Nota Syarahan Feminisme [6]
Bagaimana agaknya wanita-wanita ini dilayan dalam masjid kita sekarang?
Wanita-wanita yang kita bicarakan ini sangat dinamik dan berani. Dan penyebaran Islam terus bernafas atas jasa para wanita ini.
Apakah pengajaran dari wanita-wanita silam yang berani dalam perang ini?
Apa yang diceritakan ini bukan sekadar cerita, tapi adalah masyarakat yang dibentuk oleh rasulullah (s). baginda bukan sekadar membenarkannya, tapi dengan aktif mengaturkannya.
di Cina, masyarakat itu wanita memainkan peranan penting. dan tamadun islam cina lebih tua dari syria. para wanita senang saja mempelajari seni pertahan diri dan sebagainya.
nusaybah - seorang mujahidah dan mujtahidah (kerana menggunakan ilmunya untuk membuat tindakan sendiri)
Kita akan lihat kemudiannya contoh nusaybah ini dalam wanita terkemudian.
Di mana kita pergi, manusia akan bentuk budaya. Budaya itu ekspresi idea, nilai, objektif, dan sebagainya.
Elemen budaya sangat penting dalam segala kes hukum hakam Islam.
Bila kita toleh kembali sirah, kita bukan saja lihat ajaran rasulullah, tapi juga lihat budayanya yang dibentuk rasulullah.
Budaya ini sangat berbeza dengan budaya Bizantin/Rom dan Parsi. Pemisahan antara jantina secara radikal terdapat seperti Gymnazium di Rom dan Purdah di Parsi.
Tapi masyarakat arab Islam itu tidak begitu radikal. Khalid al-walid terbuka sahaja terhadap wanita turut dalma perang. Para sahabat tidak menghadapi masalah terhadap wanita.
Persoalan ini adalah persoalan diri kita sendiri. Maklumat ini sangat menarik dan bernilai. Kita perlu hargai hakikat ini.
Masyarakat kita di US ini sangat menghendaki penglibatan wanita dalam ekonomi dan kepimpinan. Ini sebenarnya mirip situasi awal Islam dlm masyarakat Arab lampau.
Nak jauhkan dari masyarakat boleh aja. Tapi kita perlu diberi pilihan untuk tidak dipaksa pemisahan radikal sebegini.
Tanya saja siapa Joanne of Arc, siapa di kalangan orang Eropah tak kenal?
Tapi kalau tanya umat islam siapa khawla dan azdah, mana ada orang kenal!
Antara buku rujukan utama saya ialah buku dari Umar Ridaa Kahhalah. Buku berbahasa arab ini khusus menceritakan biografi wanita.
Sebuah lagi buku ialah dari Leila Ahmed bertajuk Women and Gender in Islam. Ini antara buku terbaik mengenai jantina. Saya mengenali penulis ini, seorang yang sangat cerdik dan berfikiran terbuka.
Seorang lagi ialah Wiebke Walther bertajuk Women in Islam: From Medieval to Modern Times. Seorang teman rapat Anne Marie Schimmel.
Ada lagi satu buku - oleh Fatima Mernissi. Kita mungkin bercanggah pendapat dengan beliau. Tapi beliau sangat cerdik walaupun jelas kelemahannya dalam bahasa Arab meski beliau orang Maghribi. Tapi beliau satu-satunya yang mengetengahkan para permaisuri dalam sejarah Islam.
SOALAN: Wanita kadang-kadang diletakkan dalam keadaan terperuk bila di masjid.
Kita sering bawa budaya dari negara asal kita dan cuba terapkan di masjid.
Ramai wanita Islam tidak selesa kunjung ke masjid di USA ini. Rasa macam diasingkan.
Apatah lagi perasaan terhadap orang bukan Islam yang berminat nak mendekati komuniti Islam.
—-
Cuba ingat semula bagaimana Rasulullah mengangani al-fadhl yang tenung seorang wanita jelita. Beliau cuma palingkan pandangan al-fadhl dengan lembut.
Roh Islam itu tidak rigid. Umat islam di USA generasi pertama sangat terbuka dan memahami. Generasi kedua, mereka agak anti-budaya. Ini membayangkan budaya yang terpesong. Mereka mungkin takutkan asimilasi - bagaimana memelihara identiti.
Reformis Islam sepanjang kurun 20 telah bangkitkan masalah jantina ini. Seolah satu paru-paru rosak. Pastinya ini melemahkan competency dengan bangsa lain.
—-
Pabila Islam sebar ke Iraq, Parsi, Syria, Mesir dan lain-lain, penyebaran ini sebenarnya makan masa lama untuk jadikan Islam sebagai kelompok mejoriti - 400 tahun mungkin.
Tapi sejak awal, kita dapat lihat converts. Convert sebenarnya membentuk majoriti dalam masyarakat Islam.
Orang-orang convert akan bawa budaya dan nilai2 mereka. Malah, sekolah2 pemikiran dalam Islam itu dibentuk dari masyarakat yang berperadaban. Kehendak mereka terhadap wanita berbeza.
Tiada bandingan keterbukaan orang arab terhadap wanita. Contohnya, ketika saya di Persepolis (Iran), tak terlihat langsung seorangpun wanita. Saya hanya dapat tahu kemudiannya di mana para wanita tersorok. Barangkali budaya sebegini yang membentuk segregasi jantina dalam masyarakat islam umumnya.
Kurun 19 dan 20 sangat beza dengan sebelumnya. Hampir disepakati di kalangan pengkaji zaman ini bahawa status wanita jatuh mendadak, mungkin kerana faktor penjajahan.
Tapi sebenarnya masyarakat agrarian zaman sekarang masih pertahankan status wanita. Mereka masih main peranan penting. Umpamanya saya teringatkan pengalaman di Tlemsen, ALgeria. Dalam sebuah keluarga sharif yang berilmu dan integriti tinggi. Wanitanya main peranan penting, interaksinya sangat semulajadi dan terbuka.