
Ompi: Wah, ini ke menara KLCC yang orang cakap ?
Syukri: Yela. Inilah dia. Lawa sial. Selama ni aku dok tengok dalam TV je. Baru hari ni dapat tengok depan mata. Kat Pahang hutan je. Tu pun dah nak habis gondol semua dek sebab pembalakan haram.
Ehsan: Aku dengar diorang untung 76 bilion ringgit baru ni.
Ompi: Siapa?
Ehsan: Petronaslah. Kau ni, tak baca paper ke? Takkan itu pun tak tahu.
Ompi: Ah, aku mana baca paper dah sekarang. Karut je semua. Tak habis-habis cerita pasal Altantuya. Aku dengar nama Najib pun dah naik. Sure gelabah punya mamat glokal tu. Orang Keadilan pulak sekarang ni ramai yang keluar parti. Aku dengar baru ni Ezam pulak umum keluar parti. Dia cakap Anwar diktator.
Ehsan: Biasalah tu beb, politik. Masing-masing ada kepentingan. Tapi bagi akulah, Ezam kalau masuk Umno memang aku tak boleh terima. Dulu mati-matian kutuk Umno, tibai kerajaan apa semua.
Hisham: Bro, rileksla. Biar lantak je la orang-orang politik ni. Buat apa kita nak susah-susah pening kepala. Baik korang pikir macam mana bila kita dah grad nanti. Lagi setahun je lagi kita nak habis belajar ni. Nak kena bayar PTPTN lagi. Nak pikir pasal kerja lagi. Dah la sekarang ni susah nak dapat kerja.
Syukri: Tu la korang ni. Orang politik tu peduli apa pasal kita. Diorang pikir nak kayakan diri dan gemukkan perut diorang je. Rasuah je kerja. Korang ingat untung Petronas tu dapat ke kita merasa? Untung berbilion-bilion pun, kalau minyak asyik dok naik je, baik tak payah!
Ehsan: Tu la pasal. Aku sekarang ni nak bawak kereta pun cam malas je. Minyak mahal. Tol lagi. Dulu pembangkang kononnya nak demo sampai tol turun, tengok-tengok senyap macam tu je. Cakap lebat. Habuk pun takde.
Ompi: Dah la korang, jom la kita pergi makan. Aku teringin Burger King ni. Nak makan McDonalds tak boleh sebab ustaz aku suruh boikot. Agen Yahudi katanya. Burger King takpe kot.
Hisham: Jom la. Aku pun dah puas tengok menara jagung dua batang ni. Lapar pulak rasa. Jom makan burger jom! Kat sana karang boleh sembang lagi. Sambil-sambil cuci mata tengok budak-budak Melayu punya pusat, dang it!

11 responses so far ↓
ghf // Jul 2, 2007 at 2:36 pm
pedas..kerajaan kena, pembangkang pun kena.
d49 // Jul 3, 2007 at 7:40 am
luahan hati rakyat biasa…
D50X // Jul 3, 2007 at 9:01 am
kenape artikel camni bleh ade kat sini? mcm tak berapa sesuai dgn ‘keunggulan’ artikel2 lain yg sering di postkan.
selayaknya artikel ini digubah lagi, agar lebih membina, meskipun ia sekadar luahan hati rakyat biasa…
cantavilla // Jul 3, 2007 at 4:55 pm
di mana ada pembangkang, di situ ada kerajaan.. di mana ada pembangkang dan kerajaan, di situ ada keadilan.. dan di mana ada keadilan di situ ada kejahatan.. dunia xkan sempurna jika tiada pasangan masing2.. isn’t that right buddy?
kaki bangku // Jul 4, 2007 at 8:57 pm
para pengomen,
rasanya bukan itu mesej yang ingin disampaikan tuan penulis.
bila saudara najwan meletakkan tanda soal pada tajuk artikel ini “Wacana?”, saya tafsirnya sebagai mengkritik kecetekan wacana harian kita. perbicaraan normatif yang kita terbiasa itu tidak akan membuahkan perubahan yang mendasar.
kita perlu menggerakkan wacana kontemporar yang berlandaskan pengamatan yang menyeluruh.
najwan halimi // Jul 5, 2007 at 2:56 am
Terima kaseh Bangku!
bobhandburry // Jul 9, 2007 at 5:38 pm
reality bites, and doesn’t let go…
faqir // Jul 18, 2007 at 4:28 am
“Dulu pembangkang kononnya nak demo sampai tol turun, tengok-tengok senyap macam tu je”
Aduhai…
asshabul kahfi // Jul 24, 2007 at 5:45 am
salam, semoga kamu seperti ana ingin menjadikan islam itu syumul tiada pemikiran lain selain memikirkan masalah umat nabi muhammad s.a.w dan cara pemerintahan keagunan islam semasa dizaman para sahabat. boleh kita berkenalan sebagai ansorullah. wasalam.
asshabul kahfi // Jul 24, 2007 at 5:47 am
salam faqir anta tidak tahu perjuangan pas yang sebenar nya
fat_elephant // Aug 15, 2007 at 2:14 pm
setiap kata-kata jikalau digunakan pada tempatnya, bermakna. tetapi jika setiap kata-kata digunakan hanya sebagai pengisi waktu yang terbuang, alangkah ruginya…
Leave a Comment