Pengarang buku ini adalah pelopor Institute for the Study of Islamic Thought in Africa (ISITA), sebuah institut berdekatan rumah saya di Chicago. Beliau kini sudah uzur selepas diserang strok beberapa tahun lalu, iaitu sebaik sahaja menerbitkan buku di sebelah kiri ini, West Africa, Islam, and the Arab World, yang boleh saya anggapkan sebagai magnum opus [...]
Entries Tagged as 'Kembara Sufi'
Timbuktu
October 7th, 2007 · 6 Comments
Tags: Islam · Kembara Sufi · Umum
Kembara Sufi Sub Sahara VII
February 10th, 2007 · 7 Comments
Shaykh Amadu Bamba dan Jemaah Muridiyya
Pada tahun lepas, saya memulakan siri ini dengan sejarah Qadiriyya dan Tijaniyya di Afrika Barat sekitar kurun ke-18, iaitu era pra-imperialisme Eropah. Namun, dalam dua siri terakhir saya beralih fokus kepada sejarah para sufi di sebelah timur Afrika. Kali ini saya akan kembali kepada senario barat Afrika di kala penjajahan [...]
Tags: Islam · Kembara Sufi
Kembara Sufi Sub Sahara [VI]
January 6th, 2007 · 10 Comments
Shaykh Uways dan Aliran Sufi Pop
Jika Episod 5 mengisahkan pengaruh ulama dari Hadramaut sebagai golongan elit dalam sektor perniagaan, pentadbiran dan pendidikan di timur Afrika, kali ini saya ingin menyentuh pula gerakan sufi di kalangan orang awam, khususnya kepada kehidupan Shaykh Uways bin Muhammad al-Baraawe (1847 - 1909).
Terletak di Biolay (Biyooley), Somalia, maqam Shaykh Uways [...]
Tags: Islam · Kembara Sufi
Kembara Sufi Sub Sahara [V]
December 13th, 2006 · 17 Comments
Pengaruh Ulama Hadramaut di Afrika Timur
Episod 2-4 menceritakan tentang gerakan tajdid sufi Tijaniyya dan Qadiriyya di sebelah barat sub Sahara. Masih banyak kembara sufi yang boleh diceritakan di kawasan ini, tapi sebelum kita mendalaminya eloklah saya beralih sebentar ke kawasan timur Afrika, terutamanya di negara Somalia, Tanzania, Kenya, Zanzibar dan Kepulauan Comoros.
Aliran pemikiran fiqh dan [...]
Tags: Kembara Sufi · Umum
Kembara Sufi Sub Sahara Episod 4
November 29th, 2006 · 3 Comments
Pengenalan Kepada Tariqat Tijaniyya
Diasaskan oleh Shaykh Ahmad al-Tijani, Tijaniyya adalah antara aliran tariqat paling popular di dunia pada masa ini. Malah, di Chicago in juga wujud komuniti Tijaniyya yang signifikan. Dari segi doktrinnya, Tijaniyya dikaitkan dengan gerakan “neosufi” yang lain pada awal perkembangannya seperti aliran Sanusiyya, Khalwatiyya dan Idrisiyya kerana penggunaan konsep Tariqat Muhammadiyya.
Shaykh Ahmad [...]
Tags: Islam · Kembara Sufi · Politik
Kembara Sufi Sub Sahara Episod 3
November 22nd, 2006 · 10 Comments
Jihad Usman Dan Fodio dan Kerajaan Khalifah Sokoto
Dalam Episod 2 aku menceritakan bagaimana Sidi al-Mukhtar al-Kunti menyatupadukan penduduk-penduduk sekitar Timbuktu dan mempopularkan tariqat Qadiriyya. Pada masa yang sama, gerakan Wahhabiyya sedang giat mengkucar-kacirkan umat Islam di tanah Hejaz.
Ketika inilah lahirnya seorang lagi tokoh reformis Qadiriyya bernama Shaykh Usman Dan Fodio di wilayah Hausa, Nigeria pada [...]
Tags: Islam · Kembara Sufi · Politik
Kembara Sufi Sub Sahara [II]
November 19th, 2006 · 4 Comments
Sidi al-Mukhtar al-Kunti - Pelopor Gerakan Tajdid di Sub Sahara
Dalam Episod 1 siri Kembara Sufi Sub Sahara (KSSS), aku telah memberi gambaran umum suasana tajdid kurun ke-18. Seruan pemurnian dalam amalan agama dan agenda penentangan terhadap penindasan kuffar digerakkan melalui tariqat-tariqat di bawah pimpinan ahli-ahli Sufi yang karismatik seperti al-Hifni, Shaykh Mansur dan al-Sanusi. Sekarang, [...]
Tags: Islam · Kembara Sufi · Politik
Kembara Sufi Sub Sahara [I]
November 16th, 2006 · 5 Comments
Kemunculan Gerakan Tajdid Sufi
Seperti yang dijanjikan, aku akan memulakan siri Kembara Sufi Sub Sahara. Aku akan cuba menulis setiap Selasa, Khamis dan Sabtu sambil bekerja di lab komputer.
Tapi sebelum aku mulakan, perlulah dijelaskan bahawa aku bukan seorang sufi apatah lagi pakar dalam sejarah sufi sekitar sub sahara ini. Aku cuma merujuk kepada sumber-sumber sekunder dalam [...]
Tags: Islam · Kembara Sufi
