Dalam beberapa hari lagi negara kita akan menyambut hari kemerdekaan ke 50. Saya sebagai generasi yang lahir berpuluh-puluh tahun selepas Malaysia menyambut kemerdekaan, sebenarnya tidak mengerti apakah sebenarnya erti kemerdekaan kepada saya mahupun rakyat Malaysia. Dan saya percaya bukan sahaja saya, malahan ramai lagi remaja yang seangkatan dengan saya tidak mengerti erti kemerdekaan mahupun membuat tafsiran ataupun pendapat tersendiri yang sememangnya subjektif dengan menyatakan kebebasan yang dicapai oleh rakyat kita sekarang ini.
Dengan memberikan contoh-contoh negara seperti Iraq, Afghanistan mahupun Sudan, sudah cukup untuk mengatakan kita ini bebas sekurang-kurangnya tidak perlu lari mahupun mengelakkan diri daripada terpijak periuk api malahan terkena tembakan curi. Jika anda membaca buku sejarah anda akan membilang dengan jari berapa banyak negara yang merdeka daripada kuasa penjajah tanpa sebarang pertumpahan darah, dalam erti kata lain rombongan kemerdekaan ke London tidak perlu menggunakan darah sebagai cop jari perjanjian sekalipun dengan British. Anda mungkin boleh berbangga dengan fakta ini, kerana Timor Leste, sebuah negara yang paling baru di dunia itupun mengorbankan puluhan ribu nyawa untuk mencapai kemerdekaan daripada Indonesia.
Ataupun anda mungkin boleh memilih untuk bersetuju dengan saya yang langsung tidak bangga dengan pencapaian ini. Anda mungkin bersetuju jika Tunku Abdul Rahman berjuang seperti Napoleon Bonaparte dalam Revolusi Perancis 1786, tidak akan timbul masalah DEB, integrasi kaum dan pelbagai lagi masalah yang melanda Malaysia terutamanya Melayu pada masa ini.
Mungkin Pulau Pinang menjadi milik Kedah, Sabah dan Sarawak menjadi dua negara berasingan dan banyak lagi sejarah yang sangat sukar difahami sebab musabab ianya berlaku. Namun, sejarah tetap sejarah. Apa yang berlaku telah berlaku. Ia tidak boleh diundur semula. Hanya khayalan hollywood dalam “Back to future†yang boleh mengundur sejarah dan mengubah sejarah.
Sejarah telah membuktikan juga akibat perbuatan bangsa Melayu yang sering mencuba untuk melawan penjajah menyebabkan British meletakkan kaum Cina di bandar untuk berniaga dan kaum Melayu di kampung untuk bercucuk tanam. Kaum melayu tidak diberikan pendidikan Inggeris dan sememangnya kaum Melayu pada masa itu telah dicanai dan diacukan untuk mencapai kemajuan dengan menidakkan peluang kaum Melayu mendapat kemerdekaan.
Kini kaum Melayu sedar bahawa pendidikan teramat penting. Dahulu golongan Melayu kelas pertengahan boleh dibilang dengan jari, kini kaum Melayu sudah semakin maju, semakin ramai kelas pertengahan dilahirkan dan semakin ramai Melayu mendapat pendidikan di universiti-universiti berprestij dunia penjajah di zaman kolonial dan di dunia penjajah masa kini.
Dengan berlakunya perubahan ini, semakin ramai golongan Melayu terutamanya golongan remaja hilang identiti dan akhlak sebagai seorang Islam (paling kurang pada nama) dan Melayu dengan cuba mengikut budaya dan gaya hidup barat membabi buta. Anda mungkin akan ketawa dan juga kagum dengan anak-anak muda yang memakai pakaian ala skin head di ibu kota dan cuba lagi meniru kumpulan skin head ini dengan meminum vodka, rhum dan pelbagai tonic lagi untuk merasakan diri sangat “cool†dan trendy dengan skinhead.
Skinhead yang di asaskan oleh penyokong Nazi di German sebenarnya meminum vodka kerana mereka sangat sejuk (kebanyakan mereka suka melepak dengan anjing2 mereka di tengah jalan) dan memerlukan vodka untuk memanaskan badan mereka. Skinhead yang sememangnya seratus-peratus Melayu ini meminum vodka untuk berlagak sebagai pure skinhead sedangkan mereka ini sangat jahil dan mengikut budaya lifestyle membuta tuli.Mungki suhu 38 celcius di ibu kota ini sama dengan -15 dan -30 di Berlin dan Hamburg agaknya.
Ataupun itu juga tanda Malaysia sebagai negara yang merdeka. Berzina ataupun persetubuhan haram kini menjadi trend remaja kalau tidak semua (paling kurang 45 peratus). Tidak hairan jika NGO seperti Raudhah Sakinah terpaksa mengambil langkah pro-aktif dengan memasang banner di ibu kota yang bertajuk “Anda bijak,jauhi zinaâ€.
Ahh, kitakan sudah 50 tahun merdeka, sedang mengejar negara maju, apa nak dihairankan dengan semua itu. Itu semua fikiran kolot. Negara-negara maju seperti UK dan lain-lain sekalipun menggalakkan hubungan di luar nikah dengan memberi pelbagai bantuan bagi menyokong golongan ibu tanpa bapa ini. Adakah anda berpendapat keruntuhan moral perlu seiring dengan kemajuan? Ataupun ianya satu pandangan kolot anti-kemajuan?

9 responses so far ↓
naem // Aug 11, 2007 at 6:10 pm
erm..betul jugak apa yang dikatakan..sememangnya begitu..ramai muda mudi hari ni hanyut dengan keseronokan..pada mereka, hari merdeka tak ubah hanya sebagai hari berseronok dan dimalam harinya adlah malam syurga..bagi yang berkerja pula hari merdeka hanyalah hari bercuti bagi mereka..kenapa????
masih belum muncul kesedaran sebenar kerana dalam sedar dan tidak sedar sudah genap 38 tahun kejatuhan khilafah islamiyah dan tidak ada pun dikalangan kita yang menyedarinya
najwan_halimi // Aug 15, 2007 at 5:47 pm
Kejatuhan khilafah Uthmaniyyah merupakan satu rahmat kepada umat Islam, khususnya umat Islam di Turki.
sape-sape // Aug 16, 2007 at 1:36 pm
Boleh terangkan dengan lebih lanjut bagaimana kejatuhan sebuah kerajaan Islam yang agung boleh menjadi rahmat apabila tiada lagi kerajaan besar yang dapat mempertahankan Palestin?
kaki bangku // Aug 16, 2007 at 5:34 pm
Sememangnya kerajaan Uthmaniyah itu “the sick man of europe” dan amat perlukan perubahan drastik terutama dari aspek ekonomi. Tapi saya tidaklah menganggap kejatuhannya sebagai suatu “rahmat” kerana kemunculan Ataturk merosakkan khazanah dan institusi Islam Turki. Para pejuang liberalisasi juga harus ambil kira reformasi Tanzimat yang pada saya merupakan percubaan positif ke arah kebebasan hak individu yang harus dikembangkan dalam struktur kuasa sedia ada, bukannya digantikan dengan autokrasi badan tentera sekular Turki. Malah jika diteliti kajian sejarah para akademik barat terkini, era Tanzimat menyaksikan ekonomi Turki uthmaniyah bertambah maju, tidak seperti yang dituduh penyelidik kolonialis lampau dan sekularis Turki. Seorang sejarawan barat menyimpulkan salah faham terhadap Uthmaniyyah dengan ungkapan berikut:
najwan halimi // Aug 16, 2007 at 5:34 pm
Kerajaan Turki Uthmaniyyah di akhir-akhir kejatuhannya merupakan sebuah kerajaan yg korup dan bejat.
Boleh rujuk sejarah, bagaimana rasuah dan penyelewengan merupakan rutin dan gejala biasa ketika itu.
Tentang isu Palestin, saya pingin utk tahu..apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh umat Islam? Al-Aqsa?
Aqil Fithri // Aug 23, 2007 at 8:53 am
salaam,
sdr kaki masam,
saya sangat terperanjat sekaligus kagum dengan pemerolehan statitik saudara tentang 45% di kalangan remaja telah menjadikan zina sebagai trend.
kalau tidak keberatan, bisa berkongsi lanjut?
wassalam!
eddyra // Aug 30, 2007 at 4:54 am
Aku duk mencari-cari apa yang merdeka sangat sana sini merdeka, pasang bendera atas bumbung kereta. Pacak bendera tepi “sebeng†motor. Ke hulu hilir duk tayang bendera merdeka dia, merdeka sangat la tu.
Dua tiga tahun lepas banyak juga aku tengok banner bendera Malaysia atas bonet kereta. Aku duk terkial-kial terfikir sorang-sorang apa kejadah sampai kain bendera pun dah jadi banner kat bonet depan kereta. Setakat pacak bendera kecik atas bumbung tu ok lagi.
Tapi tahun ni dah kurang sangat, apa pasal ekk.. takde sponsor kut, atau mereka pun dah jadi macam aku. Aku tak ler sakit mata, tapi bagi aku, aku ulang sekali lagi bagi aku tak payah ler sampai beria-ria sangat, kalau orang Ganu kata menebeng sangat la tu. Pasang bendera ke tak pasang ke, bagi aku sama jer. Itu pandangan peribadi aku dan bukan bermaksud aku ni menentang arus.
Merdeka dah pun merdeka, yang berbendera tu betul-betul ke ada feel kemerdekaan? Cakap elok-elok.. Pada aku, hanya mereka yang benar-benar berada di zaman peralihan dari penjajahan British jer yang ada feel kemerdekaan yang sebenar, sebab dia tengok, dia rasa pahit maung, susah payah dan sebagainya.Umpamanya bila nak sambut hari raya puasa, kita ada rasa feel nak behari raya, ada mari gitu. Sebab, sebab kita rasa letih, penat, malas dan sebagainya selama sebulan ‘dijajah’ so semakin dekat nak raya, feel tu semakin kuat untuk menyambut hari raya. Itu message aku.
Kalau tanya generasi baru macam aku ni, aku percaya jawapannya adalah sama. Entahlah kalau ada sebahagian yang tak sabar-sabar nak menyambut hari kemerdekaan tu. Ada ke sesiapa yang tak sabar-sabar menanti hari kemerdekaan? So di mana silapnya, aku ke yang silap, atau peredaran masa membuatkan feel itu hilang.
Bagi aku kemerdekaan yang sebenar ialah Tanah Melayu di bebaskan oleh penjajahan British pada 1957. Macam photo Tunku Abdul Rahman ni, ini lah photo kemerdekaan yang sebenar.
Dan pada pandangan aku lagi, erti kemerdekaan sebenar untuk golongan muda hari ni lebih kepada nak ajak mereka supaya memahami susah payah hidup dijajah, mengekalkan kemerdekaan dengan cara hidup yang sejahtera, harmoni antara kaum, belajar elok-elok, majukan negara bla bla bla bla.. dan yang pasti ada unsur-unsur nasihat supaya sokonglah kerajaan. Well thats fine lah.
Aku hargai orang dulu-dulu bersusah payah nak memerdekakan Tanah Melayu, aku berterima kasih, syukur alhamdulillah aku lahir jer ketika Malaysia sudah lama merdeka, tapi hari ini kalau orang tanya apa itu hari merdeka, aku jawab ‘public holiday’..
w.a.s // Sep 3, 2007 at 8:53 am
a’kum..em i2la pasal…
skng remaja bk yg xphm n xhrgai lgsng..
bg sy,wlpn sy nie remaja gak,tp skrgnye sy hargai gak merdeka..w/pn sy xbbtl dpt rse mc org2 lme rse..sy xpnh nk g lepak kt dataran,ske2 menyemak kt sne..knn smbt merdeka..padahal xde wrpe pn..sje nk penuh ruang n wat kecoh..mcm gaduh la,apela..
de yg pegi ngn geng2..nk gaduh ngn geng lain.ade yg mati or cedera..
de yg wt mksiat..de kte mlm mrdeka la nk wt ‘projek’ ngn awek..smbut merdeka knnnye..
mnm arak,party,n sbginye..
lain btl pengertian merdeka pd mrk kan??
tkt btl sy klu terjerumus bnda2 mcm nie..
hrp dijauhkan dr diri kite smua..
amin..
Ellen Riddle // Nov 12, 2008 at 11:09 pm
2cagzd397jmc6×9w
Leave a Comment