© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

sampah

May 13th, 2007 · 7 Comments

Loya. Jijik. Mual.
 

Mungkin tiga perkataan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa hinanya Radio Televisyen Malaysia (RTM). Juga tidak ketinggalan, saudara sesusuannya, Utusan Melayu dan Berita Harian (pagi tadi saya melempar nashkah akhbar New Sunday Times ke lantai selepas membaca satu artikel sampah yang ditulis oleh seorang graduan Universiti Oxford yang kini berkecimpung secara sambilan sebagai pemimpin Mat Rempit).
 

Entah kenapa saya tertonton (ulang: tertonton) RTM 1 pada jam 9.30 malam tadi. Siarannya berkenaan dengan sebuah dokumentari (baca: propaganda) yang meletakkan nilai intelektual rakyat Malaysia ini sebagai antara yang terbawah di dunia !
 

Mesej dalam siaran propaganda ini menggambarkan seolah-olah kita sedang berada di zaman komunis. Pembangkang digambarkan sebagai penjahat.
 

Anwar Ibrahim digambarkan seolah-olah seorang pemimpin munafiq hanya kerana beliau menari-nari di sebuah majlis kaum India di Ijok baru-baru ini.
 

Aduhai ! Inikah dia nilai rancangan media Malaysia? Penjenamaan demi penjenamaan dibuat, pun begitu RTM masih tetap sama. Membebalkan!
 

Oh ya! Saya terlupa bahawa menteri yang menjaga RTM ini pernah ke England dan mengkritik British Broadcasting Centre (BBC) kerana menemubual Anwar Ibrahim. Menteri ini cuba untuk mengajar BBC apa itu kebebasan media barangkali dan siapa yang seharusnya yang mereka temubual. Gila !
 

Beliau juga baru-baru ini ke Perancis untuk mendidik pendukung kebebasan negara Pencerahan itu supaya mengklasifikasikan bloggers. Kata beliau, kewujudan blog-blog di alam maya ini mengakibatkan ketidakseimbangan penerimaan maklumat di kalangan rakyat, terutamanya yang tinggal di luar bandar.
 

Hebat. Malaysia boleh. Menteri Malaysia pun boleh. Dengan muka tak malu, melalak di negara asing tentang ehwal media tapi media di negara sendiri umpama sampah !
 

Sampah!
 

Tags: Nasional · Politik · Umum

7 responses so far ↓

  • bobby // May 13, 2007 at 5:15 pm

    rtm memang sampah….rancangan bosan macam tahi…..lagi konservatif gila….dan diguna macam lori propaganda kerajaan

    kebebasan media kat malaysia? jauh lagi……

  • kaki bangku // May 13, 2007 at 6:12 pm

    Mungkin kita boleh wujudkan sistem penyiaran ala PBS dan NPR di USA.

  • kaki masam // May 13, 2007 at 9:03 pm

    Tak leh nak salahkan menteri sangat, dah nama kerja dia jadi orang suruhan kerajaan dan UMNO,
    tentulah dia cuak dengan bloggers.Tak ramai bloggers yang sokong kerajaan sekarang,yang sokong UMNO pon, golongan serpihan Yg Berbahagia TUN Mahathir, mereka ni tak berani tak suarakan puas hati depan2, masa perhimpunan UMNO ker, TUN sajer yang benar2 mengkritik.
    Yang lain mungkin golongan yang dapat projek time mahathir, dn diketepikan time pak lah.
    Alah, macam biasa, politik umno..
    budak sekolah rendah tahu, nak kaya masuk umno.
    Mereka takut semua bloggers dari parti pembangkang,sperti PKR, DAP dan PAS yang sentiasa mencari modal mengenai kelemahan kerajaan, mempengaruhi pemikiran rakyat.

  • moses // May 13, 2007 at 10:06 pm

    Saya tidak berkesempatan pula membaca artikel KJ minggu ini. Apa jenis sampah yang ditulisnya kali ini? tentang tidak sabarnya dia menunggu kelahiran anak sulung? haha..

    RTM propaganda, Media Prima pun join sama. Media di Malaysia sememangnya tidak bebas. Nak buat macam mana, tak suka tak payah tgk sajalah kut.

  • Batigol // May 14, 2007 at 12:09 am

    ada sampah yang boleh kite recycle and ada yang tidak…media mainstream malaysia??..TIDAK sama sekali…maka kite carik and bina media baru…

  • nat // May 14, 2007 at 2:18 am

    yang baiknye = jika yang paaaaaling parah mereka dapat siarkan adalah dsai berjoget, maka sudah tandus dan hancurlah BN. soalnya hanya bila?

    dan bagi carik/bina media baru, aku sokong sepenuh hati. Pas dah mencecah jalan baru dgn harakkah, tvpas, etc. saya kini usahakan untuk ikut langkah-langkah yang groundbreaking ini…

  • Day // May 23, 2007 at 10:35 am

    betul! mmg mass media Malaysia hampeh! t’lampau takut dgn kerajaan kalo t’over. tp, nak buat mcm mane. kerajaan dah kate gitu, depa ikut saja. xmo pikiak n ikhtiar.

Leave a Comment