© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Khairi Jamaluddin : Putera Raja ? Adik Sultan? ….OxBridge@Son In Law !

September 10th, 2007 · 12 Comments

Salam sejahtera, sekali lagi saudara KJ menggemparkan tanah air, kalau tidak menggemparkan anda semua, mungkin menggemparkan saya. Prinsipal kumpulan konsultan Pak Lah ini telah memenangi pilihanraya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden FAM, dan tidak mengejutkan, TANPA BERTANDING.

Kalau dilihat dari kaca mata naif, KJ hanyala seorang penggangur, setelah beliau sendiri mengumumkan perletakan jawatan daripada banyak agensi/syarikat dsbnya.

Sudah tentu orang yang naif mengatakan dia tidak ubah seperti Tan Sri Isa Abdul Samad.

Tetapi, Isa seorang bekas menteri, mungkin tidak ke Oxford, tetapi sudah lama menjadi Menteri Besar N.S., sebelum menjawat jawatan Menteri Persekutuan.

Mungkin juga KJ seorang putera raja yang akan memenangi sebarang jawatan yang ditandinginya tanpa bertanding. Mungkin, selepas pilihanraya nanti, KJ akan menang jawatan Timbalan Presiden Umno yang disandang oleh Najib, dan saya tidak akan terkejut, jika sekali lagi, tanpa bertanding.

Namun itu bukan persoalannya, setinggi tahniah harus diberikan kepada KJ jika beliau akan membawa Malaysia ke Piala Dunia 2010. Mungkin konsultan-konsultan dari Bristol, Princeton dan Imperial akan membantu Khairi dalam FAM.

Namun, saya juga bimbang, ibu bapa akan semakin tertekan untuk memastikan anak mereka menjejak langkah pemimpin terulung ini ke OxBridge.

Khairi sebagai menantu Pak Lah tidak timbul persoalan jika beliau mampu menunjukkan bakat kepimpinannya dengan INTEGRITI , JUJUR dan AMANAH.

Mungkin Malaysia akan menuju era dimana Perdana Menterinya berusia 40an dan ke bawah, dan seorang graduan, dari Harvard, Yale mahupun Oxbridge, seperti tokoh barat yang bernama, Bush, Clinton dan Blair.

Tags: Umum

12 responses so far ↓

  • farhan // Sep 10, 2007 at 8:20 pm

    aku cuma pelik je kaki masam. org letak jwtn biasanya tak masuk balik dalam sesuatu ajk.tp dia letak jawatan n masuk balik.lagi tinggi plk tu jwtn dia dapat.

    jgn bimbang..org mcm ni tak kekal lama.apa yg dia ada hanyalah sijil nikah ngan Nori n ijazah dr Oxford.tp yg nampak begitu berguna padanya adalah sijil nikah.

    dia sebenarnya mengambil risoko menerima jawatan tu..jikalau bola sepak malaysia gagal lagi, kaw2 dia kena kutuk lepas ni.kebencian pada dia pasti lebih teruk dari sekarang.

    cuma pelik mengapa tiada orang yg berani melawan khairy tu dalam apa2 pemilihan.laluan yg diperolehinya begitu mudah.

  • can // Sep 11, 2007 at 2:02 am

    Kita harus bersyukur bahawa semakin ramai anak Melayu yang berjaya diterima di universiti2 yang muluk2 seperti Oxford dan Cambridge. Rata2nya akan mengemudi nasib bangsa pada suatu masa nanti.

    Yang harus disayangkan ialah bila orang yang berpendidikan setinggi (atas biasiswa wang rakyat) itu berfikiran and bertindak lebih teruk daripada mereka yang tidak berpelajaran.

    Semoga kita insaf dan memilih pemimpin yang berperibadi baik dan berkebolehan hendaknya.

  • najwan_halimi // Sep 11, 2007 at 4:25 am

    Khairy hanya akan menjadikan FAM sebagai kuda tunggangan dalam mendaki cita-cita politiknya.

    Kenapa letak jawatan sebagai Exco (atas semangat setiakawan dengan Tengku Abdullah, kononnya!) tetapi menerima jawatan sebagai Timbalan Presiden?

    Kita tunggu dan lihat, sejauhmana beliau mampu mengangkat martabat skuad bolasepak negara.

    Atau selepas ini, skuad Malaysia tak lebih dari skuad yang bertaraf MyTeam sahaja…!

  • Labisman // Sep 12, 2007 at 3:24 pm

    12/09: Petition to The Agong
    Category: General Posted by: Raja Petra
    Malaysia Today is going to send a Peoples’ Petition (Petisyen Rakyat) to His Highness The Yang di-Pertuan Agong. I really do not need to go into the host of reasons for the dire need of this Peoples’ Petition. Amongst some of the issues which are of concern to the Malaysian people are:

    1) The recent shooting of two people in Kuala Terengganu.
    2) The reported gang clashes in Kuala Lumpur, Penang and Johore over the 50th Merdeka celebration holiday that resulted in a few deaths.
    3) The Auditor-General’s report that revealed gross and blatant abuses and transgressions in the management of the peoples’ money involving billions of Ringgit.
    4) The state of affairs in the Royal Malaysian Police where even the former IGP Tun Hanif Omar admitted that corruption is a serious problem.
    5) The state of affairs in the judiciary where senior judges have been bypassed in many promotion exercises in favour of candidates with blemished records.
    6) The breakdown of law and order and allegations by serving police officers, who have signed Statutory Declarations or Affidavits, that the organised crime syndicate is running the police force.
    7) The dangerous and alarming racial and religious divide.
    8) Abdullah Ahmad Badawi’s implication in the Oil-for Food scandal.
    9) The need for electoral reforms as proven by the incidences of gerrymandering and phantom voters in the many general elections before this and which will continue and prevail in the next general election.

    Our concern is not confined to just these nine issues above but suffice that these nine demonstrate the urgent need for this petition. The actual text of the petition will be properly worded to meet the protocol requirements of a letter that is addressed to The Agong but the spirit of the petition will encompass the above.

    If you support this Peoples’ Petition, please sign it in the blog below. You need not add any comments. In fact, we do not need your comments. Just add your name to it. If you do not support it then no need to do anything.

    (Those not registered in Malaysia Today but would like to sign the petition just send me an e-mailed at raja.petra.kamarudin@gmail.com with the message “Signed” and your name.)

  • d49 // Sep 13, 2007 at 5:22 pm

    kenapa la korg negatif sgt ngan khiary nie. khairy mungkin peribadi dia kurang,tapi kalau dia mempunyai idea yg bernas utk meningkatkan mutu bolasepak negara apa salahnya.kita tunggu dan lihat nant sejauh mane khairy boleh bawa bolasepak negara.

    dia menang tanpa bertanding biar la.mungkin kredibiliti dia di iktiraf org lain.jgn terus lontar tanggapan negatif memburukan org.tak elok.

  • farhan // Sep 13, 2007 at 10:52 pm

    saya terima nasihat d49 yg mengatakan jgn terus lontar pandangan negatif pada org.tp pandangan negatif kami ada asasnya.

    kj jilat ludah sendiri ke lps letak jawatan kononnya bertanggungjawab atas prestasi bola sepak negara?or bila dah menang piala merdeka tanggungjawab tu tiada lagi dan dia boleh lompat masuk balik.jika dia idea bernas sekalipun, mengapa tidak utarakan sahaja terus pada org atasan.bukan ke ‘kabel’ kj lg besar.

    kalau d49 nak betul-betul idea bernas, pada saya rmi je bekas pemain era 80-an yg boleh diberi peluang utk memimpin FAM.tapi mengapa tidak mereka dipilih?mengapa KJ???tak paham!

    mungkin d49 menaruh harapan pada kj utk mengembalikan maruah bola sepak malaysia melihat pada usahanya dgn my team & UPB/my team.perlu diingat yg setakat ini kj belum lagi membuktikan kemampuannya dalam dunia pengurusan bola sepak.erti kata lain dia tiada track record.setakat jd chairman UPB my team apalah sgt.duk atas goyang kaki.yang tolong menagkan UPB my team awang import(top scorer liga perdana).track record dia dlm politik pun masih lagi kosong.jadi juara rempit adalah!bila mat rempit bakar Jalur Gemilang mana dia pergi?

    mgkn juga FAM mahu nafas korporat ada dalam badan itu dengan membawa masuk kj sama seperti BAM bawa masuk nadzmi.tp nadzmi lain dr kj.kj banker cum politician.payah la nak maju bola sepak malaysia selagi politicians ramai dlm FAM.silap ari bulan jadi persatuan bola sepak umno plk.

    kebaikan kemasukan kj semula hanya satu. risiko FAM untuk menghadapi masalah kewangan lps ni sgt tipis.bailout sedia menanti.

    btw, tahniah utk kj & nori sbb dikurniakan anak lelaki.

  • phoontan // Sep 14, 2007 at 12:18 am

    YM,you 2 votes from us

  • d49 // Sep 14, 2007 at 11:30 pm

    tindakan kj kembalik ke FAM setelah meletak jawatan mungkin satu perkara yg agak pelik.namun, ape yg aku nak tekankan disini ialah kita perlu tunggu dan lihat apa yg akan terjadi apabila kj memegang jawatan tersebut.jgn terlalu negatif.

    mungkin kj belum ada track rekod yg bagus dlm dunia bolasepak.apa yg ada cuma usaha kj dlm membina pasukan upb myteam yg aku kira satu usaha yg baik utk mencungkil bakat pemain2 baru. dan aku rasa,usaha kj dlm membina myteam tu bukan lah usaha yg membantutkan perkembangan bolasepak negara kan?jadi,dlm track rekod kj dlm bolasepak,takde la lagi rekod yg amat memalukan.kalau yg menangkan upb myteam tu awang import,apa salahnya.arsenal pun guna awang import utk kuatkan team sendiri kan.

    itu semasa kj hanya memegang jawatan kecil dlm FAM.sekarang bila dh pegang jawantan tinggi sikit,kita sama2 la berharap agar ada lagi idea bernas dari kj.

    memang idea bernas juga boleh diperolehi dari bekas2 pemain bolasepak negara,tapi persoalannya berapa ramai bekas pemain bolasepak negara yg volunteer nak bertanding jawantan2 tertinggi FAM.lagi satu,bekas2 pemain nie mungkin mempunyai idea bernas pasal bolasepak,tapi mcm mane pula ilmu pengurusan yg mereka ada.taktikal bolasepak memang bagus,tapi hal2 berkaitan mencari sponsor,buat kertas kerja,negotiation skills dan segala hal2 pengurusan sesebuah organisasi itu mungkin kurang ada pada bekas pemain bolasepak ini.bukan niat aku nak memperlekehkan bekas pemain bolasepak negara,cuma aku lihat tidak ada lagi bekas pemain ini yg mempunyai keyakinan utk bertanding jawatan2 tertinggi FAM.kalau ada,aku sokong je mereka nie.takpayah jawatan tinggi la,at least volunteer nak jadi ajk dlm FAM pun dah kira ok.

    kj memang ada kabel besar,tapi sebagai bekas lulusan oxford,takan le nak guna kabel je.kene le buktikan kemampuan diri sendiri.kalau kj nak jadikan jawatan dia dlm FAM sebagai batu loncatan dlm karier politiknya,kene la dia buktikan kemampuanya dengan membawa perubahan kepada bolasepak negara.kalau perubahan baik maka bagus la bagi karier politik dia.kalau tak,

    ” kaw2 dia kena kutuk lepas ni.kebencian pada dia pasti lebih teruk dari sekarang.”

    aku rasa kj takkan nak bagi diri sendiri kene kutuk free2 kan.jadi,aku rasa pasti dia akan buat sesuatu utk membawa menaikan martabat bolasepak negara.

    aku bukanlah penyokong kj mahupun parti dimana kj bernaung.tapi aku rasa kj dpt membuat sesuatu utk bolasepak negara.sama2 la kita lihat samada betul atau tidak ramalan aku nie.

  • SangPelangi // Sep 17, 2007 at 2:40 pm

    Adehh.. Politik ni memang kotor..
    tapi, aku rasa terpanggil untuk membersihkannya..

    KJ.. KJ.. sungguh dia ibarat penggembur.. entah siapakah ‘Badang’ yang mampu mengangkatnya nanti.. aduhai politik ku..

  • shml // Sep 23, 2007 at 8:54 am

    sekadar berkongsi.

    Cuma bertanya-tanya pada diri sendiri. Di kala Malaysia semakin maju dalam langkahannya sendiri, biarpun ada yang suka dan sering mempersoalkan kelajuan langkahannya itu, kita dapat melihat beribu jika tidak berjuta masyarakatnya hanyut dalam arus hiburan. Mungkin definisi melayu sebagai suatu bangsa yang hidupnya berlandaskan hiburan (tidak kira lah hiburan duniawi atau ‘nasyid’) suatu pilihan diskripsi yang jika tidak tepat, paling hampir menggambarkan keadaan sebenar. Namun, realiti ini tidak menyedihkan, kerana yang lebih menyedihkan itu ialah sikap negatif yang menghiasi diri setiap yang merasakan dirinya lebih pandai, mulia dan mungkin lebih tinggi darjatnya berbanding mat-mat rempit di jalanan. Sikap negatif yang suka memandang suatu yang positif bukan pada haknya. Bukankah ini zalim namanya?

    Jika benarpun KJ mempunyai ‘kabel’ besar yang mampu mengangkat dirinya ke satu aras yang tinggi, adalah tidak wajar, kita bangsa serumpun dengannya memandang segala tindakannya keji dan menjijikkan. Bukankah dia satu-satunya insan di Malaysia ini yang mengilhamkan MyTeam? Bukankah suatu masa dahulu bola sepak tempatan hanya menjadi suatu bahan tawaan kita semua? Dan bukankah MyTeam yang diwujudkan oleh KJ ini jika tidak banyak, telah berjaya mengangkat kembali martabat bola sepak tempatan di mata rakyat tempatan sendiri? Bukankah ini suatu perkara yang benar-benar bagus? Di kala kalian bergelak ketawa besama rakan-rakan, dan sering kali menggunakan media blog sebagai suatu wadah untuk ‘berteriak dan terus berteriak kosong’, beliau dengan idea pemikiran ini telah berganjak dari teriakan kepada suatu ‘gerakan’. Bukankah ini lebih mulia secara dasarnya?

    Maka atas hujah tersebut, dek kerana beliau telah berjaya mengangkat kembali martabat bola sepak negara ke suatu tahap yang lebih tinggi, bukankah ia suatu tindakan yang wajar untuk beliau menjawat jawatan tersebut? CV nya menjadi bukti kredibilitinya. CV anda pula tidak lebih dari omongan kosong yang tidak mampu menggerakkan barang seorang pun mat rempit dari mendekati kebaikan.

    Dan tika komen ini ditulis, MyTeam sudahpun berjaya melayakkan diri ke SuperLeague. Omongan anda pula dimana ‘progress’nya?

    Sekian.

    ‘Darah amarah Melayu yang bertunjangkan semangat lanun HangTuah ‘tidak akan melayu hilang didunia’-

  • laebul kurah al-qodam // Oct 4, 2007 at 3:41 am

    kepimpinan negara memang mempolitikkan negara tanpa hirau nasib rakyat yang miskin dan daif

  • muslimah // Oct 30, 2007 at 3:42 am

    aku tak suka ngan khairi…aku lebih suka dgn mahzani… n anak anak tun mahdir… kj ni berlagak sgt… kita sama sama tgk zaman kejatuahn mamt ni bila pasukan bola kita kalah teruk,,,,,

Leave a Comment