© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Menteri-menteri Malaysia

March 9th, 2008 · 14 Comments

Menteri Kewangan?

kj.jpg

Setelah BN mendapat majoriti mudah dalam PRU 12. Kini adalah masa untuk spekulasi mengenai menteri-menteri kabinet yang baru. Salah satu perkara yang pasti, akan ada wajah baru dalam kabinet. Kekalahan Shahrizat, Zainuddin, Aziz dan Samy akan mewujudkan 4 jawatan kosong dalam kabinet, ditambah dengan perletakan Chua Soi Lek dan persaraan Lim Keng Yaik.

Mungkin buat julung kalinya, kita akan memperolehi seorang menteri lulusan Oxford dan UCL. Bakal menteri berusia 32 tahun ini, mungkin akan memperolehi jawatan Menteri Kewangan berdasarkan latar belakangnya dalam bidang pelaburan dan perbankan. Mungkin juga bakal menteri muda ini akan menjawat jawatan Menteri Pendidikan kerana kebanyakan bakal Perdana Menteri harus menjawat jawatan tersebut dahulu.

Diharapkan jawatan Menteri Penerangan diisi oleh seorang bakal menteri yang berkelulusan tinggi dan mampu berkomunikasi dengan baik dan tidak bercakap seperti orang kampung apabila di temu bual oleh Al-Jazeera mahupun CNN.

Jawatan Menteri Kerja Raya yang di war-warkan sebagai kuota India mungkin akan memihak kepada Datuk S. Subramaniam, S/U Agung MIC, dan pemimpin paling kanan MIC yang menang dalam PRU ini,lantaran penolakan terang-terangan rakyat terhadap Dato’ Seri Samy.

Bagi MCA pula, walaupun hanya menang 15 kerusi parlimen, kebanyakan kerusi Menteri, seperti Ong Ka Ting, Fong Cha Onn dimenangi dengan selesa. Jawatan Menteri Kesihatan yang kosong pula dijangka menjadi milik Ong Ka Chuan, S/U Agung Parti dan juga adik kepada Ong Ka Ting.

Bagi Gerakan pula, kerusi Menteri pula akan menjadi perebutan antara Datuk Tan Lian Hoe dan Lian Teck Meng kerana hanya dua calon ini yang menang kerusi Parlimen.

Di harapkan PM akan melantik menteri-menteri yang berkelayakan dari segi akademik dan kepimpinan. Dibandingkan dengan negara maju, kita sudah terlalu jauh ketinggalan dengan tabiat PM yang suka melantik menteri kelulusan SPM gred 3.

PM baru?

najib.jpg

Apapun, kejutan besar memang tidak dapat dielakkan. Sekarang ini ada bibit-bibit perpecahan dan komplot dalam parti pemerintah. Mungkinkah Pekan akan menjadi PM dan Rembau menjadi TPM?

Tags: Umum

14 responses so far ↓

  • Hafiz El Murtad // Mar 9, 2008 at 1:15 pm

    Salaam. Saya sedih Barisan Nasional tewas di Kelantan. Ini disebabkan saya benci Parti Islam Se Malaysia dan ideologi Islamnya. Saya musuh Islam dan ingin hapuskan parti Islam. UMNO adalah parti Melayu dan saya fikir Melayu korup lagi baik daripada Melayu Islam.

  • Pekan // Mar 9, 2008 at 11:38 pm

    wow..aku jadi PM? sape rembau?

  • Pena Hikmah // Mar 9, 2008 at 11:43 pm

    Wah hafiz..anda membenci Islam tetapi memberi salam? mungkin masih ada sinar harapan untuk anda bertaubat. teruskan usaha mencari kebenaran. semoga mendapat hidayah-Nya

  • Malaysia Bersatu // Mar 10, 2008 at 8:45 am

    Hafiz El Murtad,
    Dalam memberi pendapat kita mesti rasional dan beretika. Tak salah menyuarakan pendapat tapi harus menggunakan gaya bahasa yang baik. Malaysia Baru juga seorang yang liberal tapi etika dan nilai-nilai masyarakat Malaysia masih diamalkan. Itukan lebih menyerlah Hafiz. Malaysia Bersatu berbicara kerana sayangkan tenaga muda dan berilmu. Teruskan menjadi terbuka tetapi biarlah lebih bermaruah. Peace but not war. Liberal means peaceful and tolerance.

  • Bangsa Mu // Mar 14, 2008 at 6:55 am

    kesal dan sedih untuk sesuatu yang telah terjadi itu bukan lah perkara penting lagi, ade lah lebih penting untuk kite bangun dari lena yg panjang,

    masih boleh untuk kite kembali bersatu dengan berpegang kepada rukun iman dan rukun negara.
    yang dah terjaga sama-sama la kite bersatu jangan jadi kan kite mangsa seperti di singapura jgn biar kite terus terbuai oleh pujuk mesre serta janji manis dr pendatang yang entah ape tujuan nya.

    kita adalah harapan bangsa, BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH..

  • mazlan // Mar 17, 2008 at 4:11 am

    YANG PENTING SEKARANG RAKYAT DAPAT MERASA HARTA SERTA DUIT KEKAYAAN BERSAMA SAMA. JGN DI EKSPLOITASI DAN DI TAMAK KAN. BAGI SAMA RATA. EVERYBODY HAPPY! JGN PADA ORG2 TERTENTU SAHAJA. OPEN TENDER. BAGI SEMUA SYARIKAT2 PROJEK2. JGN DI ANAK TIRI KAN. PUNCA BN MEROSOT, COZ U KNOW KANTONG TAK CUKUP. NAK BAGI MAKAN ANAK BINI SEKARANG PUN PAYAH. UPGRADE GAJI LER. UPGRADE TARAF HIDUP LER. BAGI SEMUA ORG BISNES2. SAMA RATA SAMA TARAF SAMA MERASA. JGN YB2 SAJE DPT. JGN MENTERI2 SAJE DPT. RAKYAT BIASA, MAT2, ORG KAMPUNG NAK BISNESS. HASIL BALAK, HASIL KELAPA SAWIT, BAGI UNTUNG SAMA! ORITE!

  • mia // Mar 23, 2008 at 3:04 am

    woi hafiz!!teruk r ko ni…mengucap r….

  • lia // Apr 3, 2008 at 6:04 am

    hafiz…hafiz…ape saudara maksudkan dengan melayu korup lebih baik daripada melayu islam. Saya harap saudara lebih menggunakan akal dalam bertutur.

  • ann // Apr 3, 2008 at 1:11 pm

    ” bertaubat la selagi pintu taubat masih terbuka…
    wassalam..

  • (^_^)... // May 4, 2008 at 4:38 pm

    Ya ALLAH..pe nak jd dunia sekarang.. dah la nm hafiz pastu mengaku murtad..tak malu ke… nak menunjuk sngt ke yg awak tu anti Islam.. awak ni bukn fhm pon ape maksud islam tu…eventhough awak anti PAS..jgn la anti islam..tak slh awak nk sokong parti mn pon..tapi salah if awak ngaku murtad..mmg tak cium bau syurga la… hati awak mmg dah tak terbuka ke utk islam…. awak ni mmg tak tkut azab neraka ye?? hidup ni jgn belagak sngt..kalau Allah nak tunjuk kuasa dia..sekelip mata aje Hafiz oi…awak murtad pon tak malu ke gn nm islam…nmpak sngt nak menunjuk..aii tak tkut azab nmpk….insaf la sebelom pintu taubat tertutup…insyaAllah.. wasalam

  • kurta // May 26, 2008 at 1:32 pm

    Insyaallah hafiz, peluang anda untuk masuk ke neraka cerah……amin

  • rezal // May 29, 2008 at 10:40 am

    hafiz.. anda adalah sebahagian melayu2 yg jahil atau melayu kuno..
    fikir dulu sebelum ucap.. jgn lihat pada umno atau pas dll saja, lihat siapa individu2 yg tadbirkannya.. kita pun tak tau bagaimana ‘org atas’ menjana dan memanfaatkan wang dan harta kita.. dan pembangkang mesti perlu ada utk memantau kerja2 ‘org atas’, x lah diorg membuat sesuatu sewenang-wenangnya.. pelembagaan pu n dh tulis.. org islam adalah golongan yg maju.. melayu mcm awk ni lah dr.m kata ‘melayu kayu’.. baca buku byk2, campur ngan semua org, baru byk pengalaman..

  • Kecewa // May 31, 2008 at 3:07 am

    Betul2 kecewa dengan sikap hafiz ni…”hafiz” 2 gunakan nama org melayu ke?..Ke bkn islam..Tak de didikan agama ker????????

  • shah // Jun 18, 2008 at 4:34 am

    hafiz…lu ni kayu betol la…. orang tak penah sembahyang dan bersyukur memang bangang!!! tak penah aku jumpa org camni…baik bunuh diri saja lebih baik….

Leave a Comment