Pada tahun-tahun 70an, 80an dan akhir 90an kita menyaksikan suatu gelombang kebangkitan Islam yang cukup menarik dan menggembirakan. Tetapi peristiwaperistiwa di peringkat nasional dan internasional selepas itu menjadikan gelombang itu mulai menurun dan malap. Sekarang ini umat Islam dan Islam itu sendiri dihujat sedemikian rupa oleh musuh-musuhnya yang tidak bersedia melihat Islam itu subur dan sentiasa bercahaya. Cabaran demi cabaran dihadapi oleh umat Islam hari ini. Keadaan demikian juga dirasai di Malaysia. Kita boleh merasa betapa Islam itu ‘hebat’ pada tahun-tahun tersebut (di atas) tetapi cukup ‘defensive’ sekali pada hari ini. Banyak faktor yang menyumbang kearah itu.
Berdasarkan hakikat di atas, MUAFAKAT merasa terpanggil untuk mengadakan satu seminar bagi menangani persoalan ini. MUAFAKAT merasa persoalan tajdid adalah persoalan relevan yang perlu digarap dan dikumandangkan secara berterusan agar umat sedar dan terus berprihatin tentang nasibnya yang dirundung malang. Sejarah Islam menyaksikan tajdid atau ‘reform’ adalah fenomena sejagat dan berterusan. Keadaan yang layu dan ‘malaise’ yang dihadapi umat tidak akan dibenarkan berterusan. Akan ada dikalangan umat mereka yang berdepan dan menanganinya secara serius dan penuh komitmen. Terdapat ramai tokoh-tokoh Islam yang pernah menangani masalah umat dan mereka ini digelar sebagai mujadid atau ‘reformers’. Salah satu tokoh tersebut ialah Imam Al-Ghazzali.
Pembicaraan tentang Al-Ghazzali – dalam bentuk tulisan atau bentuk lain – telah banyak dibuat dan bidangnya amat luas. Tetapi untuk tujuan seminar ini tumpuan adalah khusus dari aspek tajdid. Kertas-kertas kerja berkaitan dengan Al-Ghazzali yang akan dibentangkan samada dalan bidang syariah, falsafah dan tasawwuf adalah dijuruskan kepada aspek tajdid. Para sarjana yang akan membentangkan kertas-kertas kerja didalam seminar ini adalah mereka yang cukup berwibawa dan ahli dalam bidang masing-masing. Adalah diharapkan pemikiran, informasi, analisis dan idea-idea yang diutarakan secara metodikal, imaginatif dan ‘intelligent’ akan memberi manfaat besar kepada para peserta khususnya dan umat secara amnya.
Maklumat program di sini - Seminar Al-Ghazzali: Tokoh Mujaddid Agung



2 responses so far ↓
Truth Has A Way : Ad-Dunya Dhilun Zailun :: Seminar Imam Al-Ghazali :: August :: 2007 // Aug 10, 2007 at 2:02 pm
[...] Seminar Imam Al-Ghazali Maklumat Lanjut:- kakiblog.com [...]
Stanton Hendrix // Nov 13, 2008 at 12:12 am
rse8du3esi0bqk95
Leave a Comment