Pengarang buku ini adalah pelopor Institute for the Study of Islamic Thought in Africa (ISITA), sebuah institut berdekatan rumah saya di Chicago. Beliau kini sudah uzur selepas diserang strok beberapa tahun lalu, iaitu sebaik sahaja menerbitkan buku di sebelah kiri ini, West Africa, Islam, and the Arab World, yang boleh saya anggapkan sebagai magnum opus buat karier intelektual beliau.
Walaupun tidak beragama Islam, secara peribadi saya menyanjung jasa Afrikanis ini dalam menggali khazanah ilmu peninggalan para ulama Afrika Barat lampau, khususnya dari lokasi kegemaran beliau Timbuktu. Timbuktu ini sebuah bandar lama di Mali yang berfungsi sebagai pusat kegiatan ilmu dan perdagangan yang penting bagi umat Islam black africa sejak kurun 12 Masihi lagi. Bahasa keilmuan di sini ialah bahasa Arab, dan ini terbukti melalui beberapa masjid-universiti utama di situ yang menyimpan puluhan ribu manuskrip bahasa Arab karya para ulama black africa. Ini tidak termasuk ratusan ribu lagi manuskrip yang dimusnahkan oleh penakluk kesultanan Merinid dari Marrakesh, apatah lagi kemusnahan yang dibawa penjajah Eropah.
John Hunwick telah mengambil inisiatif membeli koleksi manuskrip Arab dari para waris ulama Timbuktu dan diwaqafkan kepada perpustakaan universiti Northwestern. Di sini manuskrip tersebut dikatalogkan bagi kegunaan penyelidik akan datang. Kalau tak silap saya, beliau sudah melakukan kerja ini sejak 60an lagi, dan dari usaha beliau ini telah menarik berbagai Afrikanis hebat dari seluruh dunia datang ke universiti untuk membuat kajian mereka.
Tahun ini sahaja menyaksikan pelbagai aktiviti ISITA mengundang tetamu besar, antaranya ialah pakar sejarah sufi Carl Ernst dan dewa pujaan Jaringan Islam Liberal, Abdullahi An-Naim. Sememangnya pengalaman yang tidak akan saya lupakan apabila menyaksikan pandangan-pandangan ahli akademik big shots seperti mereka ini dikritik secara live.
Namun begitu, yang paling memuaskan bagi saya ialah peluang untuk mendekati golongan penyelidik tetap di ISITA. Mereka mungkin tidak setaraf kehebatan Carl Ernst, tapi kebanyakannya beragama Islam dan melakukan penyelidikan ini antara lainnya ialah untuk merungkai kehebatan peradaban Islam lampau. Rata-rata latar belakang mereka ialah dalam bidang Sejarah, Antropologi dan Pengajian Agama.
Empat orang daripada penyelidik ini mengikuti tariqat Tijaniyyah, yang sememangnya mempunyai sejarah intelektual hebat. Salah seorang daripadanya sudahpun tamat tempoh penyelidikan di Northwestern dan pulang ke tanah airnya, Itali. Saya masih ingat hari terakhir beliau di sini ketika saya berada di pejabatnya untuk tolong angkut barang-barang yang ingin dibawa pulang ke Itali. Beliau memiliki koleksi kitab Ibn Arabi beserta syarahannya dan sang sufi ini menjadi topik perbualan kami ketika menyantap sandwich Potbelly’s selepas itu. Saya cuba mengkritik gagasan wahdatul wujud Ibn Arabi ini berdasarkan hujah reformis Naqshabandiyyah empayar Moghul, Shaykh Ahmad Sirhindi yang berkata tingkat suluk wahdatul shuhud lebih tinggi dari wahdatul wujud. Jawab beliau, kamu kena baca dan kunyah sendiri metafizik Ibn Arabi sebelum mengaplikasikan kritik Sirhindi itu!
Berbalik kepada buku Hunwick, saya sekali lagi berakhir dengan persoalan yang sama selepas membaca lain-lain buku sejarah Islam di Afrika. Persoalan itu ialah, apakah beza antara sebuah jemaah sufi dengan jemaah Ikhwani? Di mana wujudnya kesinambungan? Di mana pula titik perbezaan dan pembaharuan?
Saya temui jawapan menarik di sini. Anda boleh mengakses artikel penuhnya melalui universiti masing-masing, ataupun tinggalkan email anda di cbox dan saya akan kirimkan secara peribadi.



6 responses so far ↓
najwan halimi // Oct 7, 2007 at 3:52 pm
bangku,
tarikat Tijanniyah ini punya tradisi intelektual yg hebat?
boleh kau jelaskan lagi..
on ya, email aku, najwanhalimi@yahoo.com
salaam.
kawan // Oct 7, 2007 at 4:55 pm
Mengapa saya keluar dari toriqot tijaniyah???
oleh Asy-Syaikh Muhammad Taqiyuddin al-Hilaly
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44440
kaki bangku // Oct 7, 2007 at 7:12 pm
Tradisi intelektual Tijaniyyah yang saya maksudkan di situ ialah tradisi pemikiran Qarawiyyin (Fez), Zaytuna (Tunis), dan Azhar (Kaherah). Ada sedikit dijelaskan dalam artikel ini - http://tijani.org/tijani-education . Tentu yang saya maksudkan dengan intelektual ini bukan mengikut definisi enlightenment ala Kant, sebaliknya merujuk kepada tradisi intelektual Islam klasik.
Kritikan al-Hilaly itu memang sudah biasa saya jumpa ketika menyelak manuskrip-manuskrip polemik black africa di ISITA yang diterjemahkan oleh fakulti. Bukan perkara baru. Saya sebagai pemerhati luar yang neutral melihat banyak kritikan tapi pada masa sama juga banyak pujian dan perkara positif terhadap Tijaniyyah.
Semua jenis organisasi dan semua jenis orang boleh saja dikritik. Yang pasti, kenyataan empirik menyaksikan jemaah Tijaniyyah sebagai suatu fenomena hebat di black africa, terutama di kalangan golongan berpendidikan tinggi.
Mali » Blog Archives » Daily Herald: SCOTUS SCHOOLS RACE // Oct 14, 2007 at 7:29 pm
[...] Kakiblog.com: Timbuktu [...]
rugbystd1 // Oct 23, 2007 at 1:51 am
What you think is an answer, I am interested to read.
M.TAQIYUDDIN // Nov 26, 2008 at 10:26 am
salam ukhwah…
apa2 makluman send to my e-mail..TQ…
Leave a Comment