© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Sejarah

Assalamualakum dan salam sejahtera buat semua,

Apa khabar rakan-rakan sekalian? Semoga semua warga Kaki sihat walafiat.Di bulan Ramadhan yang mulia ini,tidak terlewat rasanya untuk penulis mengucapkan ‘Selamat berpuasa dan beribadat’ untuk para pembaca yang beragama Islam.

Semua sedia maklum bahawa artikel penulis kali ini merupakan artikel ke-100 yang terbit di blog Kaki ini. Penyokong no-1 Kaki saudara kaki bangku, mencadangkan supaya artikel ke-100 ini dimuatkan dengan sejarah, cabaran dan masa depan blog ini. Bak kata orang ‘kampung‘ penulis “Comme tu veux”, hajat beliau akan cuba penulis penuhi.Lagipun apalah salahnya jika penulis bercerita sedikit tentang asal usul blog ini… kan?

kakiblog..

“Kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa”

Err, apa kaitannya sejarah Kaki dengan peribahasa ini. Adalah…sikit,ini kerana idea untuk mewujudkan blog ini datang dari mulut rakan-rakan dan penulis sendiri (Di kala itu penulis masih banyak berangan, mulut sahaja yang bekerja manakala anggota badan yang lain ‘tidur‘). Bermula dari kata-kata itulah,kami mula mereka platform ini untuk mengumpulkan bakat-bakat muda Malaysia dari seluruh dunia yang mahu bercakap dan berkongsi ilmu mereka. (Dimana 80%-90% daripada kerja-kerja mereka platform ini dilakukan oleh saudara kaki bangku)

Menyingkap kembali apa yang berlaku 4 bulan yang sudah (Kaki dilancarkan pada bulan Julai 2006, dimana hampir sebulan blog ini terbiar sebelum aktif sepenuhnya). Sebenarnya banyak juga yang penulis rapukan semasa zaman pembentukkan blog Kaki ini.Hajat di hati bermacam-macam,nak jadi blog no 1 di Malaysia la,nak dapat duit dari adsense la…. sedar-sedar,ilmu pengurusan masa penulis masih belum mantap. Impian yang mengunung masih lagi kekal menjadi angan-angan penulis.

kaki..

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan,semasa proses pembentukkan blog ini penulis dapat memahami sedikit sebanyak tentang sikap semulajadi manusia. Penulis mendapati bahawa setiap manusia mempunyai minat yang berbeza, kecenderungan kepada ilmu tertentu dan kadangkala bakat semulajadi yang menakjubkan. Bukan semua orang berminat dengan politik, bukan semua orang berminat dengan bola sepak (sukan kegemaran penulis) dan bukan semua orang berminat dengan sajak atau puisi (bakat semulajadi yang dipunyai oleh 2 ahli Kaki pada waktu ini).

Namun penulis dapat mengelaskan kecendurangan ini melalui anggaran. Sebagai contoh: banyak orang yang berminat dengan cara-cara untuk mendapatkan duit di Internet (antara sebab utama blog-blog rahsia adsense sentiasa menjadi top di Malaysia dan dunia). Jadi, adalah satu kemestian untuk blog Kaki mempunyai ‘kaki-kaki’ yang mempunyai bakat yang pelbagai, kaki duit, kaki puisi, kaki ilmu mahupun kaki tidur…

Mengingati kembali sejarah penubuhan asal Kaki agak melucukan. Kami cuma bertiga,dan masing-masing masih baru dalam dunia penulisan umum ini kecuali saudara kaki bangku.Pada waktu itu beliau sudah ada pengalaman menguruskan beberapa blog di internet. Pengasas bersama Kaki, saudara Naqqib dan penulis pula sudah mempunyai blog di laman Friendster.Ahli rasmi Kaki yang pertama ialah saudara MateRadzi (yang juga merupakan rakan baik kami,kini beliau menjadi korespondan kami di India),di mana sehingga kehari ini Kaki sudah mempunyai 10 orang ahli.

blogging..

Pada hari itu, apabila saudara kaki bangku sudah bising-bising (mana tidak bising,sudah sebulan blog terbiar) penulis bergegas ‘mempoyokan’ diri di beberapa blog yang sudah mempunyai nama di waktu itu. Antaranya ialah blog saudara Mazudi dan JowoPinter.Penulis bertekad untuk medapatkan hits sebanyak mungkin! Hampir 2 minggu juga penulis ‘mempoyokan’ diri di beberapa blog-blog lain. Hasilnya agak memberangsangkan (mencecah 200 hits sehari) namun semua itu hanyalah untuk sementara. Kaki pada waktu itu tidak mampu untuk berdiri dengan sendiri, isinya kurang.

Pengunjung datang dan pergi (tanpa memberi apa-apa komen),masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kata-kata kami tidak diendahkan sesiapa. Kami sedar bahawa blog Kaki kekurangan tarikan,sesuatu perlu dilakukan . . .

Rontol
29 Oktober 2006

6 Comments

6 responses so far ↓

Leave a Comment