© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Aku Hanya Mahu Makan Nasi

January 21st, 2008 · 13 Comments

mereka laung reformasi

pekik-pekikkan revolusi

jalan-jalan raya macet pekat

menyekat orang banyak berarak

aku garu-garu dahi, aku tidak mengerti

aku hanya mahu makan nasi.

 

mereka jerit inflasi

teriak-teriakkan subsidi

tol di lebuh dan lintang

minyak untuk skuter dan motokar

aku usap-usap basikal tua

dan selipar jepun yang lusuh tapaknya

aku hanya mahu beras dan gula

yang tidak pernah-pernah turun harga. 

 

mereka lalak korupsi

tempik-tempikkan hipokrasi

mahu cuci kotak undi

mahu celup hujung jari

mahu tukar bapak-bapak menteri

 

satu yang aku tidak mengerti,

bolehkah bapak menteri yang baru itu nanti

memberi aku makan nasi? 

Tags: Falsafah · Islam · Kehidupan · Politik · Sajak · Umum

13 responses so far ↓

Leave a Comment