Umum mengetahui bahawa kekalahan BN, baru-baru ini adalah disebabkan kepincangan PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau tidak harus menyalahkan sesiapa kecuali diri sendiri kerana membiarkan diri diperalatkan oleh ahli politik muda berbakat besar, tetapi sangat rakus dalam mengejar kuasa dan populariti, Khairy Jamaluddin.
Kebenaran memang pahit, tetapi jika kepentingan peribadi mendahului rakyat,janganlah kita menyesal suatu hari nanti apabila kaum Melayu menjadi pendatang di bumi sendiri.
Dalam beberapa jam yang lepas, bibit-bibit perpecahan di kalangan pembangkang di Perak makin jelas dirasai. Lim Kit Siang dalam blog beliau mengeluarkan kenyataan berikut.
DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as Perak Mentri Besar.
As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and smallest political party in the proposed coalition has not received the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.
Ini jelas, memurkai pilihan DYMM Raja Perak yang memperkenankan perlantikan MB dari parti PAS.
Hal ini begitu merisaukan kerana DAP sendiri yang mengeluarkan kenyataan sebelumnya bahawa mereka akan menyokong pilihan DYMM Raja Perak, setelah mengemukakan 3 calon dari parti masing-masing.
Pedulikan soal ketuanan Melayu.Ini adalah soal perpaduan antara kaum, jika DAP lantang mempersoalkan kewibawaan kerajaan BN dalam mentadbir kerajaan, dan mempersoalkan integriti dan ketuanan Melayu, mereka harus juga memikirkan untuk menjadi pemimpin dalam negara berbilang kaum ini, toleransi harus diutamakan.
Namun, Pak Lah juga harus dipertanggungjawakan atas bala bencana yang sedang menimpa negara ini, dan mungkin akan datang lagi bala bencana yang akan terus menggugat kestabilan negara.
DAP sendiri yang kononnya memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan semua kaum tidak harus menipu rakyat, kerana rakyat sudah tahu perjuangan politik mereka sebenarnya lebih kepada kaum Cina yang kecewa dengan MCA.
DAP harus membuktikan kredibiliti mereka untuk memimpin. Namun mungkin kerana, MB baru itu, adalah daripada PAS, dan sudah terbukti, DAP tidak bersekongkol dengan PAS. DAP menganggap PAS, sebagai pelampau dalam memperjuangkan Islam.
PAS, juga, mungkin harus sedikit sebanyak bermuhasabah mengenai pendekatan mereka dalam melaksanakan hukum hudud dan sebagainya. Adalah jelas, hukum hudud adalah relevant dan wajar, namun, mungkin pendekatan mereka ataupun dakyah-dakyah daripada BN sendiri yang menakutkan rakyat bukan Islam dinegara ini, sebagai mana mereka mengaburi mata rakyat dengan akhbar-akhbar utama seperti Utusan dan Berita Harian yang jelas hanya memihak kepada BN, sebelum kekalahan besar BN dalam pilihanraya itu.
Media Malaysia yang berat sebelah, sudah tidak lagi mampu untuk membutakan mata rakyat. Peranan blog-blog dan media alternatif seperti Malaysia Today, MalaysiaKini, dan Harakah Daily dalam membongkar satu demi satu kepincangan PM dan BN dalam mentadbir negara terbukti apabila semua pengundi di bandar (yang punya akses meluas kepada internet), menyokong pembangkang.
Pak Lah harus bertanggungjawab kerana tidak mampu menjadi pemimpin yang kuat dan menangkis pelbagai tuduhan dan dakwaan semua pihak, termasuk orang yang mengangkatnya sendiri, Tun Mahathir.
Rakyat tidak kisah jika Pak Lah jujur dan menjawab segala tohmahan dan tuduhan dengan penuh integriti, bukan dengan suka mengeluarkan kenyataan bodoh dan tidak mencerminkan sebagai seorang pemimpin politik paling kanan di Malaysia.”Pakatan syok-syok”, ” saya tidak tahu, jangan tanya saya” jelas membuktikan beliau langsung tidak mempunyai kredibiliti sebagai PM.
Zaman Mahathir sendiri pon penuh dengan segala macam kedurjanaan dalam politik malaysia, pemecatan Anwar, pengkayaan “kroni-kroni” serta bermacam lagi pahit manis dalam politik parti-parti berdasarkan kaum ini, yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Tetapi, Mahathir bijak dengan mengeluarkan kenyataan dan pernyataan yang menyakinkan majoriti rakyat.
Pak Lah sekarang harus memikirkan kepentingan bangsa Melayu, bukan kepentingan peribadi.
Hentikan alasan kononnya, banyak lagi projek pembangunan dan wawasan yang harus dilaksanakan. Apa guna itu semua, jika perpaduan antara rakyat sudah tiada, dan bangsa Melayu akan menuju perpecahan dan kehancuran.
Jika KJ begitu kempunan sekalipon untuk jadi PM, beliau harus menunggu, dan banyak belajar dari pemimpin lain dahulu.
Tindakan beliau yang langsung tidak muncul dalam media selepas keputusan PRU 12, jelas membuktikan, siapa yang benar dan siapa yang salah.
Malah Menteri Penerangan yang kalah baru-baru ini pun, mengakui wujud cubaan golongan muda untuk menguasai UMNO.
Fikir-fikirkanlah. Fikir, dan terus berfikir.
Popularity: 21%



21 responses so far ↓
Pena Hikmah // Mar 12, 2008 at 10:59 pm
ulasan menarik dr saudara kaki masam.
masih byk ruang untuk parti-parti pembangkang berkembang dan menjadi lebih matang.
sama-sama kita lihat perkembangannya.
echopena // Mar 14, 2008 at 11:45 am
kalau Pak Lah letak jawatan.. siapa akan jadi PM?
Hmmm kena berhati-hati jugak…
rontol // Mar 14, 2008 at 11:29 pm
salam,
erm…ni links surat Mukhriz -
Translated:
http://rockybru.blogspot.com/2008/03/letter-pak-lah-doesnt-want-us-to-read.html
Asli:
http://www.mykmu.net/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=113
@echopena:Ramai yg menanti di bawah tu,soalan yang sepatutnya bukan siapa.Tetapi layakkah dia?
kyieen // Mar 15, 2008 at 7:14 am
pak lah harus letak jawatan demi agama, bangsa dan negara. hari ini DAP mengisytiharkan tiada lagi DEB di PP , pindaan akta kerajaan tempatan perihal perlantikan Datuk Bandar KL , esok atau lusa mungkin timbul pula pindaan perlembagaan tentang bahasa rasmi dan agama rasmi di Malaysia . Kalau pemimpin Melayu sanggup terima perubahan ini saya ucapkan syabas kepada PAS, UMNO dan PKR , kerana anda semua memang hebat .
Pak Lah penyebab kepada tergadainya ketuanan Melayu jika tidak ditentang dan diturunkan dari takhta PM . Melayu masih punya waktu maka bangun dan bersatulah . Mainkan kembali lagu “WARISAN’ di setiap cerok negara untuk membangkitkan semangat bangsa agar tidak jatuh merudum .
“Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah keringat mengalir
bumi dipijak milik orang….ketawalah bangsaku”
Pena Hikmah // Mar 15, 2008 at 11:24 am
melayu lagi? bilalah agaknya org2 dimalaysia boleh mula berfikir yg mereka semua sebenarnya rakyat malaysia dan bukan rakyat melayu, rakyat cina, rakyat india etc?
melayu // Mar 15, 2008 at 2:05 pm
kyieen, jgn cuba bermain dgn isu perkauman pula di sini.jgn cuba bermain api..jgn jadi anak kecil.
Ahlilfikir // Mar 15, 2008 at 3:15 pm
Cuba anda menjadi seorang pemikir yang betul-betul berfikir.
Biar PM laksanakan tanggungjawabnya. Sesungguhnya seorang pemimpin amat besar tanggungjawabnya kepada rakyat, jika anda diberi peluang untuk menggantikan tempatnya, sudah pasti anda tidak melakukan tanggungjawab sepertinya.
Walaupun kita lihat Pak Lah tak selantang Tun mahathir dalam menyampaikan sesuatu perkara, mesejnya tetap jelas, membangunkan Malaysia tercinta ini tanpa mengira kaum.
Jikalah BA(Dap,Pas,Pkr) memimpin kerajaan Malaysia ini,pastikah kita harga minyak turun?Harga Barang turun?Pembangunan lebih pesat? Rasuah tidak Berlaku? Hukum Hudud dapat dijalankan?
Jawapannya tentu tidak,dan pastinya rakyat akan menanggung pelbagai derita dalam sesuatu tempoh masa sebelum BA matang sepenuhnya.
Namun kita sendiri lihat bahawa Dap mempamer belang sendiri di P.Pinang,membelakangkan Hak Orang Melayu dalam isu DEB, membelakangkan Institusi Diraja dalam masalah di Perak. Ini jelas nenunjukkan pakatan BA sememangnya rapuh,walaupun jelas,kita seakan menutup mata sahaja.
Dan juga pernahkah kita bersyukur dengan kepimpinan BN selama 50 tahun ini?Lupakah kita tentang bangsa kita?Walaupun anda tidak setuju dengan pemikiran saya,tapi saya tetap ingin menyampaikan satu peringatan,SENTIASA BERFIKIR.
ahlifikirdgnbijaksana // Mar 15, 2008 at 5:55 pm
Ye, biar PM laksanakan tgjwbnya. Tapi kami perlukan PM yang laksanakan tugas dengan baik. Bukan spt yang berlaku sekarang.
Mesej membangunkan Malaysia tanpa mengira kaum? Kalau saya jadi PM pun sudah tentu saya akan mempropagandakan mesej tersebut utk dapatkan sokongan semua kaum. Tetapi, masalahnya, terlaksana ke mesej tsb? Utusan dan TV3 bukan main lagi menyemarakkan isu perkauman. Kalau setakat mesej saja tapi tak terlaksana, apa barang…
BA masih belum memimpin Malaysia lagi. Belum cuba, belum tahu. Pemerintahan di Perak bakal menyiapkan BA utk memerintah Malaysia suatu hari lagi. Pemerintahan BA masih mentah, sudah tentu pada awalnya ada pergolakan. Ape BN dulu takde pergolakan pada awalnya?
BN memerintah selama 50 tahun, tetapi isu perkauman masih belum selesai. Banyak lagi isu lain. Perlukah bersyukur sedangkan mereka yg diberi mandat tidak melaksanakan tugas dengan baik?
Ahlifikir, fikir dengann bijaksana
Faizal // Mar 16, 2008 at 2:21 pm
Tukinan idea dan pandangan saudara amatlah tepat lagi jujur. Hujah, pandangan dan lontaran idea saudara wajar diberi perhatian dan diambil maklum oleh pendurjana bangsa terutamanya sekali kepada Saudara KJ dan bapa mertuanya iaitu PM kita sendiri.
Tidak dapat tidak, kelakonan BN dengan kekalahan yang amat mengaibkan menjelaskan hakikat dan fakta sebenar, bahawa Pak Lah bukanlah pemimpin yang cergas dan cerdas mindanya. Setelah BN tewas dengan teruk, kenyataan ‘bodoh’ beliau tetap keluar. Seharusnya beliau menyeru rakyat Malaysia agar bersatu, bersetia dan pastinya beliau mengambil tanggungjawab - walau pun beliau enggan melepaskan kerusi empuknya.
Beliau lebih rela duduk berbincang dengan kroni-kroni kanannya mengenai MB, CM dan kabinet barunya. Ini amat menjejaskan reputasi dan komitmen beliau selaku pemerintah. Jelaslah, beliau seharusnya tidak dilantik sebagai PM Malaysia dahulunya. Kini, badi tersebut merebak dengan meluasnya. Hari ini perpaduan yang dilaung-laungkan Melayu kian butuh.
Tetapi penakalannya sejauh mana? Jangan tidak-tidak mengadaikan peti undi sewenang-wenangnya. Kini, beliau harus membendung pula pakatan pembangkang persekutuan yang akan melompat parti, keluar BN, menjadi calon Bebas dan semacam bagi untuk menafikan hak PM untuk turun takhta. Siapa akan bertanggungjawab atas perkara ini. Apa pula akan jadi pihak pembangkang pula membentuk majoriti mudah beberapa ketika lagi ini?
Soalan-soalan ini haruslah dipandang jangan jemunya. Sebagai warga dan anak watan Melayu, ketokohan beliau selaku PM haruslah disanggah. Tidak dapat dengan cara yang betul lagi elok, mungkin beliau bakal berdepan dengan kekacauan politik seperti rusuhan, demonstrasi dan sebagainya sebagai cara ‘menghukum’ dan menggulingkan beliau secara langsung.
Apa guna WPI, NCER, ECER dan segala bagai koridor sedang rakyatnya tak dapat apa-apa nikmatnya? Apa guna DEP jika bukan semua dapat manfaatnya (justeru kroninya terus berganda kayanya), apa guna biasiswa Melayu jika puluhan ribu graduan IPTA menjadi penghutang tegar PTPTN dengan cagaran gaji, senarai hitam dan bankrap? Tolong Melayukah ideologi ini? Bantu rakyatkah kerajaan dan pentadbiran ini?
Nah khalayak, saya membiarkan kekaburan ini menjawab benak terbanyak - Tidak dapat tidak ia mampu membuka minda kita. wasalam.
ariff // Mar 16, 2008 at 8:10 pm
PETITION FOR PAK LAH TO STEP DOWN AS MALAYSIAN PRIME MINISTER
http://www.petitiononline.com/bn2008/petition.html
wandakwah // Mar 22, 2008 at 2:46 pm
persolan mudah lg simple …kezaliman akan jatuh bila tiba masa nya ..itu janji Allah pada orang beriman…akhir zaman islam pasti bangkit demi kebenaran…kerajaan yang berjuang atas dasar nasional dan bangsa tidak kekal …percaya atau tidak ,janji Allah…bumi tuhan hak tuhan jangan angkuh dan sombong dibumiNYA..malysia penuh degan kefahaman barat,yahudi ,makhluk perosak.semua itu musnah ,hina.serta jijik disisi Allah.cukuplah …perintahan sekular yang memerintah,,,
Zulhimi // Mar 23, 2008 at 6:07 am
Jangan abaikan politik kaum. Orang Melayu masih mahu jadi orang Melayu, orang Cina masih mahu jadi orang Cina dan orang India masih mahu jadi orang India. Ini adalah satu realiti yang harus kita sedar. Setiap kaum mahu mengekalkan nilai dan budaya masing-masing.
ND Lalak // Apr 2, 2008 at 3:17 am
Memang patut Pak Lah letak jawatan kerana beliau adalah PM yang tak ada negeri. Kalau dulu semua PM ada negeri masing-masing tapi Pak Lah dah tak ada apa-apa dalam negeri nya. Negeri nya dah tergadai kepada Lim Guang Eng & family. Politik kita selama ini tertumpu pada satu kaum sahaja. Kotak pemikiran kita kena lah terbuka kerana kita kini bukan sahaja tertumpu pada satu kaum sahaja di Malaysia. Negara kita terdiri dari pelbagai lapisan kaum. Tapi baik BN dan pembangkang masih bermain dengan isu perkauman.
ND Lalak // Apr 2, 2008 at 3:22 am
Kepada ahli fikir usahlah anda bersedih dengan DEB yang tidak bermakna. Tapi saudara kena cermin diri anda jika anakanda tidak kenal dengan huruf jawi. Kalau dah tak kenal huruf jawi walau pun sebutir macam mana nak buat amal ibadat. Tak kenal quran. Dah masuk tingkatan 4 pun tak kenal huruf jawi. Apa jadah nya??
bujuder // Apr 3, 2008 at 10:14 am
telah terbukti dengn jelas kepimpinan pak lah harus disanggah,beliau telah menolak pilihan yang di pertuan agong bagi mb terenggan,kenapa?pak lah dok kata kita kena taat dengan sultan tetapi dia yang lebih..ini semua kerana kroni..mana dia islam hadhari kalo bini-bini dia tak pakai tudung,buek malo kat barat ja..pimpin bini sendiri pun tak boleh ada hati nak pimpin negara…islam hadhari perempuan tak payah bertudung..
xredstone // Apr 6, 2008 at 9:16 pm
mimpi ku
1. pilihan raya kecil akan diadakan di sabah dan serawak sebelum 09.09.2009
2. mb selangor letak jawatan parlimen sebelum 08.08.09
3. anak mahadir jadi ketua pemuda
4. huru hara belaku pada 13.09.09
5. anuar banyak duit dari luar negara
6. paklah letak jawatan sebelum 08.08.08
harap harap takjadi…..
khalid ibni walid // Apr 13, 2008 at 12:56 pm
Kalau tiada orang yang layak jadi pm, lantik sahaja Abuya Ustaz Ashaari Muhammad. Dia tak pernah berdendam dengan sesiapa termasuk Mahathir.InsyaAllah
Pena Hikmah // Apr 13, 2008 at 1:21 pm
lol..yg tu lagi2 laa tak boleh..
amrie // Sep 15, 2008 at 3:06 am
jangan main api lahhhhhh
yatie // Sep 24, 2008 at 3:00 am
memang ptt pak lah letak jawatan,sejak ja pm rakyat jadi semakin susah dengan barang yang mahal,segalanya mahal.gaji rakyat banyak mana aje
yatie // Sep 24, 2008 at 3:03 am
bglah peluang pd yang lain plak memimpin negara,
Leave a Comment