They say ignorance is bliss. Why don’t we give them hope so they can dream on. So here’s to cheap publicity for that’s all such absurd ventures deserve:
Read a short critique here.
They say ignorance is bliss. Why don’t we give them hope so they can dream on. So here’s to cheap publicity for that’s all such absurd ventures deserve:
Read a short critique here.
Tags: Umum
43 responses so far ↓
syafiq // Jan 19, 2008 at 12:55 pm
Aku nak tanya ni….Dorang ni nak perjuangkan hak rakyat tapi hak mahasiswa di Universiti dorang tu dah terbela ke? Perjuangan dorang berasaskan ape? Berjuang berdasrkan teori yang dorang belajar kat dewan kuliah eh?
Muka semua melayu tapi nak perjuangan brbilang bangsa, tapi tau ke ape yang kaum2 lain mau?
siti // Jan 20, 2008 at 12:25 pm
korang ni sume mmg tak patut la…bersyukur la ngn ape yg telah kerajaan bagi kt kite….ape lg yg korang nak…sudah2 la 2….jgn jadi pelajar yg tak dihormati…when we respect them,they will respect us…jgn pasal korang…sume mahasiswa lain yg kena tempias!!!think positive la…lg satu memalukan kaum dan agama…..baik korang kaji balik ape isi ISLAM sebenarnye….jgn sbuk2 nk jge negara kalo kite pon masih byk masalah…..berfikir sebelum bertindak!
perjuangan // Jan 21, 2008 at 2:27 am
pabende la puak2 ni merapu
blajar la wei…aku pun mahasiswa jgk dulu
belajar pun kerajaan tanggung
eh // Jan 21, 2008 at 12:48 pm
tak habis belajar lagi tu…
khairul hashim // Jan 25, 2008 at 2:41 am
berapa banyak undi yang diaorng leh dapat ?
Mahasiswa pun malas nak daftar undi? macamana nak raih undi ?
jangan mudah terpengaruh dengan dakyah yng ingin memecahbelahkan bangsa kita wahai mahasiswa yang bijak dan pandai
gile_bola // Jan 25, 2008 at 2:44 am
haha…relaks la…ini baru namenye HIDUP!!! HIDUP PMN!! blum cuba blum tau…anak muda kena bangkit di usia fajar…bukan di usia senja….
Perwirajayasakti // Jan 25, 2008 at 3:16 am
Dahulu, gerakan merubah paradigma turut dinaungi oleh mahasiswa..zaman pak menteri kita dulu pun camtu. Bagus mahasiswa melakukan gerakan sebegini, bukan duduk bersyukur tanpa melakukan apa2..
pena hikmah // Jan 26, 2008 at 5:20 am
tak rasa gerakan ni terlalu drastik ke? kalau dilihat dr sudut sejarah, gerakan yg drastik ni akan berakhir dengan drastik juga…
bangkit // Jan 29, 2008 at 8:13 am
korang semua xde bace sejarah ttg kebangkitan mahasiswa kee???(kita ni kn berfikiran tbuka skt jgn duk bace buku2 dunia smata2)..Suara mahasiswalah yang dapat menggoncang dunia.inikan pula sebuah kerajaan yang kecik mestilah lagi mudah untuk ditumbangkan…syabas mahasiswa krn telah bangkit.teruskan berjuang biar kerajaan tak dpt duk senang!!!
kaki bangku // Jan 29, 2008 at 1:44 pm
Kebangkitan mahasiswa tidak bermaksud penubuhan parti politik baru. One important characteristic that a youth should realize in this modern world is to understand the profundity of specialization. The very fact that these students think they can create a political party to effect significant change indicates a backward-thinking medieval mentality. This development is more reactionary and publicity stunt than proactivity and foresight.
nnr // Jan 29, 2008 at 4:37 pm
alah, dh mahasiswa takleh join mane2 parti,jadi kita buatlah parti kita sendiri. mahasiswa pun adalah rakyat. mengapa tidak boleh kita bersuara.. sampai bila nak ikut telunjuk?
kaki bangku // Jan 29, 2008 at 5:03 pm
Komen nnr menampakkan kedangkalan mahasiswa kita memahami hakikat civil society dan proses politik grassroots. Saya tidak pernah mengatakan mahasiswa tak boleh bersuara dan terpaksa ikut telunjuk. Saya sekadar berpendirian bahawa mahasiswa yang cenderung ke arah political dissidence tidak semestinya perlu menubuhkan parti mahasiswa. Nak tubuh parti perlukan ideologi dan polisi dasar kukuh. Tapi parti bersifat mahasiswa?
Itu dangkal!
Naif!
Kuno!
Parti Mahasiswa ni kalau dalam bahasa Arab ialah “Parti Taliban”!
lonsaa // Jan 29, 2008 at 5:15 pm
talibun laa mat..lol
kaki bangku // Jan 29, 2008 at 5:17 pm
ah, senang cerita panggil je babun…
jo // Jan 31, 2008 at 4:47 pm
Buat permulaan SYABAS! Tapi jangan terlintas di fikir anda bahawasanya otak mahasiswa sudah cukup geliga, bijaksana dan cerdik, untuk lebih sukses kita juga perlu gabungan otak2 buruh, otak2 operator kilang dan semua otak di setiap lapisan masyarakat kita (Malaysia). Sama2 lah kita bersihkan cermin(kerajaan) negara kita dan terangkan apa yang pudar.
MISS-peninG // Feb 3, 2008 at 9:45 am
tak faham.. masih kabur dengan parti mahasiswa negara nieh… siapa president parti?? siapa timbalan presiden?? kalau nak suruh kami sokong pon, mesti lah perkenalkan siapa tokoh tokoh anda.. kami tak mengenali parti anda. segalanya masih kabur.
apa misi dan visi??
apakah perjuangan anda??
sila perjelaskan.. semua maklumat penting mengenai PMN ni amat tidak jelas.
takda laman web sendiri kah?
sehingga hari ni, 2/2/08, satu satu nya benda yang saya tahu tentang PMN ialah, PMN bermaksud parti mahasiswa negara dan bukan lah penyokong pembangkang atau pemerintah. itu jer…..
pdot // Feb 6, 2008 at 2:48 am
berjuang krn Allah,insyaAllah dpt bantuan dr Allah kalau perjuangan berteraskan perjuangan ummah kini dan masa depan.Berjuang habis-habisan+mansuhkan auku yang menyebabkan pemikiran mahasiswa mundur.TAKBIR!!!
putera81 // Feb 11, 2008 at 10:44 am
salam..nie berjuang utk ape nie…berjuang dulu utk diri sendiri..belajar jadi pandai, dapat pangkat cemerlang dan keje yg baik…jgn lah nak tunjuk nak jadi ‘hero’, sebab perangai yg macam nie buat masyarakat jadi meluat dan tak menghormati golongan mahasiswa..nak kata tak cerdik dah masuk U, tapi bila buat perkara yg tak cerdik nak kate orang jenis ape nie…?? jangan lah baru masuk U, tengah belajar dan masa menimba ilmu nak sibuk2 berparti…nampak sgt dah kemaruk kuasa..di U pon kite ade pilihanraya kampus, so tunjukkanlah bakat kepimpinan di situ…semoga jadi renungan kpd mereka yg tengah takbur dan perasan diri tue hebat sgt…sesungguhnya ALLAH swt benci kepada mereka yg menzalimi diri sendiri dan sombong…
jojo // Feb 11, 2008 at 2:26 pm
kpd perjuangan-ko tau ke makna bersyukur?sengal la ko nih…membazir je kerajaan bagi ko duit gi belajar.sbb ko tak bersyukur la ko duk diam macam tunggul rela diperlakukan apa saja.kerajaan bagi duit suh ko bukak minda, perjuangkan ape lagi yg patut, untuk lihat negara lagi baik.lebih baik dari sekarang.tak jadi macam kerajaan itu sendiri yang buduh lagi sengal…sekian…
sbcr225 // Feb 17, 2008 at 8:44 am
Nak bertanding kat kampus boleh la beb. Parti lain nak bertanding kat national level, bust groundwork setahun sblm PRU. Kalau 2-3 bulan, baik balik belajar balik. Duit utk deposit tu baik guna utk repayment PTPTN.
mindamujahid // Feb 19, 2008 at 7:52 am
Kepada PMN, tak payahlah nak menyibuk bertanding di Parlimen Kepala Batas. Nampak sgt anda tak matang berpolitik. Baik bagi laluan kat PAS/Presiden PAS kat sana. PMN tak sampai setahun jagung, idealisme perjuangan masih kabur, camna rakyat nak sokong, kematangan berpolitik masih kabur.
ecor // Feb 19, 2008 at 10:41 am
Buat lawak bodoh le budak2 ni, kalau nak berjuang pun tak semestinya mahasiswa perlu tubuh parti sendiri. Banyak lagi cara lain la beb. Nak bertanding dalam PRU kat Kepala Batas atas nama parti mahasiswa negara, confirm kalah teruk, dah le sokongan grassroot tak de, nak memperjuangkan ape?? nak glamor boleh le..dah le tu..pergi balik baca buku lagi bagus..he.he
sintot // Feb 20, 2008 at 1:44 am
ako rase ape yang dorang betul skaLI……sebab kerajaan skrang hampeh,xadil,rasuah,tondas rakyat,harga minyak naik,harga tol pon naik, brg2 keperluan naik, pilihan raye 4 thun skali yang mnipu same skali, pengisian islam hadhari sekadar membykkan masjid kt terengganu, projek wilayah yang confirn2 boleh sonlap duit berbilion…………xkn kte mahasiswa xprnh perasan sume tu……….atau korunk takut utk hidup bersendirian tanpa UMNO/BN…………….almaklum la………..rakyat bersubsidi semata-mata!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sokong PMN // Feb 20, 2008 at 12:04 pm
Assalamualaiku
Syukur kehadarat Ilahi dengan limpah kurnianya kita dapat menyuarakan hasrat selaku mahasiswa yang berketerampilan.
AUKU???….kenapa perlu dikaitkan dengan AUKU 15……kenapa mahasiswa negara lain bebas berploitik sedangkan mahasiswa Malaysia hanya duduk ternganga tunggu suap….
Kerajaan BN pernah kata “Mahasiswa Lesu” ?
Kenapa mahasiswa hanya layak di pandang hina kemana maruah graduan Universiti serta mahasiswa sekarang adakah anda ni SENGAL tahap CIPAN???…..kerajaan kutuk pon buat bodoh jer…….macam tunggul jer kita ni…
sedangkan kita di ikat dengan AUKU 15 selepas tu kita tak hidup bebas….then kerajaan kutuk “Mahasiswa Lesu”……
Saya cabar kepada seluruh graduan dan Mahasiswa fikir tentang kutukan yang dilemparkan kerajaan….tentang “Mahasiswa Lesu”……….kerajaan ikat kita then hina kita……..adakah korang semua ni MUKA TEMBOK BESAR MALAYSIA…….huhu jelas graduan lepasan U yang kutuk PMN adalah MUKA Tembok Besar Malaysia…..dan suka “Jilat Punggung Kerajaan”….kata nak tak nak 3 peratus faedah PTPTN….
BODOH Tahap Cipan Graduan & Mahasiswa yang Membangkanag PMN
otai // Feb 22, 2008 at 3:29 am
Pelik???
kenapa PMN yang majoritinya adalah student tidak diambil tindakan oleh pemeritah kerana menyertai politik sedangkan mereka menyalahi AUKU…
siapa yang taja PMN??
dari mana mendapat dana??
jeff // Feb 22, 2008 at 4:27 pm
Minta maaf cakapla, agaknya memang patutpun Kerajaan kata mahasiswa lesu….tgkla korang, cuba fikir jauh2 skit, apa mahasiswa cina dan india buat sekarang berbanding korang dok memekik tak tentu hala nak buat pembaharuan. Memang patutpun dipandang hina.
Sebagai bekas mahasiswa yang pernah bertanding di kampus dan kini dalam lapangan kerjaya profesional secara jujur mengatakan u all retorik semata2. Memangla negara lain, mahasiswa berpolitik tetapi sebab apa??
Sebab negara kucar-kacir…di Indon makan pun tak cukup, jadi mahasiswa kene berani dalam perjuangan…
kat sini makan cukupkan? takde kene catu kan?… pastu korang (im pretty sure u all ipta)….80% dah ditaja Kerajaan. sepatutnya korang ni mengisi kekosongan profesional negara yg sedia ada….
Buat profesional cert…or whatever..thesis dsb ..ingatlah kerja kat luar tu bukanla senang nak dpt….
kalau mahasiswa nak berjuang pun bnyk cara lain… dengan cara menyahut seruan Kerajaan… cuba tgk balik ECER, WPI, NCER, (korang tau ke>?),,dan sume dasar2 Kerajaan… tgk la… berapa bnyk pembangunan yg ada kalau tak di isi dengan mahasiswa yg berkaliber dan berpengetahuan (bukan berpolitik kosong takde makna mcm PMN), akhirnya nanti bangsa asing yg dpt….
Yes, memang aku akui mahasiswa yg berfikiran seperti ini amat dangkal…memang tertutup fikiran sebab ape….sebab korang tak tau what is your priority…..
Baik korang tolong universiti betulkan ranking universiti dan buat colloboration dgn private dan international org lagi bagus…. that is more MEANINGFUL to the country as a whole….daripada mcm ANJING MENYALAK BUKIT SKARANG…
sebagai bekas mahasiswa yang pernah jua terlibat dalam politik kampus dan kini dalam arena profesional, penubuhan MKN tidak lebih daripada sekadar retorik semata-mata; yang mana kebanyakannya adalah angan2 kosong tanpa melihat realiti terlebih dahulu.
Banyak lagi cara yang lebih intelektual dan bijaksana, yang menunjukkan mahasiswa kita idealis dan boleh membantu memajukan negara. Politik dan ekonomi Malaysia TIDAK PERLU diselamatkan. Kita bukannya dalam negara perang dan pemimpin korup sehingga tidak mempedulikan rakyat jelata.
Korang yang jadi mahasiswa pun sebenarnya 80% dah dibiayai oleh Kerajaan, lebih-lebih lagi IPTA. Banyak cara yang lebih ‘cerdik’ sekiranya korang concern kepada masa depan negara.
Tgk la anak2 cina dan india… apa yg mereka buat sekarang? get the first class degree dan work hard untuk meningkatkan ekonomi kaum mereka.
tak cukupkah tgk anak2 melayu yang merempat tak dpt kerja….
daripada golongan PMN ni condemm govt or opposition, aku sebagai senior nasihatkan baik korang hafalla kitab DASAR-DASAR NEGARA, DEB, dan terbaru 9 Malaysian Plan. Bnyk peluang2 dah diwujudkan, better you rally the support of all graduates mcm mana nak tolong Kerajaan membantu menyelesaikan Unemployed Graduates yang dah bertambah2 ni…… korang sendiri pun sure ke masa depan terjamin kelak>
Takpun tolong pikir, macam mana mahasiswa boleh bantu negara dalam isu keselamatan awam skang.
Terutama dgn cakap2 kosong nak bangkitkan Bahasa Melayu di universiti. Come on la… i got A1 in SPM tapi dlm dunia pekerjaan sekarang, kalau tak reti cakap inggeris, penulisan pun berterabur….kirim salam la….hmm teruskan la berpolitik kosong.
MAT // Feb 25, 2008 at 7:57 am
Politik takkan kosong seandainya dasarnya ialah ALLAH.
Pembangunan tak berguna andai maruah islam tergadai.
Hafal sejarah setinggi manapun tak berguna kalau tak dihayati,
Kajilah sirah nabi, ia datang dari Allah.
Bangunlah, jangan katakan yang kita berada di zon yang selamat.
ambilllah peluang untuk bersuara walaupun sesaat, bukan untuk menentang, tapi untuk menegur melalui cara yang tersendiri,
InsyaALLAH
cipan_sabah nie.. // Feb 26, 2008 at 4:44 am
hahahaha x tahu………jangan gado2 yah…support yang sepatutnya…
Bangkit PMN // Feb 27, 2008 at 5:52 am
Syabas dan Tahniah kepada semua pendokong dan penyokong PMN! Sekurang2 nye anda adalah ikon mahasiswa yang berani menyatakan suara dan peranan anda sebagai mahasiswa… Bukan hanya mengamalkan dasar 3K (Kuliah, Kafe, Kolej) sahaja… Teruskan perjuangan biarpun pelbagai halangan dan tohmahan dilemparkan kerana perjuangan Rasulullah juga bermula dengan cacian dan ejekan daripada mereka yang jahil.
LEN // Feb 28, 2008 at 4:01 pm
assalamualaikum…
khas buat sdr jeff. bukan nak menjawab, sekadar memberi pndgn. dan, adabnya bila kita brbncg kedua-dua phk (sy dan sdr) kena saling sama2 berlapang dada utk terima kritikan org lain.
sdr jeff, sdr grad tahun bila? thun lepas? 2,3,5,10 thn lps? walaupun skdr baru setahun, situasi dan kondisi blh berlaku dgn sekelip mata. bgimna sdr blh memepertikaikn semgt,perjuangan dan kebangkitan mahaswa/i bila mana sdr sndiri tak duduk bersama mrk??? sy jg bekas mhsswa. nmun, trus trg sy kata, kita yg melihat dari luar bahtera dilambung ombak ttp takkan sama dgn org2 yg duk dalam bahtera tu. jd, logik ke tak, kita yg dari jauh ni, nak menyalahkan anak2 kapaldan nakhoda tak buat kerja betul2 hgg mnybbkn kapal layar terbalik, kain layar terkoyak? kita perlu sedar dan perlu relistik. masa dulu@ masa kini@akan datg, tak pernah sama. so, dont
sdr, ipt adalah medan cari ilmu, pencetus rasa dan kesedaran, pendidik jiwa dan semgt, pengasah minda dan intelektual. jenayah terbesar bg sebuah ipt apab tdk dpt melahirkan para intelektual yang punya kekuatan dan aura tersendri dgn pakej lgkp seorg “ulul albab”. adakah sdr nak menjadi seorg mhsswa yg berpelajaran tp tak berpendidkan? mana nilai dan kualiti selaku mhsswa? tp sdr, itulah yg berlaku di ipt skrg. cengkaman2 dan tekanan yg diberi tidak bebas utk mhsswa bergerak dalam arena perjuangan intelektual yg sebenar. sy bukan charge dgn maksud sy tidak mmpu mengherdik, memarahi “anak2 kapal dan nakhoda” tp, cukup sy cuba bersikp adil kpd mrk dgn bertanya kepada mereka “mengapa dan kenapa jd beitu?”
mhsswa hnylah 1 gelaran masa kini hny krn duduk kt ipt. namun, hakikatnya seorg mhsswa adalah sepatutya mnjdi seorg ulul albab dan beramanah dgn ilmu sekalipun dia bukan Islam. malahan sejarah membuktikan zaman Eropah Gelap dahulu, golongn “mhsswa” (bjk pndi) yg membw smgt kebgkitan utk membawa msyrkt terutama gol kristian ortodok spy “melepaskan diri” darpd cengakaman gereja. suatu yg bgtu mengejutkan dan mengujakan apb pelopor perjuangan mrk hgga smpi dihukum gantung hny krn ingin mmprthnkan dan mendkwa gereja adalah institusi yg tdk telus dan adil. buku sjrh form 4, dah cerita awal2 dah. jd, mana yg kita kata, mhsswa skrg ni terlalu retorik, eksterm, dll? lg 1 persoaln, iye ke mhsswa bkn Islam@ melayu tak turun pdg mmprotes sis ipt skrg???? ya syeikh, kena byk tny shbt2 kt ipt ni…… dah kate dah, masuk kat dlam bahtera tu, jgn dok tunjuk2 je kat depa dari luar.
sy tak nak bw cerita sjrh Islm, sbb kdg2 manusia ni, bila bg hujah dari org kafir sndiri baru nak percaya. mcm kita kata kelebihan solat dari sei saintifik. Rasulullah dah cakap lama dah, tp bila org kafir yg buktikan mukjizat solat baru pakat nak percaya. sejrh Islam kita tak nak kaji.sedangkn sbnrnya berlambak cerita perjuangan gol. profesional dan intelektual dlm menegakkan kbnrn. (Imam Syafie, Imam Ghazali, Hassan AlBanna, Syyd qutb, Abdullah Al-Qassam,dll)
jenayah terbesar bg institusi pendidikan apab brlakunya SEKATAN MINDA, INTELEKTUAL. memanglah ipt krj yg tanggung… (kononnya…. lah) tp, syeikh, sy nak bg ingt ckt, sbb statement tu agk bhy. krj tanggung bukn bermakna depa bg kita makan. rzki tu dari Allah. Msuk ipt, rzki dr Allah gak. hny krn kita duk bwh krj, jd kena ikut telunjuk diorg lah? kalau depa suruh pi dating ka, brdua2duan bwh pokok ke, gengstersme ke, pukul org ke, jual diri spy dpt pointer tiggi ke, nak ikut jugak??????? rasional lah sikit….
lagipun, yg depa dok anggung kita tu mmg patut. dah kerja kerajaan, mmglah kena tanggung rkyt. ni tak sebut pasal ptptn lg ni. petut ke tak, krjn bg pinjmn je….. siap ada bunga lgi tu….. hai….tak patut, tak patut. ingt, kita anak muda. jadilah golongan ulul albab yg membela agama, bngsa dan ngr. kena ada jatidiri dan kualiti.
maaf bebanyaklah bny cakap. perbincangan terbuka. ha! pembanguna ecer lah, wpi, ncer lah…….. krj dah setel buat kerja ke?????? klu just nak buat ajgenda dan manifesto, sy pun blh buat. dan, sdr sendiri pun blh buat. ckp, semua org bolh, try buat…….!
wallahu alam.
AKU NAK MASUK IPT LG YG TIDAK TANDUS IDEA, MINDA TERSEKAT!!
jeff // Feb 29, 2008 at 7:42 pm
okla what so ever…. u said….
tapi come on la…. dengan menubuhkan parti politik just untuk bertanding PRU doesnt give anything….
minta maaf cakapla…sebab na mpaknya agenda yang hendak di bawa oleh PMN pun sgt sempit…
im very straight forward…. be realistic…katala calon2 PMN tu menang (kalau menangla…), be a parliament member…do u think as simple as that Kerajaan memerintah utk accept apa kata diorang. Mungkin kalau pembangkang, some of the manifesto mungkin akan diterima.
Ok…saya cuba menjadi positif dan kenang kembali zaman2 idealis mahasiswa…. bertanding pilihanraya untuk membawa pembaharuan dalam negara… kalau nasib baik menang… satu kemenangan moral kepada golongan mahasiswa… then, whats NEXT?
Kita tgk satu persatu agenda apa yg hendak dibawa…
Pinda/mansuh AUKU… mungkin positif supaya pelajar lebih berani bersuara, menegur dasar-dasar Kerajaan secara lebih membina tanpa rasa takut
Autonomi kepada universiti - supaya universiti lebih bebas membuat dasar dan menentukan halatuju masing-masing…ok..that is also good
Martabatkan BM di Universiti - ok…memperjuangkan bahasa kebangsaan di universiti ..ok
Tapi… overall PMN punya manifesto perjuangan masih lagi dangkal la… minta maaf cakap…
Apa pendirian PMN bagi perkara-perkara berikut:
1) Dengan isu globalisasi dan liberalisasi, macam mana pmn boleh membantu daripada segi pressure group kepada govt menyediakan mahasiswa yang relevan dan lebih ramai profesional melayu dalam pelbagai bidang atau sektor penting negara
2) mana u all punye peranan dan manifesto berkaitan ekonomi? nothing…. ingat skit IPTA grad…secara realiti… keluar susah nak dpt kerja cik adik oi… tak caya tanya majikan2… sebab apa? bila interview gagap… dekat universiti berapi2 berucap … bila tanya technical skill so ever, kantoi…
sebab tu govt akan terus menerus mengambil pakar2 IT drpd India…sebab apa? graduate tak mampu nak isi kekosongan….
u all aa….have the power kat campus… ape sgt u all perjuang? perjuangla something big… tgk Che Det masa zaman kampus dulu… buat penulisan .. bangkitkan semangat org Melayu…
Ok.. anwar.. perjuang nasib petani dkt baling masa kat mahasiswa… memang masa tu keadaan diorang daif
Ok.. di indonesia.. bnyk corruption sampai rakyat tak cukup makan, kerja takde.. mahasiswa bangkit menentang Kerajaan
u all must do something similar but in the context of generasi masa kini… i dont say the current govt is perfect and i dont say what is opposition do is wrong… cuma cubala berjuang dalam konteks realiti hari ini…
korang kan.. talking about ilmuan Islam.. zaman kegemilangan Islam… ok … tapi kene ingat… zaman kegemilangan Islam dahulu kala bukan sekadar bijak dalam ilmu agama… tapi diorang mahir juga dlm teknologi, kaji bintang dsb.
talking about fighting for the Independence, mahasiswa.. baik lulusan luar negara (yg mana terbuka minda, dihantar ke oxford dsb) dan lulusan agama (al azhar dsb), bila balik they come with different ideology, different perspective but with the mission to fight for Independence.. they joined politics and carry the banner…
Tapi PMN…perjuangan apa u nak bawak?.. i know there is a lot of issue… tapi manifesto yg u all bawak… terlalu sempit….
Ok sekarang, the current mahasiswa… hafaz Quran mungkin adalah 2-3 kerat… lepastu ramai sgt ke mahasiswa kita yg beragama and then mampu jadi pakar bedah, pakar ict, saitis..?
i know better .. about all the govt initiative..tak sume berjaya… tapi… dia bukan sekadar blue print.. ade implementation dia.. dan masih ada cacat cela….but they are doing something on it..
ok..i TAK SETUJU kalau u kata these govt iniatives just agenda, just manifesto… u tanya sendiri la implementer apa yg dah diorang buat… u tanya sendiri la.. org kampung apa penerimaan diorang… i bet … all these corridors.. they are doing something.. but they also have a lot of issues… pengambilan tanah dsb. memang sekarang bukan sekadar zaman cakap… they are doing something….i dont want to elaborate further on that….plus i dont want to reveal myself. Len, jgn cakap besar… u pernah ke buat dasar Kerajaan.. i bet… tak semudah tu utk u buat all the corridor plan dengan sendiri… u need to gather all the input.. so takyah la sedap cakap…
ok.. i sedap cakap.. u kata bahtera la apaalla… i tak suka nak bersastera sgt… tapi apa lah ISU BESAR kat ipta yg sampai kita org luar tak tau sgt…
and then some more…bukan nak cakap ape la… entah2 IPTA ni syok sendiri je tak… u think when u are mpps u know everything and u think all aroung u is wrong; i donno be maturedla…
kalau i mengundi pun, i takkan mengundi calon mahasiswa yg perjuangan dia, i pun tak paham.
SOKONG PMN // Mar 2, 2008 at 6:42 am
sy sokong pmn. pepatah melayu sendiri cakap melentur buluh biar dari rebungnya. muda-muda msk politik ape salahnya. kalau x smpi bila br bleh timba pengalaman. kalau stakat ckp blkg tu memang orang melayu biase. tapi kalo berani jadi calon tu melayu extraordinary.jgn jd kaki blog aja, jd la kaki kaji sejarah, kaki kaji dunia, kaki kaji agama. dunia dan mimpi tiada bezanya masing2 diinterpretasikan oleh otak, dan Allah jua yang melakar segala-gala yang diienterpretasikan oleh otak. siapa tentera Allah, hanya Allah yg tahu. teruskan perjuangan wahai tentera Allah.
Bangkit PMN // Mar 2, 2008 at 10:27 am
Kepada saudara Jeff…
Ye ke, student yang berapi2 kat kampus, bila keluar interview tergagap2? Awak pernah tau ke? Yang tergagap2 tu, student yang ‘bersuara’ kat kampus @ mereka yang hanya membaca teori dalam buku shj dan dunia seharian dia adalah buku, buku dan buku… Saya cukup respect dengan student yang dah mula berapi2 n bersuara di kampus sampai kepada tahap, pernah dihadapkan ke mahkamah Universiti…Semua tu adalah dari kalangan mereka yang menjadi front line dalam kebangkitan mahasiswa. Saya tak rasa mereka akan tergagap bila hadapi interview. Sebab apa??? Cube fikirkan sama2…mahkamah U tak semua orang pernah lalui dan berani untuk hadapi (berhadapan dengan panel2 tertinggi dlm kampus dan berstatus profesional). Tapi, interview…semua yang nak bekerja perlu lalui. So, orang yang berapai2 sgt2 tu dah ada skill secara tak langsung sebenarnya. Calon PMN yang sepatutnya bertanding di Kepala Batas pun, lepas grad terus dapat keje…See?? Rezeki tu Allah yang bagi, bukan manusia…Lagi satu, semua orang ada keupayaan tak untuk berdiri di hdpn khalayak untuk speech?? Tak semua orang boleh buat…So, ORANG YANG CAKAP BERAPI2 tu dah ada skill n kelebihan dah kat situ. Kalau anda2 sume jadi majikan, nak ambil orang yang berani bercakap @ yang jadi tunggul shj?
Perlu juga sedar dan nilai…kenapa Universiti tak dapat lahirkan mahasiswa yang betul2 berkualiti..Sebab dah didoktrin dalam minda, masuk kampus..blaja, blaja and blaja. Dan itu yang majoriti student kat kampus buat sampai tak mau terlibat dengan persatuan lanngsung dan luar dari bidang kuliah.Bila buat program ilmiah, tak penuh pun dewan.Kalau kata diwajibkan dan akan diambil khadiran, baru la penuh.Kalau prog hiburan, penuh lak. Inilah situasi yang banyak berlaku di kalangan mahasiswa kini yang kita tak sedar…Cane nak berkualiti n pemikiran berkembang?Cube la tanya pensyarah2 dgn situasi ni. And, bila tak mau join dengan ape2 perkara di luar daripada bidang BUKU, macam mane nak tau skill nak berkomunikasi dengan baik dan skill2 berorganisasi??? Fikir2 kanlah bersama…
jeff // Mar 3, 2008 at 1:36 am
Kepada Sdr Bangkit PMN,
Ok, first saya amat setuju… berpersatuan dan beraktiviti (yg berfaedah la) di universiti amat penting bg pembentukan sahsiah dan karaktor.
Dan saya akui, dan saya pun tak membantah…di universiti, kita bukan hanya pergi lecture, balik lecture, study, amik exam, pass dan dpt kerja…
Saya pernah masuk universiti, pernah menjalankan banyak aktiviti, dan saya enjoy with all the activities that i have done… ia amat membantu terutama daripada segi keyakinan sewaktu kerjaya… u are more confident and resilient that others yg hanya baca buku dan study shj di university.
But universiti, it is more than that… Saya juga respect pemimpin pelajar yg berani.. sampai kena mahkamah so ever… i salute them, saya sendiri tak SEBERANI diorang…
But here, darah muda, sebagai ‘abang’ yang juga sayangkan mahasiswa lain, i hope that perjuangan yang hendak dibawa tu lebih luas,
I have stated already in the previous e-mail, macam mana dlm context sewaktu merdeka, context tun dr. mahathir, hatta anwar ibrahim yang mempunyai perjuangan masing2 sewaktu belajar dahulu… (i am not judging them sekarang, tapi sewaktu mahasiswa dahulu…. mereka mempunyai ideologi perjuangan yg jelas)
thats why i said… it is more than the book… sepatutnya you all dah cakap mcm tu, patut lebih sedar la peranan mahasiswa… walaupun menerusi PMN, tapi isi perjuangan kena lebih luas dan berwawasan….
Its ok..u all nak tubuhkan PMN..tapi manifesto yg u all bawak… AUKU, autonomi …come on, u all said, pikir luar daripada buku… tapi itu je ke agendah yg korang boleh fikir…???.. i hope more than that….
How about fighting for economy, graduate unemployment rate…etc .. tu sume agenda nasional; u tgk manifesto BN atau DAP atau PAS atau PKR, they are clearly stated what they are fighting for…
U all punye agenda?..just for mahasiswa…tapi bertanding pilihanraya umum… thats mean… agenda yg hendak dibawak harus lah lebih umum..
adela..yg lebih umum mcm civil servant dsb…tapi tak diolah dgn baik..mcm serkap jarang je…. sebab u all nak berpolitik, so i bagi cabaran berpolitik… ini kritikan membina… sama ada nak ikut atau tak… thats up to u…
tapi harus ingat, mahasiswa ..penggerak kemajuan negara… kalau hendak tgk kekuatan sesebuah negara, tgk la kekuatan pemuda mereka… im not sure sape cakap…but from one of our historical wise man. so…. apa lagi mahasiswa… think openly….. jgn sekadar menang sorak je…. kalau nak berpolitik ok, go on… tak kisah la pro aspirasi ke alternatif ke.. or neutral ke… but u must want to know, apa halatuju yg hendak dibawa….
sape2 je la // Mar 7, 2008 at 2:23 pm
hehe…lawak la PMN nie.
pemimpin PMN nie pandai ckp english x?
dont think people outside there is stupid enough to jeopardice their future with a lame party.
hehe
softskill evaluation pun ntah2 fail
muahahaha…
the idea to do political revolution is there but to built a party??LAME…
ahib0205 // Mar 7, 2008 at 10:59 pm
yeah.. mahasiswa dh turun! tp aku nk tau atas dasar apa perjuangan mahasiswa yek?
kalo ok aku pun nk jadi calon. yezza…
nicknuck // Mar 8, 2008 at 4:27 pm
PMN ??
hahahaa..belajar pun tak habis lagi, dah nak masuk politik..hakkk tuihhh..
kalo takdek kelulusan, jangan harap nak perintah aku..hahahahhaha
Chaiyok PMN! // Mar 12, 2008 at 8:16 am
Abih tu, kalau lepas grad Ijazah Sarjana, pastu amik Master lak, pastu amik PhD, sampai bila istilah boleh ceburkan diri dalam politik….???Orang yang amik Phd walaupun umur 50 tahun tu pun bukan pelajar gak ke??? Terikat dengan universiti masing2…So, ‘orang yang belajar’ ni, sampai ke tua pun tak leh terlibat dengan politik la ek??? Pikir la sikit! Jangan sempitkan pemikiran BELUM HABIS BELAJAR….Kita sepatutnya, sebagai seorang Islam terutamanya, sampai bila-bila pun takkan ada istilah habis belajar!!!
bdk kmpg // Mar 13, 2008 at 3:45 am
bile mahasiswa menyatakan untuk menubhkn PMN..smua ini memerlukan satu p’kajian yg menyeluruh dan detail..kita tdk hnya hdk melakukan sesuatu atas dasr SEMANGAT semata-mata..bahkan kita perlu untuk berfikr secara matang dan profesinalisme..apa sbnrnya idealisme PMN..dasar p’juagan..kita mraikan kebebasan suara mahasiswa dlm melontarkn idea dan pndgn demi kebaikan agma dan masyarakt..kita sedar bila presiden indon suatu ketika dlu digulingkan oleh mahasiswa yg berani..tp kita tkt bile..PKM hnya akan mengangu sistem undi untuk parti yang memperjuangkan ISlam stelah sekian lm di malaya ini..dan natijahnya, parti yang Zalim akn myapu bersih Parlimen dan rakyat yang menanggung akibatnya..FiKIR-FIKIRkanLH..
mahasiswa // May 20, 2008 at 12:38 pm
PNM dah berkubur? aku try bukak website dier tk bleh pon..
ngancok // Sep 30, 2008 at 5:34 am
erm bisa aja dol…
ngancok // Sep 30, 2008 at 5:39 am
jgn tiru negara luar…
kamu semua nak amik cth indonesia ya… erm kita semua taukan yg mahasiswa indonesia bisa menjatuhkan sesuatu rejim… seperti pak suharto… erm tapi apakah yg anda tahu tentang bagaimana ianya terjadi… aku nak orang yg muler2 menyuarakan PMN…. pada zaman mahasiswa je dieorang bersuara… biler mereker dah jadi hak masyarakat semua macam katak bawah temputung… cam kerbau dicucuk idung ikut jerk kater pemerintah… korang nak ker jadi cam tuh… erm sekarang nie kiter ikut step by step…. kiter balajar dulu pastuh kiter jadi profesional pastu biler kiter dah jadi hak masyarakat baru kiter berpolitik…. toltak… saper yg gi deligasi 2 hala malindo tau ler…
mie // Oct 9, 2008 at 3:53 pm
korang ni sebenarnya paham ke apa itu auku. pahamkan la dulu baru nak bt statement. korang fikir la skang ni . . . korang islam. so kenapa korang nak ikut telunjuk kafir. melayu sendiri pun berpecah..kaum lain bertepuk tangan korang tak tahu. kerajaan sekarang ni ko nak bt tak senang duduk. korang mahasiswa. kalau org menyusahkan korang korang suka ke…renungkanlah. melayu sendiri dah berpecah kaum lain bertepuk …kenapa nak berebut kuasa…nak tunjuk sapa lagi hebat ker…auku tu sendiri dah cakap nak politik pun politik la … tapi dalam ipta or ipts..tp tidak melibatkan politk luar… yang senang pun korang nak bangkang macam2 inikan pula lepas korang dapat sikit kuasa dah nak tunjuk hebat…igt sikit korang tu mahasiswa…jangan jadi mahasiswa buta tuli or pekak… kaji la dulu siapa anwar tu… rasional la…nak bersetongkol dengan kit siang kapir tu.. skang ni berapa banyak org melayu susah.. kat selangor sendiri ada ke diaorg dapat tunaikan janji2 sampai sekarang….fikir la semua tu … apa salahnyer melayu bersatu dengan melayu..ini tidak..masing2 nak jadi kaya..nak kaut untung..nak besarkan perut sendiri…fikir dan renungkanlah apa kerajaan sedia ada telah buat…
Leave a Comment