“You may say I’m a dreamer. But I’m not the only one. I hope someday, you’ll join us. And the world will be as one.” -John Lennon, ‘Imagine’ (1971)
Bayangkan kita di tahun 2057.
Ketika itu saya sudah berumur 72 tahun. Barangkali sudah punya cucu dan cicit. Atau mungkin sudah mati. Mungkin juga ketika itu cucu saya Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh atau kelapan. Mungkin beliau dari Parti Islam Semalaysia (PAS). Atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). Atau mungkin juga Presiden Umno!Â
Ketika itu negara ini sudah mencecah 100 tahun usia kemerdekaannya. Barangkali Universiti Malaya (UM) waktu itu sudah pun berada di Sepang. Dan ada arca Ungku Aziz di pintu masuk UM, sedang duduk dengan penuh bergaya (ibarat tugu Abraham Lincoln di Washington DC) menyambut kedatangan pengunjung.
Bayangkan kita di tahun 2057.Â
Ketika itu barangkali Faisal Tehrani telah bergelar pemenang Hadiah Nobel dalam bidang kesusasteraan. Nama beliau sudah jadi setaraf dengan Orhan Pamuk dan Naguib Mahfouz.Â
Fathi Aris Omar pula gah dikenali sebagai tokoh agung falsafah dari Nusantara. Idea-idea dan pemikirannya dijadikan rujukan ulama-ulama dan cendekiawan-cendekiawan dari Barat. Mungkin beliau sudah tiada ketika itu. (Barangkali beliau sedang tersenyum keharuan membaca entri ini. Atau juga sedang menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata di dalam hati: “Apa gilanya budak Najwan ni..”)
Bayangkan kita di tahun 2057.Â
Waktu itu mahasiswa dan intelektual dari negara ini akan menguasai universiti terkemuka dunia, manakala universiti tempatan akan menjadi pusat kecemerlangan untuk cendekiawan antarabangsa.Â
Ketika itu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sudah lebih gah daripada Universiti Harvard dan Oxford.Â
Tiada lagi AUKU. Mahasiswa mula hebat berfikir. Kritis, dinamis dan kompetitif. Ketika itu simbol wajah Che Guevara sudah tidak diminati lagi oleh golongan muda yang radikal. Potret Hishamuddin Rais sudah mulai menjadi hiasan dan kemegahan di baju dan batch di beg.Â
Bayangkan kita di tahun 2057.Â
Kita akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihan kita dalam biofuel. Bandar raya kita paling ceria dengan gabungan kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak ansur.
Waktu itu Kuala Lumpur sehebat New York. Genting Highlands lebih masyhur dari Monte Carlo. Dan wilayah Iskandar lebih hebat dari Hong Kong. Singapura ketika itu hanya setaraf dengan Kangar barangkali.Â
Bayangkan kita di tahun 2057.Â
UMNO ketika itu hanya sejarah, barangkali. Dan mungkin juga tiada lagi istilah Melayu, Cina atau India. Malaysia ketika itu milik semua. Semua kaum. Semua bangsa.Â
Tiada lagi curiga antara agama. Tiada lagi pertikaian tentang siapa tuan, siapa pendatang. Tiada lagi upacara hunus keris oleh kepala-kepala rasis. Dan tiada lagi ugutan dan ancaman tentang penghapusan hak keistimewaan.Â
Bayangkan kita di tahun 2057.Â
Cuba bayangkan.Â
Apakah kalian nampak warna-warna pencerahan?Â



12 responses so far ↓
bangku // Jun 16, 2007 at 9:26 pm
barangkali, yang lebih penting untuk kita bayangkan ialah bagaimana keadaan kita pada akhirat nanti.
Adakah pencerahan yang kita bawa itu pencerahan yang membawa kucar-kacir revolusi dan semangat anti-agama seperti pengalaman Perancis?
Adakah kita akan mengulangi pencerahan barat ala Sysiphus, bak kata SMN Al-Attas sepertimana dipetik oleh Pak Khalid?
Atau pencerahan dalam ertikata perubahan yang dibawa Rasulullah(s) terhadap masyarakat Jahiliah? Dan lihat pula al-Ghazali menyesuaikan tajdid ini dalam konteks masyarakat “medieval”. Juga perhatikan pencerahan neo-sufi merentas benua Afrika utara pada kurun 17 & 18, selepas melalui zaman yang disebutkan oleh AJ Arberry sebagai kemunduran Sufism - pencerahan yang serentak sekitar waktu yang sama dengan kemunculan Hume dan Kant di Eropah).
Harapnya pencerahan kita tidak terbatas oleh sempadan nation-state, masa dan waktu.
Terima kasih, ya Najwan, kerana membangkitkan perbahasan ini.
Taufik // Jun 17, 2007 at 3:34 pm
Versi 2057 ini buat saya teringat 1984 pulak. Memang tiada kaitan, tak tau la kenapa terfikir begitu. Waktu itu saya sudah 70 tahun. Barangkali saya sudah ada cucu juga. Tetapi mungkin saya sudah tiada lagi di dunia yang fana ini untuk melihat cucu saya.
amar_kun // Jun 18, 2007 at 12:53 am
bayangkan esok kita mati!
“orang yg paling bijak itu ialah mereka yg paling selalu mengingati mati”
wallahua’lam
kadiology // Jun 18, 2007 at 6:32 am
Harian Metro turut mendedahkan kumpulan ini juga menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yg bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu.
Golongan ‘freethinker’ ini juga sanggup melukis tatu, minum arak dan mengamalkan seks bebas selain melakukan perkara bertentangan dgn Islam.
Artikel ini sebenarnya mendedahkan mengenai kegiatan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ditaja oleh KAF. IKD melalui Universiti Bangsar Utama (UBU) pimpinan Hishammudin Rais telah mendidik pengikut mereka berfikir bebas dan liberal. Melalui IKD dibentuk Open Dialouge Center (ODC) yang ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED).
Grup seni yg dibayangi IKD ialah team Komuniti Seni Jalan Telawi (KSJT). KSJT dianggotai Fathi Aris Omar (Wartawan Mstar), Hasmi Hashim (Ketua PKR Bahagian di Johor), Amir Sari (Exco Mahasiswa Angkatan Muda PKR) dan Rahmat Haron (bekas wartawan Center for Independent Journalist, CIJ, bekas pelajar UM). Laman web KSJT ialah jalantelawi.com.
eq // Jun 18, 2007 at 5:37 pm
“UMNO ketika itu hanya sejarah, barangkali. Dan mungkin juga tiada lagi istilah Melayu, Cina atau India. Malaysia ketika itu milik semua. Semua kaum. Semua bangsa.”
So, how long did it take for the immigrants from Russia, German, Italy and many other countries long time ago to feel like all of them are Americans???
faqir // Jun 19, 2007 at 10:23 am
Rhetoric!!
adibahabdullah // Jun 21, 2007 at 10:15 am
Salam,
Kadiology, udah2lah mengulang benda yg sama di mana-mana pun kamu pergi. Benjamin Franklin, x slh saya, pernah berckp.. an idiot is one who does the same thing over n over again n expects a different outcome. Kalau maksud kamu baik, do it in a more intelligent and less annoying manner.
This is not a rhetoric, in my eyes, this is cynicism. Tak taulah kalau guru sastera yang lain, lain ajarannya.
Oh ya, lagu Imagine itu bukan ke ada lirik yang menyatakan bahawa tiada agama itu paling bagus untuk keamanan dunia?
(bukan biro disiplin)
meow~
D49 // Jun 21, 2007 at 4:54 pm
angan2 tu bagus..tapi biar le selari dengan usaha nya.
kalo setakat angan2 je..hari2 aku berangan jadi PM pertama dari parti pembangkang..muhahahah
haha // Jun 22, 2007 at 12:55 am
haha..berangan mmg best.
d49, aku nak jd su politik ko la bila ko jd first PM dr opposition nanti ek
D49 // Jun 23, 2007 at 6:56 am
boleh2..no hal..
Laila // Jun 23, 2007 at 8:59 am
Bak kata kak dibah, ini ‘cynism’.. haih~
Tiba-tiba bayangan siri Heroes menerjah kepala. :p
cidos // Jun 26, 2007 at 6:46 am
D49 bila jadi PM dah x kire dari parti pembangkang. otomatik jadi gabemen.
Leave a Comment