantasia yang bertudung. Tidak sangka yang trend ini akan berterusan. Dimulakan dengan Salima dan kemudiannya diteruskan oleh Heliza. Tidak dinafikan juga, nama peserta-peserta bertudung ini cepat naik. Tapi, itu bukan persoalannya disini. Bagi saya, apabila mereka bertudung (walaupun cara dia bertudung itu bagi saya tidak memenuhi syarat), secara tidak lansung dia membawa imej Islam kerana bertudung itu sebahagian dari tuntutan menutup aurat yang wajib dalam Islam.
Penyertaan mereka ini bagi saya mempermainkan agama. Disaat anda ‘kelihatan’ tunduk pada syariat agama, anda tunduk pada hawa nafsu anda yang inginkan kejayaan dalam dunia hiburan tanpa memikirkan soal batasan dalam Islam. Tak perlulah saya senaraikan disini apa yang tidak kena dengan Akademi Fantasia. Semua mampu menilainya dengan akal yang waras berpandukan Islam, bukan berdasarkan akal yang mahukan hiburan sepanjang masa.
Begitulah juga dengan peserta-peserta yang lain. Hampir kesemua dari mereka adalah beragama Islam. Anda boleh semak di sini untuk kepastian. Persoalan untuk mereka: Dimana pegangan agama anda? Saya amat berharap akan ada golongan yang mempunyai kredibiliti dan kedudukan yang tinggi dalam Islam (Jabatan-Jabatan Agama, para Mufti, IKIM dll) bersuara mengenai fenomena ini. Bukan sekadar membantah konsert Akademi Fantasia ketika umat Islam menyambut Maulidur Rasul sahaja.
IDOLA UNTUK MASYARAKAT
Impak Akademi Fantasia keatas masyarakat Malaysia cukup besar walaupun populariti program realiti TV ini dikatakan semakin berkurang setelah masuk musim ke-5. Berdasarkan pemerhatian saya tahun lalu, program ini memang diikuti oleh semua golongan dari yang kecil hingga ke tua. ‘Aura’ Akademi Fantasia di pertengahan tahun memang boleh dirasai sehingga cikgu-cikgu pun bercerita tentangnya di dalam kelas. Orang kampung berkumpul di kedai kopi setiap malam Sabtu selama berjam-jam untuk mengikutinya. Banner digantung disana-sini, peruntukan untuk sms juga turut disalurkan oleh wakil rakyat. Itulah fenomena di pertengahan tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Apa sahaja yang dilakukan mereka akan menjadi perbualan masyarakat dan dicontohi masyarakat terutamanya adik-adik kecil yang belum mengetahui apa erti kehidupan sebenar.
Bila Heliza (atau mungkin ada lagi peserta lain mengambil tindakan sedemikian?) mengambil keputusan untuk keluar dan menagguhkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah, contoh yang tak berapa elok sekali lagi dihidangkan kepada masyarakat. Mana tidaknya apabila seseorang pelajar itu rela meninggalkan medan ilmu demi mengejar cita-cita dalam dunia hiburan. Janganlah marah pada anak-anak kecil jika mereka malas belajar dan sibuk terkinja-kinja menari dan menyanyi dihadapan TV. Malah ada anak yang mengatakan bahawa bidang nyanyian adalah ‘jurusan’ yang mahu mereka ceburi dewasa kelak.
Begitulah juga dengan mereka yang telah tamat peperiksaan SPM dan STPM di sekolah menengah. Bukan sahaja mereka yang kurang berjaya telah memikirkan Akademi Fantasia sebagai jalan alternatif untuk mencapai kesenangan hidup, malah mereka yang berjaya ke universiti juga sudah ada yang berkira-kira untuk menghadiri uji bakat.
Begitulah juga dengan ibu bapa yang merasakan tidak perlu lagi untuk anak-anak mereka menuntut ilmu dan memberi sokongan untuk meyertai program-program seperti ini. Jika tanpa sokongan dan restu ibu bapa, tidak akan muncul Heliza dan rakan-rakanya di kaca TV. Tidak akan pergi berduyung-duyung anak muda Melayu ke medan uji bakat. Jika mereka pergi tanpa restu ibu bapa, tidak keterlaluan jika saya katakan yang mereka telah menderhaka pada ibu bapa. Patutkah orang yang menderhaka pada ibu bapa dijadikan idola?
Kadang-kadang terfikir juga bagaimana caranya untuk menonjolkan seorang idola yang ideal dari golongan muda yang dapat memberi inspirasi positif pada golongan muda dan golongan tua. Saya sendiri belum menjumpai lagi seseorang seperti ini dalam generasi muda untuk dijadikan contoh dalam hidup. Tetapi, saya tetap percaya yang mereka wujud.
Sekian Wasallam.

18 responses so far ↓
kaki bangku // Apr 15, 2007 at 1:03 am
Umat Islam perlu bangkit menggerakkan pelaksaan social sanctions - dan ini termasuk juga moral policing. Dimensi social psychology ini nampaknya masih jarang diambil kira dalam skop dakwah kita.
pauhfc // Apr 15, 2007 at 2:26 am
tak paham sgt la bangku..tinggi sgt idea sains sosial yg cuba anda bwk.
sy ni jenis pyh nak menangkap idea-idea sains sosial.
apakah itu social sanctions?
apakah itu moral policing?
apakah itu social psychology?
org yang tak pernah ambil kelas sains sosial seperti saya mungkin tak lansung memahaminya.
encik fakap // Apr 15, 2007 at 3:21 am
pada pendapat saya, mawi turut juga dikategorikan dalam golongan tersebut walaupun dia tidak bertudung. anda lihatlah sendiri bagaimana aksi beliau semasa mengikuti program AF3. Perilakunya sungguh tidak konsisten dengan imej yang cuba dibawakannya.
MFR STUDIO // Apr 15, 2007 at 3:50 am
heliza antara subjek utama tulisan artikel panjang lebar yang membosankan aku yg bakal tersiar dlm blog aku bertajuk ‘menumpaskan tentera hedonis’.
dan yang paling penting.. infomasi diri heliza mengejutkan panjangnya di wikipedia..
heliza helmi
sekarang aku amat yakin teori pakatan zionis-kapitalis-hedonis aku.
pauhfc // Apr 15, 2007 at 3:51 am
ya encik fakap.
pelik juga macam mana kerajaan Kelantan boleh menjemputnya dulu.
mungkin ada sesiapa yg boleh menjawab persoalan ini?
MFR STUDIO // Apr 15, 2007 at 3:59 am
ohh kerajaan kelantan menjemput mawi kerana mawi sendiri membuat kenyataan bahawa Tg nik aziz idolanya dan betapa mawi teringin jumpa nik aziz.
walopun selang beberapa hari kemudian polikusarap umno bergegas membuat kenyataan media bersama mawi dan mawi mengucapkan..”saya tetap ahli umno”
seperti biasa, gerak kerja politikusarap dan publisiti tidak boleh dipisahkan. politikusarap dari kerajaan pas segera mengambil peluang keemasan atas pengaruh besar menteri besar kelantan itu terhadap mawi untuk mengaut publisiti dengan menjemput mawi ke konsert bandaraya islami.
saya dah kata dulu, politikusarap tak diperlukan dalam perjuangan politik orang melayu-islam, sebab adanya mereka telah byk menyusahkan mana2 parti melayu-islam.
(baca politikusarap sbg politik-centric)
d49 // Apr 15, 2007 at 6:03 am
mana ade artis yg layak dijadikan idola.golongan ini tak ubah umpama dayang-dayang dizaman silam yg hanya berfungsi untuk menghiburkan hati raja-raja.mereka tak layak mendapat penghargaan ,mahupun dikagumi oleh orang ramai.sebab,takde bende positif pada golongan artis nie yg wajar di amik iktibar utk dijadikan pegangan hidup.melainkan mereka yg sudah insaf seperti noorkumalasari.
aku tak percaya dengan mane2 golongan artis yg bertudung,bercakap tentang agama dan sebagainya untuk terlibat dalam industri hiburan ni hatta golongan nasyid sekalipun.sebab mereka2 nie akan lebih cenderung utk meraih duit,dari niat utk berdakwah.lihatlah kepada kumpulan nasyid brothers.awal2 penglibatan mereka dalam bidang nasyid semua nampak baik, niat utk berdakwah,berimejkan dengan imej muslim.namun lihat ape jadi kepada ahli-ahli kumpulan itu sekarang setelah kumpulan tersebut bubar.ada yg sudah berambut panjang ala penyanyai rock, membuat persembahan di kelab2 malam dan secara tidak langsung mengunjungi pusat maksiat tersebut.yassin,vokalis kumpulan tersebut sudah mengubah trend beliau ke lagu2 bercorak padang pasir.satu trend yg cuba lari dari imej alim yg dibawa beliau suatu ketika dahulu.melihat kepada ini,apakah mereka semua memang berniat ikhlas menubuhkan kumpulan nasyid utk berdakwah atau hanya menubuhkan sebuat kumpulan nasyid utk menyaingi Raihan.hanya Allah yg tahu.artis hanya layak utk dijadikan bahan hiburan dimasa tegang.utk mengurangkan ketegangan hidup yg dialami.
jadi,kepada mereka yg bertudung,atau mane2 future anak muda yg nak berdakwah dengan nyanyian,fikirlah semasak-masaknya sebelum mula utk menceburi bidang ini.kalau niat dihati hanya utk dapat duit,baik tak payah.kalo setakat bertudung tu,semata-mata nak popular cepat,baik hentikan sahaja.betina jalang seperti itu,hanya mencemarkan imej umat islam dimata bukan islam.
kepada anak2 muda yg nk kaya cepat dengan menjadi artis.you better be damn good like siti nurhaliza or else you would be a miserable person for the rest of your life without knowledge in your mind.education is the key to success in life.
pauhfc // Apr 15, 2007 at 10:57 am
begitu juga dengan seorang ahli Mirwana yg menyertai one in a million.adakah dia bernasyid kerana dakwah or habuan dunia?
ps: layan Ust Akil Hayy lagi best dan meyakinkan.
pauhfc // Apr 15, 2007 at 8:14 pm
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1437
laila // Apr 17, 2007 at 3:29 pm
semuanya berbalik kepada asal..
semakin ke depan semakin terlajak kita semua..
ke depan tak salah, cuma jenguk-jenguklah ke belakang..
tak semua yang di depan benar dan telus..
tak semua yang di belakang konservatif..:D
muflis // Apr 18, 2007 at 12:54 am
aduh, bangangnya artikel.. mampus la diaorg nak buat apa pun. korang semua ni jumud sgt. Cam haram.. Nik Aziz pun ske Salima ngan Mawi dulu..maknanya Nik Aziz pun cakap tak serupa bikin lah..nak mampus dah tu kut…
Taufik // Apr 18, 2007 at 2:44 pm
Cantiknye bahasa. Check diri sendiri tu dulu la kalau nak hentam seorang ‘ulama. Kenapa suk zhon (buruk sangka) terhadap Nik Aziz? Siapa sahaja yg tau apa ada di isi hati beliau? Barangkali beliau mengajak Mawi tu dulu nak tunjuk dekat Mawi macam mana konsert yg sepatot beliau adakan. Jika seseorang hendak mengubah atau berdakwah kepada orang lain, pendekatan kene la bijak baru berhasil. Cuba kalau Nik Aziz kutuk Mawi macam kita kutuk ni, cuba kalau beliau menyerang Mawi melalui media tentang kesilapan2 yg Mawi lakukan, agaknya Mawi akan berubah dan mendengar nasihat beliau ke membenci beliau terus? Dah Mawi tu ‘look up to’ Nik Aziz, barangkali strategi lebih bijak ialah mendekatkan diri beliau dengan Mawi agar boleh menasihati Mawi secara peribadi dan sebagainya. Kan banyak options tu?
Siapa sahaja yg tau niat sebenar beliau.
Narrated Urwa bin Az-Zubair:
Hakim bin Hizam said, “I asked Allah’s Apostle for something, and he gave me. I asked him again, and he gave me, and said to me. ‘O Hakim! This wealth is like green sweet (i.e. fruit), and if one takes it without greed, then one is blessed in it, and if one takes it with greediness, then one is not blessed in it, and will be like the one who eats without satisfaction. And an upper (i.e. giving) hand is better than a lower (i.e. taking) hand,’ I said, ‘O Allah’s Apostle! By Him Who has sent you with the Truth. I will not ask anyone for anything after you till I leave this world.” So, when Abu Bakr during his Caliphate, called Hakim to give him (some money), Hakim refused to accept anything from him. Once ‘Umar called him (during his Caliphate) in order to give him something, but Hakim refused to accept it, whereupon ‘Umar said, “O Muslims! I give him (i.e. Haklm) his right which Allah has assigned to him) from this Fai ‘(booty), but he refuses to take it.” So Haklm never took anything from anybody after the Prophet till he died.
(Riwayah Bukhari)
Lihatlah pendekatan Rasulullah s.a.w. dalam berdakwah. Rasulullah s.a.w. tidak terus kata kepada Hakim bin Hizam “And an upper hand is better than a lower hand’ pada kali pertama Hakim meminta2 daripada beliau. Malahan beliau memberi kepada Hakim berkali2 sehingga suatu hari, ketika Hakim sudah kurang sedikit tahap kefakirannya baru beliau memberi nasihat kepada Hakim. Pada ketika itu kata-kata beliau sangat terkesan kepada Hakim. Itu baru True Wisdom. Mungkin Nik Aziz ada niat seperti itu? Siapa sahaja yg tahu…
Yg buruk sangka dan melempar kata-kata keji kepada ulama’ ni apa cerita? Nobody knows what is in other people’s heart (at least saya andaikan saudara muflis tak mempunyai kebolehan itu la). So check hati sendiri dulu la, baik ke busuk, dan banyak2 bermuhasabah.
MFR STUDIO // Apr 18, 2007 at 10:41 pm
alhamdulillah.. ada juga pemimpin pas yang memahami strategi dakwah pada artis.. agaknya rosnah mat aris yg juga pandang tinggi pada orang agama tak layak terima layanan dakwah yg sama, sebab dia janda tua yg berambut oren kot.. mawi yg berdansa berpegangan tangan dgn marsha itu layak untuk dilebut-lembut,dan berkeraslah kita kepada orang yang ‘pegang’ bahu michelle yeoh..
pauhfc // Apr 23, 2007 at 11:55 pm
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Nasional/20070424002127/Article/
mufti telah bersuara, mampukah pemimpin atasan menerimanya??
raushanfikri // Apr 24, 2007 at 5:57 am
kdgkala islam.kdgkala kafir.masya allah inilah rupa ummat di akhir zaman.
MFR STUDIO // Apr 24, 2007 at 7:35 am
merujuk pada link dari pauhfc, nak ulas sket..
entah siapa yang bilang pada aku.. “jangan kau baca utusan dan berita harian.. dua-dua ada segmen hiburan dedah dada anak pompuan melayu”..
itulah yg aku pelik.. bila kapitalis dh jd pengurus media..ada segmen bicara agama, ada segmen hiburan gosip artis..
jauhkan diri jadi kapitalis..
Midkazen // Apr 26, 2007 at 10:36 am
Wahai muflis dan sememangnye ko muflis hati disebabkan hedonisme… Kenapa aku kate ko ni muflis hati? Sbb kate2 ko yg bnyk ckp 2 da menenjukkan kebodohan ko… Ko tau x ulama tu pewaris NABI SAW? Dan kite smue merupakan ummat dakwah? Kite smue da’i?
Wahai si muflis hati, beringat2 la semasa bertutur kate, smasa menikam lidah…
Dari sini, aku da dapat 2 bende yg ko da wat salah(aku bukan tuhan, aku x kate ko dpt dose)… Pertame, ko da kutuk ulama, kedua ko da memasukkan hal duniawi dlm memperkatekan hal agama… Dan ketiga, ko da meninggi2kan martabat artis2 yg telah melalaikan ummat Islam sendiri…
Knp aku kate artis ni melalaikan umat Islam sendiri? Sebab artis bagaikan duri dalam daging ummat Islam… Di akhir zaman(sekarang), NABI SAW ad cakap, ummat ku akn mengagung-agungkan para biduawati, seniwati, penghibur dan sekaum dgn nye…
Ko mungkin akan bagi alasan, kami sekadar hanya mahu berhibur… Tau x ape ALLAH SWT bagi care yg lebih afdal utk berhibur mase zaman RASULULLAH SAW?? ALLAH SWT mengurniakan zikir2 yg dpt menenangkan NABI SAW ketika baginda bersedihan… Maksud aku, zikir ni bnyk fadhilat nye… Hati kite akan terhibur disamping menenangkan fikiran kite dikale gundah gulana…
INGAT, KLAO KORANG NAK KAN HIBURAN, BERZIKIR LAH… SOLAT LAH… ITU LAH SATU2 NYA HIBURAN YG DAPAT MENENANGKAN HATI MUKMIN(kite)
tirah // Mar 20, 2008 at 1:01 pm
no komen hehehe
Leave a Comment