© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Entries Tagged as 'Sajak'

butir-butir hujan

November 7th, 2006 · 3 Comments

berdiri di halaman
menadah butir-butir hujan
dengan telapak tangan.
sementara menanti
cembul atau bejana
buat tadahan.
belum ada cembul atau bejana
apatah lagi takar dan geluk perkasa
dan mereka mungkin tertawa
tetapi tidak mengapa
masih ada rengkung yang dahaga
dan masih ada telapak tangan
untuk menadah butir-butir hujan
 
 
salam sayang, salam perjuangan
meow~
Popularity: 8%

Popularity: 8%

Tags: Islam · Kehidupan · Melayu · Politik · Sajak · Umum

Bisu, Tuli, dan Buta..

November 5th, 2006 · 3 Comments

Kadang-kadang sesuatu yang jelas dan tampak
Pada bibir yang terkatup rapat
Pada telinga yang mendengar
Pada mata yang menyaksikan
Tiada pasti akan kebenarannya
Kelemahannya ialah kadang-kadang.. Bukan?
Seringkali yang diam tanpa kata, yang tiada mengambil endah
Nun terus ditelunjuki dan dikatakan sebagai bisu dan tuli
Acapkali yang seringkali jatuh apabila melanggari tunggul batu di hadapan jalan mereka
Lantas digelarkan buta?
Kelemahannya ialah seringkali dan acapkali..Juga [...]

Popularity: 5%

Tags: Islam · Kehidupan · Melayu · Politik · Sajak · Umum

Eid Mubarak 1427H

October 23rd, 2006 · No Comments

Madrasatussiyam kini perlu mengundurkan diri
Tamat sudah sebulan tempoh pengajian
Bersama tangisan pemergiannya diiringi
Limpahan senyuman dan kejayaan ditinggalkan untuk kita semua raikan
Kita datang dengan fitrah yang suci
Untuk kita isi dengan keindahan wardah-wardah takwa dan akhlak
Bersama membuka lembaran baru buat Syawal yang barakah dan murni
Pohonlah dan teruslah memohon nikmat-Nya tiada sesekali kan luak
“… Sungguh, masjid yang didirikan atas [...]

Popularity: 5%

Tags: Islam · Kehidupan · Sajak · Umum

Bukan Picisan Ramadhan

October 13th, 2006 · 6 Comments

Bila lama tak berbicara
Berdiskusi sesama kita
Bertanyakan khabar berita
Semuanya jadi lupa dan terkesima
Entah apa yang ingin dikeutara
Sedang hati akal lidah semuanya kelu kebas tak bersuara
Kerongkong tak tersekat mata tak pula terpaksa diseka
Cuma tak punya kudrat, tak punya kuasa
Selalunya jejari lancar bercerita
Kali ini, hari ini terpaku statik.. Terkaku ia
Bagai ada suatu yang menghalang tapi tak tercari akan [...]

Popularity: 3%

Tags: Sajak

Teratak Rindu

September 22nd, 2006 · 2 Comments

Sudah lama rasanya rindu ini tidak berlabuh
Di pelabuhan yang sama pada musim yang malar
Cuma mungkin kematangan menyedarkan
Jua mengetuk-ngetuk pintu
Biarpun tidak berloceng
Tapi petandanya hadir bersama-sama cinta-Nya
Apabila dikenang akan waktu aku leka
Alangkah ruginya setiap saat itu yang terlepas
Bukan terlepas hanya dari genggaman
Tapi turut terlepas dari kiasan mata yang dulu legap
Di sebalik dinding tebal
Dinding kaviti mungkin strukturnya
Kerana suara [...]

Popularity: 4%

Tags: Sajak

Cerita Si Hidung Mancung Bermata Hitam Pekat Bulat Berdahi Luas yang Buta..[bahagian 2]

September 8th, 2006 · 8 Comments

Di lorong itu pernah antara kamu berdiri dengan mata yang merah
Jerih tangan memohon simpati
Hinakah perkataan simpati itu kerana kini kamu tuli akan nilainya?
Mungkin harga satu dinar di tepian jalanan ketika itu
Amat benar pasti kamu tahu maknanya
Kerana itulah yang mengeyangkan yang membolehkan kamu berdiri
Tidak lagi terketar-ketar memegang tongkat di khalayak pasar
Dan kini apabila kamu cuba bersemayam [...]

Popularity: 2%

Tags: Sajak

Cerita Si Hidung Mancung Bermata Hitam Pekat Bulat Berdahi Luas yang Buta..[bahagian 1]

September 6th, 2006 · 2 Comments

Marcapada hari ini memperlihatkan
Fenomena yang buta itu punyai penawar
Teorika dan logika nya KUDRAT itu jangan dipertikaikan
Tetap dan kekal milik-Nya
Hingga ke lohong hitam dan infiniti
Faktanya tetap tak akan sekali berubah
Suatu kisah ingin sekali diperlihatkan pada kalian
Tetap pada tujuan yang sama motif yang serupa
Bersama-sama menyingkap tabir CINTA
Agar konsekuensinya untuk cakerawala
Bukan hanya nebula mawar merah
Nyalaan siraj minyak tanah
Memecahkan [...]

Popularity: 2%

Tags: Sajak

LET ME FEEL THE PEACE AGAIN

August 21st, 2006 · 4 Comments

Let Me Feel The Peace Again

Lying on lush grassland
Sight fixed on sky
Heaven’s bright eye stands revealed
Shimmering between the white divine clouds
I enjoy listening to the little sparrows tweeting
While they fly joyously into the sky
Rainbow colours up the atmosphere
Cheering up the very beautiful daytime.

I close my eyes slowly
Trying to breathe in the happiness
And [...]

Popularity: 2%

Tags: Sajak

Epik Penampar Nyamuk, Bantal-bantal nan Empuk, dan Embun serta Daun

August 13th, 2006 · 9 Comments

Teringat pula tatkala malam ini jelang
Apabila ramai di antara kamu
Mungkin sedang lena dalam dakapan bantal-bantal empuk
Pelbagai warna
Pelbagai rupa
Kejauhan mungkin juga ada yang dalam igauan
Sedikit saspen pada kehampiran klimaksnya
Aku yang memerhatikan memikirkan
Biarpun bukan dalam ruang lingkup mayamu
Tetap merasai..
Lalu..
Apabila keadaan kembali tenang
Fitrah malam yang tenang
Aku kembali berkisar di atas bangku
Kenanganku pada dia..
Seboleh-bolehnya tak ingin walau sekali perkataan [...]

Popularity: 1%

Tags: Sajak

Laila, Malam, & Biarlah Rahsia..

August 3rd, 2006 · 6 Comments

Em..
Berpura-purakah aku??
Atau hanya berselindung di balik malam?
Cuba memahami erti malam
Cuba menghayati kesucian malam
Doakan aku..
Terus berharap
Kerana aku masih waras
Dan walaupun orang yang kurang akal
Mungkin lebih tau erti pengharapan..
Tahukah kita apa di balik malam ?
Sedang kelam dan kabut dan kabus
Acapkali menemani malam
Bintang tidak selalunya ada
Bulan juga tak pasti setia
Tahukah kita bintang dan bulan itu sekadar penyeri malam [...]

Popularity: 2%

Tags: Sajak