Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Di saat saya memutuskan untuk menulis tentang artikel ini, saya sudah mendedahkan diri saya kepada risiko untuk di label sebagai pendokong Islam liberal. Namun, itu bukan isunya, kali ini saya akan membincangkan mengenai kelemahan umat Islam yang saya rasa amat mendukacitakan.
Sejak sekolah rendah lagi saya sering mendengar ceramah-ceramah motivasi yang diadakan di sekolah, dipendekkan cerita
penceramah-penceramah ini cenderung untuk membuktikan umat Islam sebenarnya boleh untuk berjaya, dengan memberikan contoh zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah, mereka berjaya membakar semangat pelajar untuk berjaya.
Hal ini tidak berhenti di situ sahaja, malahan akhbar-akhbar utama di Malaysia sering menyiarkan artikel-artikel mengenai kegemilangan zaman khalifah-khalifah dahulu.
Trend ini pula di sambung oleh kebanyakan pejuang muda yang ingin merubah dunia menjadi zaman kegemilangan Islam.
Dimangkinkan pula dengan situasi dunia yang menunjukkan Islam di tindas.Palestin dan Kosovo sudah cukup membuktikan semua ini.
Bagi mereka yang mempercayai perjuangan fisabilillah, mereka menggugurkan diri mereka sebagai syahid.
Mereka meletupkan diri mereka, melakukan pengeboman, melakukan penculikan dan sebagainya.
Bagi mereka yang melakukannya di jalan Allah semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Pautan kembali kepada sejarah ini juga diteruskan oleh kebanyakan pejuang maya di alam siber.
Mereka ini membenci bangsa Yahudi, membenci barat dan mengecam habis-habisan serba serbi perilaku barat.
Bagi mereka setiap agenda barat itu adalah untuk menghancurkan Islam.
Tidak kurang daripada itu, golongan-golongan ini melakukan ceramah mengecam perbuatan-perbuatan Zionis dan US terhadap umat Islam, tidak kurang juga yang melakukan perarakan demonstrasi di KLCC membakar bendera US dan Israel sebagai protes terhadap perbuatan kejam pakatan ini terhadap umat Palestin.
Satu kesilapan yang besar bagi umat Islam ialah tidak realistik dan masih lagi di buai oleh kehebatan zaman kegemilangan Islam.
Untuk apa melakukan demonstrasi di KLCC jika anda meggunakan Google untuk mencari maklumat di internet, bukankah anda mahu boikot kapitalis Yahudi?
Untuk apa membakar bendera US sedangkan ekonomi Malaysia akan lumpuh jika US melakukan sekatan ekonomi?
Untuk berlagak bodoh sombong sebagai ketua IOC ?ketua negara-negara berkecuali?
Selain daripada menyatukan ummah kearah perpaduan, kita asyik dengan mentaliti “akulah yang betul, ko yang salah”.
Maka tidak mustahil jika isu 2 sembahyang jumaat dalam satu masjid boleh berlaku.
Selain daripada menangani keruntuhan akhlak dan moral, kita lebih cenderung menghantar angkasawan dengan menggunakan teknologi pihak lain.
Jika anda menggunakan alasan sebagai Malaysia sebagai sebuah negara baru dan dunia ketiga, bacalah buku “The world is flat” yang membuktikan bahawa
negara dunia ketiga seperti India mampu mempunyai saintis dan dan jurutera yang kini di buru oleh syarikat-syarikat besar dunia.
Pernahkah kita terfikir kenapa US menguasai ekonomi dunia? Ataupun kita dengan mudah memberi alasan mereka sudah lama maju ataupun orang US memang jahat, hedonis dan bermacam lagi.
Namun hakikatnya, kita lebih cenderung memberikan retorik2 kosong yang tidak realistik.Kita lebih hebat berhujah itu dan ini, namun secara hakikatnya,
kita hanyalah syok sendiri.
Jika kita sentiasa penuh dengan idealogi yang kononnya untuk menentang Israel dan US itu, tetapi dalam masa yang sama sebenarnya takut dan masih bergantung kepada US maka berhentilah segala retorik-retorik kosong itu.
Umat Islam perlukan penyatuan, bukan hujah-hujah kosong.
Wallahualam.



8 responses so far ↓
MFR STUDIO // Apr 27, 2007 at 10:05 am
ya.. jadilah hackers… bukan penyembah google,yahoo, kapitalis, hedonis..
pauhfc // Apr 27, 2007 at 12:16 pm
mungkin mufti-mufti kena bersidang lps ni utk keluarkan fatwa baru tentang hukum menjadi hackers.
bagi saya, bersikap realistik la. ubah diri anda dahulu, ubah keluarga, rakan-rakan dan golongan yg terdekat dgn anda. bergerak dlm konteks kemapuan anda.
sedih jika seseorang itu nak menegakkan Islam di seluruh dunia tapi Islam dalam diri belum tertegak. tp, tak salah jika anda diberi peluang yg amat kecil untuk mengubah suasana negara melalui satu keping kertas undi, ubah la sedaya yg anda mampu. jgn persia-siakan peluang itu.
sekian.
monsterball // Apr 27, 2007 at 7:16 pm
yeah, aku sokong sungguh isi artikel nih. tidak berbunyi dangkal seperti yang sebelum sebelum ini.
apa apa pun, Anwar Ibrahim adalah paksi Amerika yang patut dihapuskan di Malaysia nih. Dan PAS, adalah penjual agama Islam. Sanggup sekatil dengan DAP yang terang terangan tolak penubuhan negara Islam. bodoh punya PAS.. PAS adalah babi..babi Syiah!!
kaki bangku // Apr 27, 2007 at 8:36 pm
Barangkali kerjasama PAS dengan BA adalah satu langkah pragmatik berdasarkan realiti yang dihadapi. Ini tidak bermakna prinsip Islam dikorbankan. Matlamat tetap sama, cara sahaja berubah.
UMNO bekerjasama dengan MCA/MIC pun bukanlah bermakna UMNO mengorbankan prinsip nasionalisme Melayu. Mereka bekerjasama demi mempertahankan status sebagai parti dominan. Jika bergerak sendiri, mana mungkin UMNO mempertahankan umnoputera?
Aku bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ni. Cuma mengharapkan para pengomen dapat berbincang dengan adil dan rasional, tidak menggunakan tuduhan-tuduhan melampau seperti “babi”. Aku juga berharap kita tak lari dari fokus kepada topik asal - iaitu berkenaan penyatuan
Kita boleh bersatu, iaitu bersatu atas epistemology yang sama. Politik kepartian tidak bermaksud wujudnya perpecahan. Ianya memberi peluang kepada kita untuk memilih yang terbaik.
Dalam hal ini, kita patut menghormati institusi-institusi politik sedia ada dan cuba memperbaiki apa yang kurang melalui proses yang legit dan aman - lobi, pressure, public opinion, pilihan raya, media massa dan sebagainya. Institusi yang korup lebih baik daripada anarki.
Mari kita gerakkan tajdid dan islah. Kuasa advocacy di tangan anda!
monsterball // Apr 27, 2007 at 9:51 pm
Kalau PAS dan PKR betul2 ikhlas, apa salah bersatu sesama melayu, semasa Islam. Ni tak, duk mencari proksi bangsa lain juga yang sememangnya terang terangan ada agenda mereka tersendiri.
UMNO pun bukanlah 100% bagus. Korup juga. Tetapi pilihan yang terbaik buat masa ni tetap juga UMNO atau BN. Kerana prestasi dan kemantapan hala tuju mereka.
Saya tak benci PAS 100%. Saya kagum dengan Husam. Saya yakin bila Husam jadi presiden PAS, banyak orang UMNO akan setuju dengan PAS. Buat masa ini, perpecahan akan tetap berlaku berdasarkan politik kepartian..
MFR STUDIO // Apr 27, 2007 at 9:55 pm
ya.. jgn lupa baca karangan ustaz one G… pemikiran yg sama dibawa oleh sekian byk penceramah PAS..
UMNO parti yang berakidah lain dari PAs.. itu yg sering dicanangkan.. bermakna unsur takfir dah nak mula.. kemudian mereka dakwa wajib undi PAS.. pasal UMNo kafir lagi sekular..
maka atas perjuangan suci itu, maka halal lah bekerjasama dengan DAP walopun sapa yg tak tahu DAP mahu malaysian malaysia completely secular.
alasan kenapa buat camtu.. sbb dakwah.. atau bak kata bangku pragmatik..
sekarang, umno nak minta masjid dan surau diimarah dan dimanfaatkan sebaik mungkin.. ohh tak boleh kerjasama dgn niat baik itu.. tak boleh pimpin dgn kasih syg kehendak baik itu.. itu tak pragmatik membantu umno menjayakan program imarah masjid, program berbudi bahasa, program jihad ekonomi halal malaysia, program dakwah jakim ikim akademi al quran institusi nasyid.. tak payah nak kerjasama yg itu .. psl apa? pasal lebih pragmatik bekerjasama dgn DAP dan PKR..
sapa kata PKR menjulang al quran dan sunnah sebagai perlembagaan dan cita-cita… malah pernah pimpinan PKR membantah kementerian pelajaran kerana memasukkan unsur keTuhanan dalam buku teks sains.. sebab apa? sebab PKR menjunjung sekularisme demokratis liberalis…
bagus.. bekerjasama dgn PKR sebagai satu barisan.. dan berpakat dgn DAP walopun bukan satu barisan (berpakat untuk tidak mengadakan pertarungan 3 penjuru).. ini semua langkah pragmatik..
bersatu dan bekerjasama dgn umno membentuk kesatuan muslim baru dan tak lupa menggabungkan persatuan cina islam dan india muslim bersama-sama dalam kesatuan islam di bawah ketaatan pada raja dan pemantauan barisan ulama, pemikir dan cendikiawan yang aku cadangkan adalah cadangan retorik yang tak pragmatik…
teruskan bersekutu dengan DAP dan PKR yang dua-dua mendukung sekular dan melawan umno yang dikatakan sekular juga..
ramai org umno asalnya mak bapak depa bukan ngaji agama.. yg ngaji agama pulak dah terpengaruh dgn kemajuan barat.. tapi depa nak kat agama lagi.. depa tahu depa jahil.. depa ramai yg dgr cakap mufti lg.. kecuali beberapa sekular dan liberalis keras persis org2 dap dan keadilan mmg masih ramai.. yang itu semua bakal disisihkan bila front agama umno dikuatkan dgn gerombolan ahli pas yang gabung dan persatuan2 cina dan india muslim menyong lagi kesatuan baru itu..
orang muda kena banyak cakap soal penyatuan samapai semua org tua lemah.. dan terpaksa akur.. orang muda yg gila politik.. perlu kita sisihkan dan naikkan minda dan gelombang penyatuan lebih kuat dari meneruskan ideologi dan iktikad bahawa ‘mustahil untuk bersatu’.. padahal kelompok sekular pun ada yg dah tua bangka dan yg dok bercakap zaman dulu pun dah nak abis pengaruh..
kenapa tidak org muda persiapkan ikatan hati.. jgn riso putera-putera umno yg join umno bukan paham politik sgt.. depa suka-suka je.. org tak paham politik dan perjuangan takkan berjaya ke mana-mana.. front ‘mahu pada agama’ dalam umno mesti diperkuatkan..
hamba // Apr 30, 2007 at 4:37 am
tuan2 yg dikasihi Allah s.w.t..marilah sama2 membawa diri hampir kepada Allah dan masa yg sama mengajak yg lain kepada Allah Yang Esa..inilah kerja kita sbg ummat Muhammad SAW yg semakin kita lupakan…
kemajuan ummat tak bergantung pada kekuasaan tentera,ekonomi,kecanggihan teknologi atau kekayaan…
kemajuan ummat bergantung pada kesempurnaan iman pada Allah SWT..semakin tinggi iman yakin pd Allah,semakin unggul ummat Islam di sisi Allah jua makhlukNya…
sahabat r.a hebat di sisi manusia jua hebat di sisi Allah kerana iman yg mantap..
dunia berada di bawah tapak kaki para sahabat r.a walhal sahabat r.a tidak menginginkannya walau sedikitpun..syurga sebagai jaminan drpd Allah SWT..inilah golongan manusia yg berjaya sebenar2nya di sisi Allah SWT..
KERANA…Yakin sempurna pada Allah SWT,mengikut sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW..
insyaAllah sama2 kita agungkan Allah SWT,tanamkan keghairahan pd sunnah2 Baginda SAW..beri harta,diri dan masa utk kemajuan agama Allah SWT..mari sama2 kita pandang kesalahan diri sendiri,pandang kebaikan orang lain..
ayuh gerakkan agama dalam pengertian kalimah ‘LAA ILAA HAILLALLAH,MUHAMMADUR RASULULLAH’..moga Allah SWT satukan hati ummat Islam dan pancarkan kehebatan Islam melalui usaha bersama ini..
melayuasli // Apr 6, 2008 at 12:36 pm
Apalah kiranya umat islam bersatu untuk menentang dan memartabatkan islam. Tak kira parti apapun asalkan islam bersatu. UMNO,BN,PKR sama aje kalau mementingkan diri sendiri. Islam is nombor ONE! Fikir-fikirlah umat islam…
Leave a Comment