© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Kelmarin

November 19th, 2007 · 21 Comments

Kelmarin,
Ada ribu-ribu kuning,
Juga biru-biru dinding,

Yang berjalan-berjalanlah,
Yang bertahan-bertahanlah,

Provokasi dimanipulasi,
Demokrasi diderai,

Empat dari sepuluh,
Menapak dalam peluh,
Berpaut konon utuh,
Sekali kena rempuh,
Habis semua luruh,

Mari beramai terus mencaci,

mari naikkan nama suci,
mari bersama kena cuci,

kelmarin,

yang tegap jadi lumpuh,
hidung meninggi angkuh,
lubang hidung melepuh,

pak mat, ah chong dan minaci,
jangan lagi jadi balaci,
mari korek semua dalam laci,
biar semua kita hilangkan kunci,
agar nanti tiada lagi benci,

mari naikkan bara api,

biar panas rasa sampai ke pipi,
debu yang terbakar kita sepak ke tepi,
agar semua tersusun kembali rapi.
*Puisi duet bersama zinggof

Tags: Sajak · Umum

21 responses so far ↓

  • kaki bangku // Nov 19, 2007 at 6:10 am

    Suatu penilaian yang idealist dan escapist…

  • Laila // Nov 19, 2007 at 11:17 am

    Bangku mula berminat dengan puisi kah?

  • renegix_01 // Nov 20, 2007 at 3:24 am

    puisi duet…:P

  • apun // Nov 20, 2007 at 8:22 am

    escapist tuh ape? (erk takut silap pikir)

    wan yang cadangkan puisi ini di duet kan.. dan sebenarnya dalam puisi ni ada dua nada dan idea yang berbeza..

  • Kaki Bangku // Nov 20, 2007 at 9:04 am

    Escapist ini sikap menjauhkan diri dari berdepan dengan realiti. Idealist pula adalah sikap tidak praktikal dan tidak mengambil jalan pragmatik. Gabungan escapism dan idealism tidak akan membawa penyelesaian.

  • apun // Nov 20, 2007 at 2:08 pm

    jadi apakah realitinya?

    realitinya sendiri pun dicerca.. realitinya sendiri tak ada kepastian. kekiri hancur. kekanan luluh. =).

    agaknya terpaksa bpikiran escapist sekarang nih… atas sebab2 yang perlu diakurkan…

  • Taufik // Nov 20, 2007 at 6:51 pm

    Where does pragmatist fit in the picture?

  • adibahabdullah // Nov 20, 2007 at 7:15 pm

    salam,

    Sastera tidak pejal, tegar, tidak terkongkong oleh satu tafsiran tentang utiliti dan praktikaliti. Pemikiran yang dibawa oleh satu-satu karya perlu dinilai seiring dengan matlamat yang mahu dicapai.

    Dalam konteks puisi seumpama ini, saya kira matlamatnya adalah untuk membakar semangat. Usah peduli sama ada pemikiran yang dipaparkan bersifat idealis, eskapis atau pragmatis. Ia penting, benar, tapi dalam konteks karya ini, matlamat untuk membakar semangat itu lebih mustahak.

    Biarkan pengkarya bebas berimaginasi, membayangkan utopia yang jauh daripada genggaman atau merintihkan penderitaan yang dibesar-besarkan daripada kenyataan. Kalau mahu semuanya tepat seperti dunia sebenar, untuk apa perlu novelis atau sajakis? Baca saja akhbar atau artikel ilmiah!

    Jangan menilai sastera seperti doktoral akademik dan tesis sosiopolitik yang wajib menampakkan jawapan yang konstruktif terus di atas kertas. Ia abstrak. =)

    salam,
    meow~

  • Kaki Bangku // Nov 20, 2007 at 9:57 pm

    Sastera dan lain-lain bentuk hasil kreatif kesemuanya boleh dinilai secara objektif. Lihat sahaja esei Tradition and Individual Talent oleh T.S. Eliot. Mengiyakan sesuatu atas dasar sifatnya yang abstrak semata-mata itu suatu kesilapan obscurantism.

    Dan memang, saya juga melihat sajak ini punyai motif membakar semangat. Tapi kita tak boleh berhenti setakat itu. Harus dipersoalkan, semangat apa yang ingin dibakar?

    Saya kira dalam rangkap terakhir itu agak ketara juga pendiriannya yang escapist, bahkan fatalistik (serahkan kepada takdir). Co-penulis, Apun, juga mengakui dalam komen di atas akan pendirian sedemikian.

    ————
    Realiti yang dimaksudkan ialah wujudnya masalah ketara pada sistem itu, dan itu perlu diperbaiki secara proaktif, bukan memencilkan diri.

  • adibahabdullah // Nov 21, 2007 at 3:36 am

    salam,

    Ye ye bangku memang la (macam mengulang balik komen anda dlm blog kucing belang je. haha) sastera boleh dinilai secara objektif. Saya sendiri mengarang beberapa esei analisa sastera setiap semester dan dua tesis utama untuk diploma IB walaupun mungkin tidak sehebat tulisan TS Eliot.

    Tapi untuk lapangan sastera dan karya sastera, ruang untuk ke-abstrak-an perlu diberi, ruang yang lebih luas daripada yang diperuntukkan buat lapangan-lapangan lain, hatta falsafah dan politik sekalipun. Prof Rahman Shaari pernah mengutarakan teori bahawa makna sesebuah karya tersebut bergantung kepada apa yang difahami oleh pembacanya. Walaupun ini tidaklah 100% tepat, tetapi keadilan perlu diberi kepada pengarang dan pembaca yang melihat teks yang sama tetapi mendapat interpretasi yang berbeza. Dalam sastera pun nak dibiarkan ada ‘orthodoxy’ ke?

    Saya tak mahu la bercakap panjang tentang kebebasan pengkarya untuk menyampaikan idealisme dalam tulisannya - ni dah masuk etika penulisan. Tapi isu yang dibincangkan sekarang adalah pemahaman mesej yang disampaikan dan abstrak/konkritnya mesej dalam satu-satu karya sastera. Objektiviti ADA, tapi ruang untuk kerelatifan dan ke-abstrak-an, juga ‘wajib’ ADA.

    Saya sering ‘bertelagah’ dengan guru sastera (yang sangat saya hormati) di kolej dahulu apabila pemahaman yang diajarnya atau yang ada dalam skema tidak sama dengan pemahaman saya. Sehingga sekarang saya masih keliru - mengapa subjek Malay A1 International Baccalaureate - yang menuntut analisa kritis teks-teks puisi, cerpen, drama dan novel tempatan serta antarabangsa - perlu ada SKEMA JAWAPAN (yang agak rigid)?

    Kalau komen saya yang awal tadi diperhalusi, saya menyatakan bahawa pengkarya bebas berkarya dan pembaca bebas memahami, serta adakalanya matlamat lebih penting daripada perincian isi. Saya tidak menyatakan bahawa idealisme yang dibawa adalah tepat dan menyelesaikan masalah. Malah saya bersetuju dengan sebahagian besar pendapat bangku bahawa idealisme yang dibawa adalah tidak lengkap dan sikap proaktif lebih dialu-alukan untuk menangani kekusutan yang ada.

    “Tapi kita tak boleh berhenti setakat itu. Harus dipersoalkan, semangat apa yang ingin dibakar?”

    Saya setuju =)

    Laila, sambung sajak ni, jawab soalan bangku?

    Hehe.

    meow~

  • Laila // Nov 21, 2007 at 5:20 am

    Sebenarnya memang punya cadangan untuk ‘kelmarin’ bahagian 2, cuma tidak berkesempatan. Tak sangka pula si bangku mula berminat dengan puisi, sehingga rajin benar mengkaji hasil-hasil tulisan karyawan tegar.

    Tetapi, seperti kata kak Adibah penulis punya kebebasan untuk berkarya. Setiap penulis punya darah, irama, serta lagu yang berbeza-beza. Suasana yang berbeza-beza. Dan pastinya takkan sama T.S Elliot itu dengan saya, bukan? Mungkin juga Encik Kaki Bangku perlu membuat sedikit lagi kajian mengenai karya-karya lama karyawan nusantara, mungkin nanti akan lebih celik akan sosiobudaya serta ekspresi timur dan barat.

    Saya tidak bersetuju dengan istilah escapist itu. Mungkin lebih elok jika escapist itu ditukar kepada ‘UZLAH. Satu perlakuan yang memberi ruang pada diri tanpa mengabaikan faktor ilmu dan kesederhanaan pada segi tindakan . Mungkin secara literalinya tiada memberi sebarang impak, tapi pada rohaniah dan ‘aqli akan membuahkan momentum yang besar.

    Sungguhpun jika pandangan penulis puisi ini kelihatan TIDAK ‘escapist’, akan membawa sebarang kesan ‘PUTIH” kah? Apakah ‘kaki-kaki yang cuba berpijak di atas bumi yang nyata’ tidak mampu menerima warna lain selain ‘KUNING’?

  • Taufik // Nov 21, 2007 at 5:28 am

    Interesting article by T.S. Elliot – I have never read that before and thanks Bangku for pointing it out.

    You know what, I think at first Bangku is talking about something else, and then Adibah Abdullah suddenly jumps on another different point. By then Bangku can’t resist to fire back and now we have a series of interesting arguments. Hehe..

    A poet can be idealist, fatalistic, escapist, pragmatist, whatever. It is not the concern of the critics to criticize the poet, as T.S. Elliot himself said: “Honest criticism and sensitive appreciation is directed not upon the poet but upon the poetry” (Tradition and Individual Talent). I don’t think either that Bangku at first meant to criticize these two poets personally, he was just merely pointing out that Laila is idealist and Apun is escapist. The usual Bangku that we know – who always have something to say about everything – gave his opinion that this so-called duet is a match-made in hell (Sorry for exaggerating). Correct me if I’m wrong (I’m so sorry if that is the case). And then Adibah Abdullah came in and suddenly gave her two cents on how to evaluate literature… Anyway, these two people seems to have something to poke about at each other all the time… hehe.. Why am I even reiterating these events? Lol. Ampun..

    Now here comes my two cents on this topic. Knowing Eliot’s style, it is unsurprising to read what he has written in his article: Tradition and Individual Talent. With all due respect to Eliot’s reputation (he is one of my favorite poets after all), his view is by no means the only view that we should partake in the field of poetry criticism. Know that Eliot himself is criticized by many for not being poetry at all! F. W. Bateson once published an essay called ‘T. S. Eliot: The Poetry of Pseudo-Learning’ So, in Traditional and Individual Talent, Eliot is pretty much trying to defend of his own discrete, objective style of poetry.

    Eliot is infamous for his invention ‘objective correlative’ in poetry, which is a literary term for a “symbolic article used to provide explicit, rather than implicit, access to such traditionally inexplicabile concepts as emotion or colour” (Wikipedia). Eliot is also the grand master for using allusions in poetry. Just read “Notes on the Waste Land”, where he list all his allusions for his masterpiece The Waste Land, and you will find that easily 50% of his work is about what he called “salvaging of tradition in an age of fragmentation and adding richness through unexpected juxtaposition.” But some condemn it as just being plain plagiarism and lack of originality. Small surprise that Eliot is really big on objectivity in literature and small surprise to that Bangku subscribes to his idea well. By the way, my lit teacher is someone who is big on this idea too (he is a big Eliot fan), so I myself am on the same page with him – after all I consider myself mainly as a reductionist. Hehe..

    I don’t want to comment much on the topic of who’s who being fatalistic, idealistic, etc. But I just want to point out that Eliot himself is fatalistic at times – just read The Waste Land, The Love Song of J.Alfred Prufrock, and consider Eliot’s affinity towards Dante’s Inferno which he used fragment of it as an allusion in The Waste Land.

    LET us go then, you and I,
    When the evening is spread out against the sky
    Like a patient etherised upon a table;
    Let us go, through certain half-deserted streets,
    The muttering retreats
    Of restless nights in one-night cheap hotels
    And sawdust restaurants with oyster-shells:
    Streets that follow like a tedious argument
    Of insidious intent
    To lead you to an overwhelming question …
    Oh, do not ask, “What is it?”
    Let us go and make our visit.

    (T.S. Eliot, The Love Song of J. Alfred Prufrock)

    Bangku, you may not like an escapist’s idea when it comes to solving a political dilemma, but it not right either in literature to criticize the poet for his stance, for he is just writing his own poem… You can criticize the quality of his poem if you like. Since all of us here are just ‘friends’, I don’t think it matters though. Takpa la menegur dan mengkritik dalm kapasiti lain, mungkin sebagai kawan, mungkin sebagai self-hired pengkritik peribadi, mungkin sebagai… dan lain-lain.

    I rest my case =)

  • Taufik // Nov 21, 2007 at 5:29 am

    Maybe I get the whole idea of escapist and idealist the other way round, but whatever..

  • adibahabdullah // Nov 21, 2007 at 5:58 am

    salam.

    Couldn’t help laughing throughout the way, Taufik.

    Sorry if I seem to be pushing my doses of literary (with main focus towards Malay literature) about. I have my reasons, though. Sometimes being too much of a theorist/objectivist hinders a more appreciative perception of things, just as being too much of a relativist will end up in nothing constructive or realistic.

    Ape-ape lah.. he he he (tiru Taufik)

    meow~

  • adibahabdullah // Nov 21, 2007 at 6:08 am

    alamak

    tertinggal point.

    Taufik, rasanya bangku tak kritik pun penulis-penulis ini secara personal, tapi memfokuskan kepada IDEA yang dipaparkan.

    Now people might say, what on earth is it then that I’m disagreeing about? No, I’m not contradicting myself. My issue is about being objective or abstract/relative in evaluating ideas in literature.

    Refer to the above comment(s) and integrate everything lah. Haha.

    meow~ (dh berape kali mengiau ni?)

  • Taufik // Nov 21, 2007 at 6:35 am

    Haha… Adeh, mak kucing baru bangun pagi ke?

    Ok I don’t want to prolong this futile debate any longer, so I better keep quiete. But I know what you mean…

  • FahdRazy // Nov 21, 2007 at 8:39 am

    Ish…kasihan arnab warna kuning dalam gambar tu. Berdarah telinga dia… Siapalah arnab tanpa telinga. =D

  • apun // Nov 21, 2007 at 6:09 pm

    secara umunya..
    dalam beberapa puisi yang ak tulis tentang politik. mmg aku bersikap ~berkecuali~. memang betul kata bangku..bersikap begini tak beri penyelesaian. tapi, itu kalau aku seorang ahli politikus(politiking)…

    tapi aku tulis sebagai rakyat, bagi aku, rakyat harus bersikap begini sebelum membuat keputusan. ~~memberi ruang kepada diri sendiri. memberi masa untuk berfikir, dan membuat penilaian. bukan melarikan diri. perkataan melarikan diri itu hanya boleh digunakan kalau kita ada dalam perjuangan. tapi, aku tak berjuang untuk mana-mana pihak.

    ini bukan sajak seorang ahli politik, ini seorang rakyat, yang secara jujur xjumpa kelebihan hari kuning (fokus satu)…juga rakyat yang melihat permainan ahli politik.(fokus dua)..

    setelah bersikap berkecuali.. ada seruan di bahagian kedua sajak/puisi ini..

    aku xnmpak mana-mana bahagian yg menunjukkan sikap memencilkan diri. malah ada ayat seruan yang jelas. cuba mungkin ada yang kurang faham apa yang diserukan. itu aspek pemahaman mentaliti manusia.

    jujurnya, aku tak rasa puisi ini perlu disambung. semuanya jelas..
    apa yang aku fikir, tak sama seperti apa yang orang lain fikir.

    tapi, kalau tak jelas juga … terpaksalah.

    jgn bandingkan penulis puisi dengan mana-mana penulis puisi lain. sikap begitu membuatkan kamu terjerat dengan idea penulis lain.

  • kunang putih // Nov 21, 2007 at 6:36 pm

    kaki bangku,

    rasanya tak ada istilah fatalistik tertonjol pada rangkap terakhir puisi ‘Kelmarin’

    garap-garap terakhir bercerita tentang semangat.. tentang seharusnya kita tidak escapist.. terus-menerus menerima sebulat-bulatnya..

    rangkap-rangkap terakhir..bercerita tentang bagaimana seharusnya kita bangkit.. membetulkan apa yang seharusnya dibetulkan..

    kaki bangku,
    maaf..kamu yg sebenarnya escapist.. melihat hanya dari luaran..tidak sampai ke dasar umbinya

    jangan hanya pandai menghentam..tapi tidak memahami isi yang ingin dihentam..

    jangan hanya pandai menumbuk.. tapi tidak tegar menangkis serangan~

  • kaki bangku // Nov 21, 2007 at 7:37 pm

    Komen kunang putih itu saya kira sudah masuk serangan peribadi. Kata-katanya penuh generalisasi. Dan saya tahu siapa berselindung di sebalik kunang putih. Tapi saya tak mahu membawa diskusi ini ke arah itu.

    Apun sebaliknya memberi pandangan yang lebih adil, walaupun sebahagian sasarannya tidak kena kerana hakikatnya saya tak berminat (apatah lagi berniat) mengkritik bentuk dan gaya bahasa sajak ini. Saya hanya menyebutkan nama TS Eliot kerana provokasi dan digression Dibah tentang isu objektiviti ( satu trick red herring barangkali).

    Isu utamanya ialah sekitar sikap non-partisan dan aku-tidak-pedulisme. Saya membantah pendirian ini dan ini tidak bermaksud anda perlu terima. Terpulanglah kalau tak nak setuju. Tapi jangan berselindung disebalik kesamaran sajak untuk menaiktaraf pendirian anda kepada status maksum.

    Setakat ini sahaja. Saya tidak online buat sekian waktu selepas ini. Kes ditutup.

  • apun // Nov 22, 2007 at 4:03 am

    erk.. apekah? aku rasa cam dah pelik2 je komen ni… aaaaa…. adakah sebab puisi ni? erk.. alah xpyah pening2 puisi ni sekadar puisi je. =)…

    xrasa bangku menghentam. cuma pemahaman berbeza. …

    tapi, komen bangku mmg bawa aku fikir ape yang aku jarang fikir. hahaha.. tengs ya bangku~~

    komen bangku ..memang menyuruh aku jadi seorang pemikir yang dalam…. =)

    ***setiap orang ada pendirian. dan setiap pendirian ada kritiknya sendiri*****

Leave a Comment