© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Diundi untuk memimpin?

February 10th, 2008 · 6 Comments

Walaupun pilihanraya Malaysia dijangkakan semakin dekat, ianya sebenar sangat hambar berbanding dengan Kempen pemilihan calon Demokrat dan Republikan untuk pilihanraya Presiden pada November ini.

Berbanding dengan Sen. Obama ataupun Sen. Clinton yang terpaksa berkempen dan melobi di sana-sini untuk mendapatkan sumbangan dan sokongan bagi membuktikan mereka mampu mentadbir White House, parti yang memerintah Malaysia sekarang ini, tidak perlu bersusah payah untuk mencari bantuan mahupun dana untuk berkempen, kerana, tabung mereka adalah wang rakyat, samada rakyat suka atau tidak kepada kerajaan ini.

Apa yang Perdana Menteri perlu lakukan hanyalah cukup dengan menunjukkan segala kejayaan Malaysia dalam pelaburan mereka seperti menghantar rakyat untuk menjadi angkasawan, kenaikan gaji kakitangan kerajaan, dan paling terbaru fakta yang mengelirukan mengenai ranking kompetitiviti oleh sebuah sekolah perniagaan terkemuka dunia IMD yang berpangkalan di Switzerland.

Berbanding dengan Sen. Obama dan Sen.Clinton mahupun Sen. McCain yang terpaksa berhempas pulas untuk menjawab setiap soalan daripada ahli-ahli parti masing-masing,
mengenai isu Iraq, Sekuriti Sosial dan banyak lagi, Perdana Menteri Malaysia hanya perlu menjawab “saya tidak tahu”, ataupun menteri-menteri kabinet akan menjawab kritikan dan soalan rakyat.
Diparahkan lagi apabila menteri itu langsung tidak mempunyai kredibiliti untuk menangkis soalan-soalan kritikal daripada stesen TV antarabangsa Al-Jazeera mahupun CNN.

Jika pemimpin itu sudah tidak layak dan bankrap idea, sudah tentu, beliau tidak ada jalan lain untuk memenangi sesuatu pertandingan selain terpaksa menggunakan cara-cara yang mungkin kurang disenangi.

Apapun, itulah lumrah negara dunia ketiga, pembangunan material mungkin dapat dibeli jika negara itu mempunyai hasil seperti petroleum mahupun emas.Namun pembangunan rohani dan etika seperti anti-korupsi mahupun etika kerja yang betul dalam mentadbir tidak mampu
dibeli jika pemimpin itu sendiri sudah bankrap moralnya.

Oleh yang sedemikian, di Malaysia,pilihanraya atau tidak ada pilihanraya, situasinya tidak lebih dan kurang sama sahaja, kerana rakyat mengundi untuk parti, bukan untuk pemimpin.

Oleh itu, jika anda seorang yang bijak, sudah tentu anda akan tahu siapa yang menang, dan apa yang boleh diramalkan adalah margin kemenangan itu, landslide atau cukup-cukup makan.

Tags: Umum

6 responses so far ↓

  • parlimen bukit katil // Feb 10, 2008 at 9:14 pm

    yang paling meluat bila tarikh PRU dijadikan hak milik PM..sibuk la orang meramal dan menunggu nunggu ‘wahyu’ turun kepada PM. Sepatutnya tarikhnya telah ditetapkan jauh lebih awal supaya semua pihak mempunyai peluang yang sama untuk merangka strategi dan berkempen. Tambahan pula pihak oposisi tidak dibenarkan berceramah, berhimpun dan menggunakan media perdana…tup tup umum PRU dan beri 8 hari kempen yg terhad. Apa ke jadahnya demokrasi ini macam?

    Hanya satu parti yang menyimpan rahsia tarikh tersebut. Tambah buruk bila pengerusi SPR pun ‘main politik’ dengan mendakwa beliau tahu tarikhnya tetapi tidak boleh diberitahu…

    Kadang kadang kesian juga tengok calon calon pemilihan presiden USA diasak soaan bertalu talu oleh media dalam debat debat umum.
    Di Malaysia? Menteri boleh memilih untuk tidak menjawab isu..sampaikan ada yg boleh suruh media go to hell..Inilah over power yang tidak sihat.

  • Tawel // Feb 12, 2008 at 12:23 pm

    Oh apa yang merungsingkanku adalah apabila isu kekukuhan ekonomi Malaysia digunakan untuk memenangi hati rakyat.

    Moga-moga rakyat Malaysia mengetahui bahawa ekonomi yang baik tak bermaksud bahawa taraf hidup rakyat akan baik juga.

    http://www.economicshelp.org/essays/economics-growth-happiness.html

  • farhan // Feb 12, 2008 at 12:44 pm

    inilah hasil sistem pendidikan di Malaysia kot.
    kita hanya tahu sejarah, struktur parlimen dan kerajaan. tapi kita tak dididik bagaimana untuk menuntut hak2 sebagai seorang rakyat.pendapat saya, kalau nak mengubah cara masyarakat berpolitik supaya jadi lebih kritis seperti di Amerika, ubahlah silibus sistem pendidikan negara terlebih dahulu.

  • parlimen bukit katil // Feb 13, 2008 at 4:48 am

    kalau Parlime bubar hari Rabu, sah Pak Lah menipu semalam..

  • syamsulariff.com // Feb 20, 2008 at 5:55 am

    adakah kita ditindas? atau..kita sememangnya berada di landasan yg betul?

  • alqasam // Feb 29, 2008 at 6:46 pm

    Boikot sahaja akhbar media massa yang memanipulasikan wang yang ayah kita bekerja keras memerah tenaga. Lebih baik baca kakiblog!

Leave a Comment