© 2007 Kakiblog.com
Kakiblog.com header image

Rak-rak Buku di Bumi Toronto

May 13th, 2007 · 5 Comments

oleh Taufik

ISNA mosque canada

Kini aku berada di rumah pakcik Mohd Noor di Missisauga (surburb Toronto) kerana aku sudah ditendang keluar dari residence aku tetapi tarikh flight aku belum tiba lagi. Aku merempat di rumah orang la kira. Suasana kawasan rumah beliau sungguh indah sekali. Neighborhood kawasan ini sungguh tenteram, jauh berbeza dengan downtown Toronto yang sungguh sibuk dan sesak itu. Aku juga mendapat hidangan masakan melayu yang sungguh enak tiap-tiap hari di sini (rasa macam dah sampai Malaysia pulak). Rumah beliau hanya 10 minutes walk sahaja dari sebuah masjid yang bernama Masjid al-Farouq. Di Toronto ni masjid memang banyak macam cendawan walaupun Canada bukan sebuah negara islam.

Pada malam sabtu lepas kami pergi ke masjid bagi mengikuti Ceramah Tafsir Ibn Kathir. Aku dapati tidak ramai yang mengikuti ceramah ini, bilangannya boleh dibilang sahaja (tajuk tak menarik barangkali). Jelas kelihatan imam masjid tersebut juga agak hampa dengan jumlah orang yang hadir hanya sedikit pada hari tersebut. Faktor utama sambutan menghamparkan ini ialah kerana kerumitan masa maghrib yang lewat. Most people datang lepas maghrib ceramah pula bermula sebelum maghrib. Ceramah diteruskan juga dengan tafsir bagi surah al-an’am ayat 150 hingga 157. Kemudian waktu solat maghrib tiba, ceramah dihentikan, dan azan dilaungkan.

Selepas azan, semakin ramai jema’ah datang ke masjid bagi menghadiri solat maghrib. Sudah tentu ramai yang solat sunat rawatib dua raka’at sebelum maghrib. Aku perhatikan ramai jema’ah berbangsa pakistan , bangladesh , dan india , dan aku bilang mereka bermazhab hanafi. Ini kerana mereka tidak mengangkat tangan ke bahu atau telinga selepas bangun dari rukuk dan sebelum turun ke sujud, dan mereka tidak mengerak-gerakan jari ketika tasyahud juga. Tidak mungkin la mereka ini salafi dan orang dari south asia by default selalunya hanafi la.

Setelah selesai solat maghrib, imam ada sedikit perbincangan bersama AJK masjid, jadi ada sedikit masa sebelum ceramah tafsir bersambung. Aku pon mengambil masa ini untuk melihat buku-buku yang ada di rak buku masjid. Mula-mula aku scan through tajuk-tajuk buku yang ada di rak tersebut: The Prophet’s Prayer Described by Syaikh al-Albaani, Mukhtasar Zad al-Ma’ad by ibn Qayyim, Fiqh Sunnah by Syed Sabiq, Aqidah of the Salaf, Kitab al-Tawheed by Muhammad ibn Abdul Wahab, The Truth about Sufism, etc. Belum sempat aku membelek buku-buku di rak tersebut, ceramah tafsir pun bersambung. Semakin hampir masa untuk hidangan nasi briyani semakin ramai pula orang datang. Pelik sungguh.

Aku teringat imam tersebut menjawab pertanyaan tentang animal fat bukan zabeha used in soap. Ini kerana semasa pengajian tafsir ada menyentuh hadith tentang ‘dead animals are haram to eat.’ Kiranya ia berkaitan dengan bangkai dan cara membunuh binatang dengan menggunakan electric shock instead of sembelih. Syaikh tu kata haram kalau animal fat (Beef fat la. Pork mmg sah sah la haram.) yang buat soap tu dari binatang yang bukan zabehah. Tetapi dia kata dekat sini tak pasti sembelih ke tak jadi syubhah. Penyelesaian, cari yang dibuat dari plant fat, boleh check product mana halal dekat website. Masih segar dalam ingatanku syaikh tu kata, “According to mazhab hanafi…” semasa beliau memberi jawapan. Tidak hairan la pon sebab majoriti jema’ah bermazhab hanafi.

Setelah kenyang makan briyani dan solat isha’ aku pon bersembang seketika dengan Pakcik Mohd Noor. “Masjid ni penuh dengan buku salaf, takda pulak buku mazhab hanafi. Pelik jugak”, ujarku. Aku dapati buku fiqh popular hanafi, Muwatta’ of Imam Muhammad pon tidak ada dekat rak buku itu. “Memang la. Imam-imam di sini banyak Salaf. Syaikh bagi ceramah tadi tu pon dulu belaja dalam bidang hadith dari Universiti Madinah. Tetapi ada jugak imam mazhab hanafi. Orang somali pon ada jadi imam. Orang somali ni macam kita sikit. Dierang baca pon bunyi macam orang melayu kadang-kadang.”

Ramai rakan somali yang aku kenali memang bermazhab syafi’e, jadi tidak haian la kebanyakan mereka ‘macam kita’ mengikut kata beliau. Terkejut juga aku mendengar syaikh bagi ceramah tadi dari University Madinah. Teringat aku syaikh tu kata, “According to mazhab hanafi…” semasa beliau mengulas hukum animal fat tu. Sudah tentu syaikh tu tahu background penyoal itu dan background majoriti jema’ah di masjid itu…

Aku pon ambil buku The Truth About Sufism dari rak buku tersebut an membacanya. Sambil memerhatikan tajuk buku yang sedang aku baca, pakcik Mohd Noor pon berkata, “Kalau ikut dierang ni jangan datang R.I.S.” R.I.S. ialah ringkasan bagi Revival of Islamic Spirit, iaitu sebuah conference islam terbesar semasa winter di Toronto. Biasanya lebih kurang 10 000 orang dari seluruh North America ke conference ini. Beliau menambah lagi, “Dierang kata dekat R.I.S. tu ada syaikh sufi mengarut. Pakcik kata sudah la, pakcik pergi je.”

Aku sangat setuju dengan beliau. RIS 2006 yg aku attend sangat menarik bagiku. Banyak juga aku belajar tentang khulafa’ ar-rasyidin, sirah nabawi, dan pelbagai lagi. Sudah tentu ada tasawuff, tetapi bukan la mereka ajak join Nashqabandi ke, mengajar wahdatul wujud ke apa. Malahan, a da juga beberapa mat salleh mengucap shahadah di atas pentas semasa mengikuti conference tersebut. Barangkali ada lagi yang revert time tu tetapi malu untuk naik pentas. Apa lah dengan sikap boycott memboycott ni… Kan ada misi dakwah yang lagi besar di sini selain dari boycott sesama sendiri.

Semasa di basement rumah pakcik Mohd Noor, aku scan through rak buku beliau pula. Ada buku Fiqh Islam, Cara Solat Jama’ dan Kasar Mengikut Mazhab Syafi’e, dan banyak lagi buku-buku islam dalam bahasa malaysia dan indonesia. Memerhatikan gerangan aku, pakcik Mohd Noor pon berkata, “Pakcik selalu kalau balik Singapore bawak balik (bawak balik ke Canada) buku-buku ni. Kalau orang balik singapore pon pakcik suruh kirim apa-apa je la buku islam dari sana .”

Aku pon berkata, “Dekat sini pon banyak buku Islam, cuma dalam English la. Dekat Danforth tu macam-macam ada.”

Beliau berkata, “Tahu. Cuma pakcik lagi senang la dengan buku dari sana . Sini macam-macam ada. Semua jenis buku ada. Syi’ah ada, ahmadiah pon ada, karang takut tersilap baca pulak. Kalau buku kita tu kira kita tau la ada jabatan agama tapis.”

Aku menjawab, “Betul jugak. Tetapi buku-buku dekat masjid tu biasanya ok la.”

Kemudian beliau cerita tentang orang-orang masjid yang suka tegur akan sesetengah amalan orang lain. Ada yang suka tegur orang secara kuat-kuat di depan khalayak ramai dan beliau kurang senang dengan sikap ini. Ye la, siapa tak sakit hati dengan orang tak reti budi bahasa begitu. Beliau kata yang jenis tu suka belagak pandai sahaja. Ada juga yang tegur berhemah one-to-one dengan berkata, “This is how I learn. I don’t know about your mazhab. If you think your way is right then go ahead.” Beliau kata contoh yang tegur secara hemah ni ialah imam mengajar tafsir hari tu. Kalau cara ini baru la senang sikit nak accept.

Beliau menambah lagi, “jadi biasanya pakcik rujuk la buku-buku ni bila ada orang cakap amalan pakcik dari S ingapore dulu salah. Mana yang salah tu pakcik betulkan la. Sesetengah tu kita pon ada hujah juga. Tak perlu gaduh-gaduh.” ujar beliau.

Kagum aku dengan sikap pakcik ini. Sanggup dia import buku dari tanah air untuk merujuk kembali apa yang dia tidak tahu dahulu jika ada yang menegurnya. Bukan beliau bertengkar lidah dan bukan juga beliau ‘membiarkan sahaja’ teguran itu.

Kemudian kami pon solat asar berjema’ah dua orang. Beliau meletakkan tikar sembahyang aku sedikit kebelakang di sebelah kanan beliau. Aku pon solat dengan kedudukan ma’mum sedikit di belakang la. Risau pula jika aku berdiri betul-betul sebaris dengan beliau nanti beliau rimas pula tak boleh concentrate solat. Selepas solat berjema’ah, beliau meminta aku lead bacaan doa lepas solat. Aku teragak-agak di situ. Akhirnya aku baca sahaja doa yang ringkas tanpa menyuarakan pendapat aku tentang hal ini. Aku pon mesti menjaga adab perlakuan seorang yang muda kepada seorang yang tua, apatah lagi seorang tetamu di rumah orang.

Bukankah begitu sepatutnya? Mungkin aku salah kot… Mungkin aku patot berhujah di situ dan pada masa itu juga. Adakah begitu? Mungkin lain hari jika berpeluang akan ku terangkan akan ‘hal itu’ kepada beliau. Mungkin ketika beliau menjadi tetamu aku pula.

Begitulah serba sedikit tentang muslim di bumi Toronto yang pelbagai aliran,mazhab dan manhaj. Ada yang belagak pandai, ada yang suka gaduh, ada juga yang tahu nak makan nasi beriani sahaja. Tetapi secara amnya masing-masing mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan sering bertasammuh dalam banyak perkara. Inilah cabaran baru yang dibawa oleh globalisasi dan kita perlu hadapinya dengan matang. Kebanyakan negara-negara islam didominasi oleh satu aliran mazhab sahaja, tetapi ‘negara caca merba’ macam Canada ni lain pula ceritanya. Pertembungan seperti ini aku kira tidak berlaku dalam skala sebesar ini sebelum ini. Erti comparative mazhab bukan sekadar hujah-hujah di dalam buku sahaja, tetapi bagaimana untuk menghadapinya secara matang dalam dunia realiti.

Banyak lagi cerita-cerita tentang bab ini kalau nak diceritakan. Cukup sahajalah buat kali ini, aku pon bukan suka sangat cerita panjang tentang hal ini. Cuma kadang-kadang aku risau juga dengan perkembangan di tanah air. Ramai yang bersikap “holier than thou” (Term pinjaman dari Bangku). Ke satu pihak sahaja? Tak kesah la, pokoknya bercakaran juga. Adab dan akhlak tu penting bila tak sependapat.

Salam dari bumi Toronto.

→ 5 CommentsTags: Islam · Umum

sampah

May 13th, 2007 · 7 Comments

oleh Najwan Halimi

Loya. Jijik. Mual.
 

Mungkin tiga perkataan itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa hinanya Radio Televisyen Malaysia (RTM). Juga tidak ketinggalan, saudara sesusuannya, Utusan Melayu dan Berita Harian (pagi tadi saya melempar nashkah akhbar New Sunday Times ke lantai selepas membaca satu artikel sampah yang ditulis oleh seorang graduan Universiti Oxford yang kini berkecimpung secara sambilan sebagai pemimpin Mat Rempit).
 

Entah kenapa saya tertonton (ulang: tertonton) RTM 1 pada jam 9.30 malam tadi. Siarannya berkenaan dengan sebuah dokumentari (baca: propaganda) yang meletakkan nilai intelektual rakyat Malaysia ini sebagai antara yang terbawah di dunia !
 

Mesej dalam siaran propaganda ini menggambarkan seolah-olah kita sedang berada di zaman komunis. Pembangkang digambarkan sebagai penjahat.
 

Anwar Ibrahim digambarkan seolah-olah seorang pemimpin munafiq hanya kerana beliau menari-nari di sebuah majlis kaum India di Ijok baru-baru ini.
 

Aduhai ! Inikah dia nilai rancangan media Malaysia? Penjenamaan demi penjenamaan dibuat, pun begitu RTM masih tetap sama. Membebalkan!
 

Oh ya! Saya terlupa bahawa menteri yang menjaga RTM ini pernah ke England dan mengkritik British Broadcasting Centre (BBC) kerana menemubual Anwar Ibrahim. Menteri ini cuba untuk mengajar BBC apa itu kebebasan media barangkali dan siapa yang seharusnya yang mereka temubual. Gila !
 

Beliau juga baru-baru ini ke Perancis untuk mendidik pendukung kebebasan negara Pencerahan itu supaya mengklasifikasikan bloggers. Kata beliau, kewujudan blog-blog di alam maya ini mengakibatkan ketidakseimbangan penerimaan maklumat di kalangan rakyat, terutamanya yang tinggal di luar bandar.
 

Hebat. Malaysia boleh. Menteri Malaysia pun boleh. Dengan muka tak malu, melalak di negara asing tentang ehwal media tapi media di negara sendiri umpama sampah !
 

Sampah!
 

→ 7 CommentsTags: Nasional · Politik · Umum

EXTREME MEDICINE (II) - THE SIX R’s

May 11th, 2007 · 3 Comments

oleh adibahabdullah

Assalamualaikum, and a very good -whatevertimeofthedayitis -to all of you ppl.  

It’s 4.12 a.m. now, and I just felt like I cannot abstain anymore from writing despite a halfhearted attempt to do so, with the justification of exams around the corner. I’m going to continue with Extreme Medicine, insyaAllah. Continuing with the technical aspects of response to disaster, as presented by Dr Burhanuddin and Dr Latiff. (for proper titles and credentials, u can refer the website i pasted in the earlier episode, if u r really keen to get that.)

The actions involved in extreme medicine can be fashionably (I wonder if this is the appropriate term to use..)  summed up as 6R’s. Ready, Retrieve (rapid response, reach), Resuscitate, Repair, Rehabilitate, and Return.

Self-explanatorily, READY means that the extreme medicine team is always ready and poised to spring into action, whenever disaster strikes. This implies a state of preparedness in various aspects. Adequate and balanced team members, equipment, financial, and political acceptance (not getting into trouble with government, any government, is a VERY IMPORTANT criteria of any medical relief groups, I presume) are among the significant elements. So, whenever a calamity occurs, which seems to be a daily occasion nowadays, the team can get all of its resources together and launch into the second stage - RETRIEVE (rapid response, reach). Aha, Mercy Malaysia and Medecins Sans Frontieres (MSF) are among the medical relief groups that first arrive in the tsunami-stricken Acheh coasts. But the on-site stories will have to wait, I’m expounding on technicalities here.

RETRIEVE (rapid response, reach) refers to the action of responding rapidly to disaster and reaching the victims to retrieve them and bring them to safety. Pretty much summed up in a sentence isn’t it? Rapid response here means quick action - relief teams don’t sit with mouths agape at the scene of disaster or wander around aimlessly thinking of what to do while hundreds and thousands are dying. All actions have to be immediate - cleaning up muddy hospital rooms, setting up clinic booths, building tents for survivors, seeing to their nutrition and sanitation, bringing survivors to safety, handling dead bodies, etc -. All resources must be utilized to the most while adapting to the situation, every action must be well-planned and systematic, which implies how important it is for teams to be READY in the first place.

One significant issue to be addressed here is that of leadership and synergy. Dr Latiff gave an account of his experience in Acheh, when a LOT of help is offered. Medical relief teams poured in from all over the world. Individuals, experienced or not, able or disabled, came to chip in their bits. However, these multitude of goodwill would lack efficiency, even be disastrous, without proper leadership and synergy. Too many cooks spoil the broth, and this saying is true, even in extreme medicine when one would think that any help is welcome. There should be a leader whom everyone turns to for reference, a point for everyone to converge, so that there can be a common agreement of what everyone should do and where, not being scattered all over the place.

The next step is RESUSCITATE. In simple words, give the victims enough emergency support to save them from the initial distress. Get the bleeding stopped, the protruding broken bones firmly fixed in place, get the mud out of the bronchi and lungs of the almost-drowned victims, carry blood transfusion and fluid infusions to replace the amount lost, etc.

Then comes the fourth step, REPAIR. Again, simply put, after initial emergency support, now is the time to fix anything that needs fixing, but in a less urgent manner. A good example is operations done on injured patients to stitch up broken skin, to join broken bones together, to remove/repair damaged organs, etc. Not much to be explained here, but reiterating the fact that the resuscitation and repair steps have to be carried out in a very ‘primitive’ manner, as compared to the technological advancement in the medicine world today. Hospitals are devastated, clean water difficult to obtain, sterile medical equipments very scarce. A lot of times, relief teams had to work using re-used bandages - dirty bloody bandages normally thrown into refuse bags in hospitals and medical schools, cleaned and boiled in hot water before the tattered discoloured pieces of cloth are applied to another patient’s wounds. Boiled medical equipments are almost a norm.

One pathetic truth in these difficult situations is when doctors have to decide who deserves the resources and who had to be left dead. When Katrina ravages New Orleans, victims who were considered hopeless were left to die. Similar things happen in other disaster-stricken places of the world- Acheh, for instance, when the time comes for the medical team to decide that enough has been done for a particular patient and the limited resources would be better allotted to patients with greater chances of survival. No, it’s not playing God, it’s making the most use of what is available in times of ordeal. In the end it’s still God who decides lifes and deaths. And even so, the dying patients are usually given the best possible care that can be given, at least so that they can die in dignity.

A touching account from Dr Jemilah was about a woman, a tsunami victim in Acheh, who was so severely wounded with maggots coming out of her bodily orifices and even eating parts such as her lips. She was one of the hopeless ones, yet the doctors still helped her, by cleaning her wounds and removing the maggots. I can still recall the sentence Dr Jemilah said the woman managed to articulate before her dying hours, which brought tears to my eyes. Something like, “Sakit, bu, tapi saya tahu sakitnya tidak lama. Terima kasih.”

How can people bicker and fight each other in the smallest of issues when humanity is in dire need of genuine love, care, and help all the time?

Going to the fifth step, REHABILITATION. When the external injuries are repaired, ‘fixed’, there must be adjustments before the patients are allowed to go home. Disasters injured people not only physically, but also mentally and spiritually. The impact of a severe trauma is all-encompassing. Rehabilitation aims to restore the patient, as close as possible, to his/her condition prior to the trauma. To become an individual with autonomy and dignity, not traumatic, paranoid, and unable of self-respect. To become a significant part of his/her community again, not as a malfunctioning, isolated unit. To achieve this, rehabilitation must be carried out both physiologically and psychologically. Counselling is very important during relief work. Well, psychologists and psychiatrists are important personnels in a medical relief team, together with the surgeons, clinicians, and whatnots. People - even professionals involved in relief work - used to think that these ‘mental’ experts are less important, during the early days of relief work, but now as experiences pile on top of each other, their presence is largely recognized and needed.

Finally comes the much-awaited part - RETURN. Fully recovered, insyaAllah, or as close to complete recovery as possible, the patients are returned to their community. The community is an injured one, one affected by trauma, but hopefully one with dignity and will to live. For it is this self-respect and willpower that are the causes to sustain their survival through the tough post-traumatic life.

Erm, in my notes I found a not-very-explicable seventh R. REWARD. Perhaps this refers to the medical team itself.. =)

InsyaAllah I’ll come up again with a final (hopefully) episode of EXTREME MEDICINE, touching on the motivation, practicality, and spirituality behind relief medicine, as well as some on-site accounts.

Upholding love, protecting life, treating sores and healing souls. For humanity, in Allah’s name.

meow~

→ 3 CommentsTags: Antarabangsa · Falsafah · Islam · Kehidupan · Umum

Asia Tenggara pasca 11 September

May 9th, 2007 · 3 Comments

oleh kaki masam

Peristiwa 11 September menyebabkan AS secara tiba-tiba memberi tumpuan yang serius terhadap rantau Asia Tenggara. Rantau ini telah dipinggirkan oleh pentadbiran AS di Washington D.C semenjak berakhir era Perang Dingin pada tahun 1989. Ini berikutan AS tidak lagi melihat rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang penting terhadap strategi keselamatan negaranya selepas berakhir era Perang Dingin dengan keruntuhan empayar komunis Kesatuan Soviet. Maka secara langsung AS tidak lagi melihat wujud ancaman yang utama terhadap soal keselamatannya sebaik berakhir era Perang Dingin. Namun, secara tiba-tiba sekali lagi AS terpaksa memberi perhatian yang serius terhadap rantau Asia Tenggara pasca 11 September yang telah dipinggirkan olehnya semenjak berakhir era Perang Dingin. Perubahan sikap AS terhadap rantau Asia Tenggara pasca 11 September adalah disebabkan oleh kempen memerangi keganasan antarabangsa yang telah dipersepsikan oleh AS sebagai ancaman utama terhadap keselamatannya dan keselamatan antarabangsa. Rantau Asia Tenggara dianggap kawasan yang penting dalam usaha untuk menghapuskan ancaman keganasan antarabangsa selepas tragedi 11 September. Ini kerana kempen AS memerangi kumpulan pengganas antarabangsa yang dikaitkan dengan rangkaian global kumpulan militan Islam Al-Qaeda dilihat mempunyai kaitan dengan populasi Muslim yang majoriti di rantau ini.

al-qaeda.jpg

Al-Qaeda

Faktor utama yang mendorong AS memberikan perhatian yang serius terhadap rantau Asia Tenggara adalah kewujudan masyarakat Islam yang majoriti di rantau ini terutamanya di negara-negara yang terletak dibahagian kepulauan. Penduduk Islam di rantau Asia Tenggara dianggarkan berjumlah 280 juta orang. Selain itu, rantau Asia Tenggara juga merupakan rumah kediaman bagi masyarakat Islam terbesar di dunia yang tertumpu di Indonesia(Gershman 2002). Faktor kedua penting, mendorong AS menumpu perhatian terhadap rantau Asia Tenggara selepas peristiwa 11 September adalah kewujudan kumpulan-kumpulan militan Islam tempatan yang beroperasi di rantau ini. Hasil daripada maklumat agensi perisikannya iaitu CIA dan FBI, AS mendapati bahawa kewujudan kumpulan-kumpulan militan Islam tempatan di rantau Asia Tenggara mempunyai hubung kait yang rapat dengan Perang Afghan pada tahun 1980an(Abuza 2003).

Antara kumpulan-kumpulan militan Islam yang wujud dan beroperasi di rantau Asia Tenggara adalah Laskar Jihad, Front Pembela Islam(FPI), Jemaah Islamiyah(JI), dan Kumpulan Mujahidin Malaysia atau KMM(Daljit Singh 2002:16-18). Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan militan Islam ini turut mempunyai hubungan dengan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda melalui beberapa saluran(Abuza 2003). Selain kumpulan-kumpulan militan Islam tempatan, kumpulan-kumpulan pemisah Islam di kepulauan Mindanao Selatan Filipina iaitu MILF [3]dan Abu Sayyaf juga mempunyai kaitan dengan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda(Simon 2002). Kedua-dua kumpulan pemisah Islam ini bersama-sama dengan MNLF mempunyai matlamat yang sama iaitu memperjuangkan kemerdekaan dan pemisahan wilayah Mindanao daripada negara Filipina. Mereka juga becita-cita untuk mewujudkan corak pemerintahan Islam di wilayah Mindanao(Gunaratna 2003).

AS juga mendapati, hasil daripada pengaruh Al-Qaeda kumpulan-kumpulan militan dan pemisah Islam di rantau Asia Tenggara bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang besar di rantau Asia Tenggara yang dikenali “Pan Islamic Nation” dengan menggunakan pendekatan kekerasan dan kaedah-kaedah keganasan untuk mencapai cita-cita tersebut(Rosemary 2003). Kumpulan-kumpulan Jemaah Islamiyah, Abu Sayyaf, MILF, dan KMM dipercayai ingin menyatukan negara Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Singapura serta Brunei menjadi sebuah gabungan entiti politik negara Islam yang besar dan menggunakan sistem perundangan Islam iaitu Syariah sebagai asas pemerintahan(Gershman 2002).

Selain itu daripada maklumat agensi perisikannya, AS mengetahui bahawa sebelum berlaku tragedi 11 September dua orang daripada pengganas yang terlibat dalam peristiwa tersebut iaitu Zaccarias Moussaoi dan Mohamad Atta telah melawat Kuala Lumpur di Malaysia dan berbincang mengenai rancangan mereka untuk melakukan serangan terhadap AS pada 11 September 2001(Capie&Acharya 2003). AS juga melihat kumpulan-kumpulan militan dan pemisah Islam di rantau Asia Tenggara telah menjadikan warganegara dan kepentingannya di rantau Asia Tenggara sebagai sasaran tindakan keganasan mereka.

Kumpulan Abu Sayyaf, di Selatan Filipina telah menahan tiga orang tebusan warganegara AS dan telah memenggal kepala salah seorang daripada mereka. Pada tahun 2002, kumpulan militan Islam telah meletupkan sebuah kelab malam di Bali Indonesia yang mengakibatkan kematian beberapa ratus orang pelancong barat. Seterusnya pada tahun 2003, hotel J.W.Marriot milik rakyat AS di Jakarta telah dibom oleh kumpulan militan Islam(Ibid: 8-9). Kelemahan dan kegagalan, pihak berkuasa negara-negara di rantau Asia Tenggara untuk menangani aktiviti-aktiviti keganasan di dalam wilayah mereka juga merupakan faktor penting yang mendorong AS untuk memberi perhatian yang serius terhadap rantau Asia Tenggara selepas peristiwa 11 September.

Melihat kepada fakta-fakta tersebut, pentadbiran AS telah menilai dan mengkaji semula kepentingan rantau Asia Tenggara dalam dasar luarnya. Rantau Asia Tenggara dilihat mempunyai kedudukan geo-strategik dan penting dalam menjayakan kempen memerangi keganasan antarabangsa. Rantau Asia Tenggara telah mendapat keutamaan yang penting dari AS selepas peristiwa 11 September.

→ 3 CommentsTags: Antarabangsa · Politik · Umum

Kembara Sang Pencinta Buku

May 8th, 2007 · 5 Comments

oleh kakibuku

Baru-baru ini berkesempatan menonton DVD You’ve Got Mail, lakonan Tom Hanks dan Meg Ryan. Walaupun cerita ini mengisahkan komedi romantik di antara dua watak utamanya, tuan punya kedai buku mega Fox (Hanks) & tuan punya kedai buku kanak-kanak The Shop Around The Corner (Ryan). Mesej yang ingin disampaikan oleh filem ini ialah tentang persaingan sengit di antara dua kedai buku yang terpaksa berhempas-pulas untuk meneruskan survival kewujudan mereka.

Kedai buku kanak-kanak yang sudah beroperasi hampir 42 tahun dan memberi khidmat terbaik kepada komuniti setempat terutamanya kanak-kanak telah menjadi mangsa kerana gagal bersaing dengan kedai buku mega Fox yang lebih besar dalam serba-serbi, termasuk mempunyai koleksi terkini dan suasana yang cukup selesa untuk para pengunjung. Kedai buku The Shop Around The Corner terpaksa ditutup kerana kehilangan pelanggan, walaupun berbagai-bagai ikthtiar dilaksanakan untuk menarik pelanggan, namun tidak juga berhasil.

Apa yang ingin penulis kongsi dari filem ini ialah satu tragedi yang bukan sahaja berlaku di dunia maju tetapi juga berlaku di negara ini iaitu fenomena kedai buku indie (bebas) yang terpaksa ditutup kerana tidak upaya bersaingan dengan gergasi toko buku mega yang semakin hari semakin banyak membuka perniagaan di bandar-bandar besar dan kecil di seluruh negara. Kemunculan pemodal asing dalam dunia perbukuan negara sekarang diterajui oleh Popular Bookstores, Kinokuniya, Borders, Pay Less Books dan sebagainya. Toko-toko buku mega ini mampu bersaing kerana mereka mempunyai rangkaian antarabangsa dan punya cawangan di beberapa tempat di seluruh dunia. Mereka punya modal besar dan dapat mengawal pasaran.

Sementara toko buku bebas (tempatan) seperti Pustaka Antara, Marwilis, Hisbi, Minerva serta beberapa Pustaka yang dimiliki oleh India Muslim yang menjual buku-buku tempatan dan buku agama adalah milik persendirian yang terpaksa bersaing dengan toko buku mega ini. Adakalanya mereka ‘survive‘ tetapi pada pengamatan penulis, banyak sudah kedai buku bebas di negara ini terpaksa ditutup atau terpaksa menukar corak perniagaan lain yang tiada kaitan dengan buku!

Fenomena ini amat merugikan komuniti setempat kerana seperti sedia maklum, kedai-kedai buku ini selalunya menyediakan bahan bacaan yang sangat diperlukan oleh pembaca dan tuan punya kedai tersebut biasanya mengenali kebanyakan pelanggan yang datang ke kedai mereka. Mereka sering berbincang tentang buku-buku yang menjadi kegemaran pelanggan. Namun keadaan dan masa yang tidak menyebelahi mereka, ada kedai buku tempatan yang terpaksa ditutup kerana kekurangan pelanggan, pendapatan dan berbagai-bagai hambatan lain seperti sewa kedai yang semakin meningkat, harga buku yang semakin mahal, juga kerana orang dikatakan tidak suka sangat hendak membeli dan membaca buku… Namun apabila melintas di hadapan premis toko-toko buku mega ini alasan yang dinyatakan di atas tidak pula semacam berkaitan. Toko-toko buku ini penuh sesak dengan pelanggan dari kanak-kanak hingga ke golongan profesional.

Jadi apa seharusnya dilakukan untuk menjamin kedai-kedai buku bebas ini mampu bersaing dan terus wujud untuk selama-lamanya? Yang jelas, komuniti setempat perlu lebih menyokong kedai-kedai buku ini dan berharap dengan adanya sokongan dari para pelanggan, tuan punya kedai akan memperbaiki suasana dan menambah koleksi buku-buku yang dapat menarik seluruh lapisan masyarakat berkunjung ke kedai mereka. Tanpa sokongan pelanggan, banyak kedai buku seperti The Shop Around The Corner akan terpaksa membilang hari-hari terakhir mereka.

Bagi Sang Pencinta Buku, setiap kali kedai buku berhampiran mereka terpaksa ditutup, setiap kali itulah pula jiwanya berasa gundah. Mereka terpaksa mencari kedai buku lain yang dapat memenuhi naluri ingin membeli, membaca dan memiliki buku. Ke mana lagi arah tuju kembara sang pencinta buku, kalau tidak ke…

→ 5 CommentsTags: Kehidupan · Nasional · Ulasan Buku · Umum

The Psycho-sociological Imperative

May 7th, 2007 · 1 Comment

oleh kaki bangku

This article should have been written 2 weeks ago but I couldn’t muster much inspiration to compose something worthy of a blog entry. Hence you see me tossing random thoughts on the new NOTA KAKI column instead. I also managed to find some interesting clips of the late brother Muhammad while going through my collection of his lectures. You can view them on my YouTube channel here.

This one is especially pertinent to what I want to discuss today:

If you bothered to take the time going through that 10 minute clip, you will notice that his perspective is clearly symbolic-interactionist which I guess comes from his training in operant psychology (3 Ph. Ds on it, and almost a fourth one). Bear in mind that there is much more to it than the 10 minutes that YouTube permits.

Thoroughly in tandem with classical conclusions, he is also heavily grounded onn empiricism rather than Cartesian rationalism/inneism. Human behavior is depicted as being the necessary outcome of one’s Total Past Learning History: this is the term he uses for the sum conditioned behavior that one learns since conceived at birth.

Building on this, since all human behavior are conditioned from one’s inner speech and outside social and physical influences, he constructs a radically bottom-up solution to social immorality as well as intellectual, economic and political lethargy. To him, we must holistically understand the cosmology of Islam; as well as the psychological laws by which we develop our behavior so that we can objectively shape our society to realize our lofty ideals.

This is a unique perspective on the human condition that you seldom hear from neither academics nor preachers. His thoughts are an invaluable body of knowledge to complement normative discourses on structures and functions of society.

Now, let us go back to the shortcomings that I hinted at in my earlier post. In reference to liberty, bro Muhammad is very adamant that it is not a solution to social problems. The reason given is that in Islam there are set principles by which human life should be moulded around.

It is true that people should be given liberty to explore their dogmas as can be exemplified by al-Ghazali in his autobiography, Deliverance From Error. Yet it still entails that social institutions sanction and shape society into the normative classical ideals of moral order. Bro Muhammad made this clear when explaining behavioral drift and drawing its analogy with entropy - that human behavior will be blown by the wind and drift towards the lowest common denominator if no effort is put in to shape it.

I hope you managed to make sense of this. I am aware of my stinginess in elaborating things. The end.

→ 1 CommentTags: Falsafah · Islam · Umum

EXTREME MEDICINE (I)

April 30th, 2007 · 8 Comments

oleh adibahabdullah

Assalamu’alaikum, and peace for all.

People, I’m back!! (like it’s such a big thing, haha)

Recently - erm, not-so-recently, to be accurate on the past 31 March and 1 April, I had attended the IMAM (Islamic Medical Association of Malaysia) UK-Eire Symposium on Islamic Medicine. The main venue for the event was Postgraduate Centre, Manchester Royal Infirmary, just across the street from my hall of residence. Themed ‘extreme medicine’ and boasting a list of distinguished speakers as well as substantial content. Perhaps for more info, you can visit http://mcot.co.uk/imam.

Well, what is ‘extreme medicine’ in the first place? Even to me, at first, it sounded like some kind of a hype, an exaggeration that reflects on the pop-culture to drag glazed-eyed undergraduates by the droves (do I sound like an abjectly apologetic med?) I’m glad I didn’t succumb to the pre-assumption. ‘Extreme Medicine’, in the simplest way to express it, was EXTREME.

By convention, ‘extreme medicine’ refers to the practice of medicine in extreme conditions. During natural disasters (e.g the tsunami, earthquakes), man-made disasters (wars, poverty, famine, explosions), and in rough situation (in the wilderness, the North Pole, the Saharan Desert). In conditions where even normal equipments are not present, let alone high-tech medical gadgets and wonder drugs.

Yet it is in these conditions that medical help is needed the most, isn’t it? An exasperatingly true fact reiterated by the President of IMAM (Malaysia), Dr Abdul Latiff, was that money worth thousands-perhaps up to millions-in value was spent in ‘fancy’, ‘classy’ medicine. The kind that we Manchester Medics learn in our PBL cases, perhaps, involving lengthy fussy procedures with state-of-the-art machinery and tongue-twisting pharmacy. Just to save ONE life. ONE life who can afford it, or ONE life who is aided by whosoever’s money to support it for him. Not to say that it is a waste, but the fact is, MILLIONS more are suffering, MILLIONS more are in need of help, and that money spent for squeaky-clean hospital medicine, if used in the ‘extreme’ conditions, would be so much more worthy for life and humanity. Extreme medicine is going to be the real future of medicine, the type of medicine that is going to be most significant if medicine were to continue in its noble purpose to serve humanity, since the world is so cracked up with disasters everywhere. It is the type that medical students should learn and master (which unfortunately we didn’t, blame the university curricula!). Er of course Dr Latiff didn’t exactly say all those words, but you get what he intends to deliver, insyaAllah.

In a massive disaster, when thousands upon thousands of people are displaced, hungry, sick and in dire need of proper sanitation, we don’t think the way doctors in squeaky-clean hospitals think anymore. The scope suddenly becomes so large, with unfaltering urgency. The responsibility to ’save lives’ - to put it simply, though medical profession is not simply about saving lives - looms huge, more colossal than ever before. This is where emergency measures need to take place. Epidemiological calculations, where people and their condition is considered as one big group instead of as individuals - yes medical students HATE epidemiology, a fact quoted by Dr Heng and confirmed true by almost every participant of the symposium - suddenly becomes very important. Practical management - like how many lavatory-holes are needed for a population of 10 000, and how deep, how much water must be delivered every day, how big a container must everyone have to carry the water etc etc - are seemingly trivial, but crucial issues. One can’t merely sew up wounds and administer antibiotics and call it medical relief done.

One important issue mentioned and re-stated again and again by Dr Heng regarding disaster medicine in such large scale is the significance of governmental policy. The governmental policy can be, and is, the determining factor in many an urgent situations. Most significantly, in PREVENTING the disaster in the first place. A lot of disasters are preventable in the first place. War is the most obvious example. Then comes famine and poverty. Even the ferocity of earthquakes and tsunamis can be reduced with proper management - like the well-built houses in Japan and Hong Kong that can withstand those multiple tectonic movements that come visiting daily, and the manual procedure of relocating everyone within the vicinity of disaster upon early warning.

Life-saving is not about injecting analgesics and cutting people up, it’s more about proper and efficient management of problems and resources. More often than not, instead of making things better, governmental policy made things worse by politicizing aids - allocating help based on political consideration, overriding all humanitarian values at that, or simply swindling all the money that is supposed to be used for their people to feed their own cronies, or refusing help from outside for obscure or bizarre reasons, or failing to plan their disaster prevention actions with multiple excuses. Ugh.

InsyaAllah I’ll continue with initial response to disaster, specific examples of extreme medicine in practice, and the motivation as well as practicality and spirituality in the practice of medicine, both extreme and non-extreme =)

Upholding love, protecting life, treating sores and healing souls. For humanity, in Allah’s name.

meow~

→ 8 CommentsTags: Antarabangsa · Falsafah · Islam · Kehidupan · Umum

Itu..ini..what else?

April 27th, 2007 · 8 Comments

oleh kaki masam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di saat saya memutuskan untuk menulis tentang artikel ini, saya sudah mendedahkan diri saya kepada risiko untuk di label sebagai pendokong Islam liberal. Namun, itu bukan isunya, kali ini saya akan membincangkan mengenai kelemahan umat Islam yang saya rasa amat mendukacitakan.

Sejak sekolah rendah lagi saya sering mendengar ceramah-ceramah motivasi yang diadakan di sekolah, dipendekkan cerita
penceramah-penceramah ini cenderung untuk membuktikan umat Islam sebenarnya boleh untuk berjaya, dengan memberikan contoh zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah, mereka berjaya membakar semangat pelajar untuk berjaya.

Hal ini tidak berhenti di situ sahaja, malahan akhbar-akhbar utama di Malaysia sering menyiarkan artikel-artikel mengenai kegemilangan zaman khalifah-khalifah dahulu.
Trend ini pula di sambung oleh kebanyakan pejuang muda yang ingin merubah dunia menjadi zaman kegemilangan Islam.

Dimangkinkan pula dengan situasi dunia yang menunjukkan Islam di tindas.Palestin dan Kosovo sudah cukup membuktikan semua ini.
Bagi mereka yang mempercayai perjuangan fisabilillah, mereka menggugurkan diri mereka sebagai syahid.
Mereka meletupkan diri mereka, melakukan pengeboman, melakukan penculikan dan sebagainya.
Bagi mereka yang melakukannya di jalan Allah semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Pautan kembali kepada sejarah ini juga diteruskan oleh kebanyakan pejuang maya di alam siber.
Mereka ini membenci bangsa Yahudi, membenci barat dan mengecam habis-habisan serba serbi perilaku barat.
Bagi mereka setiap agenda barat itu adalah untuk menghancurkan Islam.

Tidak kurang daripada itu, golongan-golongan ini melakukan ceramah mengecam perbuatan-perbuatan Zionis dan US terhadap umat Islam, tidak kurang juga yang melakukan perarakan demonstrasi di KLCC membakar bendera US dan Israel sebagai protes terhadap perbuatan kejam pakatan ini terhadap umat Palestin.

Satu kesilapan yang besar bagi umat Islam ialah tidak realistik dan masih lagi di buai oleh kehebatan zaman kegemilangan Islam.

Untuk apa melakukan demonstrasi di KLCC jika anda meggunakan Google untuk mencari maklumat di internet, bukankah anda mahu boikot kapitalis Yahudi?
Untuk apa membakar bendera US sedangkan ekonomi Malaysia akan lumpuh jika US melakukan sekatan ekonomi?
Untuk berlagak bodoh sombong sebagai ketua IOC ?ketua negara-negara berkecuali?

Selain daripada menyatukan ummah kearah perpaduan, kita asyik dengan mentaliti “akulah yang betul, ko yang salah”.
Maka tidak mustahil jika isu 2 sembahyang jumaat dalam satu masjid boleh berlaku.

Selain daripada menangani keruntuhan akhlak dan moral, kita lebih cenderung menghantar angkasawan dengan menggunakan teknologi pihak lain.
Jika anda menggunakan alasan sebagai Malaysia sebagai sebuah negara baru dan dunia ketiga, bacalah buku “The world is flat” yang membuktikan bahawa
negara dunia ketiga seperti India mampu mempunyai saintis dan dan jurutera yang kini di buru oleh syarikat-syarikat besar dunia.

Pernahkah kita terfikir kenapa US menguasai ekonomi dunia? Ataupun kita dengan mudah memberi alasan mereka sudah lama maju ataupun orang US memang jahat, hedonis dan bermacam lagi.

Namun hakikatnya, kita lebih cenderung memberikan retorik2 kosong yang tidak realistik.Kita lebih hebat berhujah itu dan ini, namun secara hakikatnya,
kita hanyalah syok sendiri.

Jika kita sentiasa penuh dengan idealogi yang kononnya untuk menentang Israel dan US itu, tetapi dalam masa yang sama sebenarnya takut dan masih bergantung kepada US maka berhentilah segala retorik-retorik kosong itu.
Umat Islam perlukan penyatuan, bukan hujah-hujah kosong.
Wallahualam.

→ 8 CommentsTags: Umum

Bertudung tetapi berzina

April 23rd, 2007 · 158 Comments

oleh kaki masam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tajuknya kelihatan paradoks dan menjengkelkan, tetapi itula realiti harini membuktikan betapa benarnya fenomena ini.

Dalam beberapa tempoh yang terdahulu, masyarakat Melayu digemparkan dengan penyiaran video aksi pelajar UM di bawah tangga oleh Edisi Siasat @ NTV7.

Hal ini terus menggoncangkan minda saya, penat memikirkan betapa parahnya keruntuhan akhlak remaja Malaysia.

Hal ini bukan baru, pendedahan demi pendedahan yang di dedahkan oleh Mastika sudah cukup mengaibkan kita betapa runtuh dan rapuhnya akhlak remaja masa kini.

Jika dikaji puncanya, pelbagai pihak terus menuding jari, ahli politik dan menteri seperti biasa memberi bermacam seribu alasan. Ada pihak yang menuding terhadap Islam Hadhari dan dalam masa yang sama mereka yang ditudingkan jari ini, memberikan contoh pula kepada Kelantan sebagai negeri yang tidak kurangnya peratusan keruntuhan moral.

Jika dahulu, kita sering merasakan mereka yang terlibat dalam masalah ini, terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai pendidikan agama dan didikan rohani daripada keluarga.

Jika bapa sendiri tidak mengamalkan solat lima waktu, apatah lagi untuk mengharapkan beliau menegur anaknya bertindik disana dan disini, jauh sekali untuk meminta mereka anak gadis yang akan disoal diakhirat nanti tanggungjawab mendidiknya, untuk memakai tudung.

Jika anda berbicara mengenai hal tudung, sudah tentu ada agensi2 dan pertubuhan yang mendakwa mereka membela kaum wanita daripada paksaan lelaki.

Mereka ini begitu bijak berbicara dengan alasan ulama’ terdahulu adalah lelaki dan mereka membuat fatwa berdasarkan kepentingan lelaki.

Eksploitasi kata mereka.

Tidak hairan jika mereka meminta poligami dihapuskan, dengan alasan diskriminasi terhadap perempuan.

Jika ulama-ulama mahu bersuara, sudah ada menteri-menteri yang terlibat terpaksa tunduk kepada gesaan ahli-ahli parlimen yang mendakwa golongan yang berfikiran seperti ulama ini, jumud, ketinggalan zaman dan taksub.

Jangan terkejut jika anda mendengar perbualan rakan-rakan anda di IPTA, berbicara mengenai adegan-adegan gadis Melayu yang rela mahupun tak rela dirakan perbuatan durjana mereka oleh teman-teman seperjuangan untuk memuaskan nafsu mereka ini.

Jangan pula anda bingung dan hairan mendengar mahupun menyaksikan sendiri adegan-adegan gadis Melayu yang bertudung, dan mungkin berpakaian kurung rebah dan gugur dalam perjuangan menahan hawa nafsu lantaran sayang kepada teman-teman mereka yang tidak mungkin akan membantu mereka menjawab soalan-soalan malaikat nanti.

Nafsu adalah perkara semulajadi, Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan, namun malangnya, manusia yang ingkar dengan arahan Allah serta cenderung menakrifkan Islam mengikut akal dan logik mereka sendiri.

Kadang-kadang saya terfikir kebenaran kata-kata Lim Kit Siang menidakkan pengisytiharan mantan PM beberapa tahun yang lepas, bahawa Malaysia bukanlah Negara Islam.

→ 158 CommentsTags: Islam · Melayu · Nasional · Politik

Malaysian Student Leaders Summit

April 20th, 2007 · 1 Comment

oleh batigol

First Annual Malaysian Student Leaders Summit
Nikko Hotel Kuala Lumpur (3rd-5th August 2007)
United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students (UKEC) would like to invite Malaysian student leaders and students from Universities and Colleges in Malaysia and all over the world to participate in the first Annual Malaysian Student Leaders Summit which will be held tentatively from the 3rd (Friday) August till 5th (Sunday) August 2007 at Nikko Hotel, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tentative plans for the summit includes:

1. Keynote address and lectures by prominent foreign and local figures:

  • Right Honourable Mr Kofi Annan (former Secretary General of the United Nations)
  • Joseph Stiglitz (Economist, Nobel Prize winner)
  • Right Honourable Mr Junichiro Koizumi (Former Japanese Prime Minister)
  • Mohammed Yunus (Grameen Bank founder, Nobel Peace Prize winner)
  • Eisuke Sakakibara AKA ‘Mr Yen’ (former Deputy Finance Minister for International Affairs, Japan)
  • Dato Tony Fernandes ( CEO, Air Asia Berhad)
  • Tan Sri Razali Ismail (former permanent UN representative)
  • Tunku Abdul Aziz (former UN special advisor for ethics)
  • Dato’ Johan Raslan (Executive Director, Pricewaterhousecooper Malaysia)
  • Prof Emeritus Mohd Ariff Karim ( Director, Msia Institute of Economic Reseach)
  • Prof Emeritus Dato’ Khoo Kay Kim (Historian University Malaya)
  • Karim Raslan
  • Karam Singh Walia (TV3)

2. Constructive discussions on international and national issues, among others:

  • Globalisation/Role of 3rd World Countries in the UN
  • Malaysia’s Foreign Policy
  • Malaysia’s Economy/Corporate Lessons for the Young and Bright
  • Corporate Governance/Ethics/Transparency
  • Unity in Diversity/Dasar Ekonomi Baru
  • Education
  • Environmental Governance in Malaysia (Karam Singh Walia)
  • Role of Mass Media in Malaysia
  • Vision 2020 – Are we on the right track?

3. Networking opportunities with prominent individuals and fellow Malaysian student leaders from all over the world.

UKEC is inviting Malaysian student leaders from the United Kingdom, United States, Canada, Australia, New Zealand, Germany, France, Egypt, Jordan, South Korea, Japan, India, Czech Republic, Russia, Ukraine, Indonesia and all public and private university students in Malaysia. Compare and relate your experiences with others!

UKEC need YOUR participation and support to make this event a success and hope it will surpass the success of Project Amanat Negara IV held recently last Easter at the Malaysia Hall London (refer to New Straits Times 15 April 2007)

Please contact alia.sidek@ukeconline.com to participate! Places are limited. For further information and enquiries, please contact firdaus@ukeconline.com or ain@ukeconline.com

Berkhidmat Untuk Negara dan UKEC,

Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad
Chairman
United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students (UKEC)
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland
http://www.ukeconline.com

#For those interested are very much welcome to get involved. Also any feedback is utmost appreciated.

Batigol

→ 1 CommentTags: Antarabangsa · Kehidupan · Nasional · Umum