Keris Melayu
Umum mengetahui bahawa parti yang pada asalnya ditubuhkan untuk memperjuang nasib orang Melayu iaitu UMNO, kini berada dalam keadaan tenat.
Media massa UMNO, yakni akhbar Melayu berada dalam keadaan serba salah apabila mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohammad kini tidak putus-putus mengecam dan menyeru perletakan jawatan Perdana Menteri yang dilantik sendiri oleh beliau pada tahun 2003, Abdullah Ahmad Badawi.
Drama ini, sebenarnya akan menjadi semakin parah kerana Abdullah kini dilihat sudah tidak sabar lagi dengan segala kecaman Mahathir, apabila beliau sendiri membalas balik segala hentaman Mahathir dengan membongkar kembali segala rahsia dan mungkin perkara yang menjadi keraguan sebelum ini, seperti Operasi Lalang dan kebebasan media.
Mahathir sebenarnya seorang pemimpin paling cerdik dan mungkin juga paling licik pernah Malaysia lahirkan. Bapa pembangunan ini kini, terpaksa menelan kembali segala undang-undang dan sekatan yang dilaksanakan sepanjang tempoh beliau menjadi PM bagi merealisasikan pendapat beliau supaya Abdullah meletak jawatan ataupun kalah dalam persidangan agung umno akhir tahun ini.
Abdullah yang tertekan dengan kemerosotan prestasi BN pada pilihanraya lepas, mahu tak mahu terpaksa menangkis segala serangan Mahathir dan sekutunya bagi menyelamatkan periuk nasi sendiri.
Itulah situasi sebenarnya yang selalu berlaku dalam UMNO, Cuma Mahathir lebih licik dan bijak bagi menangkis serangan ini dengan melakukan plan pencegahan lebih awal, dan seperti yang sedia maklum,media-media massa bertindak bijak dengan menjadi pemangkin kerajaan dan agenda Mahathir.
Namun, itu berlaku dalam tempoh 26 tahun dahulu. Zaman dimana, internet dan blog tidak mengalami revolusi seperti sekarang, dimana rakyat kini sudah bijak dan tidak mungkin mampu diperbodohkan oleh media massa kerajaan ini.
UMNO sebenarnya sangat tenat, kerana terlalu ramai mereka yang terpaksa berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan periuk nasi masing-masing. Mereka terpaksa bergantung kepada projek –projek kerajaan untuk terus hidup melancong di Paris dan London.
Mereka terpaksa juga menyuap tauke-tauke cina yang suka kepada kontrak bumiputera yang dilakukan secara†kontrak anginâ€.
Hal ini bukannya baru, bukannya satu fitnah atau tuduhan. Perdana Menteri sendiri baru-baru ini mengakui pelabur-pelabur asing tidak mempunyai kepercayaan dalam sistem kehakiman Malaysia.
Jika institusi kehakiman yang sepatutnya menjadi tunjang kepada keadilan dan kesejahteraan rakyat korup, apa lagi yang mahu diharapkan oleh rakyat Malaysia. Kita sebenarnya tidak ubah seperti negara –negara korup seperti Zimbabwe dan Lesotho, cuma kita ada KLCC dan bermacam lagi mercu tanda kekakayaan sedangkan rakyat semakin tertindas dan tersempit dengan kenaikan kos hidup.
Rakyat-rakyat yang diberi bantuan diingatkan bahawa hanya UMNO yang mampu menolong rakyat sedangkan mereka terlupa untuk menzahirkan bahawa orang yang menjadi pengantaraaan antara UMNO dan rakyat juga patut diingatkan bahawa hanya UMNO yang mampu membesarkan perut mereka.
Melihat akhbar –akhbar semasa kini masih tidak serik dengan pelencongan dan bias yang mereka lakukan dalam penyiaran artikel mereka, amat menjengkelkan.
Orang melayu kini, sudah berpecah, mereka tidak percaya kepada UMNO lagi. Lebih baik undi DAP kata mereka. Biarlah kaum lain menjadi kuasa, kerana melayu, sememangnya suka melayukan diri mereka.
Remaja keruntuhan akhlak dan moral. Masyarakat cintakan hedonisme, itulah melayu.



3 responses so far ↓
Pena Hikmah // Apr 9, 2008 at 4:15 am
betul sgt laa tu kaki masam..mmg tu pun melayu..
Minnah 'Aqilah // Apr 9, 2008 at 2:28 pm
there is a lot UMNO need to change.Reform.Proses pembersihan , ketelusan . But , will it be that easy?
Tapi hakikatnya , keputusan pilihan raya kali ini memang membuka mata , menarik golongan politik UMNO utk lebih berfikir , bukan enak dalam kesenangan sendiri .
Mungkin konsep ‘Kerajaan sentiasa betul ‘ membuatkan banyak golongan politic pro kerajaan makin alpa dan lupa apa tugas dan tanggungjawab mereka.Mungkin kesekian lamanya mereka menafsirkan rakyat akan tetap begitu , menutup mata , ignorance…
Hope to see changes n ketelusan dalam UMNO
Nawaitu menceburi bidang politic setiap manusia ada pelbagai , dan rata-rata yg memasuki UMNO adalah demi kepentingan periuk nasi sendiri.Itu lah kesilapan asal .
‘Niat asal sebuah perjalanan yg akan menentukan pengakhirannya’
Coward Malaysians’ Attitude [Editted] « KidPieces // Jun 9, 2008 at 11:31 am
[...] My real intention is to make the Malays realized what is wrong with them. Why the majority Malays are not as good and excellent as other race in Malaysia. I am racist if you want to think that way, but this is Malaysia of multiculutural country. It’s sad to see my own race is left too far behind economically (kais pagi makan pagi etc), intellectually (the objection to meritocarcy, budaya kurang membaca, lack in critical and creative thinking etc), politically (UMNO loss etc), socially (rempit, rape, budaya lepak, pervert Malay teenage-boys, bertudung tetapi berzina, lack of positive ethical sense, favouritism, buday perkauman dan ‘grouping’) and even in their own religion (eg. still believe in superstitions with all the crap dramas made by Malaysians etc). [...]
Leave a Comment