© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Raikan Cinta: Menelusuri Pengorbanan Valentinus

February 14th, 2008 · 5 Comments

Hari ini, warga dunia meraikan cinta. Anak yang kasihkan ibu, isteri yang cintakan suami dan jejaka yang merindui dara pujaan lazimnya akan menghadiahkan kad, bunga ataupun sekotak coklat buat insan-insan yang dikasihi ini.

Sambutan Valentine seharusnya dilihat dan dirai dengan memahami pengorbanan seorang individu yang dizalimi kerana perjuangannya dalam mempertahankan prinsip keadilan dan kebebasan manusia.

Berdasarkan catatan sejarah, Valentine’s Day dikatakan bermula seawal zaman empayar Rom. Tamadun Rom purba memperingati 14 Februari sebagai tarikh mengenang Juno, Ratu Dewa Dewi Bangsa Rom. Juno dimuliakan oleh mereka sebagai Dewi Perkahwinan. Hari esoknya iaitu 15 Februari menandakan bermulanya Pesta Lupercalia. Antara amalan pada waktu itu ialah pertandingan mencabut nama perawan. Pada malam menjelang pesta Lupercalia, nama-nama perawan Rom akan ditulis di atas secebis kertas seterusnya dimasukkan ke dalam sebiji balang. Setiap seorang pemuda akan mencabut secebis kertas di dalam balang dan pemilik nama yang tercatit pada kertas tersebut akan menjadi pasangan sang pemuda sepanjang sambutan Lupercalia. Adakalanya, hubungan yang dijalin melalui praktik ini berakhir dengan perasaan cinta dan seterusnya membawa pasangan-pasangan tersebut ke jinjang pelamin.

Pada zaman tersebut, kehidupan para pemuda dan gadis diasingkan dan dikawal dengan ketat. Di bawah pemerintahan Maharaja Claudius II, banyak kempen peperangan dan pertumpahan darah telah terjadi. Masalah utama yang dihadapi oleh Claudius ketika itu ialah kesukaran dalam merekrut anak muda untuk menjadi tentera negara. Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih mereka.

Dalam usahanya untuk menambah jumlah tentera bagi menghadapi peperangan, Claudius mengeluarkan satu dekri yang mengharamkan amalan pertunangan dan perkahwinan di kalangan penduduk Rom. Ini menimbulkan kemarahan ramai memandangkan arahan tersebut bersifat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Namun begitu, dalam senyap-senyap seorang paderi bernama Valentinus membantah arahan tersebut. Beliau tanpa gentar meneruskan tugasnya mengahwinkan pasangan-pasangan muda yang sedang bercinta dalam suasana sulit dan tertutup.

Malangnya, hal ini sampai ke pengetahuan Claudius. Valentinus ditangkap dan dihumban ke penjara. Pemerintah Rom menjatuhkan hukuman bunuh terhadap beliau atas kesalahan melanggar dekri maharaja. Sepanjang beliau dikurung di penjara, ramai pasangan kekasih datang menziarahinya. Mereka menghiburnya dengan kata-kata semangat, menulis nota cinta serta menghadiahkan kuntuman bunga kepadanya. Antara pengunjung setia Valentinus sepanjang beliau dipenjara ialah anak gadis kepada pengawal penjaranya. Gadis itu menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk menemani dan berbual dengan Valentinus. Beliau menganggap apa yang dilakukan oleh Valentinus merupakan satu pengorbanan yang sangat mulia.

Menjelang hari kematiannya pada tanggal 14 Februari, sekitar tahun 269 Masihi, Valentinus meninggalkan secebis nota kepada gadis tersebut yang diakhiri dengan ungkapan: “cinta dari Valentinusmu”. Adalah dipercayai, nota yang ditinggalkan oleh Valentinus ini merupakan titik tolak kepada tradisi mengirim ucapan cinta sempena Hari Valentine yang diraikan pada tanggal 14 Februari setiap tahun. Ianya sebagai memperingati pengorbanan Valentinus dalam memperjuangkan cinta, salah satu fitrah manusiawi yang bersifat universal.

Apa yang penting bukanlah isu sejarah Hari Valentine yang dilatari oleh riwayat kehidupan seorang paderi Kristian, tetapi nilai pengorbanan serta keteguhan prinsip seorang individu bernama Valentinus yang mati dengan keyakinannya bahawa cinta sesama manusia tak mungkin bisa dihalang hatta oleh kekangan dari pemerintah yang zalim.

Kini, setiap 14 Februari, manusia meraikan cinta. Dan setiap kali mereka mengenang bagaimana Claudius cuba ‘membunuh’ cinta, mereka akan mentertawakannya. Bagaimana mungkin cinta mampu dibunuh? Cinta itu hakikat. Cinta itu pengikat.

Selamat Hari Valentine.

Tags: Falsafah · Kehidupan · Umum

5 responses so far ↓

  • Hasbullah Pit // Feb 14, 2008 at 1:22 am

    1. Pelik juga, Paderi tak dibenarkan berkahwin tetapi nak bercinta sampai dibunuh, kemana hala tuju paderi valentinus? Adakah paderi ketika itu dibolehkan berkahwin?

    2. Begitu sekali pengorbanan Ceaser demi Empayar Rom, 400 tahun selepas itu, mereka kalah di Yarmuk

    3. Mengapa Valentinus tak sanggup mengorbankan cinta kerana Empayar Rom? Adakah dia sanggup mengorbankan cinta kerana agamanya?

  • adibahabdullah // Feb 14, 2008 at 2:02 am

    salam.

    saudara hasbullah pit,

    1. Baca elok-elok cerita di atas. Valentinus dipenjara kerana memperjuangkan hak orang lain untuk berkasih, untuk bercinta. Dan mungkin juga dia tega menjalin cinta walaupun perkahwinan itu haram untuknya, kerana maut itu sudah menanti dan dia tidak perlu risau tentang di manakah akhir perhubungannya kelak.

    2. Apa yang dilakukan oleh Caesar itu bukan pengorbanan, tapi satu lagi contoh utilitarianism kepala pemerintahan yang memaksa orang lain melakukan pengorbanan untuk cita-citanya yang belum tentu dikongsi bersama oleh korban-korban yang dikorbankan.

    3. Ada pengorbanan yang rasional dan tidak rasional. Jalan tengah adalah yang terbaik. Mendewa-dewakan cinta sehingga buta terhadap kepentingan negara adalah silap. Mendaulatkan kepentingan negara sehingga menafikan kemuliaan dan fitrah cinta juga salah. Dan erm, saya tidak nampak apa kaitan ‘mengorbankan cinta demi agama’ dalam konteks entri ini?

    Najwan, saya malas hendak buat kajian sendiri, tapi bagaimana dengan dakwaan bahawa Valentinus itu tidak wujud? Atau anda tidak kisah sebenarnya sama ada kisah ini adalah dongeng atau faktual, sebaliknya hanya bermatlamat untuk meraikan cinta?

    Bukan sebagai binatang, tapi sebagai manusia, sebagai khalifah,

    ayuh,

    raikan cinta.

    meow~

  • najwan halimi // Feb 14, 2008 at 2:35 am

    Adibah,

    Saya kurang periksa ttg dakwaan tersebut. Jika benar beliau wujud, maka benarlah dan jika lagenda Valentinus hanya mitos dan dongengan, saya kira nilai yang ditinggalkannya dalam kisah ini punya simbolisme yg cukup bermakna.

    Sebetulnya tulisan ini ialah berkenaan nilai keyakinan, prinsip dan keteguhan jiwa Valentinus.

    Nah, ada insan sanggup mati demi cinta insan lain.

    Ada juga yg sanggup mati demi agama, meski pun dia tak pernah kenal Tuhannya.

  • kaki bangku // Feb 14, 2008 at 5:45 am

    Sambutan Valentine’s punyai cultural baggage tersendiri, atas sebab dari mana terbitnya tradisi tersebut. Khuatir jika kita tidak peka dengan caveats pada sambutan tersebut, ia menjauhkan kita dari hakikat cinta sebenar, cinta Rabbani. Berbanding kisah cinta Valentinus yang hanya punyai dimensi horizontal, elok lagi diluaskannya merangkumi dimensi vertical. Umpamanya, kisah cinta Rabiatul Adawiyah. Tidakpun, konsep Divine Love dalam tradisi Hanabilah seperti diungkapkan dalam penulisan Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim.

    Walaupun ramai kononnya mati demi agama mesti tak kenal tuhannya, tapi yang lebih malang ialah ramai bermatian untuk si kekasih tanpa mengenali hakikatnya yang fana’.

  • Taufik // Feb 14, 2008 at 8:37 am

    The problem with celebration of Valentine’s Day in contemporary time is that it promotes a hedonistic culture, where young, unmarried lovers show their affection towards their partners through romantic gifts, cards, etc.

    Not only do such acts transgress the boundaries set by syarak, it also promotes a culture that overemphasizes romantic love for the sake of self-gratification, while conveniently escaping oneself from the burden of commitment in marriage.

    So Valentine’s Day celebration’s supposed goal of meraikan cinta, actually only mendustakan cinta… It only undermines traditional behavior of courtship and imposes a false expectation of romance.

    Susan Kuchinskas, an ‘oxytocin advocator’, coined (maybe she just took it from someone else) this interesting term called ‘emotional virgin.’ According to her, it means that the person does fall in love – he or she will, when he or she is ready – he or she will be able to experience it in all its depth and glory and variety, as it moves from romance to committed love. But that person keeps himself or herself away from experiencing ‘love’, before ‘the time comes’. So Valentine’s Day Celebration with its hedonistic cultural baggage, ‘robs’ young people out there off their ‘emotional virginity.’

    So at the same time, we are not talking about becoming passionless zombies – just the halal way. Just to continue on the Hanbalite tradition that Bangku talked about – although I am taking a different perspective of the topic – here are some quotes by Ibn Qayyim and Ibn Jawzi:

    Ibn Qayyim said in Al Jawab Al Kafi:

    “As for loving women, there is no blame on a person who has love for them. On the contrary, it is part of his perfection (as a human being) for Allah says “And among His signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquility with them, and He has put Love and mercy between you”

    Ibn Jawzi says in his Dhaamul Hawaa:

    “If you haven’t loved passionately or known the meaning of desire then get up and eat hay for you are nothing but a donkey.”

    Lastly, Miss Susan Kuchinskas advice someone who keeps his ‘emotional virginity’: “It’s natural to wonder about love, to crave and desire it. Don’t try to force it by doing anything that doesn’t feel right or comfortable to you. Instead, wait until you meet someone who is like you. And don’t worry about understanding love. When it begins for you, you’ll know it.”

Leave a Comment